INGAT ALLAH DI MANA JUA ..... NASYID, Never Forget_ Maher Zain ft. Mesut Kurtis.wmv



Zikirlah dengan Kalimah La Ilahaillah ....

Seringkali manusia lupa,terlupa atau dilupakan dek banyaknya dorongan2 yang membawa manusia jauh dari Zikir kepada Khaliqnya ..... Nasyid ini benar2 menyuntik rasa keinsafan buat diri ini bila merasakan betapa kita kekadang banyak lali dan lupa untuk mengerjakan perintah allah sesempurna mungkin. Seringkali kita merasakan 'comfort zone' kerana kita telah MUSLIM , aku dah Islam dll .


Lupakah kita betapa kehidupan ini amatlah singkat, belum tentu kita sempat merasai duit pencen atau menimang cucu!


Tidak rugi jika kita sentiasa basahkan lidah kita dengan zikir2 mathurat yang banyak diperturunkan oleh Para Sahabat Nabi SAW. Kitab Al Izkar oleh Imam Nawawi contohnya adalah pusaka Umat Islam yang amat bernilai kerana penuh dengan pedoman2 untuk kita Uamt Muhammad SAW ini beramal dan mengikut doa2 dan zikir yang dituturkan oleh Lidah mulia Rasulullah SAW yang tidak sesekali mengandungi pendustaan.






Ajarkan juga anak2 kita zikir yang mudah 2 ..... doa yang simple2 agar mereka merasai keterikatan perbuatan mereka dengan pencipta mereka, Rabbul A'lamiin.
"Ummi ..... Musyid takutlah nak tidur", beritahu se kecil saya. " kenapa?" , saya terus bertanya dapatkan kepastian. Pelik juga kerana dia tak pernah pula cakap sedemikian.
" oklah .... kalah Mursyid takut, sebelum tidur baca Al Fatihah, kita baca sama-sama" , saya bagi cadangan dengan harapan tidaklah dia mengigau dalam tidurnya.


Anak2 sebenarnya mudah menerima nasihat jika kita pandai approach mereka kenapa kita perlu baca doa masuk bila air sebagai contoh. Bagaimana mereka dijanjikan keselamatan dari gangguan jahat makhluk2 yang suka menyesatkan manusia, jadi kalau mereka difahamkan apa rasionalnya baca doa masuk dan keluar tandas, baca doa makan, keluar rumah dan macam2 lagi ...... kita boleh jelaskan untuk keselamatan kita dari sebarang mudarat yang zahir dan batin. Makhluk2 halus seperti bakteria, virus adalah telah dibuktikan kewujudan mereka oleh Para saintis sekian lama, dan sudah tidak dinafikan lagi adanya bakteria baik dan jahat. Maka amat2 logiklah kiranya kita jelaskan pada mereka tiada sesiapa mampu melindungi diri kita dari makhluk2 yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia kecuali PENCIPTA YANG MAHA AGUNG!

Fazakkir , fainna Zikra tanfau mu'minin.




Read More......

Maher Zain Live In UIAM

Read More......

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana



Bila Ulama' bersuara?



Alhamdulillah, kebetulan seorang teman telah menghantar e-mail kepada saya dan dimuatkan tentang berita yang disiarkan dalam Utusan Online . Jelas dan terang ... itulah suara Ulama' yang mesti disokong dan didokong di atas dasar menegakkan kebenaran, mengajak manusia ke arah kebaikan di dunia dan akhirat serta mencegah kemungkaran yang semakin parah dan bernanah di tanah air tercinta ini.

Syeikh Yusuf Al Qardawi, di antara Ulama' antarabangsa yang tidak takut
menyatakan kebenaran



" Kematiaan Ulama' seorang demi seorang sebagai tanda semakin ramai pulalah juhala'.... kemudiaan suara2 Ulama' sering pula ditutupi dan dihalang dari kedengaran serata alam. Atas dasar kecintaan kepada Agama ini, maka Para Ilmuwan Islam @ Ulama' mesti Istiqamah menegakkan kebenaran tanpa berdolak dalih. Memang tidak dinafikan setengah2 daripada mereka yang agak takut2 bersuara dengan alasan kena berhikmah sehingga menjadikan mereka bisu untuk menjadikan isu2 semasa yang berlaku dalam masyarakat sebagai contoh2 'real' yang mesti diperkatakan tanpa segan silu.


Banyak isu2 yang muncul mutakhir ini jelas menampakkan golongan yang 'berkuasa' tidak menampakkan minat mendampingi Ulama' khususnya dalam mengambil pendapat2 mereka dalam bab2 hukum hakam secara khusus, melainkan jika mereka melihat ada kepentingan politik mereka. Isu IFF, Isu keruntuhan akhlak muda mudi, mestilah dijadikan agenda yang mesti ditangani bersama oleh setiap anggota masyarakat yang prihatin.

Apapun, kita mengharapkan Para Ilmuwan@ Ulama' berganding bahu untuk terus menjadi nadi penggerak kepada Amar Maaruf Nahi Mungkar dalam masyarakat moden hari ini, jika tidak semua Umat Islam menanggung dosa kerana tuntutan Fardhu Kifayah masih tidak dilaksanakan dengar sebaik2 nya.

Read More......

Abu Khater: Zawjati (Dear my Wife)





Fenomena penceraian yang amat membimbangkan, seringkali menjadi tajuk hangat di dada2 akhbar tempatan. Banyak kajian dibuat, banyak seminar dan forum dianjurkan, apakah tiada di sana sebarang langkah2 berkesan untuk mengurangkan jumlah penceraian yang berlaku .... hampir sebagian besarnya rumahtangga yang telah terbina dengan ikatan kasih sayang di awal perkahwinan.

Beberapa hari sebelum Hariraya Aidil fitri yang lalu, saya telah menerima sms dari seorang kenalan baru ( seorang ibu muda) yang bertanyakan hukum jika suaminya memintanya pulang kerumah ibubapanya .... MasyaAllah, bercampur sedih ... dan terkejut, saya hanya mampu membalas sms itu dari sudut hukum, adakah suaminya berniat 'cerai' ataupun tidak? Itulah salah satu babak2 yang menunjukkan betapa mudahnya kalimah talak@cerai dilontarkan oleh kaum adam pd isterinya.

Kejahilan melanda ummah ini, hawa nafsu diperturutkan ..... memang puncanya pelbagai, namun kita lihat faktor besarnya ialah kurangnya penghayatan Agama di kalangan anggota masyarakat sehingga banyak perkara dipermudah2kan tanpa melihat penyelesaiannya yang bersifat 'Agamawi'.

Islam datang dengan package yang amat sempurna, malangnya kita Umat akhir zaman ini sering pula menjuzu'-juzu2kannya sehingga kita hanya kembali kepada panduan agama apabila tersepit dalam masalah semata. Pokok pangkalnya, keindahan Islam itu dihijab oleh sikap2 orang Islam sendiri yang kurang mengambil berat tentang agamanya sendiri.

_________________________________

Nasyid dari seorang suami kepada sang isteri yang dikasihinya amat menyentuh kalbu, ..... anti habibati zaujati ..... dengan kecintaan suami pada isterinya, dan bertautnya kasih sayang keduanya atas dasar kecintaan pada Khaliq ... Itulah keindahan cinta abadi ... cinta hamba kepada al KHALIQ.




Apabila jodoh dipertemukan, ikatan diaqadkan, maka termeterailah satu ikatan suci di atas nama ALLAH Azzawajalla, agar kedua2nya menjaga segala hukum dan ketentuan 'Syariat' di atas rasa pengabdiaan padaNYA.



Perkahwinan di sisi ISLAM adalah Ibadah yang dikira pahala yang disediakan Allah Taala dengan syarat.... niat yang dimulakan di awal perkahwinan hingga akhirnya sebagai tanda ketundukan dan ketaatan kepada Pencipta Adam dan Hawa. Juga untuk melaksanakan tuntutan2 Agama demi menjaga kemaslahatan UMMAH dan memanjangkan umat Muhammad SAW sehingga ke akhir zaman.



InsyaAllah, yaqinlah kita, andainya perkahwinan di bina di atas keikhlasan dan kejujuran, ikatan hati akan dipelihara oleh pemilik hati itu sendiri.

Read More......

MY LOVE - MAHER ZAIN

Kasih ....

Hanya sandaran duniawi

jika hanya cinta yang bersalut nafsu

Kasih bergabung sayang

menyemai rasa cinta pada Yang Maha ESA

Indahnya bayangan rasa

Sesegar rasa kehambaan

tika sujud di sajadah cinta

Siapapun kita

berpaut pada Kasih Tuhan

Pemilik Langit, bumi dan alam semesta

Tiada upaya diri mu wahai insan

berdiri tanpa secuit kudrat

titipan Zat Yang Maha KUASA

Read More......

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله







AURA Maher Zain -2010


Kesempatan yang datang, secara tiba2 kedengaran melalui beberapa orang students yang memberitahu bahawa Maher Zain akan menyampaikan beberapa buah lagunya dalam program penutup sempena Konvo UIA tahun ini. Sebelum itu, tak ada pula ura2 tersebut.


Sebagai ibu yang berdepan dengan anak2 yang sedang meningkat ke usia remaja, terasa amat berat untuk memantau pergerakan dan minat anak2 terhadap apa jua bentuk hiburan yang ada di media2 massa tanahair. Kadang2 saya akan mencuri2 dengar apa yang mereka dengar dan tonton , supaya tidaklah mereka berada dalam budaya 'lagha' yang semakin menjadi2 di seluruh pelusok dunia. Anak kedua, amat meminati nasyid Maher Zain sehingga saya sendiri tertanya2 .... istimewa sangatkah lagu munsyid muda ini? Hampir setiap hari dia akan pasang lagu MZ sehingga saya sendiri menjadi tertarik untuk mengetahui dan latar belakang MZ. Adik2nya pun mengikuti jejak si abang .... hampir setiap lagu MZ di dowload ke MP3nya, siap di burn dalam cd pula.





Jadi, nak tak nak, kenalah juga saya raikan minat mereka tu .... menghadiri majlis penutup Pesta Konvo UIA 2010 di CAC nanti. 6 tiket telah pun dibeli, akhirnya dapatlah mereka menyaksikan sendiri secara live MZ dengan 2 buah lagunya " Thank You ALLAH" dan "Barakallah"



Alhmadulillah, saya sebagai ibu juga teruja untuk melihat sendiri munsyid keturunan Lebonan yang menetap di Sweden ini. Raut wajah yang memancarkan cahaya Iman .... moga keikhlasan hati nya untuk membawa mesej dakwah dan keamanan dapat melembutkan hati2 manusia yang semakin jauh tersasar dari HidayahNYA.


Meskipun tak kesempatan untuk menghadiri konsert nya di MBSA, sekadar mendengar MZ menyampaikan 2 buah lagu popularnya pun dah cukup bagi saya dan anak2. Begitu juga persembahan dari Kumpulan Soutul Harakah dengan lagu2 jihadnya yang mengetarkan jiwa2 Muslim untuk bangkit berjuang dan bergabung tenaga membebaskan bumi Suci Baitul Maqdis.



Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat terutama students-committees yg kelihatan begitu komited sekali melancarkan perjalanan program dari awal hingga ke akhirnya. Semoga semua amal baik kita akan diganjari dgn pahala yang sebaik2nya oleh Allah Taala.

Read More......


CORET2 RAYA 2010 .....

Bersyukur, kerana Raya kali ni, kami sekeluarga dapatlah pulang ke kampung lebih awal, pagi hari Ahad yang cerah, lebih kurang 10.40 pagi ... selepas saja 3 anak bujangku - Dhia, Afdhal dan Naseh naik bas, kami pun bertolak. Terpaksa akur pada cadangan suami, anak2 semakin besar, Innova dah tak cukup besar untuk anak2 semua, maka nak tak nak, kenalah budget lebih beli 3 tiket bas untuk mereka. Harapnya mereka tidak tiba lebih awal dari kami.


Alhamdulillah, cuaca amat baik ... sepanjang perjalanan redup dan nyaman. Terasa lamanya kami tak balik kampung. Kami sekeluarga terpaksalah tunggu cuti panjang barulah berbaloi utk balik kampung dan bertemu sanak saudara. Kami berhenti di sebuah masjid utk Solat Jama' taqdim Zohor-Asar, kemudiaan teruskan perjalanan. Sampai di Kota Bharu hampir pukul 5.00pm, jalan "jam" ...... nak masuk jalan Pengkalan Chepa pun terpaksa bergerak perlahan sedangkan kami kena bergegas ke bazar Ramadan, kesian kalau2 menyusahkan mek pula utk menyediakan buka puasa kami.


Kemeriahan raya ...... sebenarnya bila dah berkeluarga, kemeriahan orang dewasa lebih pada melihat anak2 pula memeriahkannya. Kita seakan tumpang sekaki, kerana kemeriahan itu lebih pada meraihkan rasa Syukur kerana kemenangan kita menjalani ibadah sepanjang Ramadan. Pastinya anak2 pula asyik mengira hari bila nak balik kampung.


Sambutan sederhana, macam tahun2 lepas samada di dua belah pihak, mak dan mentua. Nampaknya mak mentua masih benar2 pulih selepas kena strok dua tahun lepas. Namun paling tidak, cucu2 yang berlari ke hulu ke hilir meriuhkan sedikit suasana.



anak2 yang sentiasa ceria .....



Abang zie sedang menyampaikan amantnya kepada adik2 semua ....




Keluarga Hajjah Fatimah Hassan .... kenangan bersama adik beradik dan ipar duai .....


Di rumah bonda Fatimah, kami adik beradik berkumpul sebagai satu tradisi menjalinkan Mahabbah adik beradik, ipar duai, anak2 saudara yang semakin ramai dan cepatnya mereka pula menjadi dewasa. Kali ni pun 'Kuzi Mek' , seakan menjadi keutamaan bagi kami anak2 perempuan untuk memasaknya. Mek semakin uzur, tapi masih bersemangat bila anak2 balik dan berkumpul ramai2. Saya lebih senang membantu untuk menggoreng ayam dan siapkan bahan2 tumisnya. Seperti tahun lepas, hampir asar, kuzi belum siap lagi. Akhirnya saya terpaksa kembali ke rumah mentua tanpa sempat membawanya sedikit sebagai santapan di pagi Raya.

Malam Raya ke2, majlis Tahlil diadakan di rumah Mek, di Pengkalan Chepa. Solat Maghrib, Isya' berjamaah dan disusuli dgn bacaan Yasin. Kemudiaan acara terakhir ialah mesyuarat Kelab Famili Mek, banyak juga isu2 terkini menjadi topik hangat memeiahkan suasana kekeluargaan. Alhamdulillah.... begitulah mahabbah bertaut di hati kami adik beradik, cucu cicit dan ipar duai, acara besar ini kami cuba jadikan tradisi yang mesti dipertahankan setiap tahun.




Read More......

SALAM RAYA AIDIL FITRI, SYAWAL 1431H






Ramadan telah berlalu pergi, muncullah fajar Syawal ..... alhamdulillah segala puji dan puja buat Pencipta sekelian Alam , yang menguasai seluruh isi alam dan segala yang ada padanya, segala puji kerana dengan Qudrat dan IradatMU hamba2Mu berjaya melepasi halangan hawa nafsu yang tidak sempadannya, dengan bersyahadahkan bahawa Engkaulah Ya RAbb Tuhan yang patut disembah oleh sekelian isi alam ini, kami merafa' sembah bahawa hanya dengan kekuasaanMUlah jua kami beriqrar untuk menjadi hamba2MU yang taat dan patuh kepada segala titah perintahMU ya Allah.
Moga Ramadan yang pergi telah meninggalkan impak maksima kepada hati2 kami, jiwa2 kami yang telah kami lakukan tazkiyyah selama sebulan dengan harapan ianya menjadi saksi bahawa hati2 ini telah kami sucikan semata2 untuk melakukan ketaatan kepadaMU jua.


-------------------------------------------------

Begitulah episod dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Apabila kita telah mengikhlaskan niat untuk melakukan ketaatan yang tidak bertunjangkan kepada kepura-puraan yang mungkin membawa kepada sifat2 munafiq, kita hendaklah benar2 merasakan segala amalan2 yang telah laksanakan selama sebulan yang pada siangnya kita berpuasa, manakala di malam harinya kita beribadah sunat spt tahajud dan membaca al Quran, mudah- mudahan jiwa kita telah dibersihkan sebersih2nya, bersih dari segala bentuk sifat2 mazmumah, bersih dari cintakan dunia, bersih dari tamak dan halabo dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, kerana kita semua telah tahu bahawa selama mana kita mampu hidup di muka bumi ini sekiranya jauh dari hidayah dan InayahNYA?
Ya ALLAH, bantulah kami mengharungi liku2 perjalanan hidup ini di atas landasan SyariatMU, jadikanlah kami di kalangan hamba2 MU yang sentiasa merasakan dirinya sentiasa berkurangan amalan2 untuk dijadikan bekalan kami di akhirat nanti.
Ya Allah, sesungguhnya Syurga dan neraka itu adalah benar, pembalasan baik dan buruk adalah benar, titian sirat itu adalah benar, segala apa yang Engkau maktubkan dalam KitabMU adalah semuanya benar, dan adalah janji2Mu yang pasti Engkau akan tunaikan nanti. Masukkanlah kami orang2 yang beriman ke dalam Syurga FirdausMu , Ya Rabbal A'lamiin.

Read More......

Tadabbur Qur'ani

HANYA ALLAH TEMPAT PENGABDIAN …..





Alhamdulillah, pada pagi Ahad, 4 Julai, 2010 yang lalu, saya teruskan kelas Tadabbur Al Qur’an di surau KIP Bt. 8. Meskipun kelam kabut juga untuk selesaikan hal ehwal rumahtangga sebelum keluar. Seawal 7.15 pagi, suami dah ke pasar pagi di Greenwood, untuk beli barang2 basah. Ianya dah jadi rutin mingguan kami, kalau saya tidak ada Kelas, barulah kami pergi sama2. Saya kuatkan semangat untuk terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu kepada para Muslimat di sana.

Pada kali ini, kami teruskan perbincangan pada ayat :
إياك نعبد وإياك نستعين

Pada setiap kelas, saya tidak terburu2 untuk habiskan sesi perbincangan, yang lebih penting kami sama2 mentadabburkam makna ayat ini dengan penuh khusyuk dan perhatian agar setiap Kalam Suci ini akan memberikan kami pengertian yang menyentuh kalbu.


Saya pecahkan perbincangan kepada dua bahagian ; إياك نعبد , kemudian وإياك نستعين , agar para Muslimat dapat melihat jalinan di antara keduanya.


Pertama, Kenapa pada ayat ini Allah mulakan dengan “إياك نعبد ” …. bukannya نعبد إياك ….. Apa hikmah dan apa rahsianya? Sesungguhnya tidak sepatah pun Kalam suci dan wahyu Allah ini tidak mempunyai makna yang tersirat. Di dahulukan إياك نعبد kerana membawa erti khususnya pengabdiaan itu, bukan kepada siapa2 , hanya milik ALLAH, Rabb sekelian alam. Selain DIA tidak memilik kelayakan untuk menerima penyembahan dan pengabdian manusia.


Maka Islam yang bertunjangkan Aqidah Tauhid amat menekankan aspek pengabdian mutlak tanpa syarat. Sekiranya seorang Muslim men'dua'kan atau men 'tiga'kan , atau dengan berapa digit sekalipun, maka tidak layak lagi dia memakai nama sebagai Muslim.


Ketundukan membawa erti kepatuhan terhadap segala hukum hakam, ketentuanNya samada syariatNya kepada Umat Muhammad SAW, sehingga ke hari kiamat. Maka “ Hanya kepadaMu kami menyembah " , juga membawa erti manusia mesti mengakui kuasaNya yang tidak berbelah bagi, tiada rakan kongsi, dan kuasanya itu mesti diperakui dengan mengikut segala titah perintahNYA.

Sesungguhnya Aqidah Islam ini amat benar dan suci, kerana manusia mesti mengembalikan penyembahan yang sebenar2nya kepada Pemilik alam ini, dan hakikatnya DIA adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta sifat2NYA yang Maha Mutlak ke atas hamba2NYA.

Itulah Islam dan Aqidahnya yang mesti dipertahankan. Aqidah yang murni dari sebarang unsur2 syirik, khurafat, bid'ah atau sebarang unsur2 asing dari syariat yang Allah turunkan kepada Muhammad SAW dan umatnya. Kesuciannya mesti dipertahankan agar Aqidah Tauhid inilah yang menjadi tanda aras ketulinannya yang diperakui oleh Allah. Jangan sekali2 orang2 Islam terperangkap dengan mainan syaitan dan sekutu2nya untuk menyelewengkan mereka dari Aqidah Islam ini. Berapa banyak lahirnya kumpulan2 atau ajaran2 sesat lagi karut marut yang merosakkan Aqidah Umat Islam dan sekaligus menyimpang dari ajaran Wahyu iaitu Al Qur’an dan al Hadis.


Jadi amat wajarlah kita semua kembali kepada kepada penghayatan Islam yang hakiki, jauhi sebarang syak wasangka yang boleh menjauhkan kita dari berpegang kepada Aqidah Islam, yang tidak boleh di jual beli. Marilah sama2 kita menigkatkan rasa pengabdian dan ketaatan kita kepada ALLAH dan RasulNya, yang menuntut kita menjadikan Agama Islam ini sebagai landasan hidup kita.


Read More......

SELAMAT DATANG ..... Semester 1, 2010/2011

AHLAN WASAHLAN ..... kalimah tayyibah menyambut anak2 muda ke IPTA/S.


Rata2 IPTA/S mula membuka tabir baru Sessi pengajian Semester 1, sesi 2010/2011, pastinya berduyun2lah para pelajar yg layak dan diterima masuk ke IPTA/S dan juga pelajar2 yg terpilih ke oversea, juga dikehendaki mendaftakan diri di pusat2 persediaan ke sana. Meriahnya suasana apabila melihatkan anak2 muda ini dengan wajah ceria dan berseri2 seakan2 menantikan saat2 bahagia mereka bergelar 'MAHA' siswa dan sisiwi. Ibubapa pula pastinya tidak putus2 memanjatkan rasa syukur kerana anak2 mereka tidak mensia2kan harapan mereka agar anak2 mereka berjaya ke menara gading. segala persiapan dibuat serapi mungkin agar anak2 mereka tidak menghadapi apap2 masalah semasa menjalani kehidupan baru di kampus2. Alhamdulillah, teringat saya ketika mengingati sekali sekali memori indah ketika menanti hari2 bergelar Pelajar U . Selamat tinggal Baju uniform sekolah, baju kurung warna putih dan kain warna purple! Pastinya yang berjaya ke IPT pilihan masing2, membuatkan masing2 tambah semangat dan semakin yakin masa depan yang membanggakan.


Ingatan saya semakin kuat apabila melihat pula anak2 muda yang bakal bergelar sisiwa/siswi yang semestinya telah bersiap sedia menghadapi apa jua rintangan dan cabaran. Persaingan dalam pelbagai konteks amat sengit samada di awal pengajian, di pertengahannya atau di penghujungnya. Kekadang ramai juga yang masih ber'dilema' menentukan kursus pilihan, pilihan diri sendiri atau pilihan ayah ibu! Tak kurang juga yang memilih sekadar ikut2 kawan baik, teman sekampung atau teman/kekasih hati. Macam2!


1- Niat, betulkan niat semata2 mencari ILMU, kerana ALLAH SWT, bukan sekadar memenuhi harapan ayah ibu, bahkan ingatlah, pencariaan ilmu di kampus adalah amanah dari ALLAH, kerana kedudukan manusia yang berILMU amat dekat dengan Penciptanya.


2- pilihan kursus: apa pun buatlah pilihan yang terbaik, berdasarkan kemampuan diri, cita2 dan semangat anda untuk belajar pelbagai ILMU2 yang baru dan terkini.


3- Bersedialah menghadapi apa jua rintangan ,setengah2 pelajar mencari2 subjek yang mudah, atau pun senang utk mereka " score " , sekiranya lecturer yang mengajar sesuatu subjek amat teliti @ kedekut markah ( ? ) pastinya ramai yang cuba mengelaknya sekali lecturer tersebut amat baik dalam pengajarannya. Untuk meraih kejayaan, tiada jalan pintas, mesti melangkah dengan penuh cermat dan berhati2 , sekiranya pelajar merasakan mereka perlu perbaiki apa2 bentuk kelemahan mereka, misalnya " language skill ' , communication skill dll, mulakan dari awal semester. Bagi pelajar2 baru, amat baik mereka cuba dapatkan maklumat2 berharga dari senior untuk memantapkan diri dalam apa jua bidang.


4- Jagalah " syariat' , sebagai lecturer, kadang2 amat sedih jika lihat students yang masih tak lulus lagi dalam bab " aurat" , walau di Universiti mana pun anda berada, dalam maupun luar negeri, jangan sekali2 lupa batas2 Syariat yang ALLAH tentukan. Kerap kali sya perhatikan semakin ramai pelajar2 foreigneirs di UIA yang melanggar "Dress Code" semasa mereka berada di kampus. Sakit mata bila melihatkan gelagat mereka tanpa segan silu dengan pakaian ketat dengan size badan xxl. Pihak Universiti sepatutnya lebih bertegas kerana mereka datang ke negara kita tapi tidak tahu menghormati Biah di UIAM.


Akhir sekali, dengan penuh harapan saya merakamkan agar pelajar2 sekelian memanfaatkan masa dan peluang keemasan utuk menimba ILMU dan apa jua kemahiran hidup secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya kita mengharapkan generasi2 muda ini tidak biarkan peluang ini tanpa merebutnya sebaik mungkin.






Read More......

Palestin ...

PALESTINE .... KAMI BERSAMAMU !!!




syeikh Ahmad yasin, simbol perjuangan Umat Islam di palestin.




kemusnahan demi kemusnahan yang mereka lakukan di bumi al Quds.


Sepanjang minggu ini, dunia seakan2 terkejut dengan apa yang mereka saksikan depan mata mereka, menerusi apa jua saluran maklumat, tidak lain .... ialah berita 'brutalisme' manusia2 yg bernama Yahudi @ Israel . Tanpa menghormati undang2 antarabangsa, mereka bertindak seperti gangster yang tidak kecut dengan sebarang ugutan dan amaran.

Dunia juga sekian lama telah mengetahui betapa kejamnya hati2 manusia yang bernama Yahudi @ zionis, pernah dikurniakan begitu banyak kelebihan dan keistimewaan mereka berbanding bangsa2 lain. Namun, apakah bangsa Yahudi yang rata2nya begitu taasub serta megah dengan ras mereka yang sekian lama tertanam di sanubari mereka .... mereka sangka merekalah bangsa yang istimewa, mereka sangka merekalah bangsa pilihan Tuhan! . Umat Islam pula telah dihidangkan dengan kisah2 Bani Israel sejak zaman berzaman yang dinukilkan ALLAH SWT dalam ayat2 Al Quran, tentang sikap mereka yang melampaui batas2 kemanusiaan dan moral, serta tindak tanduk mereka yang tidak serik2 melakukan dosa dan makar.

Renungilah Surah al Baqarah ..... yang menceritakan kisah Bani Israel di zaman Musa As, dengan mukjizatnya bagi menyelesaikan misteri pembunuhan seorang lelaki. Akhirnya kisah seekor 'lembu betina' -baqarah yang mesti dijadikan medium untuk membuktikan siapa pesalahnya. Manakala Surah al Maidah pula meneruskan kisah mereka yang berentetan dengan pertolongan Allah yang telah menyelamatkan mereka dari kekejaman Firaun. Namun, apakah mereka Kaum yang bersyukur? Banyak sungguh onar mereka apabila sering berdolak dalih bila turunnya perintah Rabbul Izzati.



Kesombongan dan keangkuhan Yahudi semakin terserlah, apabila Allah telah mengutuskan Nabi Yang Terakhir, penerus Risalah Kenabian bukan dari kalangan mereka, tetapi bangsa Arab yang menghuni wilayah gersang Jazirah Arab.

" Wahai ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul ( yang Kami utuskan, yang menerangkan kepada kamu banyak dari isi al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak ( pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. ( al Maidah:15)

anak2 Yahudi dididik membenci 'goyim' iaitu bangsa2 selain yahudi.

Apakah faktor itu yang telah membuatkan mereka amat membenci Nabi SAW yang terakhir ini, sekalipun mereka jugalah yang mengwar-warkan kepada penduduk Madinah ( terutamannya Kabilah Aus dan khazraj yang sekian lama berbalah) sebelum kenabiaan SAW, bahawa akan muncul seorang Nabi akhir Zaman. Mereka berlagak seakan2 status kenabiaan adalah milik abadi mereka!



Sebagai Umat Muhammad SAW, kita bukan memusuhi mereka kerana mereka dari bangsa yang disebut oleh ALLAH SWT dengan tindak tanduk yang dikutuk ALLAH, tetapi ianya Ibrah buat Umat ini, bahkan kita diminta berwaspada dengan tipu muslihat mereka yang terlalu halus dan licik.


Makar Yahudi, penghuni Madinah selepas Hijarah menyaksikan mereka adalah puak yang tidak sekali2 redha kenabiaan bukanlah dari bangsa "Bani Israel" - mereka terasa ianya suatu penghinaan kepada mereka dan sekaligus hilanglah kemegahan mereka.


ISLAM, sebagai Agama yang diiktiraf di sisi Rabbul A'lamiin, tidak pernah membezakan di antara Arab dan Ajam, tiada beza di antara putih dan hitam, yang paling mulia hanyalah yang paling berTAQWA. Jadi tidak menjadi persoalan jika mereka bukannya dari kalangan manusia berbangsa Arab. Kita tiada pilihan untuk memilih apa warna kulit kita! Tak wajar ras dan kaum menjadi penyebab manusia menolak kemuliaan dan kebenaran.


Tidak hairan kenapa Bangsa Yahudi akhirnya menerima penghinaan demi penghinaan setelah mereka dengan angkuhnya menentang arahan 'PERANG' sebelum mereka memasuki Baitul Maqdis. Lihatlah dalam surah al Maidah ..... Nabi Musa As akhirnya mengangkat doa, bahawa baginda tidak lagi mampu mentarbiah bangsanya sendiri, sekalipun mereka telah menyaksikan mukjizat demi mukjizat kenabiaan Nabi yang mulia dari bangsa mereka sendiri. Nampaknya Bani Israel tidak sanggup mengharungi kesusahan sebelum mereka dikurniakan bumi yang dijanjikan! Jadi, alasan mereka bahawa Palestin adalah bumi pilihan ALLAH untuk mereka sebenarnya, tertolak kerana mereka sendiri yang enggan berjuang bersama2 Nabi Musa dan Harun AS.
Sesungguhnya mereka telah melanggar janji mereka dengan Tuhan mereka, untuk taat kepada perintah Allah dan RasulNYA, namun ...... itulah sikap mereka zaman berzaman. Moga kita sebagai Umat Islam tidak terikut2 dengan lagak mereka yang angkuh dan sombong, sedangkan mereka terus hanyut dalam telunjuk hawa nafsu mereka.


Marilah kita bermuhasabah , sesungguhnya kekuatan yang ada pada Umat Islam hanya kekuatan AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAK . Nampaknya sebahagian besar Umat Islam telah terjerat dengan makar mereka yang sungguh halus lagi terancang. Agenda demi agenda mereka laksanakan demi mencapai cita2 jahat mereka untuk menguasai takhta duniawi .... dan itulah yang kita saksikan sekarang. Yakinlah .... selagimana kita berpegang dengan panduan Al Qur'an dan al Sunnah, kita akan selamat selamanya.


Read More......

Buatmu IBU .....

Wajah jernih Seorang IBU ....

Sekian lama saya menyepi diri ..... kesibukan yang tidak pernah bernoktah, namun itulah perjalanan hayat setiap insani. Alhamdulillah ... Mei datang lagi bersama dengan acara2 'annual' nya, Hari IBU , Hari Guru dll macam2 lagi.


Hari IBU, untuk setiap wanita yang bergelar IBU dan berbahagia menjadi IBU untuk zuriat2 mereka. IBU kita, dan kemudiannya kita pula merasai kemanisan dan kegetiran seorang IBU. Melihatkan banyaknya acara2 di sana sini khusus untuk Hari IBU, rata2nya lebih menitikberatkan aspek material dan kebendaan semata. Kecuali acara seperti Ceramah Hari IBU, Progrma motivasi sempena Hari IBU. Suatu petang Ahad, melihat program Nona, sempena Hari IBU, sekadar memaparkan bagaimana seorang artis Malaysia ( namanya tak familiar pada saya ) telah menghadiahkan package dandanan sebelum acara 'dinner' bersama anak2nya. Sang IBU amat gembira kerana si anak membawanya ke pusat dandanan - maka rambut di dandan oleh pakar dandanan, disolek ..... .Nampaknya itulah tempias Hari IBU yang disambut di barat sana, kita di sebelah timur dengan begitu mudahnya mengikut tanpa banyak soal.

Berapa kerat Ibu2 Muslimah yang hanya sekadar berbahagia andainya ingin disambut Hari IBU sekadar mengatakan : " wahai anak2 ibu, ibu tidak mengharapkan apa2 hadiah.... cukup bahagia hati ibu jika anak2 ibu semuanya menjadi anak2 yang baik soleh dan solehah, berbakti pada agama, bangsa dan negara bila dewasa nanti " .


Melihat kepada banyaknya kes2 menyayat hati, bayi2 tidak berdosa di buang dimerata2 tanpa belas kasihan, di mana naluri keibuaan sang IBU yang melahirkan sekalipun anak2 itu anak 'tak sah taraf' atau anak luar nikah? Tidak ada jalan keluar kepada masalah ini, kecuali para IBU terutamanya Muslimah , marilah kita kembali kepada AGAMA kita, jadikan pendidikan Islam sebagai satu2nya penawar untuk menyembuh masalah moral dan sosial dalam masyarakat kita hari ini. Cuma, kita tidak dapat lari dari keadaan yang saling menarik di antara program ke arah agama dengan program yag meruntuhkan Agama. Program Jom! jom! jom ...... ke arah cara hidup barat, lagha, hiburan melampau @ hedonisme seakan mengalahkan program al Kulliyyah di TV3, Halaqah TV9, dll. Jadi para ibu Muslimah mestilah istiqamah untuk menerapkan Iman dan taqwa ke dalam hati anak2 kita sedari mereka masih kecil. Inilah perjuangan kita pada alaf 21 ini. Kita bertanggungjawab membina benteng UMMAH dengan mempersiapkan generasi2 muda kita dengan cukup bekalan IMAN dan TAQWA, agar mereka mampu mengakis apa jua godaan yang datang.


Akhirnya, meskipun agak terlewat untuk mengucapkan Hari IBU pada sahabat2, dan teman2 seperjuangan ..... namun setiap hari sebenarnya adalah Hari IBU !

Read More......

Palestinian سحماتا فلسطين اطفال الحجاره

Read More......

Mohamed jibreel surah naml

Read More......

sheikh mohamed jibreel

Read More......

( 4 / 4 ) سورة الكهف - محمد جبريل

Read More......

إيمان عروسة فلسطين

Read More......

موال يا ستي ميس شلش فلسطين القدس

Read More......

mys shalash ميس شلش

SUARA EMAS MYS SYALASH .....

Bermula sedari kecil, wanita ini telah menginfaqkan suaranya yang unik demi melaungkan seruan JIHAD dan mengerakkan semangat juang Umat Islam di bumi kelahiranya. Bumi Al Quds ..... mesti dibebaskan sehingga ketitisan darah yang terakhir. Pertama kali saya mendengar alunan nasyeed Mys Syalash amat menyentuh kalbu, meskipun sebahagian bait2 nasyeednya agak sukar untuk difahami 100% , namun seakan kita mendengar alunan yang berjaya menyentuh hati dan perasaan kita, seakan ianya menggasak nulari manusiawi ..... sampai bila kita tega melihat di kaca TV darah dan airmata rakyat Palestin . Mereka dihimpit dan dikepung tanpa adanya pembelaan yang sewajarnya dari masyArakat antarabangsa. Kalau pun ada, segelintir yang masih memilik rasa kemanusiaan tanpa 'bias' agama dan ras.

Satu ketika saya pernah meminta salah seorang student saya dari palestin supaya copy cd Nasyeed Mys Syalash untuk saya, dengar harapan lagu nasyeed nya akan sentiasa mengingatkan saya nasib yang perlu dibela di bumi al Quds. Sebagai ibu, saya juga rasa bertanggungjawab untuk perdengarkan pada anak2 agar mereka menjadi peka dengan isu2 umat Islam di serata dunia.

Apapun, sebagai Muslim, kita yakin, fajar kemenangan akan tiba, sebagaimana janji2 ALLAH dengan kedatangan Nabi Allah Isa A.S dan Baitul Maqdis akan bebas selamanya dari kejahatan dan makar golongan Yahudi .....

Read More......

صوت الإنتفاضة

Read More......

LIHATLAH .... MIN AJAIB A'LAM




Sesungguhnya kita adalah hamba2nya yang kerdil, siapa kita kalau tidak dengan izin ALLAH untuk merasai segala ikmat di atas muka bumi ini. Siapa kita yang seringkali lupa bahawa kudrat kita amat kecil untuk menentang segala peraturan alam ini. Jadi sekali2 amat wajar kita merenung ke atas dan kebawah, ke kiri dan ke kanan .... lihatlah dan pandanglah segala keindahan alam ini, juga sesekali renungilah keajaiban fenemona alam yang sebenarnya amat dekat dengan jiwa Muttaqiin.






Laut Terbelah Dua di Korea




by admin on February 28, 2010
in Miracle


Harap tiada yang menyamakan kejadian laut terbelah dua di Korea ini dengan peristiwa Nabi Musa membelah laut. Perkataan terbelah dengan membelah itu sahaja sudah cukup membezakan antara kedua-kedua kejadian alam ciptaanNya.

Fenomena ajaib ini terjadi di Korea Selatan yang di panggil “Moses Miracle”, hanya berlaku 2 kali setahun ketika air surut terbuka suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang menghubungkan pulau Jindo dan Modo untuk beberapa jam lamanya. Suatu festival akan diadakan untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri pelancong-pelancong dari segala pelusuk dunia ini.


Kejadian laut terbelah dua ini hanya mula disedari pada tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi iaitu duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung ke sana dan memuatkan kejadian di dalam akabar Perancis.

Read More......



TADABBUR QUR’ANI –SIRI 2



ALhamdulillah, bersyukur sekali lagi diizinkan oleh Allah SWT berkumpul bersama dengan akhawat pada Jumaat malam, seperti biasa, syukran jazilan pada ukth Madihah dan sahabt2nya yg. Lain kerana sudi bersusah payah ‘arrange’ tempat dan inform pada students.


Saya tidak mengharapkan kedatangan yang ramai, kerana situasi students yang rata2 sibuk dengan ‘assignments’, test’ and all kinds of activities.

Setelah kelas yang pertama, sekali lagi diizinkan Allah untuk meneruskan kelas yang ke2.

Taddabbur kami pun bermula…….

Sesungguhnya dengan Rahmat Allah SWT, al Quran diturunkan untuk menjadi panduan dan pedoman kepada manusia seluruhnya agar mereka tidak terkapai-kapai di dalam kesesatan. Tanpa petunjuk@alhuda yang jelas membawa kebenaran agar manusia boleh memikirkan segala fakta2 benar yang tidak mampu ditangkis oleh aqal manusia.

Surah al An’aam, diturunkan Allah SWT, dengan iringin 70,000 Malaikat sehingga gegak gempitalah langit dengan tasbih dan tahmid mereka. Begitulah riwayat yang menceritakan perihal kehebatan Surah ini, dan turunnya ‘jumlatan wahidah’ iaitu sekaligus, sekalipun jumlah ayatnya 165. Manakala surah2 tiwal yang lain, diturunkan berperingkat2 spt. Surah Al Baqarah, al Imran, al Maidah dll.
Bermula dengan perkatan ‘ ALhmadulillah …’

الْحَمْدُ للَّهِ الَّذِى خَلَقَ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَـتِ وَالنُّورَ ثْمَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
“Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka”.


Ianya merujuk kepada segala bentuk puji-pujian hanya untuk ALLAH, Dialah Maha Pencipta, Dialah al Khaliq, yang telah menjadikan langit dan bumi dan segala isi di antara keduanya.


Kenapa ayat ini bermula dengan satu pernyataan jelas dan tegas dari Pemilik alam ini sendiri? Satu soalan saya kemukakan pada students … adakah salah jika kita ingin mencari jawapan yang di sebalik penegasan itu?.

kenalkah manusia Penciptanya?

Sekian lama, sebilangan besar manusia terkapai2 mencari jawapan pasti …. Siapakan al KHALIQ? Mereka menyaksikan pelbagai bentuk keajaiban di alam ini, gunung ganang yang tinggi dan memukau, sungai2 yang mengalir airnya tanpa henti, gua2 yang gelap dan kadangkala menyeramkan, lautan yang terbentang luas, dan macam lagi keunikan dan keindahan alam yang menjadi tanda2 kehebatan Penciptanya.

Aqidah Tauhid … dipasakkan di dalam hati setiap Muslim Muslimah, inilah Aqidah yang diperakui oleh Pencipta, dan hanya Aqidah ini saja yang akan menyelamatkan manusia dari azabNya. Manakala apa jua bentuk aqidah2 sesat pastinya hanya akan membawa akibat buruk kepada penganut2nya. Lihatlah agama2 yang menyembah berhala2 dan patung2, spt Hindu, Buddha, Sikh, adalah sesat yang nyata. Walaupun mereka menyatakan kepercayaan kepada adanya Sang Pencita atau Dewata Raya, nanmun Tuhan2 itu wujud dalam kepercayaan mereka dengan pelbagai bentuk yang kabur, kacau bilau dan penuh prasangka.


Begitu juga agama2 yang asalnya Agama Tauhid/ samawi …. Akhirnya berlakulah penyelewengan Aqidah dari Tauhid kepada Syirik ‘kabir’ seperti Agama Kristian dan Yahudi. Akhirnya hanya ISLAM satu2nya agama di dunia ini yang kekal keasliaannya dalam pengabdiaan kepada TUHAN yang SATU, tidak dua, tidak tiga maupun berbilang2. Gandingkan ayat ini dengan firman Allah :
“ Katakanlah Dialah ALLAH Yang satu” – al Ikhlas:1

Nyatalah disini, Aqidah Tauhid yang bermula dengan Syahadah pertama “ Tiada Tuhan kecuali ALLAH” – satu penegasan yang diperakui oleh Pencipta langit dan bumi, bahawa Dialah Tuhan yang satu dan tidak layak DIA disyirikkan dengan sesuatu yang lain.

Alhamdulliah ….. DIA yang Maha Pencipta, dan sekaligus melayakkan DIA menerima segala puji dan puja samada dalam bentuk ungkapan kata2, zikir, tahmid dan seumpamanya, juga DIA layak mererima segala bentuk puji2an yang dizahirkan melalui amal perbuatan manusia.


Ya, Puji Khaliq kepada Khaliq, puji khaliq kepada makhluk, puji makhluk kepada Khalik dan puji makhluk sesama makhluk. Itulah 4 kategori puji yang perlu difahami oleh setiap kita. Sekiranya kita@makhluk dipuji, sewajarnya kita kembalikan pujian itu kepada DIA @ Khalik. Kita tidak layak dipuji sepenuhnya dan menerima pujian sepenuhnya, malahan kita mesti kembalikan segala pujian kepada Pemiliknya yang sebenarnya. Alhamdulillah …… hanya untuk DIA.


Alhamdulillah di atas segala nikmat2 yang zahir dan batin, nampak atau tersembunyi, disyukuri atau tidak, semuanya perlu disyukuri …..
لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد
Bertambah syukur, bertambahlah nikmat ….. manakala kufur nikmat, hanya akan mengundang azab dan bencana.


Ayat 1 kemudiannya menegaskan satu lagi pernyataan rasmi dan tegas ….. DIA lah yang menjadikan zulumaat( الظلمات ) atau gelap dan nur atau cahaya ( النور) .


‘Zulumaat’ merujuk kepada segala bentuk gelap dan kegelapan, yang secara fitrahnya tidak disukai manusia. Gelap boleh mendatangkan huru hara, ketidak selesaan pada ramai manusia meskipun ada juga golongan yang menunggu2 masuknya malam untuk berbuat maksiat.

Adakah ‘Zulumaat’ membawa makna hakiki atau majazi? Atau pun mewakili segala jenis kegelapan hakiki atau majazi, keadaan tanpa cahaya …. adalah gelap, gelap juga apabila manusia hidup dalam kesesatan dan mengikut hawa nafsu semata. Gelap jiwa dan gelap rohani! Maka berkumpullah pada diri manusia sifat2 mazmumah dan kotor akhirnya membawa kemusnahan. Gelap juga boleh diertikan suatu keadaan manusia yang jauh dari petunjuk dan hidayah…. Maka jalan2 kegelapan penuh kelabu akan dilalui manusia.

Ibnu Abbas, yang terkenal dikalangan Sahabat Rasululllah SAW sebagai mufassir dari kalangan sahabat2 Baginda sehingga dikenali sebagai Turjumanul al Qur'an, telah mentafsirkan maksud gelap dalam ayat ini adalah kufur , dan makna ini lebih kepada majazi. Kufur adalah gelap dan manusia seakan berada dalam keadaan gelap tanpa cahaya dan kehidupan mereka yang menjadi sukar dan menyesakkan di dunia dan di akhirat. Jadi , kufur adalah kegelapan rohani manakala cahaya pula adalah nikmat Iman.

Jadi … jelaslah Pencipta Langit dan bumi, Dia juga Pencipta kegelapan dan cahaya.
Penghujung ayat berbunyi: " …. Kemudian mereka ( orang2 Kafir) dengan Tuhan mereka mempersekutukanNYA.

Atau juga membawa maksud: "Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka”.
Ya .... berlakulah syirik dalam pelbagai bentuk, yang melata di muka bumi selepas kewafatan Rasul2 utusanNya, sehinggalah datang Nabi dan Rasul terakhir Muhammad SAW …. Dengan satu tujuan dan perintah ALLAH … kembalikan manusia kepada Aqidah Tauhid yang benar, serta berikan peringatan kepada mereka tentang azab ALLAH.

Perkataan “ya’diluun” يعدلون agak jarang digunakan dalam ayat2 lain kerana perkataan ‘samakan’ atau menyamakan sesuatu dengan sesuatu, ianya juga membawa makna ‘syirik’ @ mensyarikatkan ALLAH dengan sesuatu yang tidak layak denganNYA.

Tadabbur AYAT 2:

Dia-lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).

Ayat kedua ini menegaskan sekali lagi hakikat Rububiyyah ALLAH SWT.
Hubungan yang perlu difahami manusia …. Bahawa mereka hanyalah hamba yang dicipta, dan tidak sekali2 mereka layak menafikan hakikat ini kerana kejadiaan manusia itu sendiri penuh kehebatan dan keajaiban.
Dari ‘Tiin’ /clay …. Asal usul kita dari tanah, segumpal tanah liat, kembali kepada asal penciptaan Adam a.s . Hakikatnya itulah asal usul manusia sebagaimana disebut oleh Allah sendiri dalam Kitab2 yang turunkan sebelum alQuran. Kelahiran melalui persenyawaan ovum dan sperma hanyalah proses kelahiran manusia selepas Adam dan Hawa.
Namun hakikatnya kita amat rapat hubungan dengan tanah tanih dan hampir semua makanan kita dari tanah iaitu tumbuhan dan kemudiaan kita kembali semula ke tanah. Daging yang kita ambil dari binatang2 ternak asalnya juga dari jenis makanan binatang itu dari tumbuhan sperti rumput.

Jelasnya … hakikat ini tidak bercanggah sama sekali dengan hakikat kehidupan manusia zaman berzaman.

“ … kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat);

Persoalan seterusnya berkait rapat pula dengan kehidupan manusia setersunya …. Hidup dan mati atau ajal/maut. 2 kali ajal, yang pertama ajal dan ajal seterusnya hanya didalam pengetahuan DIA shaja. Tidak siapapun mampu memberitahu secara tepat lagi pati bila dua ajal ini akan berlaku ….
AJAL 1 …… mati dan kematian adalah pasti tetapi bila dan di mana? Wa ALLAHu a’lam.

Ajal 2 …. Bila akan berlaku … juga adalah ‘Rahsia’ di sisiNYA, Cuma kita hanya dibkhabarkan ttg tanda2 kecil dan besarnya sahaja. Manusia hanya perlu bersedia untuk menghadapi 2 ajal yang pasti datang itu saja. Manakala urusan2 lain yag berkaitan keduanya… itu bukan hak kita untuk memikirkannya kecuali ianya berkait pula dengan corak hidup kita.

Soal kematian dan ajal…. Banyak kali menjadi tajuk perbicaraan di dalam ayat2 al quran. Sehingga hampir setiap perkara yang dikhabarkan ALLAH, peringatan ttg dua ajal ini akan datang silih berganti. Renungilah ayat2 ini ……
Ajal pasti datang …..
Surah2 seperti al Waqiah, al Qiyamah, al Haqqah … secara direct memperincikan situasi dahsyat pada hari itu.

…………………………………………………………………………………………………
Tadabbur AYAT 3 :

وَهُوَ اللَّهُ فِى السَّمَـوَتِ وَفِى الاٌّرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ
(3. And He is Allah, in the heavens and the earth, He knows what you conceal and what you reveal, and He knows what you earn.)
“ Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa Yang kamu usahakan”. ... akan diulas dalam next posting.

InsyaALLAH, kelas ke3 pada minggu depan.

Read More......


TADABBUR QUR'ANI - SURAH AL AN'AAM

Alhamdulillahi Rabbil A'lamiin, Maha Suci Tuhan Pencipta Sekelian Alam, langit dan Bumi serta segala isinya ....


Perjalanan hayat ini mesti diteruskan di atas dasar Pengabdian hanya kepadaNYA. Pengabdiaan yang di asaskan di atas Aqidah Tauhid, tanpa sebarang kompromi untuk taat dan patuh kepada setiap perintah ALLAH kerana DIA adalah sebenar2 RABB dan sebenar2 ILLAH ....

Setelah sekian lama menanti respons dari my students, untuk mengadakan kelas Tadabbur Qur'ani ( TQ ), khusus untuk akhawaat@ female students, tak kiralah dari kulliyyah mana sekalipun, asal mereka berminat untuk mendalami, men 'explore' kehebatan Mukjizat al Quran, kitab perutusan dari ALLAH, akhir Zaman ini yang kekal suci dan kekal terjaga keasliaannya dengan izin Pemiliknya.


Akhirnya, muktamad ... dengan kerjasama my student, Madihah salah seorang exco IRKHSS sesi ini, beliau bersetuju untuk mengatur kelas pertama pada Jumaat (malam) di classroom di IRK building. Syukur .... segalanya berjalan lancar, dengan tergesa saya bersiap2 selepas Solat Maghrib, menuju ke UIA. Jam 8.15 pm, "InsyALLAH, ustazah cuba sampai tepat pada masanya", itu janji saya pada Madihah. Saya amat mengharapkan message ttg Kelas TQ diadakan pada malam itu mencapai target saya, paling tidak separuh dari kerusi2 di classroom akan dipenuhi oleh akhawat yang dahagakan ilmu2 al Quran.


Kelas pertama pun bermula ..... Sebagai muqaddimah, saya memulakan bicara tentang kepentingan kita kembali kepada al Quran - "Al Audah Ila Tadabbur al Qur'an " - inilah message pertama yang ingin saya sampaikan dari lubuk hati saya. Hampir lima tahun saya diamanahkan mengajar maddah " Dirasah fi al Quran " - juz 1 dan 11.

Alhamdulliah, kelas pertama kami hanya sempat bersama2 mentadabbur ayat 1 dari Surah ini. Ya ... ianya bermula dengan pujian2 kepada Pemilik Alam ini yang menjadikan langit dan bumi, kegelapan dan cahaya. Namun masih ramai manusia yag kufur dan mensyirikkanNYA dalam pelbagai bentuk sehingga kini. Terima kasih pada akhawat yang sudi hadir ... insyALLAH, kelas seterusnya moga dipermudahkan ALLAH.

Read More......



TUGAS MENDIDIK JIWA DAN AQAL …. BUKANNYA MUDAH!



Semester 2, session 2009/2010 …. Dah berlalu separuh semester, dan bermakna telah hampir 9 minggu pembelajaran dan kelas2 dijalankan di kampus UIA. Sebaik saja mid break hampir seminggu, para pelajar dan juga pensyarah2 semakin sibuk mengejar silibus. Rasanya rutin yang berlaku setiap semester telah dihafal oleh semua pihak. Jadi, saya pun tak dapat lari dari merasakan kepantasan masa berlaku, sehingga telah diminta siapkan ‘Questions papers for Final Exam’. Assignments baru nak bermula proses penerimaannya, sedangkan masih ada lagi pelajar2 yang ‘lalut’ tak tahu pun tajuk yang telah diberikan kepada setiap pelajar. Tak tahu apap nak jadi pada setengah2 pelajar di IPT, mereka bukan lagi anak2 kecil yang perlu dipukul atau dipulas telinga, namun masih ada segelintir mereka yang nampaknya masih tak berubah demi meraih kecemerlang.


Sebagai pendidik, kadangkala sedih juga dengan sikap mereka yang dari ‘spesies’ tak kisah dan kurang ambil berat pada pelajaran mereka. Nak buat macamana kalau mereka sendiri rasa selesa dengan sikap begitu yang pastinya akan mengundang risiko yang lebih besar.


Awal semester yang lalu, saya diminta oleh Dr. Farid untuk attend interview dengan students yang bermasalah dengan CGPA yang kurang dari 2.00.Rupanya macam2 alasan yang diberikan, dari alasan sakit, kemudian tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran hinggalah ada dikalangan mereka menyatakan kelemahan mereka merancang sistem pembelajaran dan ulangkaji yang baik. Akhirnya mereka sepatutnya kena ‘dismiss’ dari universiti. Kami para pensyarah mereka sentiasa harapkan yang terbaik buat mereka, manakala mereka pula kadangkala sengaja mencari masalah dengan mengabaikan tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Bila dah kena warning denga ‘dismiss’ macam2 alasan pula dijadikan sebab kegagalan mereka.

jadikan buku teman baik anda!

Ada pula pelajar yang langsung tidak kenal bilik lecturers mereka sehinggalah mereka mencarinya untuk memohon simpati atau nak recheck kenapa mereka ‘fail’. Begitu juga apabila sistem mentor mentee diperkenalkan, tidak juga berjaya kerana hanya 1:10 orang saja yang datang dan bertanyakan beberapa perkara yang berkaitan dengan prestasi pelajaran mereka.

Akhirnya saya menyeru kepada para pelajar di IPT di mana2 sekalipun, janganlah sia2kan peluang anda setelah berpenat lelah untuk menjejakkan kaki di tangga Menara gading. Harapan tinggi ayah ibu dan keluarga, janganlah sekali-kali dilupakan. Moga harapan tinggi kami para pensyarah mereka tidak sia2 untuk melihat kejayaan yang bakal diraih oleh pelajar2 kami. Ingatlah, tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha setinggi langit.



Read More......

Qul al Haq ....

KEMBALI KEPADA KEBENARAN ....


Sekadar muqaddimah apabila kita menghayati hadis Nabi SAW yang bermaksud: " Katakan kebenaran biarpun pahit" . Inilah di antara maksud sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan tentang kebenaran itu amatlah pahit dan menyampaikannya juga amatlah pahit dan susah. Biar apapun cabarannya dan sehebat manapun rintangannya, peringatan ini dari Junjungan Mulia al Rasul mesti menjadi panduan untuk kita semua yang mengaku beriman kepada Risalahnya dan kebenaran ajarannya yang bersumberkan Wahyu Ilahi.


Kebenaran, adalah benar dan sesekali kebenaran tidak akan bertukar dengan kepalsuan. Kebenaran tetap selamanya bersifat benar dan asli, dan Kebenaran akan terserlah sekalipun banyak usaha2 manusia untuk menutupi kebenaran itu sendiri samada menerusi tangan2 mereka, lidah2 mereka atau pelbagai cara halus dan penuh kreatif.


contoh poster yang disebarkan di kampus?

Hanya itu yang dapat saya ungkapkan di sini apabila terlihat catatan seorang ukthi@saudari Wardah, pastinya beliau adalah seorang pelajar UIAM, dan warga kampus yang sedang merasakan kehangatan election, pilihanraya kampus yang sedang berlangsung hari ini. Saya, meskipun juga warga UIA, lebih sekadar pemerhati, dan monitaring perjalanan pemilihan untuk SRC/ Majlis perwakilan pelajar UIA, yang pastinya juga agak sengit kali ini.


Apapun, saya amat berharap semua pelajar2 UIA di kampus mana juapun antum dan antunna, jangan sekali2 lupa kita masih ada adab2 dan akhlak Muslim. Gara2 cenderung pada aliran mana pun, jangan kita kaburkan kebenaran dengan kedustaan dan pembohongan. Hormatilah di antara satu sama lain, kita masih saudara seaqidah dan seagama, dan janganlah gunakan cara2 yang tidak bermaruah sehingga sanggup menghina orang lain atau golongan manapun dengan penghinaan yang tidak selayaknya kita sebagai Muslim tonjolkan. Jagalah nama " Islamic" yang tertera pada nama UIA agar kita tak dipandang hina orang musuh2 sebenar kita.


Akhirnya, ingatlah .... jawatan itu adalah AMANAH - tidak akan selamat sesiapa yang mengdambakan amanah@ jawatan yang tidak layak dipegangnya atau hanya sekadar ingin menjadikannya sebagai batu loncatan untuk bermegah ataupun ada lain2 tujuan. WaAllahu a'laam .

Read More......

MENDAULATKAN KALIMAH ALLAH



Gege dan gegar sekali bumi Malaysia menjelang 2010, bukan sahaja kerana sibuknya rakyat Mlaysia dengan pelbagai sambutan Tahun Baru, yang masih belum berubah bentuk sambutannya .... berhibur dan dihiburkan dengan pelbagai acara @ konsert ... semuanya memaparkan sejauh mana Umat Islam khususnya menjadi penunuj jalan kepada bangsa2 lain tentang cara hidup Islam.

Realiti di depan mata, jelas menampakkan kedangkalan Umat Islam terutamanya warga kota yang sanggup bersesak2 .... semata2 menyambut Tahun 2010 Masehi. Sungguh berjayanya agenda Jahiliyyah untuk mencorakkan pemikiran dan gaya hidup Umat Islam dan di mana jua mereka berada .... arus perdananya adalah gaya hidup ala barat, sambutan New Year pun mestilah cara barat. Benarlah Sabda Nabi Junjungan Mulia SAW, sesungguhnya kamu pada akhir zaman akan mengikuti mereka sejengkal demi sejengkal, sekiranya mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan turuti mereka! Lalu para sahabat bertanya , " siapakah mereka Ya Rasulullah? " , siapa lagi selain daripada Yahudi dan kristian.

Sedihnya bila melihat paparan di Tv .... anak2 muda terkinja2, anak2 kecil juga diusung sama demi memeriahkan acara tahunan ini. Mungkin kita boleh bertolak ansur kiranya orang bukan Islam yang menyambutnya sedemikian, namun bagaimana pula kita Umat Islam yang amat berbangga bahawa Tuhan mereka adalah ALLAH .... tidak segan silu menjadi juara dalam setiap acara ....

Sekadar peringatan buat diri dan sahabat2 seAkidah ..... kiranya kita leka, musuh2 akan mencelah dan mencari ruang untuk mendakyahkan agama mereka menimbulkan syak wasangka ke dalam hati juhala'. Kiranya kita masih sibuk dengan cara hidup bertunjangkan hawa nafsu, tunggulah tika dan saatnya hukuman dari ALLAH Rabb sekelian Alam. Kejahilan yang melingkari Umat Islam mestilah dicari jalan untuk menoktahkannya dengan ILMU dan makrifaat yang benar.
mencari jalan pulang ....
Ibrah dari kontroversi ....

Biarkan isu ini agak reda sedikit setelah KDN membuat rayuan di Mahkamah, untuk menangguhkan keputusan lalu. Apapun kita sebagai Umat Islam mesti kembali bermuhasabah, jangan sekadar rasa terpanggil untuk memutlakkan Kalimah ALLAH hanya untuk Umat Islam, tetapi dalam bab2 yang lain kita hanya pandang sebelah mata sahaja. Contohnya, berapa ramai Umat Islam yang peka untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup? Apa saja tindakan bertunjangkan kepada Suruhan dan Perintah ALLAH sebagai Tuhan kita? Amat malang sekali kalau kita dianggap juara dalam isu mutakhir ini, manakala dalam isu2 yang menyentuh Aqidah dan akhlak, hukum hakam dalam pelbagai aspek kita pandang sebelah mata saja.




Marilah kita jadikan ini satu peluang untuk kita semua Umat Muhammad SAW, yang menyatakan Tiada Tuhan selain ALLAH, dan menyaksikan bahawa Nabi Muhammad pesuruhNYa, untuk kembali menghayati ISLAM yang syumul tanpa memisah2kannya, atau hanya mengambilnya bila tersepit dan dirundung malang.




Ya, Maal Hijrah yang datang ... disusuli dengan Masehi 2010, mengajak kita kembali bertaut hati, mencari kebenaran dan mempertahankannya dengan penuh yakin dengan janji2 Rabbul A'lamin.

Read More......