TADABBUR QUR'ANI - SURAH AL AN'AAM

Alhamdulillahi Rabbil A'lamiin, Maha Suci Tuhan Pencipta Sekelian Alam, langit dan Bumi serta segala isinya ....


Perjalanan hayat ini mesti diteruskan di atas dasar Pengabdian hanya kepadaNYA. Pengabdiaan yang di asaskan di atas Aqidah Tauhid, tanpa sebarang kompromi untuk taat dan patuh kepada setiap perintah ALLAH kerana DIA adalah sebenar2 RABB dan sebenar2 ILLAH ....

Setelah sekian lama menanti respons dari my students, untuk mengadakan kelas Tadabbur Qur'ani ( TQ ), khusus untuk akhawaat@ female students, tak kiralah dari kulliyyah mana sekalipun, asal mereka berminat untuk mendalami, men 'explore' kehebatan Mukjizat al Quran, kitab perutusan dari ALLAH, akhir Zaman ini yang kekal suci dan kekal terjaga keasliaannya dengan izin Pemiliknya.


Akhirnya, muktamad ... dengan kerjasama my student, Madihah salah seorang exco IRKHSS sesi ini, beliau bersetuju untuk mengatur kelas pertama pada Jumaat (malam) di classroom di IRK building. Syukur .... segalanya berjalan lancar, dengan tergesa saya bersiap2 selepas Solat Maghrib, menuju ke UIA. Jam 8.15 pm, "InsyALLAH, ustazah cuba sampai tepat pada masanya", itu janji saya pada Madihah. Saya amat mengharapkan message ttg Kelas TQ diadakan pada malam itu mencapai target saya, paling tidak separuh dari kerusi2 di classroom akan dipenuhi oleh akhawat yang dahagakan ilmu2 al Quran.


Kelas pertama pun bermula ..... Sebagai muqaddimah, saya memulakan bicara tentang kepentingan kita kembali kepada al Quran - "Al Audah Ila Tadabbur al Qur'an " - inilah message pertama yang ingin saya sampaikan dari lubuk hati saya. Hampir lima tahun saya diamanahkan mengajar maddah " Dirasah fi al Quran " - juz 1 dan 11.

Alhamdulliah, kelas pertama kami hanya sempat bersama2 mentadabbur ayat 1 dari Surah ini. Ya ... ianya bermula dengan pujian2 kepada Pemilik Alam ini yang menjadikan langit dan bumi, kegelapan dan cahaya. Namun masih ramai manusia yag kufur dan mensyirikkanNYA dalam pelbagai bentuk sehingga kini. Terima kasih pada akhawat yang sudi hadir ... insyALLAH, kelas seterusnya moga dipermudahkan ALLAH.

5 comments:

Tahniah k na kerana berjaya memulakan kuliah tersebut. Moga dipermudahkan segala urusan dan moga mampu berterusan.

Alhamdulliah, Allah permudahkan segala usaha2 kita untuk melaksanakan amar maaru nahi mungkar. InsyaALLAH, moga usaha yang tak seberapa ini akan membuahkan hasil yang diharapkan, rasa kasih dan sayang pada al Quran tidak sekadar dengan menalun2kannya, malahan kita mesti meng'khatamkan' tafsirnya selagi hayat masih ada.

teruskan memberi ustazah...
memahami isi kandungan al-quran lebih penting drpd menghafalnya

Assalamu'alaikum ustzah..kenapa ana xtahu pasal kelas ni ye?Ustazah beritahu dlm kelas ke?

Askm, Ustzh minta maaf kerana sebenarnya kelas Tafsir kita letakkan under IRKHSS, mungkin ustzh terlupa maklumkan pada akhawat. InsyALLAH, kita cadang setiap Jumaat ( malam) sekiranya tiada keuzuran di pihak Ustzh. InsyALLAH, ustzh akan maklumkan nanti ya.