TADABBUR QUR’ANI –SIRI 2



ALhamdulillah, bersyukur sekali lagi diizinkan oleh Allah SWT berkumpul bersama dengan akhawat pada Jumaat malam, seperti biasa, syukran jazilan pada ukth Madihah dan sahabt2nya yg. Lain kerana sudi bersusah payah ‘arrange’ tempat dan inform pada students.


Saya tidak mengharapkan kedatangan yang ramai, kerana situasi students yang rata2 sibuk dengan ‘assignments’, test’ and all kinds of activities.

Setelah kelas yang pertama, sekali lagi diizinkan Allah untuk meneruskan kelas yang ke2.

Taddabbur kami pun bermula…….

Sesungguhnya dengan Rahmat Allah SWT, al Quran diturunkan untuk menjadi panduan dan pedoman kepada manusia seluruhnya agar mereka tidak terkapai-kapai di dalam kesesatan. Tanpa petunjuk@alhuda yang jelas membawa kebenaran agar manusia boleh memikirkan segala fakta2 benar yang tidak mampu ditangkis oleh aqal manusia.

Surah al An’aam, diturunkan Allah SWT, dengan iringin 70,000 Malaikat sehingga gegak gempitalah langit dengan tasbih dan tahmid mereka. Begitulah riwayat yang menceritakan perihal kehebatan Surah ini, dan turunnya ‘jumlatan wahidah’ iaitu sekaligus, sekalipun jumlah ayatnya 165. Manakala surah2 tiwal yang lain, diturunkan berperingkat2 spt. Surah Al Baqarah, al Imran, al Maidah dll.
Bermula dengan perkatan ‘ ALhmadulillah …’

الْحَمْدُ للَّهِ الَّذِى خَلَقَ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَـتِ وَالنُّورَ ثْمَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
“Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka”.


Ianya merujuk kepada segala bentuk puji-pujian hanya untuk ALLAH, Dialah Maha Pencipta, Dialah al Khaliq, yang telah menjadikan langit dan bumi dan segala isi di antara keduanya.


Kenapa ayat ini bermula dengan satu pernyataan jelas dan tegas dari Pemilik alam ini sendiri? Satu soalan saya kemukakan pada students … adakah salah jika kita ingin mencari jawapan yang di sebalik penegasan itu?.

kenalkah manusia Penciptanya?

Sekian lama, sebilangan besar manusia terkapai2 mencari jawapan pasti …. Siapakan al KHALIQ? Mereka menyaksikan pelbagai bentuk keajaiban di alam ini, gunung ganang yang tinggi dan memukau, sungai2 yang mengalir airnya tanpa henti, gua2 yang gelap dan kadangkala menyeramkan, lautan yang terbentang luas, dan macam lagi keunikan dan keindahan alam yang menjadi tanda2 kehebatan Penciptanya.

Aqidah Tauhid … dipasakkan di dalam hati setiap Muslim Muslimah, inilah Aqidah yang diperakui oleh Pencipta, dan hanya Aqidah ini saja yang akan menyelamatkan manusia dari azabNya. Manakala apa jua bentuk aqidah2 sesat pastinya hanya akan membawa akibat buruk kepada penganut2nya. Lihatlah agama2 yang menyembah berhala2 dan patung2, spt Hindu, Buddha, Sikh, adalah sesat yang nyata. Walaupun mereka menyatakan kepercayaan kepada adanya Sang Pencita atau Dewata Raya, nanmun Tuhan2 itu wujud dalam kepercayaan mereka dengan pelbagai bentuk yang kabur, kacau bilau dan penuh prasangka.


Begitu juga agama2 yang asalnya Agama Tauhid/ samawi …. Akhirnya berlakulah penyelewengan Aqidah dari Tauhid kepada Syirik ‘kabir’ seperti Agama Kristian dan Yahudi. Akhirnya hanya ISLAM satu2nya agama di dunia ini yang kekal keasliaannya dalam pengabdiaan kepada TUHAN yang SATU, tidak dua, tidak tiga maupun berbilang2. Gandingkan ayat ini dengan firman Allah :
“ Katakanlah Dialah ALLAH Yang satu” – al Ikhlas:1

Nyatalah disini, Aqidah Tauhid yang bermula dengan Syahadah pertama “ Tiada Tuhan kecuali ALLAH” – satu penegasan yang diperakui oleh Pencipta langit dan bumi, bahawa Dialah Tuhan yang satu dan tidak layak DIA disyirikkan dengan sesuatu yang lain.

Alhamdulliah ….. DIA yang Maha Pencipta, dan sekaligus melayakkan DIA menerima segala puji dan puja samada dalam bentuk ungkapan kata2, zikir, tahmid dan seumpamanya, juga DIA layak mererima segala bentuk puji2an yang dizahirkan melalui amal perbuatan manusia.


Ya, Puji Khaliq kepada Khaliq, puji khaliq kepada makhluk, puji makhluk kepada Khalik dan puji makhluk sesama makhluk. Itulah 4 kategori puji yang perlu difahami oleh setiap kita. Sekiranya kita@makhluk dipuji, sewajarnya kita kembalikan pujian itu kepada DIA @ Khalik. Kita tidak layak dipuji sepenuhnya dan menerima pujian sepenuhnya, malahan kita mesti kembalikan segala pujian kepada Pemiliknya yang sebenarnya. Alhamdulillah …… hanya untuk DIA.


Alhamdulillah di atas segala nikmat2 yang zahir dan batin, nampak atau tersembunyi, disyukuri atau tidak, semuanya perlu disyukuri …..
لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد
Bertambah syukur, bertambahlah nikmat ….. manakala kufur nikmat, hanya akan mengundang azab dan bencana.


Ayat 1 kemudiannya menegaskan satu lagi pernyataan rasmi dan tegas ….. DIA lah yang menjadikan zulumaat( الظلمات ) atau gelap dan nur atau cahaya ( النور) .


‘Zulumaat’ merujuk kepada segala bentuk gelap dan kegelapan, yang secara fitrahnya tidak disukai manusia. Gelap boleh mendatangkan huru hara, ketidak selesaan pada ramai manusia meskipun ada juga golongan yang menunggu2 masuknya malam untuk berbuat maksiat.

Adakah ‘Zulumaat’ membawa makna hakiki atau majazi? Atau pun mewakili segala jenis kegelapan hakiki atau majazi, keadaan tanpa cahaya …. adalah gelap, gelap juga apabila manusia hidup dalam kesesatan dan mengikut hawa nafsu semata. Gelap jiwa dan gelap rohani! Maka berkumpullah pada diri manusia sifat2 mazmumah dan kotor akhirnya membawa kemusnahan. Gelap juga boleh diertikan suatu keadaan manusia yang jauh dari petunjuk dan hidayah…. Maka jalan2 kegelapan penuh kelabu akan dilalui manusia.

Ibnu Abbas, yang terkenal dikalangan Sahabat Rasululllah SAW sebagai mufassir dari kalangan sahabat2 Baginda sehingga dikenali sebagai Turjumanul al Qur'an, telah mentafsirkan maksud gelap dalam ayat ini adalah kufur , dan makna ini lebih kepada majazi. Kufur adalah gelap dan manusia seakan berada dalam keadaan gelap tanpa cahaya dan kehidupan mereka yang menjadi sukar dan menyesakkan di dunia dan di akhirat. Jadi , kufur adalah kegelapan rohani manakala cahaya pula adalah nikmat Iman.

Jadi … jelaslah Pencipta Langit dan bumi, Dia juga Pencipta kegelapan dan cahaya.
Penghujung ayat berbunyi: " …. Kemudian mereka ( orang2 Kafir) dengan Tuhan mereka mempersekutukanNYA.

Atau juga membawa maksud: "Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka”.
Ya .... berlakulah syirik dalam pelbagai bentuk, yang melata di muka bumi selepas kewafatan Rasul2 utusanNya, sehinggalah datang Nabi dan Rasul terakhir Muhammad SAW …. Dengan satu tujuan dan perintah ALLAH … kembalikan manusia kepada Aqidah Tauhid yang benar, serta berikan peringatan kepada mereka tentang azab ALLAH.

Perkataan “ya’diluun” يعدلون agak jarang digunakan dalam ayat2 lain kerana perkataan ‘samakan’ atau menyamakan sesuatu dengan sesuatu, ianya juga membawa makna ‘syirik’ @ mensyarikatkan ALLAH dengan sesuatu yang tidak layak denganNYA.

Tadabbur AYAT 2:

Dia-lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).

Ayat kedua ini menegaskan sekali lagi hakikat Rububiyyah ALLAH SWT.
Hubungan yang perlu difahami manusia …. Bahawa mereka hanyalah hamba yang dicipta, dan tidak sekali2 mereka layak menafikan hakikat ini kerana kejadiaan manusia itu sendiri penuh kehebatan dan keajaiban.
Dari ‘Tiin’ /clay …. Asal usul kita dari tanah, segumpal tanah liat, kembali kepada asal penciptaan Adam a.s . Hakikatnya itulah asal usul manusia sebagaimana disebut oleh Allah sendiri dalam Kitab2 yang turunkan sebelum alQuran. Kelahiran melalui persenyawaan ovum dan sperma hanyalah proses kelahiran manusia selepas Adam dan Hawa.
Namun hakikatnya kita amat rapat hubungan dengan tanah tanih dan hampir semua makanan kita dari tanah iaitu tumbuhan dan kemudiaan kita kembali semula ke tanah. Daging yang kita ambil dari binatang2 ternak asalnya juga dari jenis makanan binatang itu dari tumbuhan sperti rumput.

Jelasnya … hakikat ini tidak bercanggah sama sekali dengan hakikat kehidupan manusia zaman berzaman.

“ … kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat);

Persoalan seterusnya berkait rapat pula dengan kehidupan manusia setersunya …. Hidup dan mati atau ajal/maut. 2 kali ajal, yang pertama ajal dan ajal seterusnya hanya didalam pengetahuan DIA shaja. Tidak siapapun mampu memberitahu secara tepat lagi pati bila dua ajal ini akan berlaku ….
AJAL 1 …… mati dan kematian adalah pasti tetapi bila dan di mana? Wa ALLAHu a’lam.

Ajal 2 …. Bila akan berlaku … juga adalah ‘Rahsia’ di sisiNYA, Cuma kita hanya dibkhabarkan ttg tanda2 kecil dan besarnya sahaja. Manusia hanya perlu bersedia untuk menghadapi 2 ajal yang pasti datang itu saja. Manakala urusan2 lain yag berkaitan keduanya… itu bukan hak kita untuk memikirkannya kecuali ianya berkait pula dengan corak hidup kita.

Soal kematian dan ajal…. Banyak kali menjadi tajuk perbicaraan di dalam ayat2 al quran. Sehingga hampir setiap perkara yang dikhabarkan ALLAH, peringatan ttg dua ajal ini akan datang silih berganti. Renungilah ayat2 ini ……
Ajal pasti datang …..
Surah2 seperti al Waqiah, al Qiyamah, al Haqqah … secara direct memperincikan situasi dahsyat pada hari itu.

…………………………………………………………………………………………………
Tadabbur AYAT 3 :

وَهُوَ اللَّهُ فِى السَّمَـوَتِ وَفِى الاٌّرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ
(3. And He is Allah, in the heavens and the earth, He knows what you conceal and what you reveal, and He knows what you earn.)
“ Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; ia mengetahui apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu lahirkan, dan ia juga mengetahui apa Yang kamu usahakan”. ... akan diulas dalam next posting.

InsyaALLAH, kelas ke3 pada minggu depan.

0 comments: