Qul al Haq ....
KEMBALI KEPADA KEBENARAN ....
Sekadar muqaddimah apabila kita menghayati hadis Nabi SAW yang bermaksud: " Katakan kebenaran biarpun pahit" . Inilah di antara maksud sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan tentang kebenaran itu amatlah pahit dan menyampaikannya juga amatlah pahit dan susah. Biar apapun cabarannya dan sehebat manapun rintangannya, peringatan ini dari Junjungan Mulia al Rasul mesti menjadi panduan untuk kita semua yang mengaku beriman kepada Risalahnya dan kebenaran ajarannya yang bersumberkan Wahyu Ilahi.
Kebenaran, adalah benar dan sesekali kebenaran tidak akan bertukar dengan kepalsuan. Kebenaran tetap selamanya bersifat benar dan asli, dan Kebenaran akan terserlah sekalipun banyak usaha2 manusia untuk menutupi kebenaran itu sendiri samada menerusi tangan2 mereka, lidah2 mereka atau pelbagai cara halus dan penuh kreatif.
contoh poster yang disebarkan di kampus?
Hanya itu yang dapat saya ungkapkan di sini apabila terlihat catatan seorang ukthi@saudari Wardah, pastinya beliau adalah seorang pelajar UIAM, dan warga kampus yang sedang merasakan kehangatan election, pilihanraya kampus yang sedang berlangsung hari ini. Saya, meskipun juga warga UIA, lebih sekadar pemerhati, dan monitaring perjalanan pemilihan untuk SRC/ Majlis perwakilan pelajar UIA, yang pastinya juga agak sengit kali ini.
Apapun, saya amat berharap semua pelajar2 UIA di kampus mana juapun antum dan antunna, jangan sekali2 lupa kita masih ada adab2 dan akhlak Muslim. Gara2 cenderung pada aliran mana pun, jangan kita kaburkan kebenaran dengan kedustaan dan pembohongan. Hormatilah di antara satu sama lain, kita masih saudara seaqidah dan seagama, dan janganlah gunakan cara2 yang tidak bermaruah sehingga sanggup menghina orang lain atau golongan manapun dengan penghinaan yang tidak selayaknya kita sebagai Muslim tonjolkan. Jagalah nama " Islamic" yang tertera pada nama UIA agar kita tak dipandang hina orang musuh2 sebenar kita.
Akhirnya, ingatlah .... jawatan itu adalah AMANAH - tidak akan selamat sesiapa yang mengdambakan amanah@ jawatan yang tidak layak dipegangnya atau hanya sekadar ingin menjadikannya sebagai batu loncatan untuk bermegah ataupun ada lain2 tujuan. WaAllahu a'laam .
3 comments:
berpolitik tidak slh dlm islam,mlh digalakkan andai tujuan utk "لتكون كلمة الله هي العليا"ttpi rmi yg terlupa apabila berkempen@berceramah Allah sndri melarang fitnah malah ghibah spertimana DIA berfirman :...ولا يغتب بعضكم بعض ايحب احدكم ان يأكل لحم أخيه فكرهتموه..semestinya ayat berkenaan ghibah ini menjadi tempelak kpd kaki2 politik.mnkala mengenai fitnah pula berfirman Allah azza wajalla :"الفتنة أكبر من القتل" > sebagaimana yg diterang oleh imam annawawi dlm kitab alazkar bhwa ghibah mmg tidak sme dgn fitnah.ghibah wlaupun ia perkara buruk atau kekurangan seseorng ia ttp tdk bleh disebarkn krna mengaibkn org.dan sudah tentu fitnah(memperburuk2kn seseorng tnpa asas yg bnr) yg sediakala kita tahu adlh haram di sisi islam.b'jga2 lh wahai kaki2 politik dgn lidah yg di berikn.sesungghnya ia akn dipersoal.kembalikan politik kedlm islam bkn islam yg mengikut rentak politik.wallua'lam.jazakillah ya ustzh=)
maaf dlm ayat pertama tertinggal perkataan ميتا pd ...ان يأكل لحم" أخيه ميتا فكرهتموا" inilh ayat yg sbnrnya
Saya amat setuju dengan pandangan saudara Amin albanjari, memang itulah yang berlaku hari ini, kita bimbang sekiranya kita terikut dengan rentak dan gaya dan tingkah lalu musuh atau orang bukan Islam .Untuk menyatakan pandangan apapun, adab2 ikhtilaf perlu dijadikan panduan agari tidak terlajak kata, tidak mudah mengata orang secara melampaui batas.
Jelasnya, politik Islam adalah di antara wasilah yang boleh digunakan untuk menegakkan kebenaran ISLAM.
Post a Comment