Abu Khater: Zawjati (Dear my Wife)





Fenomena penceraian yang amat membimbangkan, seringkali menjadi tajuk hangat di dada2 akhbar tempatan. Banyak kajian dibuat, banyak seminar dan forum dianjurkan, apakah tiada di sana sebarang langkah2 berkesan untuk mengurangkan jumlah penceraian yang berlaku .... hampir sebagian besarnya rumahtangga yang telah terbina dengan ikatan kasih sayang di awal perkahwinan.

Beberapa hari sebelum Hariraya Aidil fitri yang lalu, saya telah menerima sms dari seorang kenalan baru ( seorang ibu muda) yang bertanyakan hukum jika suaminya memintanya pulang kerumah ibubapanya .... MasyaAllah, bercampur sedih ... dan terkejut, saya hanya mampu membalas sms itu dari sudut hukum, adakah suaminya berniat 'cerai' ataupun tidak? Itulah salah satu babak2 yang menunjukkan betapa mudahnya kalimah talak@cerai dilontarkan oleh kaum adam pd isterinya.

Kejahilan melanda ummah ini, hawa nafsu diperturutkan ..... memang puncanya pelbagai, namun kita lihat faktor besarnya ialah kurangnya penghayatan Agama di kalangan anggota masyarakat sehingga banyak perkara dipermudah2kan tanpa melihat penyelesaiannya yang bersifat 'Agamawi'.

Islam datang dengan package yang amat sempurna, malangnya kita Umat akhir zaman ini sering pula menjuzu'-juzu2kannya sehingga kita hanya kembali kepada panduan agama apabila tersepit dalam masalah semata. Pokok pangkalnya, keindahan Islam itu dihijab oleh sikap2 orang Islam sendiri yang kurang mengambil berat tentang agamanya sendiri.

_________________________________

Nasyid dari seorang suami kepada sang isteri yang dikasihinya amat menyentuh kalbu, ..... anti habibati zaujati ..... dengan kecintaan suami pada isterinya, dan bertautnya kasih sayang keduanya atas dasar kecintaan pada Khaliq ... Itulah keindahan cinta abadi ... cinta hamba kepada al KHALIQ.




Apabila jodoh dipertemukan, ikatan diaqadkan, maka termeterailah satu ikatan suci di atas nama ALLAH Azzawajalla, agar kedua2nya menjaga segala hukum dan ketentuan 'Syariat' di atas rasa pengabdiaan padaNYA.



Perkahwinan di sisi ISLAM adalah Ibadah yang dikira pahala yang disediakan Allah Taala dengan syarat.... niat yang dimulakan di awal perkahwinan hingga akhirnya sebagai tanda ketundukan dan ketaatan kepada Pencipta Adam dan Hawa. Juga untuk melaksanakan tuntutan2 Agama demi menjaga kemaslahatan UMMAH dan memanjangkan umat Muhammad SAW sehingga ke akhir zaman.



InsyaAllah, yaqinlah kita, andainya perkahwinan di bina di atas keikhlasan dan kejujuran, ikatan hati akan dipelihara oleh pemilik hati itu sendiri.

0 comments: