ERTI SEBUAH KECEMERLANGAN ....

Timbunan kitab2 yang perlu ditadah....


DEMAM EXAM @ DEMI SEBUAH KECEMERLANGAN ....


buku oh buku .....

Rata-rata golongan yang bergelar pelajar khususnya akan menetapkan target dan sasaran utama mereka untuk berjaya ... dan sekaligus mencipta kecemerlangan.Ibarat slogan Pak Lah semasa gah berkuasa dulu ... " Gemilang, Cemerlang dan Terbilang" .

tenangkan diri menghadapi exam ....

Manusia memang inginkan sesuatu yang boleh memuaskan jiwa mereka. Tak ada seorang pun yang inginkan kegagalan dalam sebarang usahanya di dunia ini. Seringnya, kita hanya harapkan natijahnya tinggi menggunung ... sayangnya tidak setimpal dengan hasil usaha yang dilaksanakan. Pastinya mereka ingin pencapaian yang baik serta memberangsangkan dalam hidup mereka, dan kalau boleh nakkan hasil hebat tanpa tumpah setitis peluh pun. MasyaALLAH ...

Minggu EXAM di IIUM Gombak dah pun hampir tiba. Demam EXAM @ imtihan mula terasa bahangnya .... bukan saja golongan students saja, malah kami lecturers pun dah gelabah nak selesaikan semua markings samada midterms, assignments yang bertimbun, markah bagi Imtihan syafawi dan banyak perkara2 titik bengit lagi kena bereskan sebelum tiba pula kertas2 Final Exam. Paling tidak minggu EXAM kami dah ready untuk marking pula kertas Final exam.

Rasanya di mana2 Universiti pun sama, tiba minggu EXAM, ramailah yang tension dan muka pun nampak kelabu asap! Dua tiga hari lepas saya tak dapat menahan marah, akhirnya keluarlah teguran kepada my students ... sekian lama saya perhatikan sebahagian female students seakan tak faham2 ... setelah lecturer sedang berada di depan mata pun, masih lagi nak bersosek2 ..... sikap ini dah lama saya perhatikan, ingatkan masing2 dah layak jadi ibu dan bapa orag, sepatutnya tak perlulah nak kena berleter dan menegur banyak2. Sepatutnya mereka semua dah faham dan jadikannya satu 'ADAB' waktu berada dalam kelas, masa belajar, belajarlah betul2, kalau ada soalan atau tak faham perkara yang diajar, boleh terus direct tanya lecturer.


Saya pun tanpa berselindung lagi terus menegur mereka, terutama banaat ..... kenapa sikap tak berubah, sebagai pelajar2 Islam, sepatutnya mereka menunjukkan komitemen yang cukup tinggi untuk berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat ... bukan sekadar dapat markah cukup2 makan je! apabila di bagi pula peluang kemukakan soalan, langsung tak ada response, senyap dan sunyi.

Maka teringatlah saya ketika berada di Qa'ah muhadhorah di Kuliyyah Bannat, Jami' Azhar suatu ketika dulu ... memang amat culture shock, dengan size fizikal mereka yang 'gah' @ besar dan tinggi, kecut juga nak berkawan dengan misriyyat. Namun, ramai juga dari mereka yang baik2 dan boleh dibuat kawan. Kakak2 senior sering berpesan kepada adik2 baru : " berkawan boleh, tapi jangan sampai bawa balik rumah" .


Pada mulanya agak pelik juga, kenapa mereka berpesan macam tu? Macam mana nak tahsin Lughah Arabiyyah kalau tak bergaul dengan mereka? Hati tertanya2 kerana tak dapat menggagak apa sebenarnya maksud senior2 kami itu. setelah bertanya pada kakak2 yang lebih senior, barulah jelas apa sebabnya. Rupanya ada yang 'baik sangat' dengan pelajar Arab, bawa mereka balik ke rumah sewa, makan sepinggan dan tidur sebantal, kemudian berlaku pergaduhan ... di antaranya berpunca sikap 'panjang tangan' pelajar Arab. Kemudiaan lebih malang lagi, pernah berlaku pembunuhan yang tragis ( peristiwa tersebut berlaku belum cukup setahun saya berada di sana) . Seorang tolib Malizi dari Kedah kena tikam dan meninggal dunia.


Selepas kejadiaan tersebut, barulah saya cuba lebih memahami waqi' Mesir yang agak mencabar berbanding dengan suasana@zuruf Malaysia. Lain padang lain belalangnya! Apa2 jua yang positif kita kena jadikan contoh@ qudwah hasanah ... yang buruk@ mungkar jadikan sempadan. Barulah selamat biar di bumi mana jua kita berada.


Ada beberapa 'adegan' yang menarik sepanjang pengamatan saya. Pelajar2 Arab Misriyyat, rata2 mereka amat aktif bahkan boleh dikategorikan ' hyperaktif '. sebelum kelas bermula, keadaan Qa'ah, amatlah bising kalah pasar borong Selayang. Ada di kalangan mereka yang berkasut tumit tinggi berjalan di atas meja kuliah dari bahagian belakang hingga kehadapan! Kami Miliziyyat hanya mengeleng2 kepala sambil mengucap panjang ... gelagat mereka yang amat asing bagi kami yang bersaiz kecil2 cili padi. Namun, sebaik saja terdengar "Ustz Ghai, Ustaz Ghai", keadaan terus berubah 100 percent.


MasyaALLAH, mereka terus duduk diam tanpa sebarang kata. Semua menikus, macam si tikus jumpa si kucing. Rupa-rupanya itulah budaya@culture belajar mereka. Masa main, buatlah bising sekuat mana pun mereka boleh terima, tapi .... masa belajar mereka begitu hormat sekali para muhadhir@muhadhiroh mereka, semua akan khusyuk belajar dan amat fokus. Tiba masa soal jawab, mereka bergaduh pula nak jawab soalan, " ana arfa' yadi awwalan!Masing2 mendakwa mereka lebih dahulu angkat tangan, dan mereka tak kisah jawapan mereka betul atau tidak. Ya, hebat sekali!.


Kami, Maliziyyat, @ wafidaat hanya mampu tunduk memandang ke lantai. Terasa amat kerdil tak boleh nak challenge stail belajar banaat Misriyyat, apa lagi kami yang masih lemah Bahasa Arab Fushah dan juga Ammi. Ya, itulah ujuan sepanjang jalan di medan ilmu. Tak akan terasa kemanisan sesebuah kejayaan tanpa usaha yang tinggi dan hebat. Semoga all my students .... akan berjaya melepasi ujian demi ujian ke puncak jaya.

Sempena final EXAM ..... Ustzh mohon maaf
sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
dan tidak melaksanakan tugas dengan cemerlang , dengan iringan doa agar semua my students terutamanya fokus 100% .... usaha dan plus pula dengan tawakkal kepada ALLAH.

Juga ... Jangan lupa jaga kesihatan rohani,
mental dan fizikal ... dan selamat semuanya


0 comments: