OPEN HOUSE ... SEHINGGA PENGHUJUNG SYAWAL


OPEN HOUSE, tradisi Masyarakat Malaysia Moden ....


Seakan menjadi tradisi bagi Umat Islam di Malaysia, Open House sehingga ke penghujung Syawal, sehingga ada yang tak sempat habiskan puasa 6 di bulan Syawal. Memang ada pro dan kontranya. Open house diadakan hampir di setiap Jabatan, Kulliyyah, Universiti, kementeriaan dan kawasan kediaman. Apa lagi, bagi yang mempunyai selera makan yang tinggi, nampak sangat gelagat dan cara makan seperti orang yang tidak menjamah makanan dua tiga hari. Yalah, rezeki di depan mata, kadangkala semuanya nampak sedap dan enak, sehingga terlupa bagi yang ada diabetis, masalah jantung, kolesterol seakan-akan mereka tak kisah lagi dengan saranan doktor agar menjaga pemakanan dan mengambil makanan seimbang.


Kelmarin, sabtu ( 17 / Oktober) saya sendiri menerima 5 undangan Open House dan satu majlis kesyukuran. Open House & Aid gathering termasuklah di SMK Sungai Pusu, Masjid al Syakirin ( Batu 5), Dr.Maziah di Sering Ukay, IPrisma di AU2, dan kawasan kediaman saya sendiri iaitu di Kuarters Institusi Pendidikan ( KIP) SMK Sg Pusu ( malam lepas Isya'). Begitu juga majlis kesyukuran Cikgu Kamariah sempena perkahwinan anak lelakinya juga diadakan selepas Maghrib. Akhirnya saya pilih yang dekat .... yang agak jauh rasanya tak larat termasuklah Open House Kak Maziah dan adik2 Iprisma. Maaf ye! Tak mampu nak memenuhi kesemua undangan, badan pun terasa amat penat.


Jadi saya sekeluarga memilih menghadiri Open House di SMK Sungai Pusu, digandingkan sekali dengan program "Family Gathering" khusus untuk warga guru dan ahli keluarga mereka. Seawal jam 9 am, saya sekeluarga bersiap dan kami menghadiri majlis tersebut, sehingga ke acara sukaneka bagi anak2.


Alhamdulillah, suasana agak meriah dengan penyertaan anak2 guru dan staff SMKSP, makan2 , sambil bertanya khabar. Sempat juga beramah mesra dan bertanya khabar dua tiga orang guru dan saya kenal, Ustazah Hayati Adni, Cikgu Anisah, Haslinda ( Kauselor sekolah). My ex-student, Hazakirah datang menegur, rupa2nya dia masih ingat pada saya, dan mengajar di SMKSP hampir 4 bulan sebagai guru sandaran. Baguslah, sekurang-kurang anak2 murid saya telah memulakan kerjaya masing2 dalam pelbagai bidang. Dalam kesempatan itu, tak lupa saya titipkan semangat padanya supaya 'sambung belajar' jika tak ada halangan.



Anak2 ... Naseh, Kash, Bariyyah dan Murshid masing2 menyertai acara sukaneka dan nampak semangat juga mereka nak menang!. Manakala Afdhal tak berminat dan minta balik lebih awal, katanya " tak de geng ". Itulah gelagat anak2, semakin besar, semakin ikut selera sendiri. Tapi sebagai ibu, saya tak paksa anak2 ikut cakap kita seratus peratus. Kita bagi mereka ransangan, apabila menyertai acara berbentuk pertandingan, sebenarnya boleh membina 'yakin boleh' pada diri anak2. Kalah menang perkara kedua!


Kesempatan ini saya mohon berbanyak maaf kepada adik2 'Iprisma' kerana tak dapat nak memenuhi undangan kalian. Hati sangat2 teruja untuk bertemu dengan adik2 junior sama ada yang pernah berkenalan maupun tidak. Kepada pimpinan Iprisma, Ustz Mat Nor dan isteri, Zulhazmin, Rafidah, Aidah, Hidayat, dll ..... InsyaALLAH, di lain kesempatan kita jumpa lagi.


Begitu juga Kak Maziah dan Ustaz Wahab teringin sangat nak ziarah rumah baru mereka di Seing Ukay, namun niat tak kesampaian. Jangan marah atau kecil hati ye Kak Ma! dan jangan serik jemput lagi tahun depan.



Apapun ... itulah kita sebagai manusia, tak semua keinginan kita untuk menunaikan hak sahabat2 dan kenalan kita mampu kita penuhi, terpaksalah membuat pilihan mengikut kemampuan masing2. Saya pun teringin sangat nak buat 'OPEN HOUSE' tapi keadaan rumah tak mengizinkan. InsyaALLAH, ada peluang lagi kira di izinkan ALLAH dan panjang umur.


0 comments: