AGM IRKHSS ... sesi 2009/2010
AGM IRKHSS & NEW LINE UP 2009/2010
Alhamdulillah malam, 16Oktober 2009, jam 8.30 malam ... bermulalah AGM IRKHSS dan seterusnya pertandingan untuk memilih kepimpinan baru bagi society ini bagi sessi akan datang. Kali ini penyertaaan agak memberansangkan, 27 candidates bersedia untuk merebut kerusi yang diperuntukkan iaitu 20kerusi@ calon.
Kedatangan saya agak lewat sedikit, kerana terpaksa ke Stesen Petronas terlebih dulu, lantaran tanda amaran 'fuel' berwarna kuning. Jadi saya tawakkal memandu dari rumah terus ke Stesen Petronas yang terdekat dalam keadaan jalan menghala ke Greenwood sesak dengan pelbagai kenderaan.
Dengan kelajuan 60-70 km sejam, saya memandu menghala ke UIA, dengan harapan tidak terlewat sampai sebelum acara bermula. Dr Farid dah masuk ke Mini Audi, terpaksalah saya menahan rasa malu kerana kelewatan yag tak sepatutnya berlaku. Apa boleh buat, hari ini pun jadual saya amat padat ....
Saudara Presiden dalam ucapannya... menyentuh tentang beberapa perkara penting yang wajar dijadikan renungi kepada setiap pelajar IRK, dan penggerak IRKHSS pada sessi akan datang. Di antaranya; jiwa ( soul ) yang perlu digilapkan demi untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Pelajar2 IRK paling dekat dengan pelbagai disiplin ilmu2 Wahyu, yang pastinya memberikan impak maksima kepada 'jiwa' dan aqliyyah para penuntutnya. Saya amat bersetuju dengan tazkirah@muhasabah Brother Aziz itu, kerana realiti jelas menunjukkan segelintir pelajar2 Agama atau takhassus dlm IRK, masih terpalit dengan isu2 moral dan disiplin. Sayangnya jika jiwa2 ini kosong dari ruh Agama dan cintakan Agama serta bercita2 menjadi pendokong2nya yang sejati. Ramai juga pelajar2 Agama ini terdorong menjadi sekadar di pinggiran dalam arus dakwah.
Internal IEEP 2009 .... hari yang sibuk.
Dari jam 8.30 am, sepatutnya telah bermula registration untuk Internal IEEP bagi Kulliyyyah IRKHS, yang melibatkan semua lecturers dari semua cabang ilmu IRKHS. Kemudiannya pada 9.00am, ia dirasmikan oleh our New Dean, Dr Badri Najib. Masya ALLAH ... ramai yang kagum dengan kemampuan Dean baru ini, yang memang amat cemerlang dan dedikasi sekali dalam 'pengurusan ' dan aspek pentadbiran sebuah Kulliyyah yang terkenal ini di IIUM. Moga IRKHS terus maju dan cemerlang dalam semua aspek duniawi dan juga ukhrawi.
Saya cuba tidak menguzurkan diri dari menghadiri program ini yang boleh dikategorikan sebagai 'wajib@compulsory' , pada tahun ini di adakan dalam dua bentuk, internal dan external. Pada 24-25 Oktober pula kami akan berkampung di Swiss Garden, terletak di persisiran Pantai Beserah. Bagus juga .... paling tidak kami berpeluang merasai suasana yang agak santai bersama family masing2.
Prof Dr. Ismawi dari Kulliyyah Architecture pula dijemput untuk menyampaikan ceramahnya tentang 'Academic Research', dalam English dan Prof Abdul Aziz Bargouse pula dlm Bahasa Arab. Saya dan Dr. Hanan malas berpindah ke dewan lain, so kami stay je kat Experimental hall. Apa pun, memang berbaloi dengar talk Prof Ismawi yang padat dengan slide stail 'achitecture'nya. Very touching!
Ibarat satu lagi tanggungjawab@amanah yang mesti dipikul oleh para ilmuan IIUM iaitu mereka dituntut agar menggiatkan usaha mereka ( berganda2!) bagi meneroka ilmu2 mengikut niche masing2 secara lebih agresif. Bajet agak besar, paling kurang setiap lecturer perlu memohon research grant sebanyak RM10k.
Hai, Nampaknya tidak cukup dengan sekadar 'mengajar@teaching' malahan kami mestilah berlumba2 meningkatkan kualiti research masing2. Kami kemudiannya dibahagikan dalam bentuk kumpulan mengikut Department masing2 diketuai oleh Head masing2, berbincang tentang proposal for Researches, dan Program tamat hampir 1 tengahari.
Kira2 jam 3.00pm, hadiri pula jamuan 'Aid Gathering' under Kulliyyah IRKHS, semua lecturers dijemput ke riverside di Bangunan Human Sciences. Sambil menunju majlis bermula, saya ke bilik Dr Hanan ( Arabic Department ), kami bersembang tentang musafirnya ke Indonesia, presenting her paper. Begitu juga Dr Nadwah dan Dr Saufi Man menyertai Seminar tersebut yang diadakan selama 3 hari. Pada awalnya saya bercadang 'join' sahabat2 lecturers ke Medan, tetapi bukan present paper, hanya sekadar mengambil kesempatan untuk 'kembara ilmu'. Namun hajat saya tidak kesampaian kerana hampir 4 hari saya pula demam sebelum tarikh seminar tersebut. Tambahan pula keadaan tidak mengizinkan untuk saya tinggalkan family seketika.
MasyaALLAH, memang hebat sungguh sahabat saya ( Dr. Hanan ), begitu bersemangat dan fokus dalam research berbanding dengan diri ini yang masing terkontang kanting dengan pelbagai ideae, tapi masih terperangkap dalam 'minda'. Nampaknya saya kena set semula my minds, mestilah mencontohi sahabat2 lecturers yang hebat2 dalam reseach mereka. Contohnya Dr Solehah, beliau dah pun bersedia untuk apply promotion as Associate Profesor! . Beliau junior saya, dan kami sama2 konvo Phd pada tahun sama 2006, namun beliau mempunyai komitmen yang hebat ... setiap tahun ke Oversea ... setahu saya beliau telah pun sampai ke Mesir, USA, Turki presenting papers!
Hampir jam 3.40 pm, saya kembali semula ke office, my students ramai dah tunggu untuk Imtihan Syafawi, terpaksalah teruskan kerana dah berjanji dengan mereka, Imtihan sepatutnya dari 3.30pm sehingga 5pm. Alhamdulillah, sebaik selesai, dengan badan yang letih kenalah pula saya bersiap untuk ambil Murshid di Educare lepas solat Asar. Begitulah, hari yang penuh dengan kesibukan .... tak habis2.
AGM IRKHSS ....
Saya sekadar mengucapkan sekalung tahniah kepada adik2 pimpinan sessi 2008/09 yang telah berjaya menerajui IRKHSS .... terutama saudara Aziz selaku Presiden IRKHSS, pimpinan2 termasuklah Ubaid,Zikriyyah, Manal, Siraj, Fadhil, Farouk, Husnul Azam, dan ramai lagi. Sekalipun mereka tidak diberi sebarang habuan@gaji, mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi, melaksanakan pelbagai aktiviti@program dan sekaligus melakukan kebaikan untuk para pelajar IRKHSS. Moga mereka akan menjadi pelajar2 cemerlang.
Kepada pimpinan baru IRKHSS ....
Tingkatkan daya kepimpinan antum wa antunna, jadilah contoh kepada para pelajar2 lain yang tidak berminat untuk melibatkan diri dengan students activities, sesungguhnya 'kepimpinan' bukan untuk bermegah dengan pangkat atau gelaran, tetapi ianya adalah AMANAH ... ingat, ianya satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan sebaik mungkin. InsyaALLAh, ganjaran Allah sentiasa menanti bagi orang2 yang ikhlas. Jadi ... Do your best, and dont forget your studies!!!
ok .... Sekian, sekadar peringatan untuk kita semua.
0 comments:
Post a Comment