KENDURI DAN KEMBARA RAYA 2009

KENDURI DAN KEMBARA RAYA 2009

Kepulangan saya dan sekeluarga ke kampung sempena Aid al Mubarak kali ini terasa amat singkat, hanya berada dua hari sebelum Syawal dan pada 4 Syawal telah kembali di KL. Seawal 2.00pagi, kami bertolak kembali ke KL, diselaputi kabus pagi. Anak2 dikejutkan dan mereka menyambung tidur di sepanjang perjalanan. Nasib baik tak banyak kerenah.


Saya amat berterima kasih pada suami kerana beliau berkorban … sanggup memandu di saat kami pula ( isteri dan anak2nya ) dibuai mimpi. Saya memang tidak dapat menemaninya berbual@ atau menemaninya sepanjang pemanduaannya, kerana saya seorang yang tak tahan berjalan jauh, kalau pun tak mengantuk, saya paksakan diri ‘tidur’ atau tidur2 ayam, sejak kecil lagi saya agak lemah fizikal dan tak tahan berjalan jauh, mabuk darat!


Tiba di KL, jam 10.30 pagi, terus singgah di Greenwood beli nasi lemak dan roti canai untuk sarapan kami anak beranak. Sebenarnya kepulangan ke KL pada raya ke4, kerana kami mengambil keputusan untuk menyertai kenduri 2 orang anak saudara, iaitu di Tangkak pada Raya ke5, dan di Batu Pahat pada Raya ke7. Anak2 apa lagi... merekalah yang terlebih ‘excited’ ke sana. Mereka pun belum pernah dibawa ke mana2 daerah dan kawasan di Johor.

Muzammil, anak Kakak Yah sulung akhirnya bertemu jodoh dengan orang Tangkak. Setelah mendapat 3 menantu lelaki, semuanya bukan anak jati Kelantan; seorang Kedah, Selangor dan KL. Jadi menantu perempuan Kak Yah pula dari Johor. Nampaknya mindset keluarga kami dah berubah, selera pada orang luar Kelantan pula!


Apapun, masih satu bangsa, dalam satu Negara. Beza Cuma pada longhat dan lidah pertuturan, selera makan pun dah bercampur baur. Kali ini saya cuba juga hadir majlis Kenduri anak saudara jika diizinkan ALLAH dan tak ada aral melintang, almaklum suami pernah kena heart attack tahun lepas, jadi saya telah maklumkan pada Kak Yah awal2 lagi. Kalau suami tak sihat dan rasa kurang mampu drive ke Johor, mungkin hanya saya dan 3 orang anak dibawa bersama.

Apa yang paling penting, kehadiran saya dan keluarga sebagai tanda sokongan kami kepada kak Yah yang banyak membantu adik2nya semasa kami kecil , lebih2 lagi setelah kematian ayahanda.
Secara tak langsung, kenduri Raya ibarat gathering kami ‘ Kelab Keluarga Hajjah Fatimah’ , hamper setiap tahun kami akan mengadakan ‘gathering’ atau family day sempena raya atau cuti sekolah, bergantung pada keadaan. Maklumlah, ramai yang menetap dan bekerja di KL, termasuklah saya, kak Khairiah, abang kie, abang Zie dan adik bongsu, Ustz. Mawardi. Jadi kesempatan yang ada untuk kami berkumpul adik beradik dan keluarga masing2 juga sepupu2 yang dapat ikut serta.

Kenduri di Tangkak.

Kali pertama sampai di Tangkak, berhampiran dengan pekan Tangkak, dan kebetulan keluarga mentua Muzammil pengusaha ‘homestay’, jadi kami tak ada masalah penginapan untuk dua hari dua malam. Majlis Aqad Nikah pada malam 5 Syawal, selepas Isya’, hanya Kak Yah dan anak2nya sahaja yang menghadirinya, manakala kami yang lain2 akan berangkat pada paginya. Rancangan awal bertolak dari rumah Abang Zie di Bandar Baru Bangi pukul 8.30pagi, biasalah jam 10.00 barulah semua bersedia untuk bertolak. Kami dari jam 8.30 dah pun tiba di rumah Abang Zie. Rupa2 masih ramai yang belum sarapan dan bersiap untuk bertolak. Itulah resam kalau dah ikut jam Melayu. Memang selalu layu!

Perjalanan hampir 2 jam, ketibaan rombongan pihak lelaki ke rumah pihak perempuan secara rasminya pukul 2.30. Jadi pihak tuan rumah minta kami makan dulu, alang2 dahpun sampai dari KL. Satu perkara yang saya tak berapa berkenan ialah pihak perempuan siap dengan DJ yang menyediakan lagu2 ….. macam2 lagu bukan lagu ‘ Pengantin Baru’ saja, kemudian tu siap ada karaoke jemputan pula ( bekas peserta akademi Fantasia! ). Masih jahil dan tebal dengan budaya lapuk. Kami kat Kelantan dah lama tinggal tradisi tersebut. Alangkah baiknya majlis Kahwin diiringi dengan kalimah Tayyibah dan alunan nasyeed yang mengingatkan hadirin hadiraat tentang kehidupan ini yang bersifat sementara.

Batu Pahat…..

Kenduri ke2, pula di Parit Sulong, Batu Pahat, rupa2nya jarak dari Tangkak hampir 1 jam setengah. Suami pulang ke Kl dengan Kash, jdi saya dan anak2 yang lain tumpang kereka Kak Long Zati dan Kak Bah. Konvoi kami tersesat dan ttersilap masuk Parit! Yang kami cari Parit Laman Lapis.

Majlis bermula pada 2.30petang, tapi akhirnya pada jam 3.00 petang. Abang Ngah, anak Abang Lukman bertemu jodoh dengan orang Parit Sulong, dan nampaknya bertambah melebarlah pengaruh rakyat Kelantan menawan Johor pada PRU13 nanti.
Tubuh terasa amat penat sekali, setelah dua majlis kenduri, dah tak larat nak bertahan dalamm perjalanan, jadi saya cuba merehatkan diri sebaik mungkin.
Kembali ke KL, saya dan dua orang anak tumpang kereta Mawardi, manakala anak2 lelaki seramai 3 orang tumpang kereta Aiman, kak Yah Khairiah.

Kak Moh dan Abang Rahimi kemudiaan ajak kami singgah di rumahnya untuk makann malam. Terpaksalah singgah sekejap, alang2 dah tumpang orang, lagipun kak Moh bersungguh2 agar kami semua ( sepupu2) ziarah rumahnya, ramai yang bertamu ke rumahnya di Taman Selasih, di Greenwood.
Akhir sekali, kira2 jam 10 malam, barulah tiba di rumah, dengan keadaan badan yang lesu dan teramat penat.

Alhamdulillah, Berjaya juga saya mengharungi kembara@kenduri RAYA 2009. Bersama keluarga dan sanak saudara. Moga tahun depan kita jumpa lagi.



0 comments: