LAMBAIAN KAABAH ....2009



RINDUKU DALAM LAMBAIANMU ....

KAABAH ... rumah ALLAH, sejak Adam a.s diperintahkan membinanya, kemudiaan perintah Allah kepadan khalilNya Ibrahim a.s agar memperbaharuinya semula setelah zaman berlalu.

Kaabah, yang dimuliakan di atas dasar untuk menunjukkan rasa pengabdiaan manusia kepada DIA, Ar RABB ... tiada Tuhan selain DIA, dan di situlah Aqidah Islam terbina dan tertegak di dalam sanubari setiap Mukmin dan Mukminah.


Lambaian Kaabah, ibarat satu ayat yang melambangkan rasa ketaatan serta ketundukan sang hamba yang dhoif, mengharapkan cinta Khaliqnya. Lambaian itu sekian lama dirindui oleh hati2 yang merindui kecintaan Rabb mereka, hati2 yang sentiasa memanjatkan sekeping doa yang tidak putus2 .... moga diri mereka terpilih untuk menziarahi bumi suci al Haramain, dan sekaligus mereka berkesempatan beribadah fi zillil kaabah.


Jauh di sanubari, terasa kerdilnya diri ini kerana masih lagi menanam cita2 yang belum terlaksana, menziarahi al Haramain, bermunajat di Multazam dan Maqam Ibrahim a.s. dan paling bahagia jika dapat menunaikan kefadhuana HAJI sekalipun ianya bersyarat " MAMPU".


Pada suatu hari, pernah seorang teman, Kak M singgah di office saya, kami bersembang sambil bertanya khabar tentang siapa yang pergi Haji tahun ini. Maka terkeluarlah beberapa nama sahabat2 staff IIUM Gombak yang telah membuat persediaan kewangan untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Tiba2 teman saya berkata: " Apa yang kita nak taarifkan MAMPU dalam syarat mengerjakan haji? Betapa ramai orang yang mampu membeli itu dan ini lebih dari keperluan harian mereka, namun masih beralasan mereka belum mampu lagi ke Mekah untuk menunaikan Haji!".


Ya, sukar juga nak menjawabnya! Namun saya berpendapat perkataan MAMPU itu sendiri perlu dilihat dalam uruf dan zuruf semasa. Sekalipun ramai yang mampu mebeli rumah dan kereta, mereka masih lagi mengatakan mereka belum mampu lagi dengan mengemukan alasan mereka membeli rumah dan kereta dengan loan bank. Jadi dua perkara tadi adalah asas kehidupan hari ini, takkan nak menyewa sehingga menangguhkan pembelian rumah yang saban tahun meningkat naik, begitu juga dengan tuntutan semasa yang menghendaki seseorang yang telah bekerja dan cukup syarat untuk memiliki sebuah kereta untuk kegunaan harian ke tempat kerja.



Jadi, di manakah syarat MAMPU itu perlu diletakkan? Saya tidak ingin menuding sesiapa, paling baik kita muhasabah diri masing2, sampai bila kita ingin mengemukakan alasan itu dan ini, di antara yang paling popular ialah duit simpanan di Tabung Haji belum cukup, jadi tunggulah dulu sehingga benar2 cukup termasuk duit saku sekali, ataupun anak2 masih kecil dll.


Sebahagian yang lain pula akan mengatakan .... duit dah cukup tapi hanya untuk diri sendiri, manakala pasangan pula belum mampu@ tabungan tidak mencukupi untuk suami isteri. Rasa bersalah semakin menekan kalbu ini, target saya pada tahun lepas saya bercita2 menunaikan haji bersama suami, namun dia pula tak cukup dan sayalah yang perlu lebih berusaha membantunya @ dengan lain perkataan saya yang perlu menabung untuknya?


Tahun lepas, 2008 - Kak Yah, ( kakak sulung ) bersama suami menunaikan haji badal untuk seorang mak cik yang uzur dan amat berharap Kak Yah yang melakukannya untuk pihaknya, dan kedua ibubapanya. Begitu juga anak kak Yah, Norli dan suaminya Yus, serta Ira dan suaminya Zuhdi. selamat mengerjakan haji.

Allah Maha kaya mempermudahkan perjalanan hamba2Nya. Kekadang datang juga bisikan2 yang seakan mengheret saya berfikir, kenapalah agaknya rezeki saya belum sampai lagi untuk ke sana? Laluan saya terasa sukar, kerana suami acuh tak acuh saja apabila saya menyampaikan hasrat saya untuk menunaikan haji sebelum umur 40an. Maklumlah dia dah pun HAJI, semasa di menuntut di Mesir dulu. Jadi saya rasa begitu terkilan seolah2 saya keseorangan melayan perasaan bersalah yang muncul, ya ... kami dahpun mampu beli rumah dan dua buah kereta, namun saya masih lagi tidak berpeluang ....


InsyaALLAH, saya menanam azam ..... moga ALLAH permudahkan diri ini dan suami untuk ke sana pada tahun hadapan, 2010. Moga umur masih panjang dan tercapai impian untuk ke sana meskipun target asal saya perlu berusaha menunaikan haji sebelum umur mencapai 40tahun.


Ya Allah, penuhilah impianku ini .... bukan sekadar malu pada makhluk atau kerana rasa bersalah kerana tidak mendahulukan kehendakMU serta kewajipan yang mesti didahulukan, namun ianya adalah lahir dari sebuah kehambaan ingin menatap KaabahMu, rumah MU yang mulia. Rasa rindu ini semakin menebal .... kerinduan untuk merasai perasaan 'cinta padaMu' dengan mendatangi rumahMU, ya ALLAH.
Begitu juga rinduku untuk menatap Maqam NabiMu junjungan yang mulia, Nabi akhir zaman, meskipun hanya dari balik batuan yang melindungi maqam kekasihMu, Muhammad Rasululllah SAW.
Moga rinduku ini adalah lahir dari rasa kehambaan dan kerendahan yang tulus dan ikhlas.... hanya RidhaMu Ya Rabbi kupohon.

6 comments:

Salam K Na,
Itulah nasib wanita, terpaksa bergantung kepada muhrim. Walaupun hati begitu rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci tapi terpaksa bersabar, itulah ujian kita.
Moga kita juga mampu sampai ke situ suatu hari nanti...

Ya Allah, lama tak dengar berita dan serita dari Oman, kenapa tak boleh nak buka blog za? Za kena invite kna dulu ke? Moga kita akan dipermudahlkan segala urusan untuk menyambut Lambaian KAABAH .... as soon as possible!InsyaALLAH.

Salam k na,
Maaf blog lama tu dah diprivatekan, kononnya nak buat kajian berasaskan idea disitu.
Sekarang ni saya menulis di blog baru www.suriummah.blogspot.com

Moga ukhwah tetap terjalin.

Salam terlupa nak cerita, minggu lepas saya tengok cerita ttg 'khabar haji' di Iqra TV, program sama dgn ASTRO OASIS. Tiba2 terlihat kak Khairani ITD ditemuramah, dia ke Mekah tahun ini ya? Rindunya pada kawan-kawan di UIA.

Skrg ni dok tunggu nak ikuti program tu setiap pagi sbb k.Aida ke Mekah thn ni. Lagipun dpt dengar motivasi haji dlm BM. Seronok juga.

Untuk makluman Za, kak Khairani dan suami berangkat ke Mekah pd 23Okt. Sahabat2 kita Adibah dan suami, Ramizah, Akhtarzaite dan kedua ibubapanya menyertai parkage UIA, hai, RM20k seorang untuk tahun ni. Nampaknya kak Na kena menabung lagi....

Salam K Na,
Alhamdulillah saya berpeluang bercerita dgn kawan yg baru balik dr Mekah semalam. Dia beritahu ada jg wanita yg pergi tanpa muhrim. Dia sempat berborak2 dgn mereka, ada org Sudan, Mesir dll.

Saya kata rezeki org tu lah @pun mungkin Kerajaan Arab Saudi dah longgarkan syarat utk dptkan visa ke Mekah. Jika dapat pergi tanpa Muhrim, kita pergi sendiri lah...