Ramadhan ... datang lagi





MADRASAH RAMADAN ...


Renungilah firman ALLAH SWT ini:
" Puasa itu pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran pada bulan itu untuk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk yang membezakan antara yang hak dan yang batil. Barangsiapa yang hadir di antara kamu di bulan Ramadhan, hendaklah dia berpuasa. Barangsiaoa yang sakit atau di dalam perjalanan , maka gantilah puasa pada hari lain Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran ……"
Surah al-Baqarah : 185



Setiap hati yang mencintai Allah dan AgamaNya, pasti tidak akan ragu-ragu untuk menyatakan kesyukuran mereka kerana masih lagi diberikan umur dan kala hayat masih ada untuk melalui sekali lagi RAMADAN.... Sekiranya kita berumur 20 tahun kita telah melalui 20 kali RAMADAN. Begitulah jika kita berumur 50 tahun telah 50 kalilah ALLAH memberi kita kesempatan melalui RAMADAN sehingga ke angka tersebut. Sebagai muhasabah buat diri sendiri dan sahabat-sahabat, adik-adik dan juga mungkin my students yang menziarahi blog ini, marilah kita bersyukur dengan pemberian nikmat umur sehingga ke tahun ini kita masih bernafas dan akan melalui sekali lagi RAMADAN. Apakah ini yang terakhir bagi kita? Sejam yang lalu saya melalui satu jalan@ lobi menuju ke kelas di Level 3, terpandang sekeping kertas iklan yang menwar-warkan tentang program ceramah yang bertajuk: "APAKAH INI RAMADAN TERAKHIR BUATKU?" . Terkedunya saya, program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi (ENMS) bukannya IRKHSS. Apapun moga ramai dapat mengambil manfaat darinya.

Tersentuh sekali jiwa ini bila menatapi iklan tersebut. Ianya mengingatkan kepada saya sendiri tentang kedatangan RAMADAN yang amat dirindui oleh hati-hati yang berIMAN serta khusyuk kepada RABB. Manakala yang ingkar @ ada nifaq dalam hatinya mungkin sedang berkeluh kesah kerana RAMADAN seakan menyentap segala kelazatan dunia yang telah menjadi santapan hariannya. Kalau biasa dengan makanan ala hotel setiap hari, paling tidak sedang berkira-kira di hotel mana dia akan berbuka!. Bagi yang tenggelam dalam dunia hiburan melampau, hingga tidak ingat dosa pahala, apakah mungkin mereka itu sedang berkira-kira di bumi mana mereka ingin bercuti sepanjang RAMADAN agar tidaklah merasa takut dan malu untuk melakukan dosa dan maksiat.

Marilah kita renungi pula hadis ini, Sabda Nabi kita SAW:
Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda:
"Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bukan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah". [Hadith riwayat al-Nasaai]

Pelbagai fenomena yang biasa kita jumpa di mana-mana sepanjang Ramadan, bazar Ramadan dengan pelbagai pilihan yang hebatdan menarik, semangatnya manusia membeli belah, dan juga sebahagian manusia pula buat tidak kisah sahaja meskipun pahala di bulan ini berlipat ganda. Apa yang paling penting apakah kita telah memahami dengan sebenar-benarnya apakah yang dimaksudkan sebagai "IHYA RAMADAN" . Ataupun kita masih di takut lama .... RAMADAN datang dan pergi, kita adalah kita langsung tiada sebarang perubahan ke arah yang kebih baik dan positif.


Sebagai individu Muslim dan Muslimah, kita mesti tanam di dalam sanubari kita, bahawa bulan ini dipilih oleh ALLAH, bukan sekadar bulan untuk mendera nafsu syahwat manusia, bahkan untuk menundukkannya kepada hukum ALLAH TAALA. Sebagai fardi Muslim, IMAN bukan sekadar ungkapan di bibir sahaja, atau pengenalan dalam IC kita, malahan ia adalah lambang sebuah keyakinan bahawa ketundukan yang total dan mutlak hanyalah bagi DIA Yang Maha Berkuasa. Andai kita telah mengaku DIA adalah RABB dan ILAH kita, kenapa kewajipan dan perintah untuk berpuasa di bulan RAMADAN ini terasa begitu berat sekali?

Ya, di sinilah kita menggilap IMAN kita supaya lebih yakin, bahawa di sebalik sesuatu perintah dan arahan atau larangan, yang bersifat wajib, sunat, harus atau makruh sekalipun semuanya adalah hak ketentuaan ALLAH sahaja. Tidak sekali-kali kita berhak menghalalkan sesuatu yang diharamkan ALLAH, begitulah sebaliknya. Jadi, dalam usaha kita meyucikan hati kita dari sebarang resapan mungkar dan pengaruh jahat nafsu syahwat, Umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan, dan kefarduaan ini tidak mengira sempadan dan warna kulit. Di sini jualah menjelmakan keindahan Islam.... sesuatu yang pada sangkaan manusia kelihatan sukar dilakukan, tetapi rupa-rupanya begitu mudah dan indah sekali bila dilakukan secara jamaie.

IBU ....dan tarbiyah puasa
Pasti di antara yang paling sibuk menjelang RAMADAN adalah para ibu, terutamanya ibu-ibu yang bekerja. Seperti tahun-tahun yang lepas, melihat semangat anak-anak berpuasa memberikan kekuatan kepada diri saya sendiri untuk lebih tekun meningkatkan amalan kebaikan@ sunat sepanjang bulan ini. Tahun lepas, anak yang berumur tujuh tahun akan dingatkan oleh abang-abangnya 'kena puasa' . Jadi dari enam orang anak, empat yang berpuasa, bakinya dua lagi yang belum mencapai umur tujuh tahun. Alhamdulillah, pada tahun ini pula seorang lagi akan mula berpuasa. Sejak dari awak tahun lagi, saya telah ingatkan dia, bahawa umur tujuh tahun kena belajar berpuasa. Harap-harap semangatnya kuat, kerana saya perhatikan anak saya ( no 5 ) ini agak liat sikit dalam bab solat. Sehingga bulan Ogos, solatnya masih tak cukup 5x sehari semalam. Apakah dia liat juga untuk belajar berpuasa? Sanggupkah dia berpuasa seperti abang-abang dan kakaknya?

Di sinilah cabaran seorang IBU, peranan yang mesti dimainkan oleh kita ( ibu ) demi memahami beberapa perkara berkaitan puasa! Jangan kita hanya suruh mereka kerana kalau mereka tak puasa mereka tidak layak makan bersama ahli-ahli keluarga yang lain pada waktu berbuka nanti. Jadi mereka pun puasalah kerana faktor tadi. Pada saya kita mestilah jelaskan perkara pokok kenapa kita berpuasa? Apa hubung kait puasa dengan Aqidah seorang Muslim@Muslimah? Apa fadhilat puasa sendiri di sudut syara' dan Sains, adalah topik yang wajar kita jadikan bahan perbualan kita dengan anak-anak, agar mereka sedar itulah keindahan Islam yang bersifat Agama yang mendidik manusia menjadi baik@soleh terhadap TUHAN, manusia dan alam.

Di sini saya ingin menyebut beberapa perkara yang wajar kita muhasabah dalam keluarga kita:

1- Menu berbuka, anak-anak yang berpuasa lazimnya kerap meminta ibu mereka menyediakan makanan yang sedap-sedap kepada mereka, kalau boleh ayam panggang everyday! Apa kata kali ini kita ubah sedikit, dalam seminggu dua hari ' special menu' dan hari-hari lain ala kadar sama seperti kita makan di bulan-bulan lain.


2- Lebihkan hidangan buah-buahan @ salad, pasti ramai kanak-kanak menolaknya, jadi kita buat salad buah di campur mayonis@ yougart buah-buahan.

3- Kurangkan ais dan air berkarbonat, lebihkan fresh jus buah-buahan @ kordial seperti Kurma Madu, delima, strawberry, roselle dll.

4- Tingkatkan amalan kebaikan dan sunnah/sunat - hidupkan suasana 'al QURAN'@ Biah Qur'aniyyah ... sebelum mereka berterawih di masjid, ingatkan mereka membaca dulu al Quran walaupun sekadar 10-15 ayat.

5- Kawal tv @ rancangan kanak2 yang kekadang berunsur 'over acting'. Mungkin berikan mereka alternatif seperti cd nasyeed atau filem2 berunsur Islam dan sains dll. Apa yang penting kita tingkatkan kesedaran untuk menjauhi sebarang perbuatan yang sia-sia dan tidak mendorong kita ke arah zikrullah.

6- Shopping, berpada-padalah kita, lebih baik kita selesaikan shopping sebelum Ramadan, kalau nak tunggu 'Special sale' sempena Ramadan, keberangkaliaan kita menjadi leka dan masa yang amat berharga telah kita habiskan di Sogo, jalan TAR, Jusco, Carrefour, Tesco dll. Sebab itulah ramai sekali muslimin muslimat kita yang menyerbu shopping complexs tatkala Ramadan hinggalah ke minggu terakhirnya. Alangkah ruginya kita!!!.

7- Peringatan jua kepada dia sendiri, sekiranya kita kesempatan tingkatkan juga amalan baik seperti membaca buku-buku Agama@ tafsir @ hadis@ Sirah. Alangkah baiknya jika dapat dibacaa buku-buku tersebut bersama anak-anak kita serta suami menjadi pendengar yang setia.

8- Akhirnya, kita beramal janganlah sehingga ke tahap 'melampau', atau melanggar fitrah manusia, misalnya bertahajjud sampai tak tidur langsung hingga ke waktu sahur boleh memudaratkan fizikal kita.
Sekian.... semoga kita bersama-sama ahli keluarga kita
berjaya meraih 'ijazah' mumtaz di Madrasah RAMADAN kali ini.

0 comments: