Nostalgia ... kembali
Nostalgia ... kembali ke sana
Posted asal : on 6/15/2005 khalati69@journal home , at 11:53 PM
Mesir .... dibumimu kukenal siapa diriku
Posted asal : on 6/15/2005 khalati69@journal home , at 11:53 PM
Mesir .... dibumimu kukenal siapa diriku
Mesir atau Egypt ... adalah bumi yang pernah menjadi pentas pertarungan di antara beberapa tamadun hebat manusia zaman berzaman. Sebelum kedatangan Islam di bawah panji Jihad pimpinan Amru Bin Al'as, Mesir bertukar dari jahiliyyah kepada Islam, lantas manusia berubah dari jahat kepada baik, dari sesat ke arah petunjuk ALLAH.
Mesir telah mencatatkan sejarah hidup dan kehidupan pelbagai warna dan jenis manusia@manusiawi, manusia dalam berbagai kategori mencari nama, kekayaan, pangkat dan kedudukan .... maka lahirlah nama-nama besar dalam sejarah peradaban bangsa mewakili golongan manusia yang menentang kebenaran WAHYU dan risalah Kenabiaan, lalu al Quran memperkenalkan kepada kita siapa mereka yang bertopengkan jasad manusia.
Sungai Nil,
Maka kita kenal kisah manusia-manusia itu yang bernama firaun@paroah, Hamman, Qarun ...... disamping nama -nama manusia mulia yang taat dan patuh pada Khaliknya seperti Yusuf, Musa, Harun dll. Begitu juga pasti kita sentiasa ingat kisah wanita-wanita solihah yang menjadi ibrah kepada Muslimin Muslimaat di mana jua mereka berada, iaitu kisah Ummu Musa, Asiah dan Mashitah dan ramai lagi yang pernah melakarkan sebuah kisah keajaiban IMAN berdepan dengan kezaliman dan kekufuran.
Sejak akhir-akhir ini, ingatan kembali ke bumi Mesir sering menganggu kotak minda saya, dan saya tertanya-tanya sendiri, mungkin sebab sudah sekian lama saya menanam angan-angan ingin kembali menziarahi Bumi itu, kini bukan seorang diri tetapi bersama suami tersayang. Moga-moga Allah izinkan sekali lagi untuk menjejakkan di bumi itu dalam era abad 21. InsyaALLAH.
Maka kita kenal kisah manusia-manusia itu yang bernama firaun@paroah, Hamman, Qarun ...... disamping nama -nama manusia mulia yang taat dan patuh pada Khaliknya seperti Yusuf, Musa, Harun dll. Begitu juga pasti kita sentiasa ingat kisah wanita-wanita solihah yang menjadi ibrah kepada Muslimin Muslimaat di mana jua mereka berada, iaitu kisah Ummu Musa, Asiah dan Mashitah dan ramai lagi yang pernah melakarkan sebuah kisah keajaiban IMAN berdepan dengan kezaliman dan kekufuran.
Sejak akhir-akhir ini, ingatan kembali ke bumi Mesir sering menganggu kotak minda saya, dan saya tertanya-tanya sendiri, mungkin sebab sudah sekian lama saya menanam angan-angan ingin kembali menziarahi Bumi itu, kini bukan seorang diri tetapi bersama suami tersayang. Moga-moga Allah izinkan sekali lagi untuk menjejakkan di bumi itu dalam era abad 21. InsyaALLAH.
Mengimbau sebuah perjalanan saya bermula pada bulan Oktober, 1988 ... Saya menjejakkan kakiku dibumi Anbiya' ini tanpa mengenalinya hanya sekadar bertanya orang yang pernah sampai ke sana dan juga melalui sedikit pembacaan. Namun saya cuba yakinkan diri sendiri untuk mengharungi apa jua jenis rintangan & ujian yang bakal saya tempuhi. Apa lagi yang harus saya katakan selain rasa syukur kerana ditaqdirkan menjadi tetamu bumi ini, lantas meniti seketika kala hayat masih di kandung badan, mencari mutiara-mutiara ilmu ad Din di sini.
MasyaALLAH, mutiara-mutiara ILMU dan Hikmah terlalu banyak untuk dikutip dalam masa yang singkat. Ja'miah Al Azhar al Syarif ... sekalipun dikenali di antara Universiti Islam yang tertua di dunia Islam, masih setia melahirkan ribuan Ulama dan cendikiawan setiap tahun. Moga usaha-usaha ke arah pembaikannya ( islah ) terus berlangsung demi menghadapi pelbagai cabaran dan kerenah abad 21 ini.
Nil di Luxor ( kapal persiaran )
Ya Allah hanya Engkau yang Maha Mengetahui, betapa hati ini amat gembira kerana dapat juga menjejakkan kaki, menghirup udara padang sahara , melihat kebesaran Ilahi dalam seribu satu sejarah yang terlakar di sini. Tidak sah kiranya berada di Mesir tanpa menyusuri Sungai Nilnya, dan terima kasih saya ucapkan pada seorang kakak senior iaitu Kak Sah Savana, kerana sudi menemani diri ini menyusuri Sungai Nil dengan bot dari Medan Tahrir sehinggalah kami sampai di sebuah tempat peranginan. Saya pasti ramai akhawaat yang beberapa tahun bertamu di bumi Mesir tak kesempatan ziarahi tempat itu.
Syukur Alhamdulillah.... saya pula jenis orang yang suka melihat dan menyaksikan dengan mata kepala sendiri keunikan Mesir dan kepelbagaian budayanya yang masih erat bertaut dengan tradisi Arab dan Mesir kuno, begitu juga bahasa A'minya yang teramat pekat dalam telah hilang begitu banyak keasliaan Bahasa Arab Fushah, sehingga saya terpaksa mengambil masa hampir tiga empat bulan baru terasa serasi di telinga!.
Sungai Nil, meski tidak sejernih dulu, adalah ibarat jantung kepada al Ar'dh Kinanah, ia juga sungai yang menyimpan banyak rahsia, menjadi misteri kepada manusia sepanjang zaman, sehingga pernah satu ketika sebelum kedatangan ke buminya, Sungai Nil disembah oleh Orang Mesir kuno, mereka amat percaya ada penjaganya, dan ada nyawa yang mesti dikorbankan setiap tahun agar Nil tidak mengamuk!. Bacalah kisah Saidina Umar Ibn Al Khattab dan suratnya buat Sungai Nil andainya ia adalah hamba ALLAH TAALA.
Begitu juga kisah yang Al Quran paparkan kepada kita lebih tertumpu kepada Kisah Seorang Nabi @ Rasul iaitu Nabi Allah Musa@ Kalimullah ... di hanyutkan oleh sang Ibu demi menyelematkan nyawa bayi yang tidak berdosa, hanya dek kerana ianya dari bangsa Israel, Firaun memerintahkan askar-askarnya membunuh tanpa rasa belas kasihan setiap bayi lelaki dari Bangsa Israel kerana dia bimbangkan keagungan dan kekuasaannya akan lenyap . Sungai ini telah banyak berjasa kepada penduduk Mesir, airnya yang sentiasa menyuburkan bumi sahara, wujudnya wadi-wadi, suburnya tanam-tanaman, setiap musim berganti muncul berbagai jenis buah-buahan yang lazat dan menyegarkan mengikut musimnya.
MasyaALLAH, amat bersyukur diri ini kerana Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sekali-kali tidak akan membiarkan makhluknya hidup tanpa diberikannya rezeki yang tumbuh dari bumi, air hujan, sungai dan lautan membekalkan perlbagai sumber makanan kepada manusia. Namun ..... amat sedikitnya manusia yang bersyukur dan beriman dengan Agamanya.
Bangkitlah wahai diri, pelajarilah apa jua warna kehidupan di bumi ini, tidak siasia setiap derap kakimu untuk mencari mutiara ilmu di sini, jangan kecil hati andainya dikau tidak mampu mengharungi kesejukan musim sejuk dan kepanasan habanya di musim panas. Semua itu, akan mendidikmu menjadi manusia yang cemerlang, tidak mudah putus asa, berhati waja dan terus maju kehadapan.
Apa pun rintangan, hadapilah dengan penuh yakin dan insaf, ALLAH sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar di dalam hidupnya - Ya Sabar dan terus bersabar ketika susah dan senang, redha dan pasrah dengan taqdir ILAHI .... tidak bermakna akur sehingga tidak teruskan usaha ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Kini, saya yakin akan tiba suatu masa saya akan kembali ke sana buat mengimbas suka duka selama berada di tepian Sungai Nil, lalu memandang Medan Tahrir serta kesibukan Bandar Atabah dan Syari' Mushkiy yang menggamit rindu.... Moga kita bertemu lagi dengan IzinNya jua.
0 comments:
Post a Comment