I FEST 2009 ... BERMULA dah!
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kerana dengan Rahmat dan PetunjukNya jua, IRKHS'Society , session 2009, telah menunjukkan kominten yang tidak berbelah bagi untuk menjadikan I-FEST '09 menjadi realiti. Program ini secara luar nampak agak 'grand' @ great event pada sesi 2009, dan saya begitu mengharapkan agar semua pelajar IRKHS termasuklah juga semua pelajar-pelajar IIUM, cenderung hati untuk attend dan sekurang-kurang memberikan tanda sokongan kepada program kali ini.

Secara berterus terang saya amat berbesar hati melihatkan kesungguhan para 'committee' ikhwah dan akhawat,bermula dengan President IRKHSS sendiri Bro. Abdul Aziz dan ecxo-exconya,Zikriyyah,Manal,Ubaid, Mohd Amin,Farouk, Muhammad Husnul Azam, Siti Iftitah,A'tirah, Halimah, Nurul Nabila, Fariza dan ramai lagi yang berganding bahu untuk menjadikan semua acara dalam I FEST '09 yang telah dirancang berjalan dengan baik dan penuh harmoni.

Alhamdulillah, meskipun sepanjang hari ini, Jumaat 7hb Ogos, adalah hari yang amat memenatkan saya. Seawal jam 7.30 am, saya bertolak ke kampus UIA ketika tiga orang anak kesayangan yang belajar sesi petang masih tidur dengan nyenyaknya. Anak perempuan saya pula, kelihatan masih lemah kerana sehari sebelumnya, dia mengalami demam dan terpaksa pulang lebih awal dari sekolahnya. Kebetulan juga s/u Department Quran and Sunnah, kak Jariah dah ingatkan saya, kalau tidak ada halangan 'Malay lecturers' diminta attend Majlis Pelancaran 100 Wajah Wira Malaysia yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, kira-kira jam 9.00 am. Biasanya 'traffic jam' akan berlaku kalau ada orang besar masuk ke UIA. Jadi saya pun kenalah rancang agar sampai di UIA sebelum pukul 8.00am. Jam 8.45am saya pun menuju ke CAC, Great Hall dan semua kerusi telah dipenuhi oleh para students. Mereka kelihatan semangat nak sambut Najib! Saya hanya sekadar nak tengok secara live penampilan seorang PM Malaysia 'baru' yang berselaput dengan pelbagai misteri.

Sebab kerusi dah penuh,saya tak ada pilihan terpaksalah duduk di atas anak tangga yang paling atas sekali, lagi clear pemandangan di hadapan saya. Hampir 30minit selepas YAB Datuk Seri Najib berucap dengan penuh semangat, kerana ingin melaksanakan ideanya yang sedang giat diperdengarkan di sana sini iaitu " SATU MALAYSIA" . Teruja juga saya, bagaimana konsep ini ingin dicapai kiranya faktor keagamaan hanya menjadi tempelan sahaja, bahkan hanyalah dendangan ketika terhimpit.

Masa berlalu, saya kemudiaannya keluar dari CAC menuju pula ke satu lagi Meeting yang wajib saya hadiri iaitu " Briefing to Final Year IRK'students. Meeting hanya sekitar 30 minit, kerana ianya akan dikendalikan oleh Bro Asri yang mewakili pihak Deputy Dean, Academic Affairs, iaitu Dr. Abdul Rahman Chik, dan sekaligus all Academic advisors di minta hadir sama. Alhamdulillah Dr. Mek Wok ( Dept. Fiqh), Dr. Kabuye ( Dept General Studies) , Dr. Ismail Mamat ( Dept. Usuluddin) dan beberapa orang lagi figures yang tak sempat saya pandang wajah-wajah mereka. Apapun, kenalah juga saya attend kerana dah dilantik sebagai Academic Advisor mewakili Dept. Quran And Sunnah.

Kemudiannya kesibukan saya pada hari Jumaat ini terus saya lalui, iaitu kembali semula ke rumah, bersiap pula untuk hantar anak2 ke SRK AlAmin dan Educare. Dah jadi adat ibu yang bekerja terpaksalah berkejaran dengan masa serta komitment yang tak pernah bernoktah.

Kemudiaan, selesai hantar anak-anak, saya masuk sekejap ke office dan bersiap sedia menuju ke hentian bas depan tangga besar untuk ke KL kerana pada jam 1.00 hingga 2.00 pm saya diminta menyampaikan Slot Tadabbur Qur'ani (TQ) kepada para Muslimat ( staff MARA ) dan ianya diadakan di tingkat 11, surau di Bangunan MARA, sebelahan SOGO. Alhamdulillah kehadiran Muslimat agak ramai dari 2 slot sebelum ini. Mungkin mereka dah terbuka hati untuk spend sedikit masa mereka untuk menghadiri majlis ILMU.

Syukur! Maklumlah bangunan MARA hanya bersebelahan dengan Pertama Complex dan SOGO serta deretan kedai sepanjang jalan TAR yang terkenal. Para wanita yang sememangnya sinonim dengan 'shopping' jarang sekali melepaskan peluang mereka ketika waktu Jumaat @ lunch hour untuk bershopping. Itulah keadaan yang saya perhatikan setiap kali saya melihat kepada kehadiran para Muslimat pada 2 slot TQ sebelumnya.Apa pun saya kenalah berhemah dengan mereka, kalau apa kesempatan, jadikan TQ sebagai sesi muhasabah dan tazkirah kepada mereka semua, jangan jadikan shopping @ mega sales penghalang untuk mengikuti dan menghadiri kelas-kelas agama.

Selesai TQ, saya bergegas turun ke tingkat bawah Medan Mara dan menuju ke SOGO, kerana suami dah tunggu. Sebenarnya kami telah rancang ambil kesempatan yang ada selepas dia solat jumaat, kami bertemu di depan SOGO untuk shopping beberapa keperluan anak2 untuk Raya. Nak cari masa lain agak kesuntukan, apa lagi hari minggu susah nak tinggalkan anak2 kat rumah tanpa adanya orang dewasa mengawasi mereka.

Selepas solat Zohor, tiba-tiba dapat sms dari Muallimah Afifah beritahu Khairul Bariyyah demam semula. Suhu badannya turun naik. Hati seorang ibu tak sedap hati nak shopping. Apapun saya dan suami akan cuba balik ke Gombak secepat mungkin.

Ya Allah Ya Rabb, sibuk betul hari ni, sehingga kaki saya tidak dapat melangkah dengan betul lalu terjatuh. Lebam juga kepala lutut. Tak pelah, sakit tak seberapa... cuma hati masih teringat pada si anak perempuan yang masih di sekolahnya. Lebih kurang 5.00pm kami naik bas pulang ke Gombak, kemudian suami turun di batu 7 ( rumah kami ) dan saya terus ke UIA, sebab kereta saya parking di dalam kampus. Kami biasanya bagi-bagi tugas, selepas solat Asar saya akan ambil Murshid di Educare dan suami pula ambil anak2 sesi pagi yang pulang lewat hari ini di Al Amin. Rupanya tak habis lagi jadual saya hari ni, sebelum maghrib, Madihah sms ingatkan saya tentang Opening Ceremony malam nanti, 8.15pm di Experimental Hall, thanks ye Madihah, ingatkan diri ini.

Dengan badan yang letih, nasib baik kepala tak pening, saya beritahu suami saya kena jugalah hadiri OC, tak sampai hati pula nak bagi excuse kerana badan terasa amat penat. Namun bila fikirkan ia juga adalah tugas saya, paling tidak kehadiran saya amat dihargai oleh adik2 IRKHSS'society, mereka dah bertungkus lumus buat kerja, saya mestilah support mereka dengan apa cara sekalipun. Ya, kita buat kerja kerana DIA, bukan kerana nama.

Tepat jam 8.30pm, bertempat di Experimental Hall, IIUM Gombak, I-FEST '09, bermula dengan majlis 'Opening Ceremony', oleh Deputy Dean ( Students Affairs) Dr. Farid Shahran, menggantikan Dean of IRKHS, Dr. Badri Najib yang tidak dapat hadir. Kemudian sesi seterusnya ialah 'Dialogue On Current Issue' bertajuk: "Deviant Thought And Its Challenges to the Muslim Community" , speakernya ialah Dr. Shamsuddin Arif dari Dept. General Studies, IIUM berjalan dengan lancar,walaupun kehadiran students tidaklah penuh dewan LT4. Apa pun terima kasih sekali lagi buat my students (committee I-FEST'09) , I really proud of your commitment and harworking.InsyaAllah ianya akan menjadi kenangan amat manis lagi berharga kepada antum semua. All the Best!

0 comments: