TAZKIRAH RAMADAN -2

Renunglah wahai sahabat-sahabat sekelian,

Tika mana kita bergembira dengan keluarga dan sahabat handai berbuka puasa di kala Maghrib menjelang, dan berterawih dan bertadarrus dimalamnya, jangan kita lupa di beberapa negara umat Islam sedang berjuang untuk hidup, demi maruah Agama, negara dan tanah air mereka, kita menyaksikan pelbagai lagi tindakan keji lagi jahat musuh-musuh Allah dan juga musuh-musuh kita umat Islam.


Di sini, saya bawakan berita terkini tentang situasi getir dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh Israel@Yahudi dan kunco2 mereka. Nampaknya mereka langsung tidak punya hati dan kemanusiaan kerana sanggup melakukan kekejiaan yang tak mampu kita gambarkan di saat ini. Moga saudara2 kita di Palestin dan di mana jua mereka berada sentiasa yakin dengan kebenaran agama ini, dilimpahi ALLAH dengan setinggi-tinggi kesabaran dan kekuatan untk mengharungi segala bentuk mehnah dan ibtila' itu.

Ketahuilah wahai saudara2 kami di sana.... sekalipun jasad kita berjauhan, hati-hati kita sentiasa bertaut kerana Aqidah yang satu dan Risalah Nabi SAW . Moga ALLAH sentiasa bersama kalian.



(Terkini)
Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis
Written by admin from http:// on
August 27th, 2009 0 Comments
Khamis, 27/08/2009 –
Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Wartawan Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.

Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/penterjemah : muhajir

Read More......

TAZKIRAH @ MUHASABAH

TAZKIRAH RAMADAN ...



SENTIASALAH KITA BERMUHASABAH....

Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat sekali untuk dilekakan dengan segala kenikmatan duniawi, walaupun pengaruh kebendaan @ material dalam hidup kita amat besar. Seringkali kita lupa kerana kesenangan sementara ini amat manis dinikmati berbanding dengan sukarnya perjalanan menuju CINTA ILAHI...


Marilah kita insafi sekian banyak dosa kita, yang nampak atau tersembunyi, yang zahir dan batin, yang disedari mahu pun tidak, segalanya menjadi karat yang melekat dalam hati kita. Maka syara' mewajibkan setiap Muslim dan Muslimah yang telah baligh, tiada keuzuran, kaya atau miskin semuanya mestilah melakukan kewajipan puasa dengan penuh rasa ketaatan dan ketundukan hanya kepada ALLAH, DIA-lah pemggubal hukum itu.




Bermuhasabahalah kita ... sesungguhnya tanpa kekuatan kerohanian, mana mungkin kita berjaya melawan kejahatan ' NAFSU ' , ianya perlu dididik dengan melemahkan kehendaknya, ya, kehendaknya yang besar dan hebat, termasuklah nafsu perut, nafsu mata, hidung, telinga, nafsu mulut dan lidah, nafsu seks dan pelbagai bentuk nafsu yang ALLAH kurniakan kepada setiap manusia. Inilah sebahagian dari perjuangan para soimiin dan soimaat sepanjang bulan ini.



PUASA, LAMBANG KEINDAHAN ISLAM

Islam sebagai Agama yang tidak melanggar atau menafikan hakikat fitrah manusia, fitrah yang mesti dilentur dengan baik dan konsisten. Secara langsung dan tidak langsung, Islam telah menyediakan pelbagai projek dan program besar agar manusia secara tabie'nya dapat melawan dan mendidik nafsu itu dengan sebaiknya. Misalnya nafsu makan, jika tidak dikawal jadilah kita manusia yang hanya hidup untuk makan, tanpa mengira halal haram, tanpa mengira 'healthy food' atau sebaliknya.

Maka di sinilah nafsu makan kita dididik, bukan bermaksud berpuasa dari makan dan minum selama 24 jam, kerana itu sudah melanggar fitrah manusiawi, kita hanya berpuasa dari masuknya waktu Subuh sehinggalah Maghrib, kemudiaan berbukalah kita. Bentuk latihan amali ini amat bertepatan dengan kemampuan fizikal manusia normal, masih sanggup menahan lapar seketika, tidaklah sampai menempah ajal.

Keindahan Islam amat terasa kerana kekadang manusia amat sukar mengekang nafsu makannya kecuali bagi orang yang obses dengan penampilan dirinya, badan seperti model dan selebriti, maka jadilah mereka orang2 yang sanggup makan nasi hanya sekali seminggu sahaja!



Sebenarnya manusia memiliki kemampuan fizikal yang terbatas, dan sekiranya dilakukan berlebihan dari kemampuan yang ada, tak mustahil manusia akan ditimpa pula pelbagai musibah. Jadi, Puasa menjadikan kita Insan yang 'balance' melakukan sesuatu secara sederhana dan tidaklah menzalimi diri sendiri.


Mungkin kita tak seteguh iman para Salafus Soleh yang istiqamah menghabiskan 2/3 malam mereka dengan solat, bermunajat dan membaca al quran, namun kita masih lagi boleh menjejaki qudwah hasanah mereka dengan bermujahadah dan berusaha bersungguh-sungguh .... paling tidak pahala dan ganjaran yang disediakan ALLAH tidak kita sia-siakan ..............

Ya Allah, bulan yang suci ini menjadikan hamba-hambaMU terasa semakin hampir kepadaMU, semakin merasai kasih sayang @ rahmat dariMU, merasai kasih sayang yang melimpah ruah tiada batasnya, jiwa-jiwa yang hidup dan menikmati hayat mereka dalam Islam dan Iman dapat merasakan kewujudan pertautan CINTA yang tulus dan ikhlas di antara sang makhluk dan KHALIKnya. Itulah hubungan kecintaan yang abadi kerana dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan.

Read More......

AL AQSA IN DANGER

Peristiwa hitam .... al aqsa cuba dihancurkan!

ALHAMDULILLAH, pada petang Jumaat, 5 pm, saya bergegas ke Main Audi, untuk bersama menyertai my students ke satu program yang dinamakan :
"AL AQSA IN DANGER"
Ianya adalah program anjuran bersama Al Aqsa Friends' society dan International Students Division ( IIUM ). Sebenarnya ianya adalah satu program yang amat sinonim dengan tarikh 21 Ogos 1969 , kerana pada tarikh itulah Masjid Al Aqsa telah dicerobohi dan dibakar oleh seorang pengganas Israel. Pengganas Yahudi itu _ tanpa segan silu merasakan itulah tugas suci mereka untuk melaksanakan misi besar mereka dengan merobohkan Masjid Al Aqsa di mana tapaknya di anggap suci dan amat sesuai untuk membina semula HAIKAL SULAIMAN. Itulah misi jahat Yahudi sekian lama untuk mereka rancangkan, dan agenda itu tidak terhenti di situ saja.

Hari itu, Jumaat 21hb Ogos,2009- amat wajar sekali kita diingatkan tentang peristiwa itu pada setiap 21 Ogos setiap tahun, kerana ramai Umat Islam sendiri yang sudah lupa atau lebih malang lagi langsung tidak tahu peristiwa bersejarah itu berlaku. Jadi, kita perlu sendiri mengingati peristiwa itu atas dasar, ianya merupakan satu titik malang kerana kita leka dan lalai, sedangkan setiap detik pula, mereka ( musuh2 Islam ) tidak pernah berputus asa untuk melemahkan kita, bahkan mencari jalan dan kesempatan untuk merosakan kesucian Agama Islam dan bumi suci bagi Umat Islam seluruh dunia. Bacalah artikel yang ditulis oleh Harun Yahya, menceritakan segalanya tentang kejahatan Zionisme, Yahudi dan Israel serta agenda jahat mereka sekian lama, serta putar belit mereka untuk menghalalkan darah Umat Islam di bumi Palestin.

Dr Hafizi dalam pembentangannya, telah menyebut tentang perancangan Zionis dengan bantuan kuasa2 besar US & Britain, sekali-kali tidak akan membiarkan bumi Palestin dan Baitul Maqdis dibebaskan dari tangan Israel. Kebangkitan Intifadhah adalah titik penting sebagai tanda kebangkitan Umat Islam yang ditindas dan dinafikan hak mereka sekian lama semenjak kuasa penjajah British menghadiahkan Baitul Maqdis kepada kuasa Zionis, lalu terbentuklah Negara Haram Israel pada tahun 1945. Umat Islam pada masa itu sedang dalam keadaan amat lemah, bumi Islam di mana-mana masih berpecah dan tidak lagi mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk bangun semula sebagai satu Agama yang bertunjangkan kekuasaan politik dan ekonomi. Maka jadilah 'duailaat' kita ber'negara' dan ber'negeri' - lantas setaip bangsa melihat kepada kelebihan masing-masing. Hilang keunggulan Islam sebagai kuasa penyatuaan 'wehdah' kepada Umat Islam sepertimana di zaman Khulafa' Al Rashiddin, akhir sekali Daulah Uthmaniyyah dihancurkan .... itulah yang berlaku menjadi bacaan sejarah.

Program seterusnya diserikan dengan persembahan sketsa ( 3 orang pelajar Palestin) mengalunkan dialog2 di antara Muslim Palestin dan Yahudi@Israel tentang hak dan perjuangan menuntut Baitul Maqdis. Rakyat Palestin sekian lama menjadi penghuni di bumi qudus itu, setelah sekian lama bangsa Yahudi dihalau keluar dan bertebaran di serata dunia@ benua. Hakikatnya mereka telah hilang hak terhadap bumi Palestine sekalipun mereka mendakwa itulah janji Allah kepada mereka sejak zaman Musa a.s lagi. Malangnya mereka lupa sama sekali kejahatan yang telah mereka lakukan dan kedurhakaan yang mereka nafikan sehingga Nabi Allah Musa akhirnya memohon Allah SWT menyelamatkan dirinya dan saudaranya Harun a.s dari kejahatan 'Kaum Yang Fasiq' .
Demostrasi kemudiannya di buat dalam bentuk drama betapa kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin tiada batasnya, hatta hak mereka untuk bersembahyang di Masjidil Aqsa dinafikan, pelbagai sekatan dikenakan, dan yang agak melukakan kita, bila mana kita melihat sahabat-sahabat kita di sana bersembahyang di hadapan barisan tentera Israel @ Zionis yang sedang menghalakan senjata mereka kepada soff para Musollin! Itulah jadinya bila kita lemah dan jauh dari kekuatan Aqidah, ekonomi dan politik.

Akhirnya kami juga didendangkan dengan nasyeed dan tarian 'Dabkah' Palestine, agak unik juga dan memggabungkan tradisi Arab dan kegagahan pahlawan silam dalam memperjuangkan Agama dan Bumi Palestin .

Akhir sekali, janganlah kita lupa, sepanjang Ramadan ini untuk kita selitkan dalam doa-doa kita ... sekalung DOA untuk saudara2 kita di sana. Jangan kita lupa nasib mereka yang masih jauh dari sebarang bentuk keamana dan perdamaian. Selamanya, Yahudi tidak pernah kenal erti aman, damai, harmoni, dan seumpamanya. Mereka hanya akan mengganas dan menghisap darah Umat Islam tanpa sebarang belas kesian. Harapan kita semua semoga mereka akan sentiasa di bawah Rahmat dan Rahim Allah Taala, kita juga mesti merasakan segala penderitaan mereka juga adalah derita kita semua. Moga bulan Ramadan juga bulan Perjuangan untuk kita mempersiapkan segala persiapan rihani dan jasmani menetang sebarang kejahatan musuh2 Islam, terutamnya Yahudi dan sekutu2nya yang sekali-kali tidak akan membiarkan Umat Islam kembali mentadbir dunia ini.


Acara utama:

Penceramah jemputan ialah Dr Hafizi , seorang aktivis @NGO dan Aman Peace.

Read More......

Ramadhan ... datang lagi





MADRASAH RAMADAN ...


Renungilah firman ALLAH SWT ini:
" Puasa itu pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran pada bulan itu untuk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk yang membezakan antara yang hak dan yang batil. Barangsiapa yang hadir di antara kamu di bulan Ramadhan, hendaklah dia berpuasa. Barangsiaoa yang sakit atau di dalam perjalanan , maka gantilah puasa pada hari lain Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran ……"
Surah al-Baqarah : 185



Setiap hati yang mencintai Allah dan AgamaNya, pasti tidak akan ragu-ragu untuk menyatakan kesyukuran mereka kerana masih lagi diberikan umur dan kala hayat masih ada untuk melalui sekali lagi RAMADAN.... Sekiranya kita berumur 20 tahun kita telah melalui 20 kali RAMADAN. Begitulah jika kita berumur 50 tahun telah 50 kalilah ALLAH memberi kita kesempatan melalui RAMADAN sehingga ke angka tersebut. Sebagai muhasabah buat diri sendiri dan sahabat-sahabat, adik-adik dan juga mungkin my students yang menziarahi blog ini, marilah kita bersyukur dengan pemberian nikmat umur sehingga ke tahun ini kita masih bernafas dan akan melalui sekali lagi RAMADAN. Apakah ini yang terakhir bagi kita? Sejam yang lalu saya melalui satu jalan@ lobi menuju ke kelas di Level 3, terpandang sekeping kertas iklan yang menwar-warkan tentang program ceramah yang bertajuk: "APAKAH INI RAMADAN TERAKHIR BUATKU?" . Terkedunya saya, program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi (ENMS) bukannya IRKHSS. Apapun moga ramai dapat mengambil manfaat darinya.

Tersentuh sekali jiwa ini bila menatapi iklan tersebut. Ianya mengingatkan kepada saya sendiri tentang kedatangan RAMADAN yang amat dirindui oleh hati-hati yang berIMAN serta khusyuk kepada RABB. Manakala yang ingkar @ ada nifaq dalam hatinya mungkin sedang berkeluh kesah kerana RAMADAN seakan menyentap segala kelazatan dunia yang telah menjadi santapan hariannya. Kalau biasa dengan makanan ala hotel setiap hari, paling tidak sedang berkira-kira di hotel mana dia akan berbuka!. Bagi yang tenggelam dalam dunia hiburan melampau, hingga tidak ingat dosa pahala, apakah mungkin mereka itu sedang berkira-kira di bumi mana mereka ingin bercuti sepanjang RAMADAN agar tidaklah merasa takut dan malu untuk melakukan dosa dan maksiat.

Marilah kita renungi pula hadis ini, Sabda Nabi kita SAW:
Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda:
"Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bukan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah". [Hadith riwayat al-Nasaai]

Pelbagai fenomena yang biasa kita jumpa di mana-mana sepanjang Ramadan, bazar Ramadan dengan pelbagai pilihan yang hebatdan menarik, semangatnya manusia membeli belah, dan juga sebahagian manusia pula buat tidak kisah sahaja meskipun pahala di bulan ini berlipat ganda. Apa yang paling penting apakah kita telah memahami dengan sebenar-benarnya apakah yang dimaksudkan sebagai "IHYA RAMADAN" . Ataupun kita masih di takut lama .... RAMADAN datang dan pergi, kita adalah kita langsung tiada sebarang perubahan ke arah yang kebih baik dan positif.


Sebagai individu Muslim dan Muslimah, kita mesti tanam di dalam sanubari kita, bahawa bulan ini dipilih oleh ALLAH, bukan sekadar bulan untuk mendera nafsu syahwat manusia, bahkan untuk menundukkannya kepada hukum ALLAH TAALA. Sebagai fardi Muslim, IMAN bukan sekadar ungkapan di bibir sahaja, atau pengenalan dalam IC kita, malahan ia adalah lambang sebuah keyakinan bahawa ketundukan yang total dan mutlak hanyalah bagi DIA Yang Maha Berkuasa. Andai kita telah mengaku DIA adalah RABB dan ILAH kita, kenapa kewajipan dan perintah untuk berpuasa di bulan RAMADAN ini terasa begitu berat sekali?

Ya, di sinilah kita menggilap IMAN kita supaya lebih yakin, bahawa di sebalik sesuatu perintah dan arahan atau larangan, yang bersifat wajib, sunat, harus atau makruh sekalipun semuanya adalah hak ketentuaan ALLAH sahaja. Tidak sekali-kali kita berhak menghalalkan sesuatu yang diharamkan ALLAH, begitulah sebaliknya. Jadi, dalam usaha kita meyucikan hati kita dari sebarang resapan mungkar dan pengaruh jahat nafsu syahwat, Umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan, dan kefarduaan ini tidak mengira sempadan dan warna kulit. Di sini jualah menjelmakan keindahan Islam.... sesuatu yang pada sangkaan manusia kelihatan sukar dilakukan, tetapi rupa-rupanya begitu mudah dan indah sekali bila dilakukan secara jamaie.

IBU ....dan tarbiyah puasa
Pasti di antara yang paling sibuk menjelang RAMADAN adalah para ibu, terutamanya ibu-ibu yang bekerja. Seperti tahun-tahun yang lepas, melihat semangat anak-anak berpuasa memberikan kekuatan kepada diri saya sendiri untuk lebih tekun meningkatkan amalan kebaikan@ sunat sepanjang bulan ini. Tahun lepas, anak yang berumur tujuh tahun akan dingatkan oleh abang-abangnya 'kena puasa' . Jadi dari enam orang anak, empat yang berpuasa, bakinya dua lagi yang belum mencapai umur tujuh tahun. Alhamdulillah, pada tahun ini pula seorang lagi akan mula berpuasa. Sejak dari awak tahun lagi, saya telah ingatkan dia, bahawa umur tujuh tahun kena belajar berpuasa. Harap-harap semangatnya kuat, kerana saya perhatikan anak saya ( no 5 ) ini agak liat sikit dalam bab solat. Sehingga bulan Ogos, solatnya masih tak cukup 5x sehari semalam. Apakah dia liat juga untuk belajar berpuasa? Sanggupkah dia berpuasa seperti abang-abang dan kakaknya?

Di sinilah cabaran seorang IBU, peranan yang mesti dimainkan oleh kita ( ibu ) demi memahami beberapa perkara berkaitan puasa! Jangan kita hanya suruh mereka kerana kalau mereka tak puasa mereka tidak layak makan bersama ahli-ahli keluarga yang lain pada waktu berbuka nanti. Jadi mereka pun puasalah kerana faktor tadi. Pada saya kita mestilah jelaskan perkara pokok kenapa kita berpuasa? Apa hubung kait puasa dengan Aqidah seorang Muslim@Muslimah? Apa fadhilat puasa sendiri di sudut syara' dan Sains, adalah topik yang wajar kita jadikan bahan perbualan kita dengan anak-anak, agar mereka sedar itulah keindahan Islam yang bersifat Agama yang mendidik manusia menjadi baik@soleh terhadap TUHAN, manusia dan alam.

Di sini saya ingin menyebut beberapa perkara yang wajar kita muhasabah dalam keluarga kita:

1- Menu berbuka, anak-anak yang berpuasa lazimnya kerap meminta ibu mereka menyediakan makanan yang sedap-sedap kepada mereka, kalau boleh ayam panggang everyday! Apa kata kali ini kita ubah sedikit, dalam seminggu dua hari ' special menu' dan hari-hari lain ala kadar sama seperti kita makan di bulan-bulan lain.


2- Lebihkan hidangan buah-buahan @ salad, pasti ramai kanak-kanak menolaknya, jadi kita buat salad buah di campur mayonis@ yougart buah-buahan.

3- Kurangkan ais dan air berkarbonat, lebihkan fresh jus buah-buahan @ kordial seperti Kurma Madu, delima, strawberry, roselle dll.

4- Tingkatkan amalan kebaikan dan sunnah/sunat - hidupkan suasana 'al QURAN'@ Biah Qur'aniyyah ... sebelum mereka berterawih di masjid, ingatkan mereka membaca dulu al Quran walaupun sekadar 10-15 ayat.

5- Kawal tv @ rancangan kanak2 yang kekadang berunsur 'over acting'. Mungkin berikan mereka alternatif seperti cd nasyeed atau filem2 berunsur Islam dan sains dll. Apa yang penting kita tingkatkan kesedaran untuk menjauhi sebarang perbuatan yang sia-sia dan tidak mendorong kita ke arah zikrullah.

6- Shopping, berpada-padalah kita, lebih baik kita selesaikan shopping sebelum Ramadan, kalau nak tunggu 'Special sale' sempena Ramadan, keberangkaliaan kita menjadi leka dan masa yang amat berharga telah kita habiskan di Sogo, jalan TAR, Jusco, Carrefour, Tesco dll. Sebab itulah ramai sekali muslimin muslimat kita yang menyerbu shopping complexs tatkala Ramadan hinggalah ke minggu terakhirnya. Alangkah ruginya kita!!!.

7- Peringatan jua kepada dia sendiri, sekiranya kita kesempatan tingkatkan juga amalan baik seperti membaca buku-buku Agama@ tafsir @ hadis@ Sirah. Alangkah baiknya jika dapat dibacaa buku-buku tersebut bersama anak-anak kita serta suami menjadi pendengar yang setia.

8- Akhirnya, kita beramal janganlah sehingga ke tahap 'melampau', atau melanggar fitrah manusia, misalnya bertahajjud sampai tak tidur langsung hingga ke waktu sahur boleh memudaratkan fizikal kita.
Sekian.... semoga kita bersama-sama ahli keluarga kita
berjaya meraih 'ijazah' mumtaz di Madrasah RAMADAN kali ini.

Read More......



MENANTI RAMADHAN....

Rindunya hati setiap yang bernama Muslim untuk menyambut kedatangan RAMADHAN, ' ramdh' mungkin bererti panas, Alhamdulillah cuaca di tanah air tidaklah terlalu panas, hujan telah mula turun semalam, menandakan keadaan akan semakin menyamankan . Masih terbayang ketika menyambut ramadhan di bumi Mesir dulu. Sempat dua kali Ramadhan dan menghayatinya dengan penuh rasa syukur... ya, suasana yang sedikit berbeza dengan zuruf di Malaysia, rata-rata Umat Islam di sana amat menitik beratkan amalan mereka di sepanjang Ramadhan dan kemeriahan tersebut amat terasa dengan kesungguhan Muslimin dan Muslimat membanjiri masjid-masjid.

" Malam ni kita nak berterawih kat mana? Tanya kawanku Fariza. "Rasanya nak pergi Masjid Ridhwan, esok pula kita ke Masjid Amru Bin AlAs", jawab ku sambil tersenyum. Tak sabar rasanya nak merasai suasana qudus dan tenang ketika bersembahyang di sana pada tahun lepas.Itu pun saya hanya sempat ke sana pada minggu terakhir Ramadhan bersama dengan kawan saya Fariza.

" Macamana kita nak pergi? balas Fariza. "Rasanya kakak-kakak senior tak berapa suka kita ke sana sebab jauh dari Hayyu Sa'bi', kalau berlaku apa-apa susah juga kita" . Kawanku yang menjadi sahabat baikku amat memahami jiwa ini yang seringkali melanggar peraturan yang biasa ditaati oleh para junior. " Za, bila lagi kita nak ambil pelung berjemaah di sana? Kita kat Mesir ni paling lama empat lima tahun, kalau asyik takut tak tentu pasal, kita juga yang rugi!. Mesir yang mempunyai begitu banyak Masjid-masjid lama dan bersejarah termasuklah Masjid Al Azhar, Masjid Hussin, Masjid Sayyidah Zainab dll.Kalau sanggup menziarahi setiap satu malam sebuah masjid, takkan habis untuk menjejaki Masjid-masjid di sekitar Kaherah.

Saya sering menyuarakan rasa tak puas hati dengan sikap sebahagian besar Muslimat terutamanya para senior yang amat berhati-hati sekali dalam gerak geri mereka sehingga saya merasa agak 'anti' dengan sikap keterlalauan mereka, malahan telah menyekat hak kebebasan kami untuk mengambil manafaat sepanjang berada di bumi Mesir. Amatlah rugi, Masjid Amru Bin AlA's misalnya, menjadi tempat yang sepatutnya menjadi tumpuan para pelajar waafiddiin@waafidaat seperti kami ini, terutamanya peluang bersolat terawih @ berjemaah di belakang Imam Syeikh Muhammad Jibrail yang tekenal. Bacaan Quran Syeikh Jibrail menjadi santapan rohani hampir setiap saat kepada Saya dan Fariza.

Akhirnya tanpa menghiraukan pandangan manusia, saya bertawakkal kepada ALLAH jua, saya serahkan segala urusan dunia kepadaNYa, tiada daya dan kudrat untuk menghalang apa jua taqdirNya. Jadilah saya orang yang setia ke sana ... selepas solat Asar, saya berjaya juga mengajak seorang atau dua orang teman ke sana, kami akan berada lebih awal dan bawa sekali bekal untuk berbuka puasa. Kesempatan yang ada kami habiskan dengan membaca al Quran dan beriktikaf. Setelah selesai Solat Terawih, kami akan pulang bersama dengan Fariza yang ditemani oleh abangnya. Jadi.. taklah takut sangat balik lewat malam.

Nostalgia itulah yang sering menjadi ingatan manis kepada saya setiap kali menjelma bulan Ramadhan. Ziarah saya ke bebrapa Masjid seperti Masjid Amru dan MAsjid Salahuddin juga banyak menjadikan diri ini semakin mengerti hakikat sebuah perjalanan. Ingatan indah itu seakan menggamit saya untuk kembali ke sana!!!. InsyaALLAH...

Read More......



I FEST 2009 ... BERMULA dah!
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kerana dengan Rahmat dan PetunjukNya jua, IRKHS'Society , session 2009, telah menunjukkan kominten yang tidak berbelah bagi untuk menjadikan I-FEST '09 menjadi realiti. Program ini secara luar nampak agak 'grand' @ great event pada sesi 2009, dan saya begitu mengharapkan agar semua pelajar IRKHS termasuklah juga semua pelajar-pelajar IIUM, cenderung hati untuk attend dan sekurang-kurang memberikan tanda sokongan kepada program kali ini.

Secara berterus terang saya amat berbesar hati melihatkan kesungguhan para 'committee' ikhwah dan akhawat,bermula dengan President IRKHSS sendiri Bro. Abdul Aziz dan ecxo-exconya,Zikriyyah,Manal,Ubaid, Mohd Amin,Farouk, Muhammad Husnul Azam, Siti Iftitah,A'tirah, Halimah, Nurul Nabila, Fariza dan ramai lagi yang berganding bahu untuk menjadikan semua acara dalam I FEST '09 yang telah dirancang berjalan dengan baik dan penuh harmoni.

Alhamdulillah, meskipun sepanjang hari ini, Jumaat 7hb Ogos, adalah hari yang amat memenatkan saya. Seawal jam 7.30 am, saya bertolak ke kampus UIA ketika tiga orang anak kesayangan yang belajar sesi petang masih tidur dengan nyenyaknya. Anak perempuan saya pula, kelihatan masih lemah kerana sehari sebelumnya, dia mengalami demam dan terpaksa pulang lebih awal dari sekolahnya. Kebetulan juga s/u Department Quran and Sunnah, kak Jariah dah ingatkan saya, kalau tidak ada halangan 'Malay lecturers' diminta attend Majlis Pelancaran 100 Wajah Wira Malaysia yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, kira-kira jam 9.00 am. Biasanya 'traffic jam' akan berlaku kalau ada orang besar masuk ke UIA. Jadi saya pun kenalah rancang agar sampai di UIA sebelum pukul 8.00am. Jam 8.45am saya pun menuju ke CAC, Great Hall dan semua kerusi telah dipenuhi oleh para students. Mereka kelihatan semangat nak sambut Najib! Saya hanya sekadar nak tengok secara live penampilan seorang PM Malaysia 'baru' yang berselaput dengan pelbagai misteri.

Sebab kerusi dah penuh,saya tak ada pilihan terpaksalah duduk di atas anak tangga yang paling atas sekali, lagi clear pemandangan di hadapan saya. Hampir 30minit selepas YAB Datuk Seri Najib berucap dengan penuh semangat, kerana ingin melaksanakan ideanya yang sedang giat diperdengarkan di sana sini iaitu " SATU MALAYSIA" . Teruja juga saya, bagaimana konsep ini ingin dicapai kiranya faktor keagamaan hanya menjadi tempelan sahaja, bahkan hanyalah dendangan ketika terhimpit.

Masa berlalu, saya kemudiaannya keluar dari CAC menuju pula ke satu lagi Meeting yang wajib saya hadiri iaitu " Briefing to Final Year IRK'students. Meeting hanya sekitar 30 minit, kerana ianya akan dikendalikan oleh Bro Asri yang mewakili pihak Deputy Dean, Academic Affairs, iaitu Dr. Abdul Rahman Chik, dan sekaligus all Academic advisors di minta hadir sama. Alhamdulillah Dr. Mek Wok ( Dept. Fiqh), Dr. Kabuye ( Dept General Studies) , Dr. Ismail Mamat ( Dept. Usuluddin) dan beberapa orang lagi figures yang tak sempat saya pandang wajah-wajah mereka. Apapun, kenalah juga saya attend kerana dah dilantik sebagai Academic Advisor mewakili Dept. Quran And Sunnah.

Kemudiannya kesibukan saya pada hari Jumaat ini terus saya lalui, iaitu kembali semula ke rumah, bersiap pula untuk hantar anak2 ke SRK AlAmin dan Educare. Dah jadi adat ibu yang bekerja terpaksalah berkejaran dengan masa serta komitment yang tak pernah bernoktah.

Kemudiaan, selesai hantar anak-anak, saya masuk sekejap ke office dan bersiap sedia menuju ke hentian bas depan tangga besar untuk ke KL kerana pada jam 1.00 hingga 2.00 pm saya diminta menyampaikan Slot Tadabbur Qur'ani (TQ) kepada para Muslimat ( staff MARA ) dan ianya diadakan di tingkat 11, surau di Bangunan MARA, sebelahan SOGO. Alhamdulillah kehadiran Muslimat agak ramai dari 2 slot sebelum ini. Mungkin mereka dah terbuka hati untuk spend sedikit masa mereka untuk menghadiri majlis ILMU.

Syukur! Maklumlah bangunan MARA hanya bersebelahan dengan Pertama Complex dan SOGO serta deretan kedai sepanjang jalan TAR yang terkenal. Para wanita yang sememangnya sinonim dengan 'shopping' jarang sekali melepaskan peluang mereka ketika waktu Jumaat @ lunch hour untuk bershopping. Itulah keadaan yang saya perhatikan setiap kali saya melihat kepada kehadiran para Muslimat pada 2 slot TQ sebelumnya.Apa pun saya kenalah berhemah dengan mereka, kalau apa kesempatan, jadikan TQ sebagai sesi muhasabah dan tazkirah kepada mereka semua, jangan jadikan shopping @ mega sales penghalang untuk mengikuti dan menghadiri kelas-kelas agama.

Selesai TQ, saya bergegas turun ke tingkat bawah Medan Mara dan menuju ke SOGO, kerana suami dah tunggu. Sebenarnya kami telah rancang ambil kesempatan yang ada selepas dia solat jumaat, kami bertemu di depan SOGO untuk shopping beberapa keperluan anak2 untuk Raya. Nak cari masa lain agak kesuntukan, apa lagi hari minggu susah nak tinggalkan anak2 kat rumah tanpa adanya orang dewasa mengawasi mereka.

Selepas solat Zohor, tiba-tiba dapat sms dari Muallimah Afifah beritahu Khairul Bariyyah demam semula. Suhu badannya turun naik. Hati seorang ibu tak sedap hati nak shopping. Apapun saya dan suami akan cuba balik ke Gombak secepat mungkin.

Ya Allah Ya Rabb, sibuk betul hari ni, sehingga kaki saya tidak dapat melangkah dengan betul lalu terjatuh. Lebam juga kepala lutut. Tak pelah, sakit tak seberapa... cuma hati masih teringat pada si anak perempuan yang masih di sekolahnya. Lebih kurang 5.00pm kami naik bas pulang ke Gombak, kemudian suami turun di batu 7 ( rumah kami ) dan saya terus ke UIA, sebab kereta saya parking di dalam kampus. Kami biasanya bagi-bagi tugas, selepas solat Asar saya akan ambil Murshid di Educare dan suami pula ambil anak2 sesi pagi yang pulang lewat hari ini di Al Amin. Rupanya tak habis lagi jadual saya hari ni, sebelum maghrib, Madihah sms ingatkan saya tentang Opening Ceremony malam nanti, 8.15pm di Experimental Hall, thanks ye Madihah, ingatkan diri ini.

Dengan badan yang letih, nasib baik kepala tak pening, saya beritahu suami saya kena jugalah hadiri OC, tak sampai hati pula nak bagi excuse kerana badan terasa amat penat. Namun bila fikirkan ia juga adalah tugas saya, paling tidak kehadiran saya amat dihargai oleh adik2 IRKHSS'society, mereka dah bertungkus lumus buat kerja, saya mestilah support mereka dengan apa cara sekalipun. Ya, kita buat kerja kerana DIA, bukan kerana nama.

Tepat jam 8.30pm, bertempat di Experimental Hall, IIUM Gombak, I-FEST '09, bermula dengan majlis 'Opening Ceremony', oleh Deputy Dean ( Students Affairs) Dr. Farid Shahran, menggantikan Dean of IRKHS, Dr. Badri Najib yang tidak dapat hadir. Kemudian sesi seterusnya ialah 'Dialogue On Current Issue' bertajuk: "Deviant Thought And Its Challenges to the Muslim Community" , speakernya ialah Dr. Shamsuddin Arif dari Dept. General Studies, IIUM berjalan dengan lancar,walaupun kehadiran students tidaklah penuh dewan LT4. Apa pun terima kasih sekali lagi buat my students (committee I-FEST'09) , I really proud of your commitment and harworking.InsyaAllah ianya akan menjadi kenangan amat manis lagi berharga kepada antum semua. All the Best!

Read More......

Nostalgia ... kembali


Nostalgia ... kembali ke sana
Posted asal : on 6/15/2005 khalati69@journal home , at 11:53 PM

Mesir .... dibumimu kukenal siapa diriku


Mesir atau Egypt ... adalah bumi yang pernah menjadi pentas pertarungan di antara beberapa tamadun hebat manusia zaman berzaman. Sebelum kedatangan Islam di bawah panji Jihad pimpinan Amru Bin Al'as, Mesir bertukar dari jahiliyyah kepada Islam, lantas manusia berubah dari jahat kepada baik, dari sesat ke arah petunjuk ALLAH.

Mesir telah mencatatkan sejarah hidup dan kehidupan pelbagai warna dan jenis manusia@manusiawi, manusia dalam berbagai kategori mencari nama, kekayaan, pangkat dan kedudukan .... maka lahirlah nama-nama besar dalam sejarah peradaban bangsa mewakili golongan manusia yang menentang kebenaran WAHYU dan risalah Kenabiaan, lalu al Quran memperkenalkan kepada kita siapa mereka yang bertopengkan jasad manusia.
Sungai Nil,

Maka kita kenal kisah manusia-manusia itu yang bernama
firaun@paroah, Hamman, Qarun ...... disamping nama -nama manusia mulia yang taat dan patuh pada Khaliknya seperti Yusuf, Musa, Harun dll. Begitu juga pasti kita sentiasa ingat kisah wanita-wanita solihah yang menjadi ibrah kepada Muslimin Muslimaat di mana jua mereka berada, iaitu kisah Ummu Musa, Asiah dan Mashitah dan ramai lagi yang pernah melakarkan sebuah kisah keajaiban IMAN berdepan dengan kezaliman dan kekufuran.

Sejak akhir-akhir ini, ingatan kembali ke bumi Mesir sering menganggu kotak minda saya, dan saya tertanya-tanya sendiri, mungkin sebab sudah sekian lama saya menanam angan-angan ingin kembali menziarahi Bumi itu, kini bukan seorang diri tetapi bersama suami tersayang. Moga-moga Allah izinkan sekali lagi untuk menjejakkan di bumi itu dalam era abad 21. InsyaALLAH.

Mengimbau sebuah perjalanan saya bermula pada bulan Oktober, 1988 ... Saya menjejakkan kakiku dibumi Anbiya' ini tanpa mengenalinya hanya sekadar bertanya orang yang pernah sampai ke sana dan juga melalui sedikit pembacaan. Namun saya cuba yakinkan diri sendiri untuk mengharungi apa jua jenis rintangan & ujian yang bakal saya tempuhi. Apa lagi yang harus saya katakan selain rasa syukur kerana ditaqdirkan menjadi tetamu bumi ini, lantas meniti seketika kala hayat masih di kandung badan, mencari mutiara-mutiara ilmu ad Din di sini.

MasyaALLAH, mutiara-mutiara ILMU dan Hikmah terlalu banyak untuk dikutip dalam masa yang singkat. Ja'miah Al Azhar al Syarif ... sekalipun dikenali di antara Universiti Islam yang tertua di dunia Islam, masih setia melahirkan ribuan Ulama dan cendikiawan setiap tahun. Moga usaha-usaha ke arah pembaikannya ( islah ) terus berlangsung demi menghadapi pelbagai cabaran dan kerenah abad 21 ini.

Nil di Luxor ( kapal persiaran )

Ya Allah hanya Engkau yang Maha Mengetahui, betapa hati ini amat gembira kerana dapat juga menjejakkan kaki, menghirup udara padang sahara , melihat kebesaran Ilahi dalam seribu satu sejarah yang terlakar di sini. Tidak sah kiranya berada di Mesir tanpa menyusuri Sungai Nilnya, dan terima kasih saya ucapkan pada seorang kakak senior iaitu Kak Sah Savana, kerana sudi menemani diri ini menyusuri Sungai Nil dengan bot dari Medan Tahrir sehinggalah kami sampai di sebuah tempat peranginan. Saya pasti ramai akhawaat yang beberapa tahun bertamu di bumi Mesir tak kesempatan ziarahi tempat itu.

Syukur Alhamdulillah.... saya pula jenis orang yang suka melihat dan menyaksikan dengan mata kepala sendiri keunikan Mesir dan kepelbagaian budayanya yang masih erat bertaut dengan tradisi Arab dan Mesir kuno, begitu juga bahasa A'minya yang teramat pekat dalam telah hilang begitu banyak keasliaan Bahasa Arab Fushah, sehingga saya terpaksa mengambil masa hampir tiga empat bulan baru terasa serasi di telinga!.

Sungai Nil, meski tidak sejernih dulu, adalah ibarat jantung kepada al Ar'dh Kinanah, ia juga sungai yang menyimpan banyak rahsia, menjadi misteri kepada manusia sepanjang zaman, sehingga pernah satu ketika sebelum kedatangan ke buminya, Sungai Nil disembah oleh Orang Mesir kuno, mereka amat percaya ada penjaganya, dan ada nyawa yang mesti dikorbankan setiap tahun agar Nil tidak mengamuk!. Bacalah kisah Saidina Umar Ibn Al Khattab dan suratnya buat Sungai Nil andainya ia adalah hamba ALLAH TAALA.

Begitu juga kisah yang Al Quran paparkan kepada kita lebih tertumpu kepada Kisah Seorang Nabi @ Rasul iaitu Nabi Allah Musa@ Kalimullah ... di hanyutkan oleh sang Ibu demi menyelematkan nyawa bayi yang tidak berdosa, hanya dek kerana ianya dari bangsa Israel, Firaun memerintahkan askar-askarnya membunuh tanpa rasa belas kasihan setiap bayi lelaki dari Bangsa Israel kerana dia bimbangkan keagungan dan kekuasaannya akan lenyap . Sungai ini telah banyak berjasa kepada penduduk Mesir, airnya yang sentiasa menyuburkan bumi sahara, wujudnya wadi-wadi, suburnya tanam-tanaman, setiap musim berganti muncul berbagai jenis buah-buahan yang lazat dan menyegarkan mengikut musimnya.

MasyaALLAH, amat bersyukur diri ini kerana Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sekali-kali tidak akan membiarkan makhluknya hidup tanpa diberikannya rezeki yang tumbuh dari bumi, air hujan, sungai dan lautan membekalkan perlbagai sumber makanan kepada manusia. Namun ..... amat sedikitnya manusia yang bersyukur dan beriman dengan Agamanya.

Bangkitlah wahai diri, pelajarilah apa jua warna kehidupan di bumi ini, tidak siasia setiap derap kakimu untuk mencari mutiara ilmu di sini, jangan kecil hati andainya dikau tidak mampu mengharungi kesejukan musim sejuk dan kepanasan habanya di musim panas. Semua itu, akan mendidikmu menjadi manusia yang cemerlang, tidak mudah putus asa, berhati waja dan terus maju kehadapan.

Apa pun rintangan, hadapilah dengan penuh yakin dan insaf, ALLAH sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar di dalam hidupnya - Ya Sabar dan terus bersabar ketika susah dan senang, redha dan pasrah dengan taqdir ILAHI .... tidak bermakna akur sehingga tidak teruskan usaha ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Kini, saya yakin akan tiba suatu masa saya akan kembali ke sana buat mengimbas suka duka selama berada di tepian Sungai Nil, lalu memandang Medan Tahrir serta kesibukan Bandar Atabah dan Syari' Mushkiy yang menggamit rindu.... Moga kita bertemu lagi dengan IzinNya jua.

Read More......



Kisah seorang kawan@IBU yang tabah...


Pada hari Isnin malam Selasa minggu lepas, saya kebetulan agak kepenatan, setelah Solat Isyak dan makan malam, kemudian saya tertidur di samping anak bongsu yang berusia lima tahun. Lebih kurang pukul tiga pagi, saya terjaga dari tidur kerana terasa gigitan nyamuk, kemudiaan bangun dan mencari 'sheltox', terus saya ingin menyambung semula tidur kerana badan masih terasa kepenatan setelah seharian di pejabat.


Agak pelik ... saya cuba melelapkan mata namun tidak berjaya, lalu saya mencapai buku " Tarbiyatul Aulad" @ Pendidikan Anak-anak, yang kebetulan ada di sisi, iaitu hasil kajian dan tulisan Dr. Abdullah Naseeh Ulwan, seorang Ulama yang terkenal.


Kebetulan saya pun terbelek muka surat 62-63, yang membicarakan tentang kisah Nabi SAW, di mana pada suatu hari Baginda SAW merasa sedih dan berlinangan airmata Baginda SAW tatkala melihat seorang anak yang sedang nazak, dan rohnya hampir-hampir akan tercabut. Ia menggambarkan rasa kasih sayang Nabi SAW kepada semua Umatnya tak kira kecil atau dewasa, dan juga pengajaran kepada kita semua, tentang rahmat dan belas kasihan yang telah ALLAH campakkan ke lubuk hati setiap manusia secara semulajadi. Ya ... itulah rasa kasih sayang sesama manusia.


Kemudian saya terus membaca buku " Tarbiyatul Aulad" .... sebuah hadis di riwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim, daripada Usamah Bin Zaid, katanya : Salah seorang puteri Nabi SAW telah mengutus seseorang kepada ayahandanya iaitu Rasululllah SAW, mengkhabarkan bahawa anaknya sedang nazak, maka segera lah datang! Maka NAbi SAW menjawab utusan itu dengan menyampaikann salam dan dengan sabdanya :
" Sesungguhnya kepunyaaan ALLAH apa yang
diambilnya, dan kepunyaanNnya pulalah apa yang diberiNya. Dan tiap-tiap sesuatu
di sisiNya adalah dengan ajal yang tertentu, maka suruhlah dia ( ibunya )
bersabar dan berserah diri kepada ALLAH"
.




Entah kenapa hati saya amat tersentuh sekali ketika membaca kisah tersebut, ujiian ALLAH SWT kepada hamba-hambaNya dalam pelbagai bentuk, dan amat sedih sekali jika ditakdirkan kehilangan orang-orang yang kita sayangi terutama anak-anak yang masih kecil permata hati kita. Namun secara tidak langsung saya memohon kepada ALLAH SWT, agar saya dapat menjadikan kisah dan sabda Nabi SAW itu sebagai pengajaran untuk menghadapi apa jua kerenah anak-anak yang sedang membesar.


Keesokkannya, lebih kurang pukul 9.30 pagi, saya mendapat panggilan dari suami memberitahu suatu berita yang menyedihkan, iaitu tentang seorang kawan, juga seorang Ustazah yang mengajar satu sekolah dengan suami saya, anaknya yang baru berusia setahun setengah kembali ke Rahmatullah. Inna lillahi wainna ilaihi Raajiuun! . Darinya kita datang dan kepadNya jua kita dikembalikan.


Sekaligus saya recall semula apa yang saya alami pada pagi tadi, iaitu kira-kira jam 3.00 pagi dan keadaan saya yang begitu susah melelapkan mata, akhirnya menatapi buku " Tarbiyatul Aulad" .... rupa-rupanya anak seorang kawan saya telah dijemput TUHANnya. Terbayang wajah seorang kawan yang pastinya sedang bersedih kerana anaknya itu adalah yang kedua meninggal dunia. Setahu saya anak kecil itu lahir tidak cukup bulan ( tujuh bulan dalam kandungan ) premature, biasanya bayi mudah mengalami pelbagai komplikasi kesihatan walaupun ramai yang sihat walafiat selepas kelahiran dan mereka membesar seperti anak-anak yang lahir normal @ cukup bulan . Namun si kecil tadi agak kuat kerana mampu bertahan sehingga usianya setahun setengah.


Terlintas di fikiran saya, betapa seorang ibu iaitu kawan saya sedang diuji oleh ALLAH SWT, amat hebat ujian itu, namun pastinya ujian ALLAH biasanya ditimpakan kepada orang yang mampu menghadapinya. Jadi rupa-rupanya secara tidak langsung apa yang saya baca kerana tidak dapat lelapkan mata itu, ada sesuatu yang mungkin sedang berlaku ketika itu.

Alhamdulillah, pada malam Isnin, 4 Ogos yang lalu, saya dan suami menziarahinya dan ingin sekali bertemu dengannya untuk mengucapkan TAKZIAH, jadi saya berkesempatan bertanya sendiri kepada si ibu ini apa sebenarnya yang berlaku. Apakah anaknya yang diberi nama SYIFA" demam dan menunjukkan tanda-tanda keuzuran yang ketara, atau bagaimana keadaannya sebelum disedari telah meninggal dunia. Mengikut cerita kawan saya itu, anak kesayangannya itu meninggal semasa tidur, dia sediri tidak pasti pukul berapa anaknya dijemput ajal, dia hanya menyedari setelah kaki anaknya terasa sejuk.

MasyaALLAH, betapa mudahnya ajal mejemput si kecil kembali kepada Penciptanya. Kata kawan saya: " Mungkin ALLAH ingin mengurangkan kesedihan ana kerana tidak melihat saat-saat kematiaan anak itu". Begitulah hebatnya jiwa kawan saya, benar-benar redha dengan takdir yang menimpanya.

Kemudian saya kembali bermuhasabah ... sebagai ibu, pernahkah kita sesekali memarahi anak-anak kita sehingga terkeluar perkataan seperti " apalah nasib dapat anak macam ni " , atau " lebih baik Umi dapat anak lain ... jangan seperti ini! ". Pastinya seorang ibu yang penuh rasa kasih sayang tidak sanggup berpisah dengan anak-anak mereka walau sesaat kecuali dalam keadaan terpaksa seperti pergi bekerja, ada out station, atau anak-anak yang telah belajar di sekolah Menengah dan mereka tinggal di sekolah berasrama penuh dll. Barulah perasaan rindu, teringat kepada segala gelagat mereka sejak kecil hinggalah mereka meninggalkan kita kerana ke sekolah berasrama.


Jadi, anak-anak kita adalah anugerah dari ALLAH TAALA, jangan sia-siakan kurniaan ini kerana ia juga adalah rezeki pemberian berharga dari AL RABB, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Biar kecil hati dan marah membuak-buak terhdap perilaku anak-anak, kita perlulah belajar bersabar dan terus bersabar di samping memperbaiki dan memperelok tingkah laku mereka dalam apa jua keadaan. Jangan setelah mereka meninggalkan kita @ ajal mereka lebih dahulu dari kita barulah kita sedih dan menyesal.

Apa pun, saya sekali lagi ucapakan sekalung TAKZIAH kepada kawan saya sekeluarga, semoga mereka tetap tabah menerima segala qadha dan qadar ALLAH.
Saya amat kagum kerana beliau seorang guru@ustazah yang dikurniakan sepuluh orang cahaya mata dan dua dari mereka telah kembali kepada YANG ESA semasa kecil.
Apa pun, kita bersyukurlah dengan segala pemberian ALLAH termasuklah anak-anak kita yang sedang membesar di depan mata kita dan pandanglah mereka dengan penuh rasa kasih sayang di samping sentiasa memanjatkan doa yang tidak putus-putus agar merekalah Quratun a'yyun kita di dunia ini dan di akhirat sana ... agar merekalah yang akan menjadi pewaris kita untuk menegakkan kebenaran ISLAM di bumi ini ... merekalah yang akan menjaga kesuciaan AGAMA yang kita sayangi ini.

Read More......