SELAMAT DATANG ...
MY STUDENTS!

Semester 1, session 2009/2010 telah memasuki minggu ketiga. Bermula 13 Julai 2009 lalu, kelihatan meriah sekali suasana kampus IIUM Gombak, para pelajar kelihatan di hampir setiap tempat, di laluan ke classroom, di lobi-lobi bangunan, di masjid Sultan Ahmad Shah, di library dan di kantin lebih-lebih lagi. Terasa kampus IIUM semakin sesak, semakin kecil dek kerana peningkatan bilangan pelajar-pelajar baru saban tahun.

Semester baru juga di mulai dengan pelbagai isu dan masalah. Di antaranya isu penularan H1N1 di Malaysia, meskipun keadaan semasa berlaku di hampir seluruh pelusok dunia. Jadi langkah berjaga-jaga dilakukan. Kerap kali juga menjadi bualan ramai pensyarah dan kakitangan IIUM, bimbang kalau-kalau kampus kami diarahkan tutup sekiranya ada jangkitan tempatan yang serius akibat penularan serius H1N1. Sebagai sebuah institusi Pendidikan bertaraf 'international' , tidak dapat lari dengan kehadiran ribuan Pelajar dari serata dunia, jadi agak pelik tidak ada kes H1N1 di sini. Apa pun Semoga, Allah selamatkan kami semua dari bala itu. Amiin!!!



Ya Allah, begitu pantas sekali masa berlalu, Semester 3, sessi 2008/09 terasa baru semalam berlalu. Nasib baik saya tak mengajar pada Semester tersebut. Rasanya kali ini benar-benar lega, kerana dapat memanfaatkan masa terluang dari routine sebagai lecturer keluar masuk classroom, dan macam-macam aktiviti bersama students. Memang ianya tidaklah membosankan, kerana sebagai pensyarah, saya memang dari awal lagi set up my minds, tugas pensyarah tidak kan lekang dari tugas mengajar/ syarah/hurai/ bimbing, dll. yang berkait rapat dengan alam pendidikan dan pembelajaran.


Apa pun, sebagai manusia biasa, sekali sekala datang juga perasaan ' boring' kerana asyik melakukan sesuatu perkara yang sama saja. Jadi pada Semester 3 yang lalu, saya cuba sedaya mungkin mengelak dari mengajar sebarang Maddah. Alhamdulillah berjaya !!!


kampus IIUM, Gombak cukup mendamaikan...

Namun jiwa seorang guru@ pensyarah pastinya tidak dapat lari dari naluri seorang pendidik. Saya cuma merancang agar Sem 3 tidak pergi begitu saja. Di antara perkara yang saya berjaya lakukan ialah, mengulang kaji semula beberapa buah buku lama dan cuma meneroka buku-buku baru yang dapat refresh my minds and my ideas. Alhamdulillah, sempatlah saya baca secara tekun beberapa bab dalam buku tersohor di Timur Tengah oleh Dr. Aid Al Qarni, iaitu " LA TAHZAN" .


MasyaALLAH, terasa teramat ruginya diri ini kerana tidak menekuni isi buku ini dengan sungguh-sungguh. Sekian lama saya membeli buku ini, namun tidak pernah selesai hingga ke bab terakhir. Mula-mula saya ambil dulu buku terjemah Bahasa Melayu, kemudiaan digandingkan pula dengan versi asalnya di dalam Bahasa Arab. Barulah terasa kehebatan Bahasa Arab yang tiada tandingannya dengan mana-mana Bahasa di atas muka bumi ini! Amat tepat sekalilah kenapa Bahasa ini menjadi Bahasa Al Quran, kerana setiap kalimahnya terasa begitu halus dan seiring dengan makna serta maksudnya.


Contohnya perkataan " Yaumuka, Yaumuka" sabagai satu bab di di dalam La Tahzan , diterjemah ke BM dengan maksud " Hari ini milikmu" . Begitu halus sekali pemilihan perkataan yang dilakukan oleh Dr. A'id al Qarni. Namun yang paling penting ialah isinya yang amat tepat dan padat dengan nasihat, bimbingan dan motivasi kepada setiap insan Muslim dan Muslimat.


Semester 1, Sesi baru 2009/2010, rata-rata students mulai sesi pengajian mereka dengan semangat baru, terutama New Intakes. Pastinya mereka sangat 'ihtimam' dengan 'durus' mereka. Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai juga yang memilih kerusi di barisan hadapan. Ini petanda baik bagi mereka memulakan kelas pengajian dengan 'qalbun salim', dan niat 'khalishah' lillahi Taala.


Saya masih ditaklifkan mengajar Maddah yang sama, 3 Maddah dengan 4 majmuah, iaitu Ulum alQuran (RKQS 2011A), Dirasah Fil Al Quran (RKQS 1046A) 2 majmuah, dan Manahij Mufassirin ( RKQS 4030A ). Bila mengajar Mawaad tersebut, saya sekaligus berasa amat bersyukur kerana ilmu-ilmu yang telah dipelajari dapat dikembangkan pula kepada para Pelajar. Rata-rata yang mengikuti Mawaad saya adalah pelajar Tahun 1 dan 2 kecuali Maddah "Manahij Mufassirin", lebih sesuai untuk pelajar tahun 2 ke atas. Beberapa pelajar yang saya kenal mereka secara 'personal' ada juga mengikuti Mawaad tersebut.


Untuk pelajar-pelajar baru, harapan seorang guru merangkap pensyrah@ pembimbing@ Murabbi Murabbiyah, agar mereka sentiasa istiqamah menentukan hala tuju mereka . Ilmu di kejar bukan sekadar menjadi tiket ke alam pekerjaan, tetapi adalah sebaik-baik jalan menuju keredhaan ALLAH.


Ingatlah pesanan Rasululllah SAW, bahawa jalan seorang ilmuan, akan diiringi dengan doa ikan di laut, dan burung di awan, di samping para Malaikat Rahmat juga mendoakan kebaikan untuk mereka semua. Alangkah bertuahnya wahai pelajar-pelajarku... inilah peluang keemasan yang dibuka seluas-luasnya kepada antum sekelian, jangan sia-siakannya, kerana jarang peluang datang lebih dari sekali. ALLAH SWT telah berjanji dengan satu jaminanNya akan mengangkat darjat orang-orang yang beriILMU tetapi bersyarat... iaitu mereka mestilah beriman kepada ALLAH dan RasulNya, barulah ILMU mereka itu tidak sia-sia dan sekaligus menjadi amal ibadah.

Ya, jalan ini tidak mudah dan tidak juga terlalu susah untuk dilalui. Jalan ini tidak terlalu bersimpang siur selagi mana kita faham dan mengerti bentuk-bentuk laluan yang telah dumulai oleh Para Sahabat r.a, para Taabiiin, para Tabi' al Taabiiin sehingga di zaman kita hari ini.
Yakinlah ... laluan ini ada sunnahnya yang tersendiri, ibarat kata pepatah Arab : "Manna Jadda Wajada" , justeru cabaran dalam pelbagai bentuk dan warna akan datang silih berganti, dan ia pasti akan datang beriringan dengan amal soleh, kerana hasil yang indah selepas kita berpenat lelah dan tanpa putus asa. Syabas, Antum adalah 'tolabatul Ilmi' - satu kewajipan dan amanah yang mesti dilaksanakan secemerlang mungkin!. Bersabarlah di atas jalan ini... kerana antum adalah bakal-bakal Ulama', ilmuwan, cendikiawan yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan Umat Islam di mana jua antum berada.

0 comments: