Palestin, tetap di hati.
Bismillahirrahmanni ar Rahiim.
Haneyya juga menegaskan bahawa kerajaan Palestin sentiasa berusaha untuk melahirkan generasi al-Quran bagi meneguhkan pegangan rakyatnya dan demi pembangunan masa depan yang lebih mapan. Beliau juga mengatakan bahawa pihak musuh yang mensasarkan bumi dan akidah rakyat Palestin itu hendaklah dihadapi dengan suatu generasi bertamadun yang berpegang teguh dengan al-Quran dan segala ajarannya, dan ia merupakan antara strategi paling penting yang dilaksanakan oleh kerajaan, kerana al-Quran dan kekuasaan tidak boleh berpisah. Apabila kedua-duanya berpisah, ummat akan musnah.
Ucapan Haneyya itu disampaikan ketika beliau melakukan lawatan dan tinjauan pada hari Isnin (6/7) ke perkhemahan ‘al-Furqan’ dan ‘Kanz al-Huffaz’, di samping lawatan yang sama dilakukan ke Radio al-Quran al-Karim.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/penterjemah : muhajir
Bismillahirrahmanni ar Rahiim.
Sekian lama tidak menyoroti isu-isu terkini tentang bumi Palestin, hari ini saya sempat 'explore' beberapa blog Palestine. Semestinya kita sebagai Umat Islam rasa terpanggil untuk sentiasa mengikuti apa jua perkembangan yag berlaku di sana. Berita-berita yang dipaparkan di akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia, seringkali hanya sekadar sisipan yang kadangkala 'tak perasan' untuk dibaca. Mungkin keadaan berbeza semasa berlaku Perang Gaza yang lalu.
Apa khabar Palestin? Teringat nasyid Mys Shalaash, bertajuk " Sobahal khair ya Palestine! Satu-satu munsyidah dari bumi Palestin yang menjadikan saya salah seorang peminatnya. Sekiranya ada kelapangan saya suka mendengar alunan nasyid yang di sampaikan oleh beliau,dan suaranya memang power serta penuh dengan message perjuangan untuk membebaskan bumi al Quds.
Namun, kesibukan seharian kadang kala membuatkan saya sendiri seakan-akan terlupa untuk mengikuti perkembangan terkini dari Bumi al Quds. Teringat saya ketika mengajar maddah Ulum al Quran pada semester 2 yang lalu, masih terbayang wajah bersih seorang anak muda Palestin, Nabil al Haerbawi. Beliau seorang pelajar Engineering, kelihatan amat komited dengan pelajarannya, tingkah lakunya juga sopan & beradab semasa berada di dalam kelas. Sikap ini jarang ada pada pelajar dari luar negara.
Ada kesempatan, saya suka menyelitkan isu-isu Umat Islam sedunia, agar para pelajar sentiasa ingat bahawa mereka mesti sedar amanah ilmu yang akan mereka pikul, serta kewajipan beramal untuk menegakkan kebenaran Islam di mana jua mereka berada. Saya cuba tidak lupa ingatkan mereka tentang isu Palestin, dan saya lontarkan kepada para pelajar supaya mereka perlu menjadikan sejarah Palestin dan perjuangan Umat Islam di sana sebagai 'teladan' kerana selamanya ruh JIHAD tidak pernah padam di bumi al Quds itu.
Acap kali saya meminta Nabil memberi respons sekiranya saya memerlukan ' tahqiq' tentang sesuatu perkara. Misalnya saya pernah menyentuh tentang instinct seorang Muslim sebelum berlaku sesuatu kejadiaan buruk. Banyak peristiwa lalu dan kini yang pernah terjadi, Allah SWT memberikan 'hint'@clue@petanda sebelum sesuatu kejadiaan seperti bencala alam berlaku. Kebiasaannya golongan Alim Ulama' mendapat firasat, namun mereka tidak menwar-warkan kepada orang lain. Itu yang saya pernah diberitahu oleh seorang teman dari Acheh, yang saya panggil 'Yayat, sewaktu berlaku peristiwa tsunami 2006 dulu. Hampir 300 orang saudara mara terdekatnya terkorban.
Nabil pernah memberitahu kepada kami semua ( dalam kelas ) pernah berlaku satu peristiwa seorang ibu, yang seakan telah mengetahui anaknya telah syahid meskipun tidak diberitahui oleh orang lain secara rasmi. Instinct seorang ibu, mungkin berbahagia dan redha kerana anak kesayangannya SYAHID fi sabillah.
Alhamdulillah, sebagai pensyarahnya, saya yakin Nabil memiliki bakat kepimpinan kerana beliau sendiri adalah Presiden Persatuan Al Quds di IIUM. InsyaAllah, semoga beliau tidak akan mensia-siakan harapan Umat Islam di Palestin, untuk terus menyambung perjuangan demi membebaskan Al Quds dari tangan-tangan Zionis & Israel. Semoga ramai lagi pelajar-pelajar Antarabangsa dari negara-negara yang bergolak seperti Iraq, Afghanistan, Khashmir dll akan memanfaatkan peluang keemasan mereka berada di UIAM, sebagai satu medan ilmu dan budi sebelum mereka kembali berjuang di tanah air mereka. Semoga saya akan bertemu lagi dengan Nabil untuk sama-sama menyokongnya meningkatkan kesedaran masyarakat kampus tentang kewajipan membantu sesama Umat Islam terutama Palestin yang sentiasa bermandiaan darah.
Berita terbaru : petikan dari infopalestine.
Haneyya: Kerajaan berusaha melahirkan generasi al-Quran.
Selasa , 07/07/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menegaskan bahawa apa yang disaksikan oleh perkhemahan al-Furqan merupakan suatu kebanggaan dan kemuliaan yang besar bagi kerajaan dan rakyat Palestin, sebagaimana ia adalah mahkota kemuliaan dan kelebihan daripada Allah SWT. Beliau seterusnya menambah seraya berkata:
“Alangkah indahnya kerana kita dapat berjumpa di atas hidangan al-Quran dan memulakan hari ini dengan bertemu dengan para ahli al-Quran.”
Haneyya juga menegaskan bahawa kerajaan Palestin sentiasa berusaha untuk melahirkan generasi al-Quran bagi meneguhkan pegangan rakyatnya dan demi pembangunan masa depan yang lebih mapan. Beliau juga mengatakan bahawa pihak musuh yang mensasarkan bumi dan akidah rakyat Palestin itu hendaklah dihadapi dengan suatu generasi bertamadun yang berpegang teguh dengan al-Quran dan segala ajarannya, dan ia merupakan antara strategi paling penting yang dilaksanakan oleh kerajaan, kerana al-Quran dan kekuasaan tidak boleh berpisah. Apabila kedua-duanya berpisah, ummat akan musnah.
Ucapan Haneyya itu disampaikan ketika beliau melakukan lawatan dan tinjauan pada hari Isnin (6/7) ke perkhemahan ‘al-Furqan’ dan ‘Kanz al-Huffaz’, di samping lawatan yang sama dilakukan ke Radio al-Quran al-Karim.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/penterjemah : muhajir
0 comments:
Post a Comment