BILA ANAKKU BERTANYA TENTANG KEMATIAN?


BILA ANAKKU BERTANYA TENTANG KEMATIAN!


Pada suatu petang, dalam perjalanan pulang ke rumah, saya mengambil anak yang keenam dari Tadika (EDUCAREIIUM, Gombak). Tiba-tiba anak saya yang berusia lima tahun, Murshid spontan bertanya: " Ummi, bila kita nak masuk syurga? Tanpa berfikir panjang, kerana perhatian pada pemanduaan saya, lalu terus saya menjawab: " Kita kenalah mati dulu, kemudian barulah Allah bagi kita syurga kalau kita orang baik, dan orang jahat yang tak taat pada Allah, mereka masuk neraka". Kemudian anak saya terus berkata: "Ummi, Murshid takut matilah Ummi! ".


Saya pada ketika itu sedang memandu pulang ke rumah, dengan badan dan otak yang kepenatan, agak terkejut juga sebab tidak menyangka si kecil akan menyebut tentang persoalan yang orang dewasa pun buat-buat lupa, iaitu soal MATI. Bukan kanak-kanak saja yang takut mengingati mati, malahan dengar saja ada kematiaan terus menggeletar! Minda terus berfikir, bagaimana yang seharusnya saya jelaskan pada si kecil ini tentang mati ? Bimbang juga apakah dia sudah bersedia untuk memahami persoalan mati. Timbul pula rasa kesal kerana tidak sempat berfikir dulu sebelu menjawab soalan si kecil saya. Inilah bicara kita kali ini, bab MATI @ ajal @ maut, kadang kala di anggap taboo oleh setengah -setengah masyarakat, tak kurang juga masyarakat ( contohnya di barat) yang langsung tak kisah pasal MATI. Apa saja jenis kematiaan; MATI katak ke, MATI mengejut ke atau MATI tragis , mereka tak kisah. Bagi mereka, selepas MATI, masing-masing hal atau dengan lain perkataan kubur masing-masing.


Berbalik kepada anak-anak kita, apakah cara yang paling sesuai untuk menceritakan mengenai mati dan erti kematian kepada mereka ( anak-anak ) terutamanya apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat seperti datuk, nenek, saudara mara atau juga rakan sebayanya. Berdasarkan pengalaman dengan anak-anak saya seramai enam orang, anak yang sulung pernah bertanya kepada saya soal mati ketika umurnya enam tahun tetapi soalannya agak berbeza, dia bertanya: " Ummi, lepas Dhia' kanak-kanak, Dhia akan jadi besar, kemudian besar lagi ,dewasa, kemudian jadi tua.Lepas tua Dhia' jadi apa pula? Saya pun terus menjawab: " lepas tu Dhia' akan matilah! ".


Tanpa berfikir panjang saya tidak terlintas lagi jawapan lain, agar dia dapat memahami pada umur enam tahun . Rupa-rupanya pada malam itu, Dhia' langsung tak mahu tidur, sehinggalah saya terpaksa pujuk dia supaya tidur, kerana sudah dah lewat malam. Saya tak perasan, sebenarnya dia takut kalau dia tidur dia akan mati!!!.


Sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak, bagaimana cara yang terbaik untuk menjelaskan kepada mereka perkara ini, kerana ianya bersifat ' ghaibiyyaat' -tidak boleh diperjelaskan sekadar logik aqal. Apa yang dapat kita fahami dari amalan Ulama'-ulama' terdahulu, mereka menjadikan kelaziman menziarahi kubur pada pada Hari Raya ( sama ada Aidil Fitri & Adha ) sebagai satu cara yang baik untuk menyedarkan diri sendiri dan keluarga bahawa hidup ini ada mula dan ada penghujungnya. Hidup di dunia ini terlalu singkat dan amat rugi sekali jika setiap detik masa tidak kita jalani dengan penuh kebaikan dan kebajikan.


Begitu juga tradisi orang-orang kampung ( semakin pupus di telan zaman! ) mereka akan mengadakan gotong royong membersihkan perkuburan di kampung. Jadi, hampir setiap keluarga yang mempunyai ahli keluarga dan saudara mara yang dikuburkan di suatu perkuburan itu, mereka terpanggil untuk bersama-sama membersihkan perkuburan yang biasanya akan menjadi semak samun setelah sekian lama tidak dibersihkan bahkan tidak diziarahi kecuali pada 2 Hari Raya. Namun, sedihnya tradisi ini semakin berkurangan, akhirnya kebanyakan kampung akan mengupah orang-orang kampung yang sanggup membersihkan tanah perkuburan di kampung tersebut@ penjaga kubur, dan tidak ada lagi gotong royong seperti dulu.


Seandainya tradisi gotong royong boleh diadakan, saya merasakan ianya suatu cara yang baik untuk kita mendidik anak-anak kita tentang hakikat sebuah kehidupan dan sebuah kematian. Apabila mereka melihat secara 'live' tanah perkuburan dan batu-batu nesan, pasti mereka akan bertanya : " apa yang sedang berlaku di bawah sana? Apakah orang-orang yang telah mati bertahun-tahun dahulu akan bangkit semula? dan macam-macam soalan lain mereka akan lontarkan kepada kita. Barulah kita seagai ibu bapa bercerita kepada mereka tentang dua hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh manusia sejagat.Sebenarnya soal hidup dan mati akan menerjah kotak fikiran setiap manusia yang waras mentalnya, kekadang ia datang menerjah di minda sedar dan separa sedar tanpa di pinta, kerana ianya adalah persoalan yang berkait rapat dengan naluri @ fitrah manusiawi yang ALLAH campakkan ke dalam jiwa setiap manusia. Siapa sangka anak-anak kita yang mula memasuki alam preschool@tadika, sudah pandai bertanya, bahkan mereka telah mulai terdetik fitrah mereka untuk memahami hakikat di sebalik kehidupan ini ... apakah akan adanya alam lain, ataupun hidup manusia mesti bersambung dengan suatu alam yang kedua dan seterusnya.


Anak zaman sekarang mudah mature berdasarkan maklumat dan sumber berita yang berlaku di depan mata mereka. Setiap hari, laporan berita tentang kematian di sana sini, dalam negeri dan luar negara, mati kemalangan accident jalanraya, mati lemas, mati kena bunuh, mati dalam peperangan ( contohnya Perang Gaza yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai terhadap kanak-kanan yang tidak berdosa di sana) , semuanya tersimpan kemas dalam minda mereka. Jadi, kita sebagai ibuabapa, mestilah bersedia untuk memahamkan mereka hakikat MATI dan juga hubungannya dengan kehidupan manusia di muka bumi ini. Kita perlu bersedia untuk membaca minda mereka kerana bab ini adalah sesuatu yang sukar untuk dijelaskan kerana ianya bersifat ghaib, MATI boleh disaksikan oleh pancaindera, namun hakikatnya adalah suatu misteri yang hanya kita yakini berdasarkan sumber WAHYU. Segenius manapun manusia, tiada siapa yang mampu menceritakan perihal keadaan MATI, ketakutan atau kesakitan menghadapi ajal tanpa panduan sumber petunjuk dari Allah Taala.


Bacakan kepada mereka ayat-ayat tentang kematian @ ajal @ maut : " Setiap yang hidup itu pasti akan merasai kematiaan " ayat ini amat tepat untuk dijadikan sandaran hujjah kepada anak-anak kita, bahawa kita hanya manusia/ makhluk da tidak ada daya serta upaya untuk menghalang berlakunya sebuah kematiaan. Ayat ini juga secara muktamad dan qatie menyatakan hakikat kematian, tidak satu kuasa pun yang boleh menangguhkan kehadirannya, di mana pun jua, di saat manapun, semuanya adalah ketentuaan MUTLAK Tuhan Yang Maha Berkuasa.





Surah Luqman, ayat 34 :

(( ... dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui ( dengan pasti ) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati ... ))



Jadi, dalam hal ini, kita adalah murabbi terbaik kepada mereka untuk mengajar mereka betapa usia yang masih mudah adalah pemberian dari ALLAH yang bersifat ' pinjaman sementara' tiba masanya- DIA akan mengambilnya kembali. Maka, kita yang memahami hakikat hidup dan mati adalah di tangan Pencipta hidup dan mati itu sendiri, jangan sekali-kali kita biarkan mereka merasakan mereka masih muda, masih kanak-kanak dan remaja, masih banyak masa untuk mereka beramal, jadi budak baik dan berbuat baik, kerana kita tidak diberitahu oleh DIA biar saat ajal & maut itu tiba. Ini adalah beberapa soalan yang biasanya menjadi persoalan di minda anak-anak kita:

1- Hakikkat mati@ kematian


2- persiapan menghadapi mati


3- Kenapa manusia mati tidak kira usia?


4- Apakah yang dimaksudkan dengan mencintai mati ?


Sebagai akhir bicara, jangan sekali-kali kita biarkan anak-anak kita teraba-raba, cuba memahami apa yang menjadi misteri pada alam kematian. Bukan kita nak menakut-nakutkan mereka, bahkan kita perlu menyedarkan mereka hubungan di antara dua alam : alam dunia dan akhirat ( kehidupan selepas mati ) adalah kepunyaan ALLAH Rabul Izzati. Bila anak-anak memahami dengan sebaik-baik dan juga disandarkan kepada panduan WAHYU dan agama, mereka lebih merasai nikmat 'hidup' dan harga sebuah 'kehidupan'. Nilai nyawa, nilai masa dan segala-galanya akan dipersoalkan di depan Pemilik Kekal alam ini. Hanya kepadaNya tempat kita semua dikembalikan.

0 comments: