LAMBAIAN MAAHAD MUHAMMADI LIL BANAAT....

Setelah beberapa siri perbincangan yang dilakukan di beberapa buah lokasi, di antaranya rumah Kak Ida Madiha ( Profesor di Kulliyyah of Law, Ahmad Ibrahim- di IIUM, Gombak) pada 26hbApril, 2009. Kali kedua pula kami ber'meeting' di Rumah Tamu UM dan seterusnya di Subang Jaya( kali ke 3 saya tak dapat hadir), kemudiannya saya tidak menerima sebarang berita terkini, kecuali dihubungi oleh ukht Ramlah memaklumkan untuk proses pendaftaran ALUMNI ex_MMP dengan pihak ROS, kemudiaan kembali sepi saja tanpa berita. Sehinggalah minggu lepas saya menerima sms dari seorang ukht ex_Mahaad yang memaklumkan tentang satu perjumpaan besar-besaran untuk bekas pelajar MMP, Jalan Merbau.


Alhamdulillah, nampaknya adik2 junior seperti Sakinah,Ramlah, Wan Marhaini, Rosmawani dan ramai lagi, benar-benar komited untuk merealisasikan program 'gathering' pada kali ini. Seingat saya, inilah julung-julung kalinya gathering khusus untuk "MMP_ Jalan Merbau" sahaja, kerana pada akhir 80an, Maahad Muhammad Pasir Pekan ditubuhkan. Jadi kami terpaksa menggunakan 'Jalan Merbau' untuk memberikan speciality kepada MMP kami.
Sehingga kini, saya masih terkenang suatu impian semasa di tahun akhir IIUM dulu, ingin kembali berkhidmat di MMP. Tempat jatuh lagikan dikenang!. Tapi tak ada rezeki, namun mungkin setelah pencen balik semula ke MMP, menabur bakti demi sebuah perjuangan memartabatkan Agama dan anak bangsaku.




Sedikit fakta yang sempat saya cari di web MMP:

"Maahad Muhammadi Perempuan merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantarkan Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri Kelantan. Sehingga kini, kegemilangannya terserlah dengan pengeluaran ribuan ulama', cendekiawan, negarawan, usahawan, teknorat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya.

Ditubuhkan secara rasmi pada hari Khamis, tanggal 1 April 1937M bersamaan 20 Muharram 1356H dengan ampun perkenan dan titah baginda ke Bawah Duli Yang Maha Mulia As-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum As-Sultan Muhammad IV, As-Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan pada waktu itu. Sejak kelahirannya sehingga sekarang Maahad Muhammadi telah dikenali dengan pelbagai nama sehingga akhirnya ia kekal seperti dikenali sekarang.


Tarikh 9 Mei 1964, adalah hari paling agung bagi Maahad Muhammadi. Tarikh ini merupakan hari yang paling bermakna dalam sorotan sejarah sekolah ini, di mana pada tarikh inilah, perasmian bangunan baru Maahad Muhammadi Jalan Merbau Kota Bharu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Al-Sultan Ibrahim, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim".


Pastinya nama MMP_ Jalan Merbau menjulang tinggi dan dikenali se'Malaysia' selepas kejayaan adik Nik NurMadihah yang berjaya mendapat 20A's dalalm SPM tahun 2007. Hebat sekali pencapaian itu sehingga kami ex_ MMP terkena tempiasnya. Amat berbangga sekali dan bersyukur kerana telah ditaqdirkan menjadi pelajar MMP sekitar tahun 1981 terus ke Tingkatan Satu setelah bertukar dari Sekolah Arab Yaakubiah Nipah ( hanya sempat setahun sahaja ) , sehinggalah Tingkatan Lima dan menduduki SPM pada tahun 1986.


Mudirah' 2009'
Puan Hjh. Zainab Bt. Ab.Lah

Terlalu sarat dengan kenangan di sepanjang kehidupan sebagai seorang pelajar MMP_Jalan Merbau, segala kenangan pahit & manis bercampur baur, terutamanya ketika tinggal di Asrama selama 21/2 tahun. Susahnya untuk bergilir mandi di dinihari sebelum subuh, kalau lambat, alamatlah tak sempat bersolat Jamaah Subuh di Surau. Masih ingat pada Ustaz Murad dan isterinya yang menjadi warden sehinggalah saya meninggalkan MMP. Setia sungguh Ustaz Murad menjaga kami walaupun kami masih budak2 yang kadang-kadang datang dari pelbagai latar belakang family dan negeri, namun kebaikan budi dan jasanya amat kami hargai. Semoga Allah merahmatinya sekeluarga.

Indah sungguh kenangan itu, kami pelajar2 MMP kekadang terasa juga tekanan untuk menjaga nama baik sekolah kami, sebab kalau berlaku sesuatuyang menyalahi akhlak pelajar Agama, masyarakat akan terus menunding ke arah kami, " tok pade denge sekolah Maaahd!" , lontaran kata-kata itu amat tajam dan berbisa sekali, kalau tidak kami akan dicop sebagai pelajar2 Sekolah Agama yang tidak menjaga nama baik sekolah kami.


Kalau ditanya, uhmm, apa menariknya tentang MMP? kali terakhir sebelum Maahad Muhammadi dipisahkan di antara Bannat dan Baniin, telah berlaku satu demostrasi besar-besaran yang dilancarkan sebagai tanda protes beberapa polisi pihak Kerajaan Negeri dan Yayasan Islam Kelantan (YIK), termasuk juga satu kes seorang ustaz yang mengajar MM ditukarkan di atas sebab politik!Berdasarkan cerita2 dari senior, suasana ketika itu amat menggemparkan kerana semua pelajar ( Bannat & Banin ) semuanya sepakat untuk mogok dan tidak membenarkan pentadbir memasuki perkarangan sekolah, seolah-olah MM telah dikuasai oleh pihak pelajar. Beberapa hari juga pelajar menguasai kawasan sekolah sehinggalah Mudir pada waktu itu, Ustaz Nik Abdul Kadir masuk campur dan berjaya melembutkan pihak pelajar.


Ya! itulah kehebatan pelajar MM satu ketika dulu dari segi 'student power' , seolah-olah mereka bukan sekadar pelajar sekolah Agama yang hanya menadah kitab dan menghafaz Muqarrar tanpa kesedaran untuk menyatakan sesuatu hak dan kebenaran yang perlu diperjuangkan. Mungkin ada suara2 yang membantah tindakan pelajar yang beremosi untuk membela hak mereka dan pihak yang dianiaya!. Namun pada saya ia menggambarkan suatu sikap yang perlu dipupuk dari awal demi melahirkan generasi Ulul Albab, dipimpin dan terpimpin dengan penuh sedar akan suara mereka yang perlu dizahirkan.

Apa pun, itu semua hanya tinggal sejarah. Kemudiaannya MM telah dipisahkan di antara pelajar lelaki dan perempuan, maka berpindahlah Maahad Lelaki ke Jalan Pengkalan Chepa sehingga ke hari ini. Jalan Merbau akhirnya untuk pelajar perempuaan@banaat , namun keduanya sentiasa bersaing dalam pelbagai sudut terutama pencapaian akademik. Acap kali prestasi kedua-duanya membanggakan pihak pentadbir YIK. Maka berlumba2 pulalah ibu bapa samaada anak tempatan atau yang telah berhijrah ke negeri lain ( KL misalnya) akan berusaha pula menghantar anak mereka belajar di MMP & MML.
Alhamdulliah, setakat ini, sebahagian anak2 saudara saya yang juga ex_MMP dan ex_ MML hampir semuanya telah berjaya menyambung penggajian mereka di Menara gading. Pada masa depan, anak-anak saya pulalah yang akan dihantar ke sana atau mana2 sekolah Agama di bawah YIK. Moga MMP/MML khususnya akan terus menjadi tempat persinggahan sementara buat gerombolan demi gerombolan bakal2 Ulama dan Ilmuan Islam dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu, seterusnya menabur jasa bakti mereka demi untuk meninggikan martabat agama Islam yang tercinta ini. Hidup Maahad Muhammadi .... selagi dunia belum kiamat.


Sesiapa yang terbaca blog ini, dialukan-alukan kehadiran akhawat semua bekas2 MMP_ Jalan Merbau, semoga ukuhwwah akan bertaut kembali dan usaha ke arah kebaikan dapat digandingkan bersama.








Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan
(Alumni MMP)
Dengan segala hormatnya menjemput
Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan
_______________________

ke Majlis Alumni MMP
Tarikh: 22 September 2009 (Selasa)
Jam: 3.00 petang
Tempat: Dewan Asma’ Abu Bakar Maahad Muhammadi Perempuan,
Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Rosmawani Che Hashim (0124317751)
Puan Ibtisam Abdul Ghani Azmi (0139322819
)



Aturcara Majlis
2.45 – Ketibaan Jemputan
3.00 pm - Bacaan Doa oleh Ustaz MMP
Ucapan oleh Presiden Alumni – Puan Sakinah Salleh
Ucapan oleh Penasihat – Pof Dr Ida Madieha Abdul Ghani Azmi
Perasmian oleh YB Dato’ Hj Nik Mohamad Amar bin NikAbdullah
Tayangan Slides Alumni MMP
Penyampaian Cenderahati oleh Penasihat Alumni MMP, Prof Dr Ida Madieha Abdul Ghani Azmi kepada:
Bekas Pengetua dan tenaga pengajar MMP yang bersara
Penyerahan Sumbangan Komputer kepada Pengetua MMP
Pelancaran Tabung Pelajar Miskin
Majlis Ramah Mesra & Jamuan Makan
5.00 pm – Majlis Bersurai

1 comments:

Salam ustazah..

Teruja membawa sorotan kenangan di maahad..sememangnya bumi maahad meninggalkan kenangan yang sangat indah untuk di kenang..insyaallah,saya akan hadir ke perjumpaan perdana alumni maahad..

~Bumi Maahad : Kenangan Terindah~