TADARRUS AL QURAN @ TADABBUR
JANGAN LUPA WAHAI DIRI....kembali kepada al Huda!
Bacalah Al Quran, wahai hati yang lalai dan sering leka dengan kenikmatan duniawi, seringkali hambatan sepanjang kehidupan membuatkan kita manusia meletakkan alasan "SIBUK" dan sentiasa sibuk setiap hari hatta hari minggu. Lalu apakah kita rasa begitu selesa bahawa kita tidak perlu risau kerana syurga bakal kita masukinya di alam abadi? Begitulah manusia, selagi namanya manusia, dia tak habis-habis menjadikan hujjahan SIBUK dengan pelbagai urusan hidup sehingga sedikit sekali memperuntukkan masa emasnya untuk amal kebaktian dan bukti kehambaan insani.
Ramadan dan al Quran ...
Ibarat irama dan lagu, tak terasa kemanisan Ramadan tanpa membacanya, mentadarruskan setiap lafaz-lafaznya, serta mentadabburkan setiap maknawinya sehingga meresap ke puncak kalbu, ayat demi ayat singgah bertakhta di hati mukmin mukminat.
Ya, inilah tinggalan terakhir Nabi kita SAW, para Nabi dan Rasul tidak mewariskan kepada Umatnya dinar emas atau perak, kerana itu semua tiada nilai di sisi Rabbul a'lamiin. Jangan sekali-kali kita lupa ...... itulah hadiah yang amat berharga buat Umat Muhammad SAW, kita tidak akan sesat selamanya . Andainya IA bukan milik Umat Muhammad SAW, mana mungkin kita dapat mencari jalan pulang.
Masa berlalu, Al Quran tetap dibaca dan terus dibaca tanpa jemu. Al Quran di ulit dan dijadikan sandaran apabila berbalah dan berdebat. Namun .... sejauh mana al Quran itu menjadi petunjuk Huda, wa busyra kepada orang - orang yang bertaqwa?
Malang sekali masih ramai lagi manusia2 yang bernama muslim dan muslimat rasa malu alah apabila dilaungkan seruan kembali kepada Islam dan kembali kepada hukum Allah. SubhanaALLAH!
Barulah terbuka pekung di dada , siapa yang mahukan Islam dan hukum al AQuran menjadi petunjuk dan siapa pula berpura-pura menyantuni agama dalam celahan nifaq dan kufur.
Barulah terbuka pekung di dada , siapa yang mahukan Islam dan hukum al AQuran menjadi petunjuk dan siapa pula berpura-pura menyantuni agama dalam celahan nifaq dan kufur.
Apakah hati2 itu masih keras bagaikan batuan sungai, yang memerlukan titisan demi titisan pada batuannya barulah sedikit lekuk! ataukah mereka sendiri memilih jalan untuk jauh dari Petunjuk Allah@hidayahNya ?
0 comments:
Post a Comment