SALAM LEBARAN ... 2009
RAYA lah dengan penuh rasa syukur
Alhamadulillah, Maha Suci ALLAH Rabbul A'lamiin, Maha Agung kekuasaanNYA, Maha Indah ciptaanNYA, DIAlah yang selayakNYA disembah oleh setiap makhlukNya di bumi dan di langit, di lautan maupun di daratan, namun berapa ramai hamba2NYA yang benar2 bersyukur dan tunduk penuh kehambaan! Hanya segelintir sahaja ....
Alhamdulillah, lebaran @ Syawal menjelma jua, meskipun segelintir manusia yang beriman kepadaNYA merasai kedukaan kerana Ramadan telah pergi meninggalkan kita, dan bulan berkah itu telah pergi, kerana itulah Sunnahtullah fil alam. Maka kita perlu sedar peluang sering terbentang di hadapan mata kita, namun kita sendiri yang terus lalai dan leka dengan kehidupan duniawi ini sehingga kita merasa begitu selesa dengan apa yang telah kita kerjakan, tanpa merasakan betapa sedikitnya amalan2 kita, masih rendahnya mutu ketaatan dan pengabdiaan kita kepadaNYA, dan masih jauhnya kita dari meneladani sirah Para anbiya' dan Mursaliin, para sahabat dan tabien al awwaliin.
Apapun, moga-moga setiap amal ibadah kita sepanjang Ramadan yang lalu walaupun nampak kecil dan kerdil di sisi pandangan manusia, kita harapkan jua ganjaran yang diberikan di akhirat sana. Kita adalah manusia biasa yang perlu terus berusaha agar menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Jika sekiranya kita sekian lama agak jauh dari ketaatan kepadaNYa dan AgamaNYa, kenapa kita masih berlengah2 lagi sehingga umur semakin meniti senja.
Itulah sedikit tazkirah buat diri sendiri.
Kembali ke kampung
Rata-rata penghuni kota2 besar@ bandar2 di seluruh tanahair mula bersiap sedia kembali ke kampung halaman masing2 pada peghujung Ramadan, lambaian Syawal sekaligus mengingatkan mereka kepada nostalgia dan suasana kampung yang nyaman lagi harmoni. Cukup mengikat hati manusia kota kembali ke kampung kelahiran masing2. Ya, satu tradisi yang amat baik dan perlu diteruskan sampai bila2.
Begitu juga saya sekeluarga, kami bersiap sedia pada penghujung minggu iaitu hari Khamis, pada padanya 3.40am, kala masih ramai yang sedang enak dibuai mimpi. Kami telah memulakan perjalanan ke Kelantan, dan bersahur di Masjid Raub. Nampaknya bukan family saya saja yang memilih masa dan waktu ini, ramai lagi keluarga2 lain juga yang dapat bercuti lebih awal, pastinya demi mengelak 'trafik jam' sepanjang perjalanan.
Seusai Solat Subuh, perjalanan diteruskan dalam keadaan cuaca yang amat baik sekali, redup sepanjang jalan, sesekali terlintas apakah semalam " Lailatul Qadr? Sedih juga sebab tidak sempat Qiam mullail dek menyediakan bekalan untuk makan sahur nanti. Kira2 pukul 2.30am, saya dikejutkan suami untuk bersiap apa yang patut sebelum bertolak tika anak2 masih tidur nyenyak. Dalam hati saya tolak ketepi perasaan terkilan, kerana terasa 'miss' pada waktu yang paling baik untuk solat sunat,bertahajjud dan bermunajat padaNYA saya pula dalam musafir 'balik kampung'. Apa yang penting, sebagai muslim semua amal perbuatan kita adalah ibadah, sebagaimana setiap zikir, tahmid, istighfar juga adalah ibadah. Maka, masa yang berbaki jangan dipersia-siakan.
Kota Bharu kala malam
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, sampailah kami di bumi Kelantan Darul Naim hampir jam 11pagi, Masih awal, pagi Khamisyang cukup hening, damai dan saya terasa begitu lama sekali saya tidak menjenguk negeri Serambi Mekah ini, rasa tenang menguasai seluruh raga melihat suasana yang aman dan harmoni. Jauh dari huruk pikuk kota. Moga keberkatan ALLAH ada di sini selamanya.
pasar Siti Khadijah masih seperti dulu kemeriahannya....
Persiapan RAYA....
Macam biasa, kaum ibu paling sibuk di dapur, maka pada hari Sabtu, 29 Ramadan, saya mengambil kesempatan membantu ibu di dapur, menu pilihan kali ini ( untuk hidangan di pagi Raya ialah Kuzi kambing dan ayam! Dari rumah mentua di Pulau Pantai Kundur (PPK), saya minta suami hantarkan ke rumah bonda sebab kasihan dengan keuzurannya ( sakit2 lutut), pasti dia tidak sekuat dulu lagi. Setelah berkahwin kenalah pandai bagikan masa di antara rumah ibu dan mentua. Nasib baik jarak kedua2nya dekat. Kebetulan juga Kak Yah( kakak Sulung ) kali ini beraya di KL, kerana anak ke4nya bakal melangsungkan perkahwinan di Tangkak, Johor pada Raya ke5 nanti. Mulanya Mek bercadang ikut sekali ke KL dengan Kak Yah, tiba2 saat akhir 'cancel' sebab dia tak sampai hati nak tinggal Solat Sunat Tasbihnya di Surau berdekatan rumah kami. Kemudiaan saya dan seorang lagi kakak yang juga menetap di KL serta abang Zie juga akan pulang beraya. Jadi makin kuatlah alasan Mek untuk tidak beraya di KL!
Masak Kuzi ...
Bagi orang 'Kelate' sendiri masakan ini amat special, sebab nak membuatnya memerlukan masa yang panjang. Semua bahan2nya perlu digoreng terlebih dahulu termasuklah bawang merah dan bawang besar (kemudian dikisar), kacang badam, kismis. Begitu juga dengan ayam@daging kambing mesti digoreng selepas diperap dengan za'faran. MasyaALLAH, rasanya dah lebih dua kali saya mengikuti masakan ini disiapkan, namun masih tak confidence nak masak sendiri. Jadi kali ini saya nak belajar sekali lagi dan teliti betul2 supaya resepi istimewa ini dapat saya lakukan sendiri nanti.
Seharian saya menggoreng ayam dan daging kambing, sehingglah waktu zohor. Selepas berehat seketika sambung kerja2 didapur, tapi kali ini bahagian kedua, iaitu menumis sebelum memasukkan bahan2 yang telah digoreng sebelumnya. Satu demi satu saya perhatikan sehinggalah Mek memasukkan susu sejat hampir 4 tin. MasyaALLAH, patutlah lemaknya amat berbeza dengan lemak gulai2 yang lain. Akhirnya hampir jam 5 petang semuanya selesai dan saya pula kena pulang semula ke rumah mentua dan bawa sekali 'kuzi' untuk hidangan Raya di sana.
Balik ke rumah mentua pula, nasib baiklah suami dah belikan beberapa jenis lauk kerana dah penat untuk memasak hidangan berbuka puasa di sana. Alhamdulillah, Kakak Ipar, kak saniah dah sediakna ikan percik dengan dua orang anak perempuannya. Jadi, saya hanya tolong apa yang patut sahaja.
Itulah pengalaman yang kadang2 kita tidak rasa ianya suatu yang penting dan manis dalam kehidupan kita. Tapi, bila dikenang semula, barulah ianya menjadi satu ingatan abadi setiap kali menjelangnya Syawal di kampung.
Begitulah ceritanya ... Raya kali ini, suasana masih hambar di pihak mentua kerana ibu mentua masih belum pulih sepenuhnya dari serangan angin ahmar tahun lepas. Jadi, saya kenalah mengambil alih banyak perkara di atas rumah tersebut. Sekadar menyapu sampah dan menyediakan kelengkapan pinggan mangkuk untuk dihidangkan esok pada tetamu yang datang. Masa begitu suntuk dan saya tidak mempunyai banyak pilihan untuk menceriakan rumah mentua.
Anak2 ... adalah yang paling ceria! Tak henti2 berlari ke sana ke mari terutama kash dan Murshid. Nampaknya keaktifan mereka termasuklah abang2 mereka serta sepupu2 berganda2, dan mereka begitu excited nak main mercun dan ronda2 keliling kampung .... kesian pula pada ibu mentua, kebisingan anak2 saya agak sukar dikawal.
Alhamdulillah, Hari Raya 1, di pihak mentua berjalan lancar, saudara mara yang selang dua tiga rumah datang, kak Yah, Kak Nik, dan anak2 nya semuanya pulang ... Nida dan kie dari Sarawak, Mizi dari Penang, Atie dan suami dari Besut. Mak mentuapun nampak sedikit terubat hatinya.
HARI RAYA 2
Kali ini saya mohon pada suami untuk menziarahi saudara mara di kampung saya di Kampung Nipah, Bachok. Semakin susut bilangan anak2 muda yang menetap di kampung. Wajah2 tua masih tersenyum menyambut kepulangan anak2 kampung yang merantau jauh sehingga ke Sabah dan Sarawak, dan Aid Mubarak ini memberi mengubat sedikit sebanyak hati2 yang kerinduaan.
Kalau ikut hati, rasanya ingin melawati beberapa buah rumah saudara mara terutama yang uzur dan sakit2. sehinggalah ke petang. Kasihan pula pada suami, nampaknya dia masih letih memandu dan tak patut saya bebankannya dengan keinginan saya.
Sampai di Bachok, kebetulan sepupu sebelah ayah, 'Za' buat sedikit jamuan untuk anak beranak. Jadi kami pun tumpang sekaki, seronok sekali bila melihat hampir seluruh keluarga bertemu mata dan bertukar2 cerita. Adik beradik ayah semuanya dah kembali ke rahmatullah. Sebuah sekolah Arab ' Sekolah Arab Yaaakubiah Nipah' ( SAYN ) menjadi kebanggaan kami kerana nama datuk ' Yaakub' atau dikenali sebagai 'Ayah Kob' akan sentiasa diingati sebagai nama orang yang mewarisi "Pondok Nipah" pada suatu ketika dulu. Setelah Pondok Nipah bertukar kepada Madrasah@Sekolah Arab di bawah tadbir Yayasan Islam Kelantan (YIK), sekolah ini telah menjadi kebanggaan kampung Nipah dan penduduk sekitarnya untuk melahirkan golongan Ulama' dan Ilmuan Islam. Almarhum Ayahanda@ ' Ustaz Mad' pernah menjadi mudir di SAYN beberapa tahun sebelum beliau meletak jawatan dan menjadi YB hampir 10 tahun. Jadi tinggallah anak2 mereka ... cucu cicit Tok Ayah Kob, untuk terus menjaga tali silaturrahim agar tetap baik dan saling berhubungan. Ya, Moga ukhuwwah kami tetap utuh ....
Begitulah RAYA datang dan pergi setiap tahun. Namun, apakah 'Jalinan ukhuwwah' dan kasih sayang bertamu di hati dan membina rasa kasih sayang sesama Muslimin.
Sampai di Bachok, kebetulan sepupu sebelah ayah, 'Za' buat sedikit jamuan untuk anak beranak. Jadi kami pun tumpang sekaki, seronok sekali bila melihat hampir seluruh keluarga bertemu mata dan bertukar2 cerita. Adik beradik ayah semuanya dah kembali ke rahmatullah. Sebuah sekolah Arab ' Sekolah Arab Yaaakubiah Nipah' ( SAYN ) menjadi kebanggaan kami kerana nama datuk ' Yaakub' atau dikenali sebagai 'Ayah Kob' akan sentiasa diingati sebagai nama orang yang mewarisi "Pondok Nipah" pada suatu ketika dulu. Setelah Pondok Nipah bertukar kepada Madrasah@Sekolah Arab di bawah tadbir Yayasan Islam Kelantan (YIK), sekolah ini telah menjadi kebanggaan kampung Nipah dan penduduk sekitarnya untuk melahirkan golongan Ulama' dan Ilmuan Islam. Almarhum Ayahanda@ ' Ustaz Mad' pernah menjadi mudir di SAYN beberapa tahun sebelum beliau meletak jawatan dan menjadi YB hampir 10 tahun. Jadi tinggallah anak2 mereka ... cucu cicit Tok Ayah Kob, untuk terus menjaga tali silaturrahim agar tetap baik dan saling berhubungan. Ya, Moga ukhuwwah kami tetap utuh ....
Begitulah RAYA datang dan pergi setiap tahun. Namun, apakah 'Jalinan ukhuwwah' dan kasih sayang bertamu di hati dan membina rasa kasih sayang sesama Muslimin.
Read More......
"BUAT TEMAN2, SAHABAT2, ADIK2, KENALAN JAUH DAN DEKAT ....KESEMPATAN INI SAYA
MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN KIRANYAADA SALAH DAN SILAP ,TERGURIS HATI, TERLUKA
RASA,MOGA SYAWAL INI MEMPERBAHRUI KEMBALI UKHUWWAH KITA SEMUA, SALAM SYAWAL
1430H".