Sanah 2011 .... azamku
Januari, 2011 ... hampir ke penghujung bulan Januari , kesibukan2 yang pelbagai, membuatkan saya tak kesempatan membuka blog dan menulis sesuatu sebagai buah tangan tahun baru. Kesibukan mengurus anak2 dan menyediakan persiapan sekolah mereka membuatkan ramai ibubapa asyik teringatkan budget yang perlu diteliti, apa yang perlu didahulukan , baju sekolah tahun2 lepas masih ok ke tidak, dan macam2 hal lagi. Tambahan pula anak yang kedua pula akan ke asrama di Terengganu. Maka bertambahlah senarai kesibukan saya yang tak kunjung surut.
Hinggalah saya terpanggil untuk menulis sesuatu sebagai peringat buat diri sendiri .... "MASA ITU EMAS, JIKA KAMU TIDAK MEMOTONGNYA, IA AKAN MEMOTONGMU " itulah bunyi pepatah Arab yang popular tentang masa dan ke'emas'annya. Tiada manusia yang akan kata dia tidak sibuk, hatta masa berehat pun kadang2 menjadi juga sebab 'sibuk'nya manusia.
AZAM TAHUN BARU .....
Moga belum terlambat jika saya ingin mencatatkan sedikit AZAM ..... agar ianya menjadi pencetus semangat buat saya untuk terus mengatus langkah ke arah yang lebih baik samada ianya melibatkan urusan peribadi, keluarga, kerjaya dan amal2 kebaikan untuk Agama ini.
1- Untuk diri sendiri, umur semakin meningkat usia, nikmat " hayat " telah diizinkan Allah menghirup udaranya menjangkau 42 tahun ! Sehingga saya katakan pada anak perempuan saya: " Ohh! Umi dah tua dah", terkejut bila uban pun dah ada seurat dua terselit dalam celahan rambut hitam. Mulalah terasa betapa cepatnya masa berlalu ...usia meningkat, dan amal masih terasa kurang.
2- Untuk family, saya mengharapkan tahun ini anak2 sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, ceria selalu di samping aktiviti akademik dan kurikulum anak2. Alhamdulillah, kesemua 6 orang anak telah bersekolah di Sekolah Menengah dan rendah.... dua telah melangkah ke Sekolah Menengah.
Yang sulung di Tingkatan 3, di Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas dan akan menduduki PMR tahun ini. Semoga tahun ini dia akan berjaya menghabiskan hafazannya sebelum exam di bulan September. Yang ke 2 pula berada di Tingkatan 1, di Imtiyaz Kuala Berang, juga menggunkan pendekatan Tahfiz Sains. InsyAllah, Allah SWT telah mempermudahkan lorong2 untuk anak2 lelaki saya ke Sekolah tahfiz kerana sejak awal saya mengandungkan mereka, tersemat secebis harapan @ impian agar anak2 yang bakal saya lahirkan adalah Huffazul Quran. Alhamdulillah ...... sejuk hatin ini bila melihatkan anak2 membaca al Qur'an dan sentiasa menjadikan Al Qur'an sebagai bacaan harian mereka. Moga 4 lari yang masih di sekolah Rendah Islam akan mengikut jejak langkah 2 abang mereka.
3- Kerjaya - bila melihat keaktifan sahabat2 /rakan sekerja di bidang pendidikan Tinggi, ya ... gerun juga memikirkan kedudukan saya yang 'tercorot' dalam senarai presenters or anttending seminar2@ conferences etc .... tahun lepas just sempat hadir satu je International Conference under Department Fiqh, kemudian target tak kesampaian bila kesibukan dengan kelas dan aktiviti dakwah/ mengajar di masjid. Sesungguhnya .... tanggungjawab lebih banyak dari masa, namun pandai2 lah empunya diri membahagi2kannya. Nampaknya saya kenalah mencabar diri sendiri ..... tahun ini saya mestilah lebih aktif mencari peluang untuk writing 0r doing academic research. Begitu juga plan ke Middle East tak boleh bertangguh lagi. Moga Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menongkah arus dan menyahut cabaran mendatang.
4- Tugas2 dakwah - Azam saya , tugas2 dakwah dan kerja2 untuk mengajak ke arah Maaruf dan Mencegah Mungkar mesti di tingkatkan. Tugas para Ilmuan Islam tidak terhenti hanya di kelas2 pengajian dalam kampus shj, malahan permintaan untuk hadir dalam kelas2 pengajian dewasa, kaum Ibu dan juga program2 keagamaan amatlah menuntut kominten yang banyak. Jika difikir2kan tentang sulitnya mencelah masa di antara tanggunjawab sebagai isteri, ibu dan pendidik di Pusat Pengajian Tinggi .... kemudian nak di tambah pula dengan aktiviti2 di luar "office hours", amat2 meuntut kesabaran yang tinggi.
Apapun, moga tahun ini allah sentiasa merahmati saya dan keluarga serta kaum Muslimin dan Muslimat di mana jua mereka berada. Marilah kita meransang diri kita dan masyarakat kita ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Wa ila Liqa'.
0 comments:
Post a Comment