MY JILBAB ... MY BEAUTY



20 januari, 2011 , Thaipusam Day ...... nak tak nak kena berkurung dalam rumah, hari ni dah diistiharkan cuti bagi Wilayah dan beberapa buah negeri yang mempunyai bilangan penganut Hindu yang agak ramai. Dari minggu lepas lagi penganut Hindu telah menjalankan upacara 'agama' mereka seperti Hari Ponggal .


Apa lagi bila tinggal di area Gombak dan berdekatan Batu Caves ...... memang berada amat dekat dengan pusat 'Ibadah' mereka, memang nahaslah kalau outing pada hari tersebut.



Oh, saya benar2 nekad untuk menghabiskan membaca MA Thesis yang telah diberikan oleh my Department, sepatutnya hanya tiga minggu sahaja bagi second reader/examiner membacanya, kemudian dihantar semula kepada si penulisnya. Kali ini thesis yang sampai ke tangan saya adalah hasil kajian /tulisan seorang pelajar perempuan berasal dari Arab Saudi. Penat juga nak habiskannya!.


Lebih kurang jam 11.00 tengahari, satu panggilan dari seorang Ustaz ( Abdullah ) yg tak saya kenali memperkenalkan dirinya, kemudiaan memohon agar saya dapat mengisi kekosongan sebuah program kerana penceramah yang telah dijemput ada keuzuran. MasyaALLAH ...... berat hati saya untuk menyanggupinya , teringat thesis yang belum dibaca, paling tidak saya kena selesaikannya sehingga separuh.


" Oklah ustaz , macam nilah, saya tak dapat lagi nak beri kata putus 'setuju', cuma harapnya salah seorang dari penganjurnya hubungi saya segera" .


Hati saya benar2 sukar untuk mengatakan TIDAK.


Ohh! Pada masa yang sama inilah juga masanya saya nak menyampaikan sedikit peringatan dan pesanan kepada warga pelajar IIUM yang hadir nanti.


Dengan keadaan suara saya yang masih serak2 basah, kerana mungkin kepenatan setelah dua kali terpaksa ke Trengganu untuk urusan anak ke2 memasuki Sekolah Imtiyaz di sana.


Seterusnya seorang student, Aishah call saya dan akhirnya setelah berbincang tentang nature program dan audiens yang bakal hadir, maka saya dengan berat hati 'bersetuju' untuk menggantikan tempat Puan Fatimah Syarha, seorang penulis muda yang saya kagumi juga kerajiannya menghasilkan karya2 Islamic.


Mulalah persiapan saya memcari bahan untuk tujuk yang cukup mengancam :
" MY JILBAB IS MY BEAUTY "






Alhamdulillah, nasib baik saya memang pantang melihat buku2 yang bertajuk wanita dan permasalahannya samada dari sudut Agama, sosial dan kemasyarakatan .... pasti saya ikhtiar juga untuk membeli dan memilikinya.



Syukurlah kerana buku Risalah Usrah ( Jilid3)- Wanita & kekeluargaan, tulisan Abu Urwah amat saya sayangi dan jadikannya bahan yang amat membantu saya mengingati aspek2 penting bila memperkatakan tetang masalah wanita Islam@ Muslimah, sistem Hijab, tanggungjawab dan hak2 wanita dalam perundangan Islam. Begitu juga saya membelek2 berulang kali buku Hijab Wanita Muslimah, oleh Dr, Muhammmad Ismail M, terjemahan M.Q. At Timori Fernandanz, cetakan 2004. dicetak oleh Perniagaan Jahabersa.



My Jilbab & hijabku ...


Ya ... Isu ini seringkali dikupas dan diwacanakan dalam banyak program2 di IPTA/S dan juga di masjid2 dalam kelas2 pengajian Muslimah. Jadi, saya mula berfikir bagaimana nak jadikan tajuk ni something " attractive? " ......... apakah berbaloi isu Jilbab atau hijab dibicarakan berulang2 kali tanpa melihat kepada pokok kepada permasalahan yang utama.



Alhamdulillah, ramai sudah Muslimah yang terbuka hati untuk meletakkan tudung di kepala biarpun hanya bermula dengan selapis kerudung yang nipis dan masih menampakkan sanggul atau assesori yang berlebih2an. Juga sudah menjadi fenomena baru di tanahair dengan munculnya tudung " Arini' dan sejenisnya yang kadar harganya sehingga RM100+ sehelai! Bagaimana nak meraikan kesedaran yang telah muncul di kalangan2 kaum wanita untuk bertudung ..... namun sebenarnya masih memerlukan kefahaman yang sebenar tentang tuntutan Penutupan Aurat Muslimah @ Hijab Muslimah.



Masa pun tiba.....



Seusai waktu Maghrib, saya bersiap ke UIA, menuju ke LT4 .... ya di Bangunan IRK. Jadi tak perlulah pihak AJK program nenunggu kedatangan saya.


Terasa amanah yang amat berat mesti saya sampaikan tanpa berselindung lagi kepada para hadirat yang datang. Terkejut juga melihatkan kehadiran yang memenuhi lecture hall tersebut, bahkan tidak cukup kerusi yang sedia ada .... ia satu fenomena yang amat2 jarang berlaku pada program Agama di UIA sendiri kecualilah tajuk program yang mendekati isu " Cinta di IPTA" atau senada dengannya. Syabas juga pada pihak penganjur Volunteer of IIUM Mosque... mungkin tarikan pada penceramah asalnya iaitu Fatimah Syarha bukannya saya penggantinya untuk malam itu.



Dengan suara serak yang terpaksa di keluarkan sebaik mungkin, saya sedikit gementar pada awalnya, dengan mengalu2kan kedatangan para hadiraat.... sekalung tahniah buat yang hadir , ya.... itu tanda keprihatinan mereka untuk 'ambil tahu' tentang Jilbab mereka.




Muslimah ...... kasih sayang Allah telah menurunkan syariat dan perundangan untuk melindungi Kaum Hawa dari apa jua jenis kemudharatan pada diri dan maruah mereka. Jadi apabila Allah menyebut perkatan MUSLIMAH kenapa ada perkata Islam di situ, dan apabila disebut MUKMINAH ada perkataan Iman disitu ...... Alangkah indahya Islam sebagai satu2nya Agama yang datang untuk menyelamatkan manusia dari kejahatan kepada kebaikan, dari kemudaratan kepada Keselamatan dunia dan akhirat. Saya amat2 mengharapkan akhawat/hadiraat memahami apa yang saya cuba sampaikan.



Muslimah tidaklah perlu mengikuti gaya dan budaya masyarakat bukan Islam khususnya di barat. Jika dilihat dari lifestyle mereka yang seolah2 tidak lagi memerlukan AGAMA untuk memandu hidup mereka, apatah lagi dalam bab pakaian dan menjaga kehormatan diri. Bagi mereka, setiap individu bebas untuk memilih gaya pakaian masing2, dari gaya artis2 mereka yang lebih liar dan memualkan seperti Lady Gaga yang tampil dengan fesyen pelik dan eksotik!

Marilah kita renung Ayat2 Allah Taala yang diturunkan demi untuk kebaikan hidup manusia sejagat, terutamanya dalam Surah Ahzab 59 , dan juga Surah AnNur 30-31, yang padat dengan taujihaat rabbaniyyah khusus untuk Kaum Muslimah menjadi maruah mereka sebagai seorang wanita yang berAGAMA dan menjaga kehormatan mereka dengan panduan Agama.

Ayat 59 ,surah Al Ahzab :


Jelas sekali perintah dari Tuhan Rabbul A'lamiin tidak boleh dipandang enteng .... perintah yang jelas sifatnya : " Wahai Nabi, Katakanlah kepada Isteri2kamu, anak2 perempuan kamu dan kaum wanita ( isteri kepada orang2 yang beriman ) agar mereka melabuhkan di atas kepada mereka dengan Jalabib - jilbab ... supaya mudah untuk mereka dikenali dan mereka tidak akan diganggu, dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"



Sesunggunya nas dengan lafaz 'sorih' ini tidak boleh dipertikaikan dengan apa hujjah akal sekali pun kerana ianya telah difahami oleh Para sahabat dan sahabiyyah yang terus menutup kepala mereka dan menjaga aurat mereka dengan sebaik2nya, dan ianya sebagai tanda ketaatan kepada perintah ALLAH yang tak layak dibankang.



FITNAH WANITA?


Hadis Nabi SAW :




ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء


" Tidaklah aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" .


Perkara ini tidak boleh disangkal lagi ..... pelbagai tarikan yang Allah kurniakan pada kaum Hawa, keindahan yang amat dikagumi oleh kuam adam. Secara tabieinya, Muslimah mestilah meletakkan diri mereka sebagai makhluk yang dimuliakan Allah SWT. Tiada penghormatan yang setinggi ini diberikan kepada kaum wanita sebagaimana yang Allah berikan kepada mereka setelah kedatangan Risalah Islam yang terakhir, dibawa utusan Nabi SAW.

Pesanan demi pesanan bagaikan wasiat Baginda SAW kepada Muslimah sehingga akhir zaman, agar jangan dilupai bahawa api Fitnah Wanita takkan padam, maka amat wajarlah Muslimah menjaga kemuliaan dan kesuciaan maruah mereka dengan menjaga Aurat atau pastikan hijab mereka menepati tuntutan Syara'. Jangan dek kerana fesyen, trends semasa yang seolah2 disengajakan untuk memancing nafsu wanita kepada items, materials sehingga sukar sekali untuk menolaknya.


Berapa ramai Muslimah yang telah melakukan perubahan ke arah penutupan Aurat mereka tetapi masih tidak menyempurnakannya berpandukan kepada tuntutan2 Syara' itu sendiri. Contohnya pakaian ketat, nipis dan juga memancing mata2 keranjang sang lelaki buaya!


Buat akhirnya ... saya titipkan pesanan buat yang hadir .... marilah kita saling berpesan2 sesama kita kaum Muslimah atas dasar Ukhuwwah dan Mahabbah .... kita saling menegur sahabat2 kita yang masih 'lalai' dalam melaksanakan tutnutan Hijab Muslimah. Tidak salah sekiranya students juga menegur dengan cara baik kiranya ada di kalangan lecturers juga yang tidak melaksanakan tuntutan yang sama.


InsyaAllah... yakinlah kita dengan ganjaran yang Allah sediakan kepada orang2 yang mentaatinya dengan penuh keImanan dan ketaqwaan.


InsyaAllah .. kiranya setiap Muslimah menjaga Hijab mereka dan sentiasa melakukan muhasabah agar mereka tidak terpedaya dengan tipu daya musuh2 Islam yang sentiasa cuba menghancurkan Muslimah dan akhlaknya.


Semoga perkongsiaan ini secara tidak langsung dapat mengingatkan diri saya sendiri serta warga Muslimah IIUM untuk sama2 meningkatkan Rasa ketaatan dan Ubudiyyah yang mutlak hanya kepada Hukum Allah ... ya, Hanya hukum ALLAH.

Ila Liqa'




0 comments: