CORET2 RAYA 2010 .....

Bersyukur, kerana Raya kali ni, kami sekeluarga dapatlah pulang ke kampung lebih awal, pagi hari Ahad yang cerah, lebih kurang 10.40 pagi ... selepas saja 3 anak bujangku - Dhia, Afdhal dan Naseh naik bas, kami pun bertolak. Terpaksa akur pada cadangan suami, anak2 semakin besar, Innova dah tak cukup besar untuk anak2 semua, maka nak tak nak, kenalah budget lebih beli 3 tiket bas untuk mereka. Harapnya mereka tidak tiba lebih awal dari kami.


Alhamdulillah, cuaca amat baik ... sepanjang perjalanan redup dan nyaman. Terasa lamanya kami tak balik kampung. Kami sekeluarga terpaksalah tunggu cuti panjang barulah berbaloi utk balik kampung dan bertemu sanak saudara. Kami berhenti di sebuah masjid utk Solat Jama' taqdim Zohor-Asar, kemudiaan teruskan perjalanan. Sampai di Kota Bharu hampir pukul 5.00pm, jalan "jam" ...... nak masuk jalan Pengkalan Chepa pun terpaksa bergerak perlahan sedangkan kami kena bergegas ke bazar Ramadan, kesian kalau2 menyusahkan mek pula utk menyediakan buka puasa kami.


Kemeriahan raya ...... sebenarnya bila dah berkeluarga, kemeriahan orang dewasa lebih pada melihat anak2 pula memeriahkannya. Kita seakan tumpang sekaki, kerana kemeriahan itu lebih pada meraihkan rasa Syukur kerana kemenangan kita menjalani ibadah sepanjang Ramadan. Pastinya anak2 pula asyik mengira hari bila nak balik kampung.


Sambutan sederhana, macam tahun2 lepas samada di dua belah pihak, mak dan mentua. Nampaknya mak mentua masih benar2 pulih selepas kena strok dua tahun lepas. Namun paling tidak, cucu2 yang berlari ke hulu ke hilir meriuhkan sedikit suasana.



anak2 yang sentiasa ceria .....



Abang zie sedang menyampaikan amantnya kepada adik2 semua ....




Keluarga Hajjah Fatimah Hassan .... kenangan bersama adik beradik dan ipar duai .....


Di rumah bonda Fatimah, kami adik beradik berkumpul sebagai satu tradisi menjalinkan Mahabbah adik beradik, ipar duai, anak2 saudara yang semakin ramai dan cepatnya mereka pula menjadi dewasa. Kali ni pun 'Kuzi Mek' , seakan menjadi keutamaan bagi kami anak2 perempuan untuk memasaknya. Mek semakin uzur, tapi masih bersemangat bila anak2 balik dan berkumpul ramai2. Saya lebih senang membantu untuk menggoreng ayam dan siapkan bahan2 tumisnya. Seperti tahun lepas, hampir asar, kuzi belum siap lagi. Akhirnya saya terpaksa kembali ke rumah mentua tanpa sempat membawanya sedikit sebagai santapan di pagi Raya.

Malam Raya ke2, majlis Tahlil diadakan di rumah Mek, di Pengkalan Chepa. Solat Maghrib, Isya' berjamaah dan disusuli dgn bacaan Yasin. Kemudiaan acara terakhir ialah mesyuarat Kelab Famili Mek, banyak juga isu2 terkini menjadi topik hangat memeiahkan suasana kekeluargaan. Alhamdulillah.... begitulah mahabbah bertaut di hati kami adik beradik, cucu cicit dan ipar duai, acara besar ini kami cuba jadikan tradisi yang mesti dipertahankan setiap tahun.




Read More......

SALAM RAYA AIDIL FITRI, SYAWAL 1431H






Ramadan telah berlalu pergi, muncullah fajar Syawal ..... alhamdulillah segala puji dan puja buat Pencipta sekelian Alam , yang menguasai seluruh isi alam dan segala yang ada padanya, segala puji kerana dengan Qudrat dan IradatMU hamba2Mu berjaya melepasi halangan hawa nafsu yang tidak sempadannya, dengan bersyahadahkan bahawa Engkaulah Ya RAbb Tuhan yang patut disembah oleh sekelian isi alam ini, kami merafa' sembah bahawa hanya dengan kekuasaanMUlah jua kami beriqrar untuk menjadi hamba2MU yang taat dan patuh kepada segala titah perintahMU ya Allah.
Moga Ramadan yang pergi telah meninggalkan impak maksima kepada hati2 kami, jiwa2 kami yang telah kami lakukan tazkiyyah selama sebulan dengan harapan ianya menjadi saksi bahawa hati2 ini telah kami sucikan semata2 untuk melakukan ketaatan kepadaMU jua.


-------------------------------------------------

Begitulah episod dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Apabila kita telah mengikhlaskan niat untuk melakukan ketaatan yang tidak bertunjangkan kepada kepura-puraan yang mungkin membawa kepada sifat2 munafiq, kita hendaklah benar2 merasakan segala amalan2 yang telah laksanakan selama sebulan yang pada siangnya kita berpuasa, manakala di malam harinya kita beribadah sunat spt tahajud dan membaca al Quran, mudah- mudahan jiwa kita telah dibersihkan sebersih2nya, bersih dari segala bentuk sifat2 mazmumah, bersih dari cintakan dunia, bersih dari tamak dan halabo dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, kerana kita semua telah tahu bahawa selama mana kita mampu hidup di muka bumi ini sekiranya jauh dari hidayah dan InayahNYA?
Ya ALLAH, bantulah kami mengharungi liku2 perjalanan hidup ini di atas landasan SyariatMU, jadikanlah kami di kalangan hamba2 MU yang sentiasa merasakan dirinya sentiasa berkurangan amalan2 untuk dijadikan bekalan kami di akhirat nanti.
Ya Allah, sesungguhnya Syurga dan neraka itu adalah benar, pembalasan baik dan buruk adalah benar, titian sirat itu adalah benar, segala apa yang Engkau maktubkan dalam KitabMU adalah semuanya benar, dan adalah janji2Mu yang pasti Engkau akan tunaikan nanti. Masukkanlah kami orang2 yang beriman ke dalam Syurga FirdausMu , Ya Rabbal A'lamiin.

Read More......