TOKOH MAAL HIJRAH 1431


SHEIKH AL QARDAWI,

TOKOH MAAL HIJRAH , 1431 ….

Syukurlah, kalendar Hijrah kali ini bermula dengan acara tahunannya dengan satu program yang diangkat sebagai program nasional iaitu “ Hari Maal Hijrah”. Rasa2nya istilah ini hanya dipakai dan dikenali di Malaysia sahaja, bahkan ia dijadikan pula cuti umum untuk seluruh negara.

“ Maal Hijrah” …. Ianya seakan menyingkap kembali kisah sejarah yang tak akan dilupakan sampai bila2. Satu perjalanan HIJRAH ar Rasul SAW, sebagai satu perintah ALLAH swt, yang akan menjadi period keemasan Nabi Utusan Terakhirnya kepada Umat manusia sehingga hari kiamat sehinggalah Islam menjadi tunggak kehidupan berAgama tanpa kompromi.

Hijrah Ar Rasul dan para sahabat pastinya menjadi gambaran jelas betapa Agama Islam ini adalah Agama Samawi, berpaksikan kepada Wahyu yang benar lagi sahih. Perjalanan episod Hijrah bermula lebih awal dengan dua siri Hijrah ke bumi Habsyah. Para Muslimin dan Muslimat yang tertindas lantaran keimanan mereka yang tidak berganjak untuk kukuh memandu mereka menjadi insan2 mulia di sisi Tuhan Rabbal A’lamin, meninggalakan segala bentuk jahiliyyah. Mereka tetap tabah mengharungi segala bentuk ujian demi ujian sehingga Allah SWT mewahyukan kepada UtusanNya agar sahabat2 baginda yang mustadhafiin itu berhijrah buat kali pertama, sebagai satu jalan keluar dari penderitaan mereka yang panjang.

Setelah perintah Hijrah ke bumi Yathrib diwahyukan, ketaatan para Sahabat, Muslimin dan Muslimat terbukti dengan kesungguhan mereka untuk mengharungi segala bentuk halangan untuk berhijrah. Ya, Hijrah bukan kerana sesiapa, mencari nama atau pun kedudukan di sisi makhluk. Hijrah bukan sekali2 tanda orang pengecut, malah ianya satu langkah strategik mencari kekuatan dan mengumpul usaha yang lebih tersusun bagi menjayakan misi Dakwah dan penegakkan Agama dengan lebih berjaya.


Buku2 sirah pastinya akan memuatkan kisah Hijrah Ar Rasul dan Para sahabat sebagai satu bab dari bab2 yang cukup penting, satu ‘turning point’ untuk memulakan episod baru yang lebih tersusun. Itulah perancangan Allah kepada misi dakwah RasulNya. Ya, amat mudah sekali bagi Allah SWT sebagai pemilik Alam semesta ini untuk menegakkan agamaNya tanpa campurtangan usaha2 manusiawi. Namun, bukan itu sunnahNya di alam ini. Sekali pun KuasaNya adalah “Kun Fa yakun” , penegakkan AgamaNya di muka bumi ini mesti mengikut Sunnah Alam ciptaanNya.


Sesungguhya al Quran dalam sebahagian besar ayat2nya telah menceritakan perjalanan dakwah setiap Para Anbiya’ dan al Mursaliin sejak Nabi Adam sebagai ‘Abul Bashar’ dan Nuh a.s sebagai ‘Abul Anbiya’. Ujian dan halangan dari manusia2 kufur lagi engkar datang silih berganti, sehingga ke tahap melampau dan tidak masuk akal. Para utusan yang mulia pula, telah membuktikan kesungguhan mereka dan telah berusaha bersungguh2 sehingga dakwah mereka menemui jalan buntu dan terhalang oleh ancaman musuh2 . Maka pada saat itulah akan datangnya ‘Nasrun min ALLAH’ dan “ fathun qarib ”.

“ Umi, kenapa kita sambut Maal Hijrah?”, teringat satu soalan dari anak2. Kebetulan anak yang masih di EDUCARE sering bertanya bila cuti, kerana sepanjang Disember dia amat jelaous dengan abang2 dan kakaknya yang bercuti di rumah. Manakala dia pula kena ke EDUCARE. Sebaik saja saya menyatakan hari ni cuti sempena “ Maal Hijrah” jelas kegembiraan di wajahnya.


Kesempatan cuti, dapatlah melihat acara sambutan Maal Hijrah di tv1, channel lain langsung tak berminat nak menyiarkannya.

Sememangnya hati saya amat teruja untuk menontonnya kali ini, kerana telah mendapat tahu dari seorang student, Sheikh al Qardawi akan datang ke Malaysia dan hadir untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah” peringkat International. Rasa2nya, agak lama juga Sheikh kesayangan kita semua tak ziarah Malaysia, kali terakhir saya sempat mendengar syarahannya di UIA ( P.J kampus) semasa tahun akhir sekitar 1990an. Selepas berlakunya kes Anwar Ibrahim, seolah2 tidak ada lagi undangan rasmi dari pihak kerajaan untuknya hadir ataupun keadaan di Malaysia sendiri pada waktu2 itu tidak begitu selesa dengan kehadiran beliau.

Kedatangan Ulama ulung di abad ini, amat dinantikan oleh semua pihak .....

Pada Isnin lepas saya bertanya pada my students, ada tak Sheikh Qardawi datang ke UIA, paling tidak beliau menyampaikan Khutbah Jumaat. Kemudian saya terbaca dalam satu blog, Sheikh Qardawi telah menyampaikan ceramah Perdananya di suatu Majlis di Putrajaya, bertemu dengan PM Najib serta menghadiahkan bukunya yang terbaru " Fiqh al Jihad". Moga dimanfaati oleh PM!
Sheikh qardawi juga beliau telah menyampaikan tazkirah dan ceramahnya di Masjid Besar Shah Alam. Amat terkilan juga hati saya, kerana tak dapat pun berita tentang majlis tersebut dari sesiapa.

Namun, terubat juga hati bila menjenguk website beliau di
www.qardawi.net . Hebat sungguh para pendokong beliau, meskipun sibuk dengan acara padatnya di Malaysia, sepantas dunia global telah dimanafaatkan demi memaklumkan kepada seluruh Muslimin di mana jua mereka berada setiap perkembangan terkini al Sheikh.

Menerusi blog Zulkifli Nordin, saya dimaklumkan majlis tersebut mendapat restu dari Pihak Istana dan pekenan Sultan dan tak perlulah tauliah JAIS! . Ia berjaya juga diadakan di Masjid Shah Alam, kerana ura2 ada pihak tidak senang kiranya pihak pembangkang mengambil kesempatan berdampingan dengan Sheikh Qardawi. Alhamdulillah, khabarnya ianya dihadiri beberapa pimpinan tertinggi Kerajaan Selangor termasuk Dato’ Hassan Ali, DSAI dan MB Selangor, Tan Sri Khalid. Syukurlah, para negarawan kembali menadah ilmu dari tokoh Agama dan dakwah . Teringatlah kita kisah para Sahabat Nabi SAW, selepas kewafatan baginda, sering menjadi tumpuan para Muslimin untuk berguru dengan mereka. Misi para Sahabat menyebarkan ilmu2 agama amat berjaya dengan pengorbanan mereka meninggalkan Makkah dan Madinah bertebaran ke seluruh bumi Islam yang baru disimbahi Cahaya Iman.

Sejarah banyak mencatatkan kejayaan dan keutuhan Umat Islam dan tamadunnya bilamana Umara’ bergandingan dengan para Ulama’ dan menuruti nasihat2 mereka dengan penuh ikhlas lagi jujur demi untuk kebaikan Islam dan Umatnya.

Apapun, kita bersyukur, Malaysia telah mengiktiraf kegigihan Sheikh Qardawi dalam menyebarkan Ilmu2 Islam dan membina kembali kemurniaan Aqidah dan membenteras kejahilan Ummah, agar kita semua bersatu hati menjalankan amanah Agama ini tanpa sebarang keraguan, InsyaAllah sinar baru Hijrah 1431 ini akan lebih bermakna kiranya kesungguhan semua pihak untuk meletakkan Islam sebagai Agama yang menyatukan seluruh manusia pelbagai bangsa di atas satu Aqidah yang sahih lagi benar. Bukan hanya satu Malaysia!

Ya Allah, jadikanlah diri ini di kalangan hamba2Mu yang beriman kepada AgamaMu, berilmu dan menegakkan kebenarannya dengan ilmu, moga jalan dakwah yang sentiasa dipandu oleh para Ulama; tidak akan hilang pewarisnya ..... Semoga Allah panjang umur Sheikh Qardawi untuk menjadi penasihat kepada seluruh kaum Muslimin di abad ini.

0 comments: