SALAM MAAL HIJRAH 1431
Fajar Hijrah 1431
Bismillahi Rahmani Rahiim.
Dengan namaNya yang Maha Agung, Maha Suci dari segala kekurangan, Dialah yang menunjuki jalan orang2 yang benar dan menyesatkan orang2 yang engkar lagi sombong.
Bismillahi Rahmani Rahiim.
Dengan namaNya yang Maha Agung, Maha Suci dari segala kekurangan, Dialah yang menunjuki jalan orang2 yang benar dan menyesatkan orang2 yang engkar lagi sombong.
Hijrah 1431
Masa pantas berlalu, dan kini fajar 1431H menampakkan cahayanya, menyinari alam,masih dibayangi bayang2 kebaikan dan kemungkaran bercampur2.
Mengenang Hijrah Ar Rasul Khatimul Anbiya' , dan ketaatan para Sahabat mengikuti segala titah perintah Allah SWT. Hijrah menuju ke bumi pilihan ILAHI, menggapai janjiNya dengan kemenangan dan kejayaan dar rain .
Hijrah ar Rasul dan Para sahabat bukan kerana takut ancaman pihak musuh@ Quraish semata2, malahan ia adalah satu perintah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Agung kekuasaannya. Bukan sekadar perpindahan biasa dari satu tempat ke satu tempat, malahan ianya perpindahan yang diiringi para Malaikat, di sambut lapang para pengikut Baginda SAW, ahli Madinah yang sentiasa siapa sedia menjunjung segala perintah dari TUHAN mereka.
Itulah ketaatan yang indah terukir di tinta sejarah, suatu penghijrahan seringkali di pandang dalam dua sisi, positif dan negatif. Kiranya perpindaan itu bersifat sementara, pastinya akan hadir bersama rintangan dan cubaan. Begitu juga, perpindahan kekal, para penghijrah perlu yakin dan positif moga langkah yang diambil bukan sia2.
HIJRAH- kah kita?
Bagaimana mengadaptasikan Hijrah Al Rasul di abad ini? Pada diri, keluarga dan masyarakat? Banyak perkara perlu dimuhasabah, agar perjalanan HIJRAH Ar Rasul bukan sekadar ingatan yang dijadikan acara tahunan atau sekadar cuti 'public holiday'.
Hijrah fardi ..... hijrahkah kita dari gaya hidup bertunjangkan nafsu dan syahwat, kepada kehidupan beragama yang tenang lagi lapang! . Hijrah sang diri dari hidup mengejar pelangi duniawi tanpa sedar usia semakin senja! Hijrahkah diri mencari ilmu agama setelah sekian lama tertaut hati mecari nikmat duniawi yang tiada kesudahan!
Hijrah keluarga .... alangkah manisnya jika hijrah kita bersama2 keluarga tersayang, kembali mendekati erti 'beragama' dalam kehidupan ini, kurangkan kelekaan yang bersifat duniawi, eratkan hati dengan rasa kehambaan yang hakiki. Alangkah bermaknanya hijrah kita sekeluarga mencari kebaikan bersama dan melaksanakannya secara jamaie, memperbaiki segala kekurangan yang lalu, mencari nilai tambah di sisi TUHAN Rabbil a'lamiin
Hijrah Ummah .... alangkah hebatnya jika Umat Islam seluruh dunia benar2 meletakkan kepentingan Agama di tempatnya tanpa kompromi lagi, kembali merasa izzah di hadapan Umat2 yang lain, kerana itulah ibu kepada segala kekuatan Umat Islam yang telah lupus. Tiada guna jika sekadar bangga meletakkan tokoh Agamawan seperti Syeikh Al Qardawi sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431, kiranya segala nasihat dan mauizoh beliau langsung tidak dipeduli oleh Ulil Amri. Ya, kita amat memerlukan kepada satu Tajdid yang menyeluruh tanpa sebarang kosmetik yang menutupi kemunafikan, iaitu kembali menjadi Islam sebagai Al Diin yang memerintah bukan diperintah. Barulah hijrah fardi, keluarga dan Ummah menjadi selari dalam satu peruahan berskala besar. .
0 comments:
Post a Comment