JAULAH MASJID DI KOTA SINGA


JAULAH 2009 .... MENCARI MUTIARA HIKMAH

Alhamdulliah, sekian lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki di Kota Singa@ Temasik, sejak 14 tahun yang lalu. Pada tahunn 1995, iaitu tahun perkahwinan, saya amat berharap ada kesempatan melawat Singapura, kerana suami pada ketika itu masih mengajar di Sekolah Kampung Majidi Baru, JB. Kebetulan setelah berkahwin, sempat juga saya berada pergi ke Johor dua kali sebelum suami bertukar ke Sekolah Sultan Zainal Abidin, PJ. Selepas itu, seolah2 langsung tiada peluang yang datang. Kemudian melahirkan anak seorang demi seorang sehingga akhirnya tak timbul lagi hasrat saya ke singapura dalam jangka waktu terdekat.


Kesempatan datang tanpa dijangka .... my students dari IRKHSS'society akhirnya berjaya juga mengatur rancangan yang hampir tergendala untuk kembara ke Singapura. Manakala saya pula bersedia untuk bersama2 mereka, sebagai advisor society. Kebetulan Dr. Majdan pun bersedia sebagai wakil dari male lecturers.




1hb. Disember, 2009 - tarikh yang dipilih untuk berangkat ke Kota Singa .....

Ianya agak membuatkan saya kelam kabut kerana baru selesai Umat Islam menyambut Aidil Adha. Saya sekeluarga pulang ke Kelantan pada 24Disember, dalam keadaan fizikal dan mental saya yang amat penat kerana baru saja selesai tugas wajib ' markings papers of final exam'.

Sehingga 26hbNov, saya masih lagi menyelesaikan 'rechecking' all my students' results agar tidak ada kesilapan yang berlaku. Nasib baik ada 'broadband' ! Masih menghadapi situasi semester lepas, ada saja students yang tidak hantar assignments mereka, atau menyiapkan assignments mereka tidak mengikut arahan! Tanpa saya sedar ada tiga empat orang students yang submit 2 assignments mereka dalam satu 'binding', sehingga saya keliru. Manakala seorang student pula ... memang tidak hantar assignmentnya dengan alasan dah 'due date'. Buat penat je contact student tersebut dan minta emailkan segera, kalau tidak memanglah dia fail!. Oklah selesai juga tugas berat yang terpaksa dilakukan setiap lecturer.


Cuti raya, hanya 3 hari, di kampung .... melihat lembu dikorbankan seperti tahun2 lepas. Cuma kali ini raya di kampung agak meriah dengan kenduri kesyukuran Muzammil, anak lelaki kak Yah. Pada malamnya, 30November, saya berangkat ke KL seorang diri kerana suami dan anak2 masih menghabiskan cuti mereka sementara saya pula akan berada di Singapura.


PERJALANAN DI PERMUDAHKAN ....

Sebaik tiba di KL, terasa sekali kesunyian tanpa suami dan anak2 , kadangkala riuh rendah suara mereka adalah pengubat hati seorang ibu. Sehingga jam 2petang, my student call beritahu perubahan jadual perjalanan untuk ke LCCT. Pada asalnya kami semua akan bertolak dengan bas RapidKL dari kampus UIA, kemudiaan ke KL Sentral ambil bas terus ke LCCT . Jadi kenalah bertolak lepas asar supaya tidak berlaku sebarang kelewatan.


Akhirnya, muktamad ... mereka berjaya uruskan beberapa buah kereta untuk mengangkut kami semua ke LCCT tanpa mengikut jadual asal. Tindakan students amat saya hargai!

Kira2 jam 2 pagi, my students singgah mengambil saya di rumah, dan kami terus ke airpot. Mujurlah perjalanan kami dipermudahkan ..... kelihatan masih ramai wajah2 yang kepenatan kerana kami semua baru saja samapai dari kampung masing2.


Sebaik saja Solat Subuh di surau airport, kami bergegas menaiki AirAsia dalam tiga kumpulan. Kumpulan saya, diketuai Bro. Amin seramai 9 orang. Jam 6.45pagi, kami menempuh awan pagi, melihat suasana yang sungguh mengkagumkan .........

SUBHANALLAH , sekian lama tidak merasai perasaan yang begitu menyentuh kalbu, sesungguhnya di sebalik pemusafiran, terlindung seribu satu hikmah dan anugerah ILAHI merasai keagunganNYA . Di sebalik tingkap flight, saya meninjau suasana pagi sehinggalah kami semua melihat daratan yang di atasnyalah letaknya sebuah negara yang bernama SINGAPURA.


Alhamdulillah, kami tiba setelah menempuh perjalanan hampir 45 minit, tiba di Changi Airport, segala proses kemasukan kami sebagai pelancong tiada sebarang masalah besar.


KEMBARA PUN BERMULA ....


Syukur, kami disambut dengan penuh ceria lagi ramah oleh Encik Azman, selaku Pengerusi Masjid Al Huda, dan juga beberapa pelajar2 singaporean yang juga pelajar UIA. Terima kasih buat semua, Encik Azman dan isteri, encik Haris, Zahirah, Zahrah, dan juga adik2 dari AIMAN Youth Club.

Setelah menunggu hampir 30 minit bas yang akan membawa kami ke Masjid pertama yang akan kami ziarahi ... Masjid Al Huda. Program sulung kami dengan mengadakan majlis perasmiaan dan juga sesi taaruf dengan beberapa AJK Masjid. Terima kasih semua ... kami dihidangkan dengan sarapan yang cukup menyelerakan.


Jaulah kami seterusnya ke Masjid al Iman, yang merupakan di antara masjid yang berfungsi 'one stop centre' bagi masyarakat Islam sekitarnya. Ianya bangunan 5 tingkat, dilengkapi dengan kelas2 untuk sekolah agama, dan juga kelas2 untuk peringkat Preschool. Semuanya kelihatan begitu kemas dan teratur. Amat mengkagumkan! Solat Zohor ( Jama' & Qasar ) di sana, makan tengahari dengan hidangan nasi Ambeng! Memang sedappp! Kami semua makan dengan penuh berselera.

Selepas sessi taaruf dan briefing tentang masjid Al Iman oleh Ustaz Syakir Pasuni, kami dibawa meninjau setiap sudut dan ruang di bangunan yang menempatkan Masjid ini.

Akhirnya, kami dibawa ke Chalet yang disewa khas oleh Encik Azman. Terima kasih tak terhingga di atas jasa baik beliau. Kami akan menghuni chalet ini selama dua malam tiga hari .


Petangnya, sesi bersama Aiman Youth Club, beberapa orang dari ahli2 mereka sentiasa menemani kami sepanjang Jaulah kami. Ustaz Syakir sekali lagi meluangkan masa bersama ... membentangkan topik Youth Leadership. Begitu juga seorang lagi Ustaz muda.



HARI KE 2 ...



Program kami dengan anak2 yatim di Al Ma'wa, beberapa perubahan terpaksa dilakukan kerana anak2 Yatim penghuni MA'WA tidak semua dapat bersama kami. Jadi proram motivasi bersama mereka melibatkan anak2 remaja ( sekolah Menengah ) di anatara usia 12-15 tahun. alhamdullillah ... kelihatan mereka tidak kekok bersama dengan fasilitator dari UIA. Akhirnya kami teruskan jaulah ke Masjid Al Nahdoh, yang berdekatan lokasinya dari Darul MA'WA, ziarah, solat Jama' Qasar, serta makan tengahari selepasnya. Nampakya rezeki kami amat murah, kami dijamu pula dengan nasi Beriani Gham, berlaukkan kambing. Petangnya kami akan bershopping di MUstafa Centre, naik bas henti2 untuk pulang semula ke Chalet. Kelihatan semua ahli rombongan kepenatan kerana telah seharian dengan jadual padat kami. Apapun, kami amat teruja pada malamnya kami dijamu pula dengan BBQ ala Singapore taste.


Sambil makan2 .. kami bersembang sambil mencari luang berkenalan dan bertukar cerita, suasana amat harmoni , satu gambaran tautan hati dan ukhuwwah sesama Muslim. Syukur, segalanya dipermudahkan Allah.


HARI Ke 3..


Kami mulakan hari ini dengan bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya. Kami bertolak terus dari Chalet di tepi pantai dengan hati yang rindu untuk datang lagi. Perjalanan kami akan ke Muzium Islam yang terletak di Masjid al Nahdoh. Kemudiaanya kami dibawa pula ke MAIS dan Hub Halal , sebuah bangunan baru yang menempatkan beberapa jabatan penting bagi MAIS dan juga Sekolah al Irshad .


Pulang oh pulang !... kerinduan pada bumi Malaysia mula menjalar di hati kami. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri", sayup2 kedengarn di telinga saya suara Bro. Zawawi, dengan senyumannya yang tak lekang di bibir. Terima kasih pada my students, kerana mereka amat prihatin dan sentiasa tanya, " Ustzh ok ke?" . Mungkin mereka kasihan tika tengok saya termengah2 mengejar mereka semua (yang masih muda) terutama ketika kami bertukar bas dari satu stesen sehingga ke checkpoint.


Akhirnya, kami mengakhiri jaulah kami dengan meniggalakn stesen di Woodland menuju ke Larkin. Dari situ pula, sebuah bas sedia menanti kami untuk membawa kami pulang terus ke kampus UIA. Jam 3.30pagi ...





1- Komitment masyarakat setempat yang cukup mengkagumkan untuk memakmurkan masjid2 mereka, serta pengurusan masjid2 di Singapura memperlihatkan mereka benar2 ikhlas demi kebaikan Umat Islam .



2- Pengurusan yang cekap, dan profesional, serta pemantauan dari MAIS.



3- Program2 masjid berjaya menarik pelbagai kategori masyarakat Muslim, lelaki dan perempuan, muda dan tua ...



4- Kebersihan ' tandas' setiap masjid yang kami lawati, setengahnya boleh di bagi 5 bintang.


Moga Jaulah ini membuka minda kami semua, IRKHSS society ..... untuk terus istiqamah melaksanakan amal kebajikan samada di dalam kampus UIA atau di luar sana.










Read More......

TOKOH MAAL HIJRAH 1431


SHEIKH AL QARDAWI,

TOKOH MAAL HIJRAH , 1431 ….

Syukurlah, kalendar Hijrah kali ini bermula dengan acara tahunannya dengan satu program yang diangkat sebagai program nasional iaitu “ Hari Maal Hijrah”. Rasa2nya istilah ini hanya dipakai dan dikenali di Malaysia sahaja, bahkan ia dijadikan pula cuti umum untuk seluruh negara.

“ Maal Hijrah” …. Ianya seakan menyingkap kembali kisah sejarah yang tak akan dilupakan sampai bila2. Satu perjalanan HIJRAH ar Rasul SAW, sebagai satu perintah ALLAH swt, yang akan menjadi period keemasan Nabi Utusan Terakhirnya kepada Umat manusia sehingga hari kiamat sehinggalah Islam menjadi tunggak kehidupan berAgama tanpa kompromi.

Hijrah Ar Rasul dan para sahabat pastinya menjadi gambaran jelas betapa Agama Islam ini adalah Agama Samawi, berpaksikan kepada Wahyu yang benar lagi sahih. Perjalanan episod Hijrah bermula lebih awal dengan dua siri Hijrah ke bumi Habsyah. Para Muslimin dan Muslimat yang tertindas lantaran keimanan mereka yang tidak berganjak untuk kukuh memandu mereka menjadi insan2 mulia di sisi Tuhan Rabbal A’lamin, meninggalakan segala bentuk jahiliyyah. Mereka tetap tabah mengharungi segala bentuk ujian demi ujian sehingga Allah SWT mewahyukan kepada UtusanNya agar sahabat2 baginda yang mustadhafiin itu berhijrah buat kali pertama, sebagai satu jalan keluar dari penderitaan mereka yang panjang.

Setelah perintah Hijrah ke bumi Yathrib diwahyukan, ketaatan para Sahabat, Muslimin dan Muslimat terbukti dengan kesungguhan mereka untuk mengharungi segala bentuk halangan untuk berhijrah. Ya, Hijrah bukan kerana sesiapa, mencari nama atau pun kedudukan di sisi makhluk. Hijrah bukan sekali2 tanda orang pengecut, malah ianya satu langkah strategik mencari kekuatan dan mengumpul usaha yang lebih tersusun bagi menjayakan misi Dakwah dan penegakkan Agama dengan lebih berjaya.


Buku2 sirah pastinya akan memuatkan kisah Hijrah Ar Rasul dan Para sahabat sebagai satu bab dari bab2 yang cukup penting, satu ‘turning point’ untuk memulakan episod baru yang lebih tersusun. Itulah perancangan Allah kepada misi dakwah RasulNya. Ya, amat mudah sekali bagi Allah SWT sebagai pemilik Alam semesta ini untuk menegakkan agamaNya tanpa campurtangan usaha2 manusiawi. Namun, bukan itu sunnahNya di alam ini. Sekali pun KuasaNya adalah “Kun Fa yakun” , penegakkan AgamaNya di muka bumi ini mesti mengikut Sunnah Alam ciptaanNya.


Sesungguhya al Quran dalam sebahagian besar ayat2nya telah menceritakan perjalanan dakwah setiap Para Anbiya’ dan al Mursaliin sejak Nabi Adam sebagai ‘Abul Bashar’ dan Nuh a.s sebagai ‘Abul Anbiya’. Ujian dan halangan dari manusia2 kufur lagi engkar datang silih berganti, sehingga ke tahap melampau dan tidak masuk akal. Para utusan yang mulia pula, telah membuktikan kesungguhan mereka dan telah berusaha bersungguh2 sehingga dakwah mereka menemui jalan buntu dan terhalang oleh ancaman musuh2 . Maka pada saat itulah akan datangnya ‘Nasrun min ALLAH’ dan “ fathun qarib ”.

“ Umi, kenapa kita sambut Maal Hijrah?”, teringat satu soalan dari anak2. Kebetulan anak yang masih di EDUCARE sering bertanya bila cuti, kerana sepanjang Disember dia amat jelaous dengan abang2 dan kakaknya yang bercuti di rumah. Manakala dia pula kena ke EDUCARE. Sebaik saja saya menyatakan hari ni cuti sempena “ Maal Hijrah” jelas kegembiraan di wajahnya.


Kesempatan cuti, dapatlah melihat acara sambutan Maal Hijrah di tv1, channel lain langsung tak berminat nak menyiarkannya.

Sememangnya hati saya amat teruja untuk menontonnya kali ini, kerana telah mendapat tahu dari seorang student, Sheikh al Qardawi akan datang ke Malaysia dan hadir untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah” peringkat International. Rasa2nya, agak lama juga Sheikh kesayangan kita semua tak ziarah Malaysia, kali terakhir saya sempat mendengar syarahannya di UIA ( P.J kampus) semasa tahun akhir sekitar 1990an. Selepas berlakunya kes Anwar Ibrahim, seolah2 tidak ada lagi undangan rasmi dari pihak kerajaan untuknya hadir ataupun keadaan di Malaysia sendiri pada waktu2 itu tidak begitu selesa dengan kehadiran beliau.

Kedatangan Ulama ulung di abad ini, amat dinantikan oleh semua pihak .....

Pada Isnin lepas saya bertanya pada my students, ada tak Sheikh Qardawi datang ke UIA, paling tidak beliau menyampaikan Khutbah Jumaat. Kemudian saya terbaca dalam satu blog, Sheikh Qardawi telah menyampaikan ceramah Perdananya di suatu Majlis di Putrajaya, bertemu dengan PM Najib serta menghadiahkan bukunya yang terbaru " Fiqh al Jihad". Moga dimanfaati oleh PM!
Sheikh qardawi juga beliau telah menyampaikan tazkirah dan ceramahnya di Masjid Besar Shah Alam. Amat terkilan juga hati saya, kerana tak dapat pun berita tentang majlis tersebut dari sesiapa.

Namun, terubat juga hati bila menjenguk website beliau di
www.qardawi.net . Hebat sungguh para pendokong beliau, meskipun sibuk dengan acara padatnya di Malaysia, sepantas dunia global telah dimanafaatkan demi memaklumkan kepada seluruh Muslimin di mana jua mereka berada setiap perkembangan terkini al Sheikh.

Menerusi blog Zulkifli Nordin, saya dimaklumkan majlis tersebut mendapat restu dari Pihak Istana dan pekenan Sultan dan tak perlulah tauliah JAIS! . Ia berjaya juga diadakan di Masjid Shah Alam, kerana ura2 ada pihak tidak senang kiranya pihak pembangkang mengambil kesempatan berdampingan dengan Sheikh Qardawi. Alhamdulillah, khabarnya ianya dihadiri beberapa pimpinan tertinggi Kerajaan Selangor termasuk Dato’ Hassan Ali, DSAI dan MB Selangor, Tan Sri Khalid. Syukurlah, para negarawan kembali menadah ilmu dari tokoh Agama dan dakwah . Teringatlah kita kisah para Sahabat Nabi SAW, selepas kewafatan baginda, sering menjadi tumpuan para Muslimin untuk berguru dengan mereka. Misi para Sahabat menyebarkan ilmu2 agama amat berjaya dengan pengorbanan mereka meninggalkan Makkah dan Madinah bertebaran ke seluruh bumi Islam yang baru disimbahi Cahaya Iman.

Sejarah banyak mencatatkan kejayaan dan keutuhan Umat Islam dan tamadunnya bilamana Umara’ bergandingan dengan para Ulama’ dan menuruti nasihat2 mereka dengan penuh ikhlas lagi jujur demi untuk kebaikan Islam dan Umatnya.

Apapun, kita bersyukur, Malaysia telah mengiktiraf kegigihan Sheikh Qardawi dalam menyebarkan Ilmu2 Islam dan membina kembali kemurniaan Aqidah dan membenteras kejahilan Ummah, agar kita semua bersatu hati menjalankan amanah Agama ini tanpa sebarang keraguan, InsyaAllah sinar baru Hijrah 1431 ini akan lebih bermakna kiranya kesungguhan semua pihak untuk meletakkan Islam sebagai Agama yang menyatukan seluruh manusia pelbagai bangsa di atas satu Aqidah yang sahih lagi benar. Bukan hanya satu Malaysia!

Ya Allah, jadikanlah diri ini di kalangan hamba2Mu yang beriman kepada AgamaMu, berilmu dan menegakkan kebenarannya dengan ilmu, moga jalan dakwah yang sentiasa dipandu oleh para Ulama; tidak akan hilang pewarisnya ..... Semoga Allah panjang umur Sheikh Qardawi untuk menjadi penasihat kepada seluruh kaum Muslimin di abad ini.

Read More......

SALAM MAAL HIJRAH 1431



Fajar Hijrah 1431


Bismillahi Rahmani Rahiim.
Dengan namaNya yang Maha Agung, Maha Suci dari segala kekurangan, Dialah yang menunjuki jalan orang2 yang benar dan menyesatkan orang2 yang engkar lagi sombong.



Hijrah 1431

Masa pantas berlalu, dan kini fajar 1431H menampakkan cahayanya, menyinari alam,masih dibayangi bayang2 kebaikan dan kemungkaran bercampur2.




Mengenang Hijrah Ar Rasul Khatimul Anbiya' , dan ketaatan para Sahabat mengikuti segala titah perintah Allah SWT. Hijrah menuju ke bumi pilihan ILAHI, menggapai janjiNya dengan kemenangan dan kejayaan dar rain .




Hijrah ar Rasul dan Para sahabat bukan kerana takut ancaman pihak musuh@ Quraish semata2, malahan ia adalah satu perintah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Agung kekuasaannya. Bukan sekadar perpindahan biasa dari satu tempat ke satu tempat, malahan ianya perpindahan yang diiringi para Malaikat, di sambut lapang para pengikut Baginda SAW, ahli Madinah yang sentiasa siapa sedia menjunjung segala perintah dari TUHAN mereka.




Itulah ketaatan yang indah terukir di tinta sejarah, suatu penghijrahan seringkali di pandang dalam dua sisi, positif dan negatif. Kiranya perpindaan itu bersifat sementara, pastinya akan hadir bersama rintangan dan cubaan. Begitu juga, perpindahan kekal, para penghijrah perlu yakin dan positif moga langkah yang diambil bukan sia2.




HIJRAH- kah kita?

Bagaimana mengadaptasikan Hijrah Al Rasul di abad ini? Pada diri, keluarga dan masyarakat? Banyak perkara perlu dimuhasabah, agar perjalanan HIJRAH Ar Rasul bukan sekadar ingatan yang dijadikan acara tahunan atau sekadar cuti 'public holiday'.


Hijrah fardi ..... hijrahkah kita dari gaya hidup bertunjangkan nafsu dan syahwat, kepada kehidupan beragama yang tenang lagi lapang! . Hijrah sang diri dari hidup mengejar pelangi duniawi tanpa sedar usia semakin senja! Hijrahkah diri mencari ilmu agama setelah sekian lama tertaut hati mecari nikmat duniawi yang tiada kesudahan!




Hijrah keluarga .... alangkah manisnya jika hijrah kita bersama2 keluarga tersayang, kembali mendekati erti 'beragama' dalam kehidupan ini, kurangkan kelekaan yang bersifat duniawi, eratkan hati dengan rasa kehambaan yang hakiki. Alangkah bermaknanya hijrah kita sekeluarga mencari kebaikan bersama dan melaksanakannya secara jamaie, memperbaiki segala kekurangan yang lalu, mencari nilai tambah di sisi TUHAN Rabbil a'lamiin


Tokoh Maal Hijrah 1431 kebanggaan Ummah.


Hijrah Ummah .... alangkah hebatnya jika Umat Islam seluruh dunia benar2 meletakkan kepentingan Agama di tempatnya tanpa kompromi lagi, kembali merasa izzah di hadapan Umat2 yang lain, kerana itulah ibu kepada segala kekuatan Umat Islam yang telah lupus. Tiada guna jika sekadar bangga meletakkan tokoh Agamawan seperti Syeikh Al Qardawi sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431, kiranya segala nasihat dan mauizoh beliau langsung tidak dipeduli oleh Ulil Amri. Ya, kita amat memerlukan kepada satu Tajdid yang menyeluruh tanpa sebarang kosmetik yang menutupi kemunafikan, iaitu kembali menjadi Islam sebagai Al Diin yang memerintah bukan diperintah. Barulah hijrah fardi, keluarga dan Ummah menjadi selari dalam satu peruahan berskala besar. .

Read More......