Maurice & the Pharaoh- Part_02.mpg
Sesungguhnya manusia hanya mampu menggunakan segala indera kurniaan Allah kepada mereka. Namun berapa ramai yang benar2 ikhlas menerima kebenaran yang datang dari al Haq. Penjelasan Maurice Buccille amat tepat bahawa penglibatannya dengan kajian mumia Ramses II akhirnya membuahkan perasaan ingin tahu beliau tentang cerita tentang Musa dan firaun yang mengejar Baginda dan Bani Israel, akhirnya mati lemas di laut Merah. Sesungguhnya Allah memelihara mayat Firaun dan kemudiannya diawet mengikut tradisi Mesir kuno.
Sebagai saintis, keinginan membuak2 Maurice telah membawanya kepada Islam, bahkan beliau bertanya kepada Ulama' Islam sendiri tentang faktayang sama termaktub sejak 1400 tahun dahulu di dalam al Qur'an. Sedangkan Umat Islam telah sekian lama beriman dan percaya bahawa kematian firaun jelas lagi tepat mengikut al Qur'an, bahkan tiada sebarang percanggahan di antara fakta dan penemuaan baru sains dan nas2 al Qur'an.
Apa yag jelas lagi pasti, manusia yang hidup di abad 20-21 ini telah melihat pembuktian sains barat sendiri bahawa tidak ada satu fakta atau maklumat pun yang Allah khabarkan di dalam KitabNYA bercanggah dengan kebenaran. Jadi amat malanglah jika manusia masih lagi mencari2 kebenaran Islam dan al Qur'an sebagai kitab panduan hidup manusia sejagat hingga ke hari kiamat.
0 comments:
Post a Comment