Maurice & the Pharaoh- Part_02.mpg



Sesungguhnya manusia hanya mampu menggunakan segala indera kurniaan Allah kepada mereka. Namun berapa ramai yang benar2 ikhlas menerima kebenaran yang datang dari al Haq. Penjelasan Maurice Buccille amat tepat bahawa penglibatannya dengan kajian mumia Ramses II akhirnya membuahkan perasaan ingin tahu beliau tentang cerita tentang Musa dan firaun yang mengejar Baginda dan Bani Israel, akhirnya mati lemas di laut Merah. Sesungguhnya Allah memelihara mayat Firaun dan kemudiannya diawet mengikut tradisi Mesir kuno.

Sebagai saintis, keinginan membuak2 Maurice telah membawanya kepada Islam, bahkan beliau bertanya kepada Ulama' Islam sendiri tentang faktayang sama termaktub sejak 1400 tahun dahulu di dalam al Qur'an. Sedangkan Umat Islam telah sekian lama beriman dan percaya bahawa kematian firaun jelas lagi tepat mengikut al Qur'an, bahkan tiada sebarang percanggahan di antara fakta dan penemuaan baru sains dan nas2 al Qur'an.

Apa yag jelas lagi pasti, manusia yang hidup di abad 20-21 ini telah melihat pembuktian sains barat sendiri bahawa tidak ada satu fakta atau maklumat pun yang Allah khabarkan di dalam KitabNYA bercanggah dengan kebenaran. Jadi amat malanglah jika manusia masih lagi mencari2 kebenaran Islam dan al Qur'an sebagai kitab panduan hidup manusia sejagat hingga ke hari kiamat.

Read More......

Maurice & the Pharaoh- Part_01.mpg



Maurice Buccaille, seorang ilmuwan yang telah mencipta satu sejarah hebat untuk membuktikan ISLAM adalah Agama ALLAH, al Qur'an adalah kalam suci bukannya ciptaan RasulNYa Muhammad SAW. Rupa-rupanya beliaulah yang telah berjaya membuktikan bahawa kematian Ramses II, firaun yang hidup di zaman nabi Musa A.S. Beliau menemui tanda kematian firaun Ramses adalah disebabkan lemas di laut, dan 'garam laut' masih terdapat di dalam sekujur mumia Ramses II itu. SubhanaALLAH, itulah kekuasaan Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaanNYA yang Maha Agung, dan semua makhluk hanyalah hamba2 dan makhluk2 ciptaanNYA sahaja. Setiap firaun, raja, emperor yg nama2 mereka hebat tercatit dalam lipatan sejarah ketamadunan manusia zaman berzaman, semua mereka telah menemui ajal masing-masing. Sesungguhnya Maurice telah berjaya membuka minda para ilmuwan lain yang mungkin sezaman dan selepasnya yang masih mencari2 bukti saitifik tentang kebenaran isi kandungan Al Qur'an. Insafilah wahai manusia .....

Read More......