Tadabbur Qur'ani

HANYA ALLAH TEMPAT PENGABDIAN …..





Alhamdulillah, pada pagi Ahad, 4 Julai, 2010 yang lalu, saya teruskan kelas Tadabbur Al Qur’an di surau KIP Bt. 8. Meskipun kelam kabut juga untuk selesaikan hal ehwal rumahtangga sebelum keluar. Seawal 7.15 pagi, suami dah ke pasar pagi di Greenwood, untuk beli barang2 basah. Ianya dah jadi rutin mingguan kami, kalau saya tidak ada Kelas, barulah kami pergi sama2. Saya kuatkan semangat untuk terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu kepada para Muslimat di sana.

Pada kali ini, kami teruskan perbincangan pada ayat :
إياك نعبد وإياك نستعين

Pada setiap kelas, saya tidak terburu2 untuk habiskan sesi perbincangan, yang lebih penting kami sama2 mentadabburkam makna ayat ini dengan penuh khusyuk dan perhatian agar setiap Kalam Suci ini akan memberikan kami pengertian yang menyentuh kalbu.


Saya pecahkan perbincangan kepada dua bahagian ; إياك نعبد , kemudian وإياك نستعين , agar para Muslimat dapat melihat jalinan di antara keduanya.


Pertama, Kenapa pada ayat ini Allah mulakan dengan “إياك نعبد ” …. bukannya نعبد إياك ….. Apa hikmah dan apa rahsianya? Sesungguhnya tidak sepatah pun Kalam suci dan wahyu Allah ini tidak mempunyai makna yang tersirat. Di dahulukan إياك نعبد kerana membawa erti khususnya pengabdiaan itu, bukan kepada siapa2 , hanya milik ALLAH, Rabb sekelian alam. Selain DIA tidak memilik kelayakan untuk menerima penyembahan dan pengabdian manusia.


Maka Islam yang bertunjangkan Aqidah Tauhid amat menekankan aspek pengabdian mutlak tanpa syarat. Sekiranya seorang Muslim men'dua'kan atau men 'tiga'kan , atau dengan berapa digit sekalipun, maka tidak layak lagi dia memakai nama sebagai Muslim.


Ketundukan membawa erti kepatuhan terhadap segala hukum hakam, ketentuanNya samada syariatNya kepada Umat Muhammad SAW, sehingga ke hari kiamat. Maka “ Hanya kepadaMu kami menyembah " , juga membawa erti manusia mesti mengakui kuasaNya yang tidak berbelah bagi, tiada rakan kongsi, dan kuasanya itu mesti diperakui dengan mengikut segala titah perintahNYA.

Sesungguhnya Aqidah Islam ini amat benar dan suci, kerana manusia mesti mengembalikan penyembahan yang sebenar2nya kepada Pemilik alam ini, dan hakikatnya DIA adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta sifat2NYA yang Maha Mutlak ke atas hamba2NYA.

Itulah Islam dan Aqidahnya yang mesti dipertahankan. Aqidah yang murni dari sebarang unsur2 syirik, khurafat, bid'ah atau sebarang unsur2 asing dari syariat yang Allah turunkan kepada Muhammad SAW dan umatnya. Kesuciannya mesti dipertahankan agar Aqidah Tauhid inilah yang menjadi tanda aras ketulinannya yang diperakui oleh Allah. Jangan sekali2 orang2 Islam terperangkap dengan mainan syaitan dan sekutu2nya untuk menyelewengkan mereka dari Aqidah Islam ini. Berapa banyak lahirnya kumpulan2 atau ajaran2 sesat lagi karut marut yang merosakkan Aqidah Umat Islam dan sekaligus menyimpang dari ajaran Wahyu iaitu Al Qur’an dan al Hadis.


Jadi amat wajarlah kita semua kembali kepada kepada penghayatan Islam yang hakiki, jauhi sebarang syak wasangka yang boleh menjauhkan kita dari berpegang kepada Aqidah Islam, yang tidak boleh di jual beli. Marilah sama2 kita menigkatkan rasa pengabdian dan ketaatan kita kepada ALLAH dan RasulNya, yang menuntut kita menjadikan Agama Islam ini sebagai landasan hidup kita.


Read More......

SELAMAT DATANG ..... Semester 1, 2010/2011

AHLAN WASAHLAN ..... kalimah tayyibah menyambut anak2 muda ke IPTA/S.


Rata2 IPTA/S mula membuka tabir baru Sessi pengajian Semester 1, sesi 2010/2011, pastinya berduyun2lah para pelajar yg layak dan diterima masuk ke IPTA/S dan juga pelajar2 yg terpilih ke oversea, juga dikehendaki mendaftakan diri di pusat2 persediaan ke sana. Meriahnya suasana apabila melihatkan anak2 muda ini dengan wajah ceria dan berseri2 seakan2 menantikan saat2 bahagia mereka bergelar 'MAHA' siswa dan sisiwi. Ibubapa pula pastinya tidak putus2 memanjatkan rasa syukur kerana anak2 mereka tidak mensia2kan harapan mereka agar anak2 mereka berjaya ke menara gading. segala persiapan dibuat serapi mungkin agar anak2 mereka tidak menghadapi apap2 masalah semasa menjalani kehidupan baru di kampus2. Alhamdulillah, teringat saya ketika mengingati sekali sekali memori indah ketika menanti hari2 bergelar Pelajar U . Selamat tinggal Baju uniform sekolah, baju kurung warna putih dan kain warna purple! Pastinya yang berjaya ke IPT pilihan masing2, membuatkan masing2 tambah semangat dan semakin yakin masa depan yang membanggakan.


Ingatan saya semakin kuat apabila melihat pula anak2 muda yang bakal bergelar sisiwa/siswi yang semestinya telah bersiap sedia menghadapi apa jua rintangan dan cabaran. Persaingan dalam pelbagai konteks amat sengit samada di awal pengajian, di pertengahannya atau di penghujungnya. Kekadang ramai juga yang masih ber'dilema' menentukan kursus pilihan, pilihan diri sendiri atau pilihan ayah ibu! Tak kurang juga yang memilih sekadar ikut2 kawan baik, teman sekampung atau teman/kekasih hati. Macam2!


1- Niat, betulkan niat semata2 mencari ILMU, kerana ALLAH SWT, bukan sekadar memenuhi harapan ayah ibu, bahkan ingatlah, pencariaan ilmu di kampus adalah amanah dari ALLAH, kerana kedudukan manusia yang berILMU amat dekat dengan Penciptanya.


2- pilihan kursus: apa pun buatlah pilihan yang terbaik, berdasarkan kemampuan diri, cita2 dan semangat anda untuk belajar pelbagai ILMU2 yang baru dan terkini.


3- Bersedialah menghadapi apa jua rintangan ,setengah2 pelajar mencari2 subjek yang mudah, atau pun senang utk mereka " score " , sekiranya lecturer yang mengajar sesuatu subjek amat teliti @ kedekut markah ( ? ) pastinya ramai yang cuba mengelaknya sekali lecturer tersebut amat baik dalam pengajarannya. Untuk meraih kejayaan, tiada jalan pintas, mesti melangkah dengan penuh cermat dan berhati2 , sekiranya pelajar merasakan mereka perlu perbaiki apa2 bentuk kelemahan mereka, misalnya " language skill ' , communication skill dll, mulakan dari awal semester. Bagi pelajar2 baru, amat baik mereka cuba dapatkan maklumat2 berharga dari senior untuk memantapkan diri dalam apa jua bidang.


4- Jagalah " syariat' , sebagai lecturer, kadang2 amat sedih jika lihat students yang masih tak lulus lagi dalam bab " aurat" , walau di Universiti mana pun anda berada, dalam maupun luar negeri, jangan sekali2 lupa batas2 Syariat yang ALLAH tentukan. Kerap kali sya perhatikan semakin ramai pelajar2 foreigneirs di UIA yang melanggar "Dress Code" semasa mereka berada di kampus. Sakit mata bila melihatkan gelagat mereka tanpa segan silu dengan pakaian ketat dengan size badan xxl. Pihak Universiti sepatutnya lebih bertegas kerana mereka datang ke negara kita tapi tidak tahu menghormati Biah di UIAM.


Akhir sekali, dengan penuh harapan saya merakamkan agar pelajar2 sekelian memanfaatkan masa dan peluang keemasan utuk menimba ILMU dan apa jua kemahiran hidup secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya kita mengharapkan generasi2 muda ini tidak biarkan peluang ini tanpa merebutnya sebaik mungkin.






Read More......