Ke arah kecemerlangan diri dan keluarga Muslimah

Menjadi Isteri & Ibu cemerlang...?
Bonda mithaliku...


Alhamdulillah, tanpa disangka saya berpeluang menyertai Seminar dua hari yang berlangsung di UIAM, khusus kepada kakitangan IIUM, Gombak yang bertuah, diuruskan oleh pihak MSD. Dek kerana permintaan untuk menghadiri program ini amat hebat, " First come first serve", itu yang biasanya diguna pakai apabila sesuatu penganjuran mendapat respons yang amat baik. Di pendekkan cerita, saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana berasa amat bertuah ( tak disangka! ) kerana tidak ada kakitangan " akademic staff " yang terlibat. Semua peserta wanita yang menyertai program kali ini semuanya terdiri dari kakitangan kategori 'support group' IIUM, Gombak.



Begitulah perancangan Allah SWT, seringkali DIA yang merancang untuk kita, tanpa kita sendiri merancangnya. Malahan itulah yang terbaik penuh hikmah. Jadi, begitulah alkisahnya, tanpa saya jangka, pada pagi 3hb Jun, 2009 saya cuba call Suhairiza, seorang kakitangan Masjid Sultan Ahmad Shah, IIUM Gombak, sekadar ingin bertanya- kalau-kalau saya dibenarkan untuk menghadiri program tersebut walaupun sebagai pemerhati saja. Kenalah jaga adab sopan masuk majlis orang!.
Hati saya membuak-buak dengan keinginan yang cukup tinggi, dek kerana teringin sangat rasanya nak luangkan setiap detik masa keemasan sepanjang Semester 3 ini dengan sebaik-baiknya, kerana saya memang merancang dari awal saya tidak akan mengajar - free of teaching- kerana tahun-tahun yang lepas ( Sem 3 ) macam-macam hal yang berlaku, sama ada saya diminta untuk mengajar 'Independent students' walaupun untuk tiga orang pelajar, dua daripadanya M.A students, manakala seorang lagi Final year student. Jadi kali ini, saya nekad, saya akan menghabiskan masa saya samada untuk membaca buku-buku yang sekian lama tersadai pembacaannya, atau menghadiri apa jua program yang bermanafaat untuk pembinaan diri dan ilmu.

Begitulah yang berlaku... maka setelah mendapat reaksi positif, maka datanglah saya walaupun jam telah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Jadi dua slot telah berlalu. Sebenarnya hati berbalut rasa segan, seolah peserta tak diundang, namun saya kuatkan semangat, demi untuk ilmu, apa salahnya saya attend kursus ini, lagipun saya telah meminta izin terlebih dulu menerusi


Suhairiza, harap-harap tidak menyalahi prosedure. Harap-harap, saya akan mendapat sebanyak-banyak manfaat dengan kehadiran saya ini. Juga saya panjatkan doa agar janganlah mengantuk atau tertidur!


Sesampai saya di dewan kursus, kelihatan di hadapan saya penceramah jemputan yang tak asing lagi, Ustaz Badlishah sedang menyampaikan ceramahnya. Saya hanya sempat mendengar 2/3 dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah, seorang penceramah dari Pahang, yang sering diundang di TV9. Rupa-rupa saya dapat dengar secara 'live'.
"Mendidik Qalbu Ke Arah Keluarga Sakinah".
Agak menarik penyampaian Ustaz Badlishah, dengan tajuk tersebut, ternyata beliau bijak sekali memasukkan unsur-unsur humour, dan lawak santainya untuk mebuka minda para wanita. Apa lagi, kelihatan hampir semua para peserta ( semuanya wanita ) tak putus-putus ketawa dan tersenyum dengan lawak Ustaz tersebut.


Apa yang membuatkan saya terpegun, kerana Ustaz Badlishah amat berjaya sekali melakukan penelitian yang bersifat realistik ke atas situasi masa kini yang melibatkan masalah wanita dan pengurusan rumah tangga mereka. Bagaimana fenomena keruntuhan rumahtangga berlaku saban hari, meskipun pasangan yang bertahun-tahun tinggal sebumbung, tidur sebantal, serta telah sekian lama cuba memahami peribadi & watak masing-masing. Saya juga amat tertarik apabila Ustaz memfokuskan tentang peranan HATI manusia - yang mesti dibersihkan dari sifat-sifat mazmumah, kerana disebabkan kesibukan manusia di era milineum ini, ramai umat Islam sendiri menjadi lalai, lupa diri dan akhirnya lupa hala tuju mereka - ke Akhirat yang kekal abadi.

SYABAS buat Ustaz Badlishah kerana beliau berjaya menyedarkan kami, kaum IBU & ISTERI yang sememangnya memerlukan sesi tazkirah setiap hari. Peranan kami sebagai ISTERI kepada seorang suami dan sekaligus seorang IBU kepada anak-anaknya, mengundang pelbagai masalah, sama ada yang berpunca dari diri mereka sendiri atau dari faktor-faktor luaran. Mujurlah saya ditaqdirkan Allah SWT menghadiri porgram ini, dan secara langsung bermuhasabah kepada diri sendiri, banyaknya tugas dan peranan kami yang seringkali kami tidak laksanakan dengan ikhlas dan sebaik-baiknya. Moga Allah menguatkan semangat kami kaum IBU & ISTERI agar sentiasa menginsafi bahawa biar penat lelah kami akan menjadi amal soleh untuk kehidupan akhirat yang abadi.


Sesi ke2, untuk hari pertama diteruskan selepas lunch yang begitu menyelerakan, kami menunaikan Solat Zohor dan kursus akan bermula pada jam 2.30 pm. Alhamdulillah, di mana muncul pula Ustaz Ahmad Syukri, yang juga seorang penceramah yang tidak asing lagi di TV3 dan TV9. Sebenarnya beliau adalah orang kuat Fitrah Power Resources, yang aktif menjayakan aktiviti-aktiviti kursus dan dakwah secara profesional.
" Menggilap Permata Hati ", tajuk pembentangan Ustaz Ahmad Syukri, dan beliau menyentuh banyak perkara yang berjaya menarik minat saya untuk tekun mendengar . Jelas beliau kita sebagai ibu bapa di abad moden ini jangan sekali-kali merasakan kita tidak perlu kembali kepada FITRAH, melupakan asal usul manusia dan kemanusiaan itu sendiri. Gejala sosial yang berlaku hari ini menunjukkan hasil dari kealpaan kita sendiri memnuhi tuntutan AGAMA yang sama sekali tidak bercanggah dengan fitrah manusiwi. Jadi, tidak ada jalan lain kecuali kita semua kembali kempada AGAMA dan patuh kepada segala suruhan dan larangan ILAHI. Baik kaum ibu maupun kaum bapa, amanah terpikul di atas pundak kita tanpa pengecualian.


Anak2 permata hati ayah ibu ....


Sepanjang sesi petang, meskipun badan terasa agak penat biarpun aktiviti para peserta lebih kepada mendengar serta berfikir terhadap lontaran idea serta saranan dari Ustaz Ahmad Syukri, namun saya merasakan sedikit tekanan perlu diberikan kepada diri sendiri. Sering kali saya sendiri terlupa ( mungkin kerana kesibukan tugas dan kerjaya ) bahawa anak-anak adalah permata kurniaan ILAHI yang amat berharga, dan ianya mesti digilap agar cahayanya akan sentiasa bergemerlapan. Maafkan Ummi wahai anak-anakku ... Ummi masih perlu belajar menjadi Ummi yang cemerlang.

Hari kedua ( 4 Jun 2009 ) - sesi bermula pada jam 9 pagi, Sesi 1 dimulakan dengan Ustaz Ahmad Syukri, ketika saya melangkah masuk ke dewan ( Multipurpose Room - Food & services Department , IIUM) alunan zikir berkumandang, zikir dialunkan beramai-ramai diketuai oleh seorang fasilitator, iaitu Brother Abdul Hadi, anak muda yag menimba ilmu untuk menjadi pembimbing yang baik. Syabas anak muda! Kita perlukan lebih ramai pemuda yang berminat untuk menjadi pembimbing sekali gus daie ila ALLAH.

Ceramah 1 - " Mendidik Keluarga Secara Spiritual "
Topik yang dirangka cukup cantik lagi tepat dengan audiens. Meskipun kami adalah staff yag bertugas di bawah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang bersandarkan kepada nama " Islam " ,bukannya satu jaminan bahawa setiap kami telah menunjukkan komitmen yang padu ke arah pembinaan keluarga sakinah. Tanpa kesedaran dari dua belah pihak, suami dan isteri, tidak mustahil krisis kekeluargaan sering terjadi, seperti kes-kes penceraian, anak-anak yang bermasalah dll. Hatta di Kulliyyah Ilmu Wahyu sendiri beberapa kes staff lelaki maupun perempuan yang bercerai dan tidak dapat mempertahankan institusi keluarga yang telah dibina. Mangsanya adalah anak-anak yang tidak berdosa. Seterusnya ia bakal mencetuskan konflik dalaman dan luaran. sesekali saya menari knafar sedalam-dalamnya memikirkan kelemahan diri sendiri. Sesibuk mana pun seorang IBU dan ISTERI yang bekerja, amanah dan tanggunjawab terhadap keutuhan sesebuah rumahtangga tidak boleh digadaikan semata-mata mengejar pangkat serta kedudukan.


Selepas sedikit santapan perut -Teabreak, jam 11.00 pagi, muncul pula seorang wanita yang berbadan kecil molek, berusia pertengahan 40an ( sangkaan saya je) , iaitu Dr Mariani dari Fakulti Pendidikan UM,yang juga seorang kauselor dan juga penceramah tentang isu-isu wanita, remaja dan masalah sosial dalam masyarakat hari ini. Dengan wajah cukup ceria tetapi tegas, beliau membentangkan topik "Menjadi Ibu dan Isteri Cemerlang Era Millenium".
Wah!, ianya amat menarik sekali, dan tentunya mengetarkan hati kaum HAWA, juga IBU & ISTERI yang sedang menghadapi pelbagai masalah yang berlaku pada hari ini, seolah-oleh banyak keadaan yang songsang hari ini, salah satu faktor asasnya ialah kegagalan WANITA sebagai IBU & ISTERI , juga sekaligus berkait rapat dengan faktor keruntuhan institusi keluarga di Malaysia, mengundang kepada gejala sosial yang amat parah dan semakin parah. Ya, saya terkedu ... pastinya sahabat-sahabat saya juga terkedu, kerana situasi sosial seolah-olah tidak mengenal latar belakang pendidikan dan taraf sosial sesebuah keluarga.

Saya amat tertarik kerana beliau berjaya menyokong kajiannya dengan realiti yang berlaku serta kajiannya yang bersifat ' field research' - beliau turut bersama menyaksikan kes-kes sosial yang berlaku seperti kes zina anak-anak remaja seawal usia 12 tahun, seks rambang, kes bohsia dll akhirnya membawa kepada masalah buang bayi ( sebahagian besarnya ) adalah anak-anak hasil dari zina!


MasyaALLAH- amat menakutkan seolah-olah kita semua terlibat sama menyuburkan @ membiarkan apa jua bentuk maksiat dalam masyarakat bermaharajalela, dan tidak berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan tersebut. Pada saya, kajian perlu lebih adil untuk tidak meletakkan semua kesalahan pada bahu IBU & ISTERI sahaja, di mana peranan AYAH & SUAMI tidak wajar dilupakan - kerana dalam banyak kes, mereka juga faktor utama yang menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan di negara kita. Mungkin disebabkan fokus terarah kepada program khusus untuk kaum HAWA, jadi kuncinya ada ditangan para IBU & ISTERI ini. Moga merekalah agen yang akan mengukuhkan keluarga mereka dan menjadi pembimbing yang baik kepada suami dan anak-anak mereka.
Kaum Hawa perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencari 'solution' yang paling mujarab ialah AGAMA. Kita semua tanpa mengira pangkat dan darjat, perlulah kembali kepada ACUAN AGAMA! Apa hebatnya sains dan teknologi di tangan penjenayah, perompak dan pencabul ? Apa gunanya kecanggihan ICT di tangan manusia yang penuh dosa dan noda? Hari ini, maksiat seolah tidak mampu lagi dikawal oleh pihak berwajib, jadi tidak ada cari yang paling berkesan, ialah para IBU & ISTERI sekalipun sibuk dengan kerjaya masing-masing- tidak melepaskan tanggungjwab 'wajib' mereka untuk membina rumahtangga yang berpaksikan kepadan tuntutan AGAMA.

Marilah kita sama-sama berusaha sedaya mungkin, bersandarkan bantuan serta kekuatan dari Nya jua, kita bina keluarga kita dengan satu niat dan qasad " ke arah kebahagiaan hidup di dunia & akhirat " . Kelembutan seorang IBU dan ISTERI mestilah kena pada tempatnya, jangan sesekali kita biarkan ahli keluarga kita tersasar dari jalan al mustaqim. Tiada alasan untuk kita memejamkan mata sahaja melihat segala bentuk maksiat, hedoniseme bahkan budaya syaitanisme meresap masuk ke dalam rumah tangga kita, lantas mengharu birukan kehidupan penghuni-penghuninya. Yang pasti, tidak ada gunanya kita berbangga menjadi sebuah negara maju, mengikut wawasan 2020, kalau akhlak kita juga sama seperti masyarakat barat yang tidak lagi segan silu mencampakkan nilai moral dan agama jauh dari kehidupan mereka, akhirnya mereka maju & mewah di sudut kebendaan & materialisme, tetapi hancur nilai moral dan syakhsiyyah diri serta masyarat. Moga kita masih ada harapan untuk kembali kepada AGAMA kita untuk menjadi Umat yang terbaik. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat umumnya.


Read More......

ADILKAH KITA DENGAN ANAK?

TARBIYATUL AULAD -
ADILKAH KITA DENGAN ANAK?
Qurratu a'yuun kita .... adalah mereka!

Bicara kita kali ini, ialah mengenai 'ADIL' , begitu senang kita lafazkan sekadar empat perkataan, namun seringkali pula kita tersilap perkiraan ketika kita berinteraksi dengan anak-anak kita. Setiap orang yang bergelar ayah dan ibu, pasti tanpa sedar, anak-anak kita pernah meluahkan rasa hati mereka apabila mereka melihat kita berlaku kurang ADIL ( pada pandangan mereka ) terhadap mereka. Sebagai contohnya, mungkin kita pernah beli pakaian anak sulung kita di sebuah gerai di pasar malam, manakala baju si adiknya pula kita beli di SOGO! . ADIL-kah kita bila kita tidak terniat pun untuk berlaku tidak ADIL, lantas mereka membuat kesimpulan, ayah atau ibu mereka tidak ADIL! .


Dalam banyak keadaan kita sebenarnya cuba berlaku ADIL, misalnya si abang melakukan sesuatu perbuatan yang kita tegah, misalnya menyebut perkataan tidak sopan/ mencarut, pastinya kita mudah melenting dan kalau boleh kita ingin tampar saja mulut si abang sekiranya dia telah faham dan diberitahu berulang-ulang kenapa kita melarang mereka menyebut perkataan itu sekalipun dalam keadaan marah@ tegang seperti bergaduh sesama mereka. Kemudiaan ketika anak kita yang masih kecil sekitar usia 4-7 tahun melakukan perbuatan tersebut, adakah kita juga akan bersikap sama sebagaimana sikap tegahan yang kita lakukan kepada si abang tadi. Dalam situasi sedemikian, saya sendiri seringkali ditegur oleh si abang: " Ummi tidak ADIL! ", tegur si abang yang melakukan perbuatan yang salah, dia berasa tidak puas hati kenapa pula si adik tidak pula kita tegur dan hukum?


Memang keadaan kadang-kadang sukar untuk ditangani, apa yang saya praktikkan, ialah si abang akan dihukum sebagai pengajaran - seperti di cubit mulutnya, jangan lagi melakukan kesalahan berulang setelah banyak kali di'warning' yang sama. Apabila berlaku pun pada si adik, saya hanya akan hukum dengan hukuman yang sama setelah menyatakan kenapa saya melarang mereka mengeluarkan perkataan sedemikian.

Ya, dalam banyak keadaan, anak-anak kita tidak faham kenapa berlaku sikap ibu bapa yang di anggap mereka ' tidak ADIL @ double standard, sedangkan mereka tidak melihat pula kepada sebab dan musabbabnya. Apapun, kita perlulah bijak bertindak dengan tegas tetapi felsible.

Manakala di sudut kebendaan pula, kita hendaklah berpada-pada, jangan di atas alasan untuk bersikap ADIL pada mereka, kita pula pokai! Mungkin si abang sebelum kelahiran adik-adiknya kita pernah belikan sehelai dua pakaian, kasut dll berjenama seperti untuk baju raya, kerana tertarik dengan 'sale' atau kualiti sesuatu pakaian. Manakala setelah kelahiran adik-adiknya, kita pula terpaksa berjimat cermat dan mengharapkan kita dapat berlaku ADIL tanpa menzalimi perasaan mereka.

Begitu juga dalam segi pendidikan, ianya cukup mencabar kewibawaan kita sebagai ibubapa. Anak sulung ( lelaki ) saya hantarnya ke sebuah sekolah Rendah Islam ( SRI ) swasta kerana tidak begitu yakin untuk melepaskan anaknya di sekolah Rendah Kerajaan biasa di samping ianya memudahkan saya menghantarnya ke SRI tersebut tanpa terpaksa menghantarnya ke sekolah agama pada waktu pagi atau petang. Akhirnya keputusan yang saya ambil berdasarkan beberapa faktor tadi, dan saya lupakan soal kos yang hampir RM225 sebulan pada tahun 2003.


Kemudiaan setelah adiknya mencapai usia 7 tahun dan akan memasuki Tahun Satu, saya menjadi serba salah, adakah saya ADIL jika anak kedua saya hantar ke Sekolah Rendah Kebangsaan yang tidak melibatkan kos bulanan. Maka pada masa itu, saya sebenarnya terasa sedikit tertekan -takut saya tidak berlaku ADIL, kalau si abang saya perihatin tentang pendidikan Agamanya, saya begitu mengharapkan Biah Solehah akan menghasilkan natijah yang saya harapkan. Apakah saya tidak mengharapkan natijah yang serupa kepada anak kedua? Akhirnya saya mengambil keputusan menghantar anak kedua juga ke SRI, maka kosnya menjadi berganda. Begitulah situasi saya yang dipengaruhi oleh sikap ADIL dan bimbang tidak ADIL kepada semua anak-anak saya, sehinggalah kini lima dari anak-anak saya telah saya hantar ke SRI yang sama. Sememangnya amat terasa bebanan kos bulanan dan keperluaan 'wajib' yang lain.

Alhamdulillah, saya hanya berserah kepada ALLAH SWT, saya yakin DIA Maha Mengetahui segala niat saya, kerana saya begitu takut untuk melepaskan anak-anak saya dalam sistem yang tidak seimbang antara tuntutan Agama dan pencapaian akademik, lebih-lebih lagi suasana masyarakt KL yang penuh dengan anasir-anasir negatif seperti masalah sosial yang semakin parah. Kini, anak sulung saya telah tamat Darjah Enam pada tahun lepas 2008, dan telah berjaya memasuki sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Kelantan. Harapan saya, kesemua mereka akan mencapai target yang saya tetapkan, iaitu kejayan mereka dunia dan akhirat. Namun saya berharap saya sentiasa bersikap ADIL terhadap mereka semua walaupun kita merasa agak tertekan dari sudut kewangan. Kita sebagai ibubapa hanya mengharapkan yang terbaik untuk mereka, bagi saya duit boleh di cari, pendidikan anak-anak mesti menjadi keutamaan. Nampaknya setakat ini mereka semua 'enjoy' dan 'happy' dengan sekolah mereka dan proses pendidikan yang mereka lalui .

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang ( 2009 ), mungkin ramai para ibubapa terpaksa melakukan ' cut budget' dalam banyak urusan yang melibatkan anak-anak. Misalnya hanya anak yang akan menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR atau SPM yang dibenarkan mengikuti kelas tuisyen, manakala yang pelajaran mereka ok dan tidak terlalu lemah, kita kecualikan. Apa yang penting, kita mesti jelaskan kepada mereka, apa rasionalnya tindakan kita itu.

Anak saya yang keempat, ( satu-satunya perempuan ) suatu hari merengek-rengek meminta saya menghantarnya ke sebuah pusat tuisyen. Mungkin sikap anak perempuan sekarang yang kebanyakan menunjukkan minat yang lebih terhadap pelajaran mereka berbanding dengan anak lelaki. Pada mulanya saya kata ok, selepas melihat budget dan beberapa keadaan yang mana saya pasti sibuk menghantar dan mengambilnya ke pusat tuisyen tersebut, sedangkan abangnya telah mula ke pusat tuisyen yang lain kerana akan menduduki UPSR tahun depan.

Saya mula serba salah, dan menjelaskan kepadanya, bahawa pelajaranya ok dan bagus, cuma dia perlu berusaha lebuh kuat lagi dan boleh belajar sendiri untuk menjadi yang terbaik. Lalu, perkataan 'ADIL'kah saya menerjah di fikiran saya, kerana saya takut tidak berlaku ADIL kepadanya tambahan pula dia satu-satunya anak perempuan. sehingga saat ini, saya masih menangguhkan hasratnya untuk ke kelas tuisyen.

Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang dan kita harapkan natijah yang terbaik untuk mereka semua, moga mereka bersedia untuk memahami perasaan ayah ibu mereka, yang sekali-kali tidak ingin berlaku zalim terhadap mereka. Moga sifat ADIL para ibubapa boleh mereka pelajari dengan penuh bijaksana dan kita juga sebagai pendidik mereka jangan sekali-kali terdetik untuk bertindak sesuka hati kita tanpa melihat kepada situasi anak-anak, dan Bi'ah di era millinium ini yang cukup mencabar.


Moga ALLAH sentiasa mencampakkan 'instinct' yang betul dalam hati kita di saat kita perlu membuat sesuatu keputusan besar untuk permata hati kita. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala niat dan amal kita demi masa depan anak-anak dan amanah di atas bahu kita untuk menjadikan mereka generasi Rabbani yang akan memikul amanah Ad Din.

Read More......