Tarbiyatul aulad -Muqaddimah


Anak-anak, permata hati ... merekalah anugerah yang amat bernilai dari Allah Taala kepada hamba2Nya. Bahkan tidak lengkap sebuah rumahtangga, muram suasana tanpa gelak ketawa anak-anak. Bayangkan ramai pasangan yang terpaksa menanti bertahun-tahun, setengahnya sehingga lebih 10 tahun, akhirnya mereka terpaksa Yaqin dengan Qada' dan Qadar Allah mengambil anak angkat dll. Manakala setengah pasangan pula tidak sempat nak plan ' kehamilan' dan ia datang hampir setiap tahun.

comelnya anak ini ...

Itulah apa yang telah saya lalui sendiri, di saat bergelumang dengan tekanan demi tekanan untuk menyiapkan pengajian peringkat Phd, bergelumang dengan buhuth@ assignments semasa di peringkat coursework, kemudian menyiapkan thesis, saya terpaksa mendidik hati agar terus bersabar dan bertawakkal menerima rezeki dari Ilahi. Jangan suu zann atau terdetik rasa marah dengan ketentuan Nya. Alhamdulillah, akhirnya sepanjang Phd, 3 kali saya bercuti bersalin, bahkan belumpun habis pantang 40 hari, dah mula masuk pejabat dengan baby sekali.

Pernah juga hati ini terkilan .... apabila pernah kedengaran soalan dari orang yang tidak mengenali saya : siapa dia yang anak ramai tu? Apapun, kehendakNya jua, kita hanya sekadar berusaha dan terus bertawakkal. pasti ada hikmah yang tersirat.

Kembali kepada topik " anak @ zuriat", pastinya menjadi bahan perbualan para ibu, sama ada seorang surirumah, atau juga career women. Itulah dunia wanita sejati, persoalan mengenai anak-anak dan suami, mesti menjadi bahan perbincangan, soal jawab atau sekadar bertanya kadar : Anak-anak sihat ke? atau kita terserempak dengan kawan lama, pasti terkeluar soalan: Anak berapa orang dah?


Di ruangan ini, saya hanya sekadar ingin berkongsi idea, pandangan dan mungkin meluahkan apa yang terbuku di hati dan bermain di minda. Masa kita belum kahwin, kita macam tak kisah sangat nak tanya orang-orang yang lebih dewasa soalan seperti : susah tak nak jaga anak? kalau di tanya pun hanya sekadar perkara yang berkaitan dengan kesihatan, penjagaan bayi dll. Suka saya tegaskan di sini khusus kepada nak-anak remaja atau gadis yang belum berkahwin, apapun status anda, jangan merasakan ini soal kecil, atau lambat lagi nak kahwin.. ingat ! bukan selepas kahwin dan mengandung barulah terkial-kial cari buku pasal anak-anak dan pendidikan untuk mereka.


Saya syorkan buku " Tarbiyatul Aulad " karangan Syeikh Abdullah Naseh Ulwan untuk dikhatamkan oleh kita semua termasuklah anak-anak remaja dan gadis yang sedang menanti lamaran.

Telaahlah buku ini!

Begitu juga buku Dr. Fadilah Kamsah tentang cara mendidiki anak Cemerlang, Anak Cemerlang, Mendidiki Generasi Gemilang oleh Zuhriah Mohd Juoi, Wahai Ibu, Bimbinglah Tangan Anakmu ke Syurga oleh Ibnu Muhammad El Fandahani dan banyak lagi buku-buku yang bermutu hasil tulisan Ustaz Zahazan iaitu Anakku Hebat Anakku Soleh , juga boleh dijadikan panduan untuk kita semua.


Buat bakal2 ibu atau yang kali pertama bakal menimang cahaya mata, janganlah menunggu setelah kita disahkan hamil barulah mula nak menimba ilmu tentang kehamilan dan pendidikan anak2. Tak rugi kalau kita bersedia lebih awal sebelum berkahwin. Sesungguhnya anak adalah rezeki dan nikmat dari Yang Maha Esa, cuma cabaran buat kita Umat Islam ialah mendidik mereka menjadi Generasi Rabbani yang akan teguh memayungi bumi dengan Nur Ilahi.Sama-samalah kita renungi ayat ini :


" Sesungguhnya harta dan anak-anak kamu adalah fitnah, dan di
sisi Allah ganjaran yang besar" - Surah al
Taghabun:15.


1 comments:

Salam ziarah k na,
Alhamdulillah akhirnya dapat membaca tulisan k na.
Teruskanlah menulis, moga idea k na dapat dimanfaatkan oleh insan lain.
Selamat Maju Jaya