AMANAH PEKERJAAN...

Minggu ini , saya tak dapat nak berkongsi apa-apa cerita, pandangan atau sekilas pandang, kerana mesti selesaikan kewajipan yang perlu diaula kan " aham minal muhim" , berdasarkan Fiqh Aulawiyyat, kita mestilah peka dan mengambil kira apa jua faktor yang berkaitan dengan sesuatu keadaan. Tidak wajar kita hanya mengambil satu pendekatan dan melupakan apa jua condition yang berkaitan dengannya. Jadi, apa yang penting buat minggu ini sehingga tarikh 24hbApril , ialah saya mesti habiskan secepat mungkin marking papers of final exam, semester 11, session 2008/09 - kalau tidak .....tunggulah memo dari pihak Deparment. Bukan kita takut kepada pihak atasan atau bos, tetapi kita perlu merasakan itulah amanah dari pekerjaan kita, lebih-lebih lagi seorang guru, pensyarah dan apa jua pekerjaan, cukuplah Allah Taala yang menjadi cctv kita إن الله بصير بالعباد
Jangan sesekali kita lupa, bahawa Allah Taala yang bersifat Maha Melihat dan Maha Mendengar sentiasa mengawasi setiap amal perbuatan hamba-hambaNya baik maupun buruk. Segala gerak hati jua dalam pengetahuanNya. InsyaAllah, sekiranya ada ruang waktu dan sedikit idea, saya teruja untuk mengupas tentang topik ini. Sejauh mana kita beramanah dengan tugas dan kerjaya kita.

Read More......

Tarbiyatul aulad -Muqaddimah


Anak-anak, permata hati ... merekalah anugerah yang amat bernilai dari Allah Taala kepada hamba2Nya. Bahkan tidak lengkap sebuah rumahtangga, muram suasana tanpa gelak ketawa anak-anak. Bayangkan ramai pasangan yang terpaksa menanti bertahun-tahun, setengahnya sehingga lebih 10 tahun, akhirnya mereka terpaksa Yaqin dengan Qada' dan Qadar Allah mengambil anak angkat dll. Manakala setengah pasangan pula tidak sempat nak plan ' kehamilan' dan ia datang hampir setiap tahun.

comelnya anak ini ...

Itulah apa yang telah saya lalui sendiri, di saat bergelumang dengan tekanan demi tekanan untuk menyiapkan pengajian peringkat Phd, bergelumang dengan buhuth@ assignments semasa di peringkat coursework, kemudian menyiapkan thesis, saya terpaksa mendidik hati agar terus bersabar dan bertawakkal menerima rezeki dari Ilahi. Jangan suu zann atau terdetik rasa marah dengan ketentuan Nya. Alhamdulillah, akhirnya sepanjang Phd, 3 kali saya bercuti bersalin, bahkan belumpun habis pantang 40 hari, dah mula masuk pejabat dengan baby sekali.

Pernah juga hati ini terkilan .... apabila pernah kedengaran soalan dari orang yang tidak mengenali saya : siapa dia yang anak ramai tu? Apapun, kehendakNya jua, kita hanya sekadar berusaha dan terus bertawakkal. pasti ada hikmah yang tersirat.

Kembali kepada topik " anak @ zuriat", pastinya menjadi bahan perbualan para ibu, sama ada seorang surirumah, atau juga career women. Itulah dunia wanita sejati, persoalan mengenai anak-anak dan suami, mesti menjadi bahan perbincangan, soal jawab atau sekadar bertanya kadar : Anak-anak sihat ke? atau kita terserempak dengan kawan lama, pasti terkeluar soalan: Anak berapa orang dah?


Di ruangan ini, saya hanya sekadar ingin berkongsi idea, pandangan dan mungkin meluahkan apa yang terbuku di hati dan bermain di minda. Masa kita belum kahwin, kita macam tak kisah sangat nak tanya orang-orang yang lebih dewasa soalan seperti : susah tak nak jaga anak? kalau di tanya pun hanya sekadar perkara yang berkaitan dengan kesihatan, penjagaan bayi dll. Suka saya tegaskan di sini khusus kepada nak-anak remaja atau gadis yang belum berkahwin, apapun status anda, jangan merasakan ini soal kecil, atau lambat lagi nak kahwin.. ingat ! bukan selepas kahwin dan mengandung barulah terkial-kial cari buku pasal anak-anak dan pendidikan untuk mereka.


Saya syorkan buku " Tarbiyatul Aulad " karangan Syeikh Abdullah Naseh Ulwan untuk dikhatamkan oleh kita semua termasuklah anak-anak remaja dan gadis yang sedang menanti lamaran.

Telaahlah buku ini!

Begitu juga buku Dr. Fadilah Kamsah tentang cara mendidiki anak Cemerlang, Anak Cemerlang, Mendidiki Generasi Gemilang oleh Zuhriah Mohd Juoi, Wahai Ibu, Bimbinglah Tangan Anakmu ke Syurga oleh Ibnu Muhammad El Fandahani dan banyak lagi buku-buku yang bermutu hasil tulisan Ustaz Zahazan iaitu Anakku Hebat Anakku Soleh , juga boleh dijadikan panduan untuk kita semua.


Buat bakal2 ibu atau yang kali pertama bakal menimang cahaya mata, janganlah menunggu setelah kita disahkan hamil barulah mula nak menimba ilmu tentang kehamilan dan pendidikan anak2. Tak rugi kalau kita bersedia lebih awal sebelum berkahwin. Sesungguhnya anak adalah rezeki dan nikmat dari Yang Maha Esa, cuma cabaran buat kita Umat Islam ialah mendidik mereka menjadi Generasi Rabbani yang akan teguh memayungi bumi dengan Nur Ilahi.Sama-samalah kita renungi ayat ini :


" Sesungguhnya harta dan anak-anak kamu adalah fitnah, dan di
sisi Allah ganjaran yang besar" - Surah al
Taghabun:15.


Read More......

April Fool... jangan tertipu dengan agenda Jahiliyyah

Alhamdullillah, setelah selesai banyak tugas routine yang mesti dilakukan oleh sesiapa saja yang bergelar lecturer... marking midterm papers, assignments, conduct Imtihan Syafawi and keep in all the marks... lega rasanya, dapat selesaikan semuanya, sebelum final exam, This semester 11, session 2008/09, revision week just 2 days 1 -2 April, Then, after that the Final exam will start 3- 19 April.

MasyaAllah! Bermula pulalah marking papers. Azamku, selepas tu bolehlah buat banyak benda yang sekian lama tergendala. Pelbagai agenda tenggelam timbul di kotak fikiran, semuanya mengganggu konsentrasiku untuk siapkan marking papers. Ya Allah!.Banyak buku-buku yang terabai tak sempat nak baca, beli tapi terpaksa ketepikan dulu sehingga ada sedikit kelapangan.

Inilah kehidupan manusia kini, semakin modern seolah hidup mereka sentiasa mengejar masa, dan kebanyakannya berkaitan dengan kehidupan duniawi, urusan dengan manusia yang tak pernah selesai. Apapun, sebagai Muslim, kita jangan lupa niatkan segala urusan kita untuk kebaikan Agama dan kebaikan yang digalakkan oleh Islam sebagai manhaj Hidup. Moga hidup ini akan sentiasa memberikan kita kebaikan kerana kitalah yang mencorakkannya selagi kita tetap istiqamah di atas kebenaran.

Kesempatan yang ada, terlintas nak ziarah Website Sheikh Yusuf Qardawi, seorang Ulama' yang sangat kukagumi kehebatan ilmu dan keberaniannya menghadapi apa jua tentangan musuh-musuh Islam, dengan suaranya yang lantang, Sheikh Qardawi sentiasa hidup membetulkan segala kesilapan Umat Islam, tak kira martabat darjat keturunan, tanpa kita golongan atasan maupun bawahan, pemimpin umat yang lalai dan zalim, sehinggalah kepada golongan awam yang jahil tentang Islam ... semuanya ditegur oleh beliau.



MasyaAllah, semoga Allah panjang umur Sheikh. Apa yang menarik dari beberapa perkara yang ditegur oleh Sheikh pada bulan April ni isu April Fool, malahan Sheikh Qardawi menggunkan istilah "Kazibah April ", penipuan di bulan April, betapa mudahnya Umat Islam tertipu dengan permainan musuh-musuhnya terutamanya isme-isme dan corak hidup yang diimport dari barat, tak sebarang saringan, kita menerima tanpa banyak soal apa saja yang didendangkan oleh masyarakat barat, yang semakin jauh dari Hidayah agama, Sheikh dengan lantang menyatakan April itu hakikatnya satu pembohongan dan unsur 'bohong', tipu dan seterusnya mendatangkan keburukan dan perbuatan sia-sia.
Betapa sebahagian Umat Islam merasakan ianya satu bentuk hiburan, tanpa kita sedar ianya adalah akhlak buruk yang tidak pernah diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW, Ya Allah, jauhkanlah kami dari perbuatan sia-sia dan membawa keburukan ,tunjukkan kami jalan kebenaran dan istiqamahkan lah hati kami berpegang dengan Agama ini tanpa sebarang keraguan dan jauhilah kami dari makar @ tipu muslihat musuh-musuh AgamaMu!. AMIN.

Read More......