khalati69

Tanyalah Ustazah (Generic Promo)




Alhamdulillah, sedikit ilmu yang ada kita kongsikan dengan para Muslimin dan Muslimat, meskipun penglibatan pendakwah Wanita seringkali menuntut pengorbanan masa dan tenaga, namun demi untuk sama2 membangunkan Ummah ini, para ustazaat amatlah dituntut untuk istiqamah melaksanakan amanah Ilmu ini, InsyaAllah gandingan tenaga2 asatizah akan merancakkan medan dakwah Islam yg amat luas. Rabbuna Yassir umur ana ....   

Read More......

kelas 7hbmei.tafsir al mulk.surah al qalam.wav - 4shared.com - perkongsian muzik dan mp3 - muat turun








Alhamdulillah, sedikit perkongsiaan ILMU, kepada sesiapa yang ingin mentadabburkan ayat2 Allah SWT, Tafsir Surah al Mulk dan al Qalam. Kelas RKQS 1046A, Dirasah Fil al Qur'an, marilah kita berusaha untuk memahami kalam Ilahi, sekian lama kita membacanya, sekian ramai juga Umat Islam berasa cukup sekadar khatam al Qur'an ....

kelas 7hbmei.tafsir al mulk.surah al qalam.wav - 4shared.com - perkongsian muzik dan mp3 - muat turun

Read More......

Free Anwar 901 Rally



Tarikh 9hb Januari, 2012 ....

Sekali lagi tercipta sejarah dalam kanvas politik tanah airku, pastinya seluruh hamba rakyat ternanti2 keputusan para hakim tentang kes sodomi DSAI, ujian demi ujian dilalui beliau sekeluarga dengan cukup tabah. Cukup kagum apabila saya membaca beberapa interview yang pernah dipaparkan dalam majalah dan beberapa akhbar pembangkang tentang kecekalan hati isteri DSAI, iaitu Datin Seri Wan Azizah. Bukan calang2 'wanita' yang mampu berada di sisi suaminya sepanjang laluan berduri sejak tahun 1998 lagi. Ohh, saya sendiri sebagai seorang isteri dan ibu, tidak mampu membayangkan kepedihan dan kesedihan yang pastinya bersarang di hati beliau, kekuatan dalaman yang pastinya bukan sedikit untuk menjadikan beliau sehebat itu.

Seawal 8 pagi, saya menuju ke kampus UIA. Saya diselaputi debaran sepanjang berada di dewan Banquet, kerana menjalankan tugas sebagai 'invagilator' dalam final exam. Apa yang sedang berlaku di lokasi yang akan mengistiharkan suatu keputusan penting buat seluruh Umat Islam yang memahami apa ertinya 'kezaliman' yang berupa fitnah terhadap maruah seorang insan. Perasaan saya tak dapat saya share dengan sesiapa kerana tiada teman yang sesuai untuk sekadar bertukar2 pandangan. Tiga lecturers lelaki ( foreinners) bukanlah rakan bicara yang selesa buat saya, sekadar bertukar salam dan bertanya khabar.

Ketidaksabaran saya akhirnya terubat jua bila pulang ke rumah kira2 jam 5pm, barulah boleh buka internet dan membaca info2 yang memenuhi ruang siber. Hasbuna Allah wani'mal wakil. Sesungguhnya Allah tidak sekali2 menzalimi hamba2Nya yang ikhlas dan sabar dalam menempuh ujian dunia ini. Semoga ini titik permulaan yang baik bagi tahun 2012, menjelangnya PRU 13. Demi kebaikan untuk Islam, dan negara tercinta ini, limpahilah rahmatMU ya Allah kepada para pejuang kebenaran dan keadilan untuk menjalankan amanah dan tanggunjawab demi kebaikan sejagat.

Read More......

(HOT) DATO SERI Doktor Arkitek Di Soal Dalam Kubur - Ustaz Azhar Idrus

Read More......

Koleksi Ringkas Pidato Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453




28 Mei, 2011...... Alhamdulillah,berkesempatan saya menghadiri seminar ini sekali pun banyak hambatan2 komitmen yang pelbagai. Namun, kedaya mungkin saya berazam tidakm melepaskan kesempatan ini, lebih2 lagi ianya diadakan di UIAM, Gombak.

Seorang tokoh, Muhammad al Fateih, mestilah diidolakan semula sebagai tokoh yang dilahirkan di abad 15M, di saat2 ISLAM tidak putus2 mengharungi pelbagai cabaran zaman, serangan musuh dan makar al yahud wa nasara. Teruja untuk mengenali M. Al Fateih ini terutama setelah Pak Talip telah mengeluarkan buku Novel sejarahnya tentang Muhammmad Al fateih.

Ya, masih banyak rahsia2 kehebatan tokoh ini yang mesti diteladani oleh generasi muda hari ini, lihatlah kepada sejarah gemilang ummat Ilsam bukan untuk sekadar untuk dibangga2kan, malahan yang paling penting kita mestilah menyelidiki sisi2 kekuatan dan tarbiyyah yang telah dilengkapinya untuk mejadikan beliau tokoh yang menggegarkan kuasa konstantinopel. Mei 1453H, tarikh keramat yang sepatutnya dijadikan keraian Umat Islam sepanjang zaman.


Terima kasih ustaz Syaari dan teamnya yang bersungguh2 untuk mengenengahkan tokoh Uthmaniyyah ini .... moga jejaknya akan menjadi pendorong kepada generasi hari ini untuk tidak memandang kelemahan diri dan keangkuhan musuh.

Read More......

Maurice & the Pharaoh- Part_02.mpg



Sesungguhnya manusia hanya mampu menggunakan segala indera kurniaan Allah kepada mereka. Namun berapa ramai yang benar2 ikhlas menerima kebenaran yang datang dari al Haq. Penjelasan Maurice Buccille amat tepat bahawa penglibatannya dengan kajian mumia Ramses II akhirnya membuahkan perasaan ingin tahu beliau tentang cerita tentang Musa dan firaun yang mengejar Baginda dan Bani Israel, akhirnya mati lemas di laut Merah. Sesungguhnya Allah memelihara mayat Firaun dan kemudiannya diawet mengikut tradisi Mesir kuno.

Sebagai saintis, keinginan membuak2 Maurice telah membawanya kepada Islam, bahkan beliau bertanya kepada Ulama' Islam sendiri tentang faktayang sama termaktub sejak 1400 tahun dahulu di dalam al Qur'an. Sedangkan Umat Islam telah sekian lama beriman dan percaya bahawa kematian firaun jelas lagi tepat mengikut al Qur'an, bahkan tiada sebarang percanggahan di antara fakta dan penemuaan baru sains dan nas2 al Qur'an.

Apa yag jelas lagi pasti, manusia yang hidup di abad 20-21 ini telah melihat pembuktian sains barat sendiri bahawa tidak ada satu fakta atau maklumat pun yang Allah khabarkan di dalam KitabNYA bercanggah dengan kebenaran. Jadi amat malanglah jika manusia masih lagi mencari2 kebenaran Islam dan al Qur'an sebagai kitab panduan hidup manusia sejagat hingga ke hari kiamat.

Read More......

Maurice & the Pharaoh- Part_01.mpg



Maurice Buccaille, seorang ilmuwan yang telah mencipta satu sejarah hebat untuk membuktikan ISLAM adalah Agama ALLAH, al Qur'an adalah kalam suci bukannya ciptaan RasulNYa Muhammad SAW. Rupa-rupanya beliaulah yang telah berjaya membuktikan bahawa kematian Ramses II, firaun yang hidup di zaman nabi Musa A.S. Beliau menemui tanda kematian firaun Ramses adalah disebabkan lemas di laut, dan 'garam laut' masih terdapat di dalam sekujur mumia Ramses II itu. SubhanaALLAH, itulah kekuasaan Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaanNYA yang Maha Agung, dan semua makhluk hanyalah hamba2 dan makhluk2 ciptaanNYA sahaja. Setiap firaun, raja, emperor yg nama2 mereka hebat tercatit dalam lipatan sejarah ketamadunan manusia zaman berzaman, semua mereka telah menemui ajal masing-masing. Sesungguhnya Maurice telah berjaya membuka minda para ilmuwan lain yang mungkin sezaman dan selepasnya yang masih mencari2 bukti saitifik tentang kebenaran isi kandungan Al Qur'an. Insafilah wahai manusia .....

Read More......