BANGKITNYA ANAK2 BUMI KINANAH!


Siapa sangka ...... Revolusi Melur @ Jasmine di Tunisia merebak ke Mesir! Pastinya ia juga akan merebak ke Yaman, dan beberapa negara teluk yang lain.


Firaun abad 21 mesti di tumbangkan segera ?

Setiap kali melihat apa2 berita dan cerita tentang bumi yang juga dikenali dengan "Aardhil Kinanah" , hati ini seakan dicengkam kerinduan yang sukar diungkapkan. Hampir 12 tahun bumi itu telah ku tinggalkan, dari tahun oktober 1988 hingga Mei 1990, saya menjadi salah seorang penghuni di Hayyu Sabi'.


Masih terbayang Hayya Sabi', Hayyu Asyir, Hayyu Thamin dan Mahattoh 12, .... beberapa nama tempat penempatan sebahagian pelajar2 Melayu iaitu beberapa 'Hayyu' yang masih segar dalam ingatan saya. Meskipun hanya berpeluang hampir dua tahun sahaja berada di bumi Mesir ( Hayyu Sabi' ), saya tetap rasa bertuah kerana dapat mengenali kehidupan masyarakat Arab dan mengenali budaya hidup mereka, serta sempat juga berkenalan dengan beberapa banat misriyyat. Terkejut juga saya bila media melaporkan bahawa jumlah penuntut Malaysia di Mesir mencecah 11,000 lebih. Ramainya! Patutlah rata2 rakyat Mesir amat mengenali rakyat " Maliyzi' yang menumpang di negara mereka demi mencari Ilmu di Jami' Azhar dan Jami'ah yang lain seperti Alexandria, Mansourah, Cairo dll.


Sekilas ingatan .....
Masih ingat lagi ketika saya dan beberapa sahabat2 yang bergerak secara berkumpulan, dari 3- 5 orang setiap kali kami ada urusan @ shopping di Bandar Atabah dan Syari' Mushyki. Bandar Muhaddithin, Abbasiyyah, di antara beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia di sana. Masih saya dapat bayangkan suasana yang sentiasa sesak dengan orang Arab samada mereka penjual atau atau pembeli. Setiap kali berada dalam kesesakan di jalan dan pasar, saya sering bertanya pada senior ( kakak2) , kenapa agaknya orang Arab ni ramai sangat? Seolah2 keadaan mereka samalah seperti kita di Kuala Lumpur @ bandar2 besar di tanah air sibuk nak beraya esok hari!.



Sebuah kebangkitan, satu harapan .....


Bila saja bermulanya episod " demostrasi besar2an ' di Medan Tahrir pada 25 Januari, suara rakyat Mesir yang sekian lama tertindas di bumi sendiri sudah menjadi ibarat nanah yang tidak boleh diubati lagi dengan ' pain killer'. Tempoh 30 tahun sudah cukup untuk Housni Mubarak membina empayar kekayaan dan ngah mentadbir Mesir penuh dengan kesombongan dan keangkuhan ala Firaun. Bagaikan dia Firaun abad 21 !


Seterusnya gelombang kebangkitan rakyat Mesir rupa2nya 'tsunami' yang hanya beberapa hari kemudian terus merebak ke hampir seluruh bandar2 besar di Iskandariah, Mansurah, Ismailiyya dan lain2. Ya, bumi Mesir yang amat saya rindui, seakan saya dapat merasakan ianya ibarat suatu letupan yang sekian lama menunggu saat2 gegarannya yang akan dirasai oleh seluruh penduduk dunia. Hari ini dilaporkan di akhabar2 tempatan sudah masuk hari ke 10, protes rakyat yang merakyat dan terus disokong oleh hampir semua lapisan masyarakat ...... mungkin dari 'bawwab' yang menjaga bangunan2 sehingga golongan elit dan cendikiawan seperti Al Baradei ! Hebat dan sungguh hebat. Sesungguhnya Allah pasti menjaga AGAMA ini dengan memenagkan kebaikan di atas kemungkaran.


Di awal kebangkitan rakyat Mesir menumbangkan Mubarak, maka sibuklah pemimpin2 dunia , Obama, Hillary Clinton dll, seakan2 mereka amat sayangkan seorang Mubarak yang bersikap amat setia menjadi kawan baik mereka. Pesiden USA, Obama misalnya, dilihat berlagak seakan penasihat setia kepada Mubarak agar dia mendengar pandangan rakyatnya, jangan berkasar dengan mutazohiriin , dan memintanya melakukan perubahan demi kebaikan rakyat yang rata2 nya cukup menderita sepanjang 30 tahun di bawah pentadbiran Housni.



Teringat saya buku Zainab Al Ghazali, al daeiyyah yang cukup terkenal dengan kekentalan semangatnya ketika mana beliau berada di dalam penjara Gamal Abdul Naser, bukunya yang berjudul " Al Bathsu Min jadid " beliau menyatakan bahawa kebangkitan pasti akan berlaku sekalipun tangan2 yang menghalangnya amat kuat lagi ramai supportersnya. Sesungguhnya kebangkitan rakyat buka semata2 kerana desakan ekonomi, atau faktor kebejatan moral para elit yang menguasai kekayaan bumi Mesir, bahkan yang lebih berbisa jika kebangkitan itu adalah satu tanda kebangkita jiwa2 dan ruh Ummah Islam untuk kembali menegakkan Syariatullah fil Ardh.



Masih terbayang di mata ini menyaksikan golongan rakyat miskin lagi amat dhaif kehidupan mereka, dengan pakaian mereka yang selekeh dan anak2 yang terbiar. Pernah sekali tak sanggup melihat anak2 bawwab yang seakan terliur melihatkan kami membeli 'yogout' dan bahan2 makanan, sehingga saya sedekahkan sedikit kepada mereka. Jelas kegembiraan di wajah2 anak2 yang tidak berdosa,


Biarlah apa yang berlaku di Mesir sekarang ini adalah satu kebangkitan yang akan diisi oleh " ISLAM' , moga pemimpin2 Ikhwanul Muslimin akan mengambil peluang keemasan ini untuk menjadikan ISLAM sebagai the only solution dan pemimpin2 yang berjiwa AGAMA akan mengambil amanah untuk mengembalikan hak2 rakyat sekian lama tertindas. Namun situasi belum dapat dipastikan kerana kuasa2 besar dunia seakan siap siaga untuk menggerakkan proksi2 mereka menyusup bagi mengambil tempat si Presiden yg bakal tumbang bila2 masa saja. Hari ini ( 6/feb) Berita Awani menyebut Obama telah menukar suara mereka seakan menyokong Mubarak untuk menenangkan keadaan. Jelas menampakkan kuasa2 Kuffar dan zionis amat 'terancam' kiranya gerakan Islam mampu mengambil alih pentadbiran Mesir selepas era Mubarak.
Akhirnya, tiada doa selain kembali kepada Rabbul A'lamiin .... Hanya DIA yang Maha Mengetahui , sesungguhnya perjunagan untuk mengembalikan keagungan ISLAM mestilah bermula dengan penyatuaan UMMAH dan sejarah di zaman Salahuddin Al Ayubi telah melakarkan kuasa ISLAM bermula di bumi Kinanah dan akhirnya barulah bumi Al Quds dapat dibebaskan.
Irhal irhal ya Mubarak, was qut Mubarak .... itulah laungan2 di Medan Tahrir.

Read More......

Bila Usia Menjelang Empat Puluh… : Minda Tajdid

Bila Usia Menjelang Empat Puluh… : Minda Tajdid

Read More......

MY JILBAB ... MY BEAUTY



20 januari, 2011 , Thaipusam Day ...... nak tak nak kena berkurung dalam rumah, hari ni dah diistiharkan cuti bagi Wilayah dan beberapa buah negeri yang mempunyai bilangan penganut Hindu yang agak ramai. Dari minggu lepas lagi penganut Hindu telah menjalankan upacara 'agama' mereka seperti Hari Ponggal .


Apa lagi bila tinggal di area Gombak dan berdekatan Batu Caves ...... memang berada amat dekat dengan pusat 'Ibadah' mereka, memang nahaslah kalau outing pada hari tersebut.



Oh, saya benar2 nekad untuk menghabiskan membaca MA Thesis yang telah diberikan oleh my Department, sepatutnya hanya tiga minggu sahaja bagi second reader/examiner membacanya, kemudian dihantar semula kepada si penulisnya. Kali ini thesis yang sampai ke tangan saya adalah hasil kajian /tulisan seorang pelajar perempuan berasal dari Arab Saudi. Penat juga nak habiskannya!.


Lebih kurang jam 11.00 tengahari, satu panggilan dari seorang Ustaz ( Abdullah ) yg tak saya kenali memperkenalkan dirinya, kemudiaan memohon agar saya dapat mengisi kekosongan sebuah program kerana penceramah yang telah dijemput ada keuzuran. MasyaALLAH ...... berat hati saya untuk menyanggupinya , teringat thesis yang belum dibaca, paling tidak saya kena selesaikannya sehingga separuh.


" Oklah ustaz , macam nilah, saya tak dapat lagi nak beri kata putus 'setuju', cuma harapnya salah seorang dari penganjurnya hubungi saya segera" .


Hati saya benar2 sukar untuk mengatakan TIDAK.


Ohh! Pada masa yang sama inilah juga masanya saya nak menyampaikan sedikit peringatan dan pesanan kepada warga pelajar IIUM yang hadir nanti.


Dengan keadaan suara saya yang masih serak2 basah, kerana mungkin kepenatan setelah dua kali terpaksa ke Trengganu untuk urusan anak ke2 memasuki Sekolah Imtiyaz di sana.


Seterusnya seorang student, Aishah call saya dan akhirnya setelah berbincang tentang nature program dan audiens yang bakal hadir, maka saya dengan berat hati 'bersetuju' untuk menggantikan tempat Puan Fatimah Syarha, seorang penulis muda yang saya kagumi juga kerajiannya menghasilkan karya2 Islamic.


Mulalah persiapan saya memcari bahan untuk tujuk yang cukup mengancam :
" MY JILBAB IS MY BEAUTY "






Alhamdulillah, nasib baik saya memang pantang melihat buku2 yang bertajuk wanita dan permasalahannya samada dari sudut Agama, sosial dan kemasyarakatan .... pasti saya ikhtiar juga untuk membeli dan memilikinya.



Syukurlah kerana buku Risalah Usrah ( Jilid3)- Wanita & kekeluargaan, tulisan Abu Urwah amat saya sayangi dan jadikannya bahan yang amat membantu saya mengingati aspek2 penting bila memperkatakan tetang masalah wanita Islam@ Muslimah, sistem Hijab, tanggungjawab dan hak2 wanita dalam perundangan Islam. Begitu juga saya membelek2 berulang kali buku Hijab Wanita Muslimah, oleh Dr, Muhammmad Ismail M, terjemahan M.Q. At Timori Fernandanz, cetakan 2004. dicetak oleh Perniagaan Jahabersa.



My Jilbab & hijabku ...


Ya ... Isu ini seringkali dikupas dan diwacanakan dalam banyak program2 di IPTA/S dan juga di masjid2 dalam kelas2 pengajian Muslimah. Jadi, saya mula berfikir bagaimana nak jadikan tajuk ni something " attractive? " ......... apakah berbaloi isu Jilbab atau hijab dibicarakan berulang2 kali tanpa melihat kepada pokok kepada permasalahan yang utama.



Alhamdulillah, ramai sudah Muslimah yang terbuka hati untuk meletakkan tudung di kepala biarpun hanya bermula dengan selapis kerudung yang nipis dan masih menampakkan sanggul atau assesori yang berlebih2an. Juga sudah menjadi fenomena baru di tanahair dengan munculnya tudung " Arini' dan sejenisnya yang kadar harganya sehingga RM100+ sehelai! Bagaimana nak meraikan kesedaran yang telah muncul di kalangan2 kaum wanita untuk bertudung ..... namun sebenarnya masih memerlukan kefahaman yang sebenar tentang tuntutan Penutupan Aurat Muslimah @ Hijab Muslimah.



Masa pun tiba.....



Seusai waktu Maghrib, saya bersiap ke UIA, menuju ke LT4 .... ya di Bangunan IRK. Jadi tak perlulah pihak AJK program nenunggu kedatangan saya.


Terasa amanah yang amat berat mesti saya sampaikan tanpa berselindung lagi kepada para hadirat yang datang. Terkejut juga melihatkan kehadiran yang memenuhi lecture hall tersebut, bahkan tidak cukup kerusi yang sedia ada .... ia satu fenomena yang amat2 jarang berlaku pada program Agama di UIA sendiri kecualilah tajuk program yang mendekati isu " Cinta di IPTA" atau senada dengannya. Syabas juga pada pihak penganjur Volunteer of IIUM Mosque... mungkin tarikan pada penceramah asalnya iaitu Fatimah Syarha bukannya saya penggantinya untuk malam itu.



Dengan suara serak yang terpaksa di keluarkan sebaik mungkin, saya sedikit gementar pada awalnya, dengan mengalu2kan kedatangan para hadiraat.... sekalung tahniah buat yang hadir , ya.... itu tanda keprihatinan mereka untuk 'ambil tahu' tentang Jilbab mereka.




Muslimah ...... kasih sayang Allah telah menurunkan syariat dan perundangan untuk melindungi Kaum Hawa dari apa jua jenis kemudharatan pada diri dan maruah mereka. Jadi apabila Allah menyebut perkatan MUSLIMAH kenapa ada perkata Islam di situ, dan apabila disebut MUKMINAH ada perkataan Iman disitu ...... Alangkah indahya Islam sebagai satu2nya Agama yang datang untuk menyelamatkan manusia dari kejahatan kepada kebaikan, dari kemudaratan kepada Keselamatan dunia dan akhirat. Saya amat2 mengharapkan akhawat/hadiraat memahami apa yang saya cuba sampaikan.



Muslimah tidaklah perlu mengikuti gaya dan budaya masyarakat bukan Islam khususnya di barat. Jika dilihat dari lifestyle mereka yang seolah2 tidak lagi memerlukan AGAMA untuk memandu hidup mereka, apatah lagi dalam bab pakaian dan menjaga kehormatan diri. Bagi mereka, setiap individu bebas untuk memilih gaya pakaian masing2, dari gaya artis2 mereka yang lebih liar dan memualkan seperti Lady Gaga yang tampil dengan fesyen pelik dan eksotik!

Marilah kita renung Ayat2 Allah Taala yang diturunkan demi untuk kebaikan hidup manusia sejagat, terutamanya dalam Surah Ahzab 59 , dan juga Surah AnNur 30-31, yang padat dengan taujihaat rabbaniyyah khusus untuk Kaum Muslimah menjadi maruah mereka sebagai seorang wanita yang berAGAMA dan menjaga kehormatan mereka dengan panduan Agama.

Ayat 59 ,surah Al Ahzab :


Jelas sekali perintah dari Tuhan Rabbul A'lamiin tidak boleh dipandang enteng .... perintah yang jelas sifatnya : " Wahai Nabi, Katakanlah kepada Isteri2kamu, anak2 perempuan kamu dan kaum wanita ( isteri kepada orang2 yang beriman ) agar mereka melabuhkan di atas kepada mereka dengan Jalabib - jilbab ... supaya mudah untuk mereka dikenali dan mereka tidak akan diganggu, dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"



Sesunggunya nas dengan lafaz 'sorih' ini tidak boleh dipertikaikan dengan apa hujjah akal sekali pun kerana ianya telah difahami oleh Para sahabat dan sahabiyyah yang terus menutup kepala mereka dan menjaga aurat mereka dengan sebaik2nya, dan ianya sebagai tanda ketaatan kepada perintah ALLAH yang tak layak dibankang.



FITNAH WANITA?


Hadis Nabi SAW :




ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء


" Tidaklah aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" .


Perkara ini tidak boleh disangkal lagi ..... pelbagai tarikan yang Allah kurniakan pada kaum Hawa, keindahan yang amat dikagumi oleh kuam adam. Secara tabieinya, Muslimah mestilah meletakkan diri mereka sebagai makhluk yang dimuliakan Allah SWT. Tiada penghormatan yang setinggi ini diberikan kepada kaum wanita sebagaimana yang Allah berikan kepada mereka setelah kedatangan Risalah Islam yang terakhir, dibawa utusan Nabi SAW.

Pesanan demi pesanan bagaikan wasiat Baginda SAW kepada Muslimah sehingga akhir zaman, agar jangan dilupai bahawa api Fitnah Wanita takkan padam, maka amat wajarlah Muslimah menjaga kemuliaan dan kesuciaan maruah mereka dengan menjaga Aurat atau pastikan hijab mereka menepati tuntutan Syara'. Jangan dek kerana fesyen, trends semasa yang seolah2 disengajakan untuk memancing nafsu wanita kepada items, materials sehingga sukar sekali untuk menolaknya.


Berapa ramai Muslimah yang telah melakukan perubahan ke arah penutupan Aurat mereka tetapi masih tidak menyempurnakannya berpandukan kepada tuntutan2 Syara' itu sendiri. Contohnya pakaian ketat, nipis dan juga memancing mata2 keranjang sang lelaki buaya!


Buat akhirnya ... saya titipkan pesanan buat yang hadir .... marilah kita saling berpesan2 sesama kita kaum Muslimah atas dasar Ukhuwwah dan Mahabbah .... kita saling menegur sahabat2 kita yang masih 'lalai' dalam melaksanakan tutnutan Hijab Muslimah. Tidak salah sekiranya students juga menegur dengan cara baik kiranya ada di kalangan lecturers juga yang tidak melaksanakan tuntutan yang sama.


InsyaAllah... yakinlah kita dengan ganjaran yang Allah sediakan kepada orang2 yang mentaatinya dengan penuh keImanan dan ketaqwaan.


InsyaAllah .. kiranya setiap Muslimah menjaga Hijab mereka dan sentiasa melakukan muhasabah agar mereka tidak terpedaya dengan tipu daya musuh2 Islam yang sentiasa cuba menghancurkan Muslimah dan akhlaknya.


Semoga perkongsiaan ini secara tidak langsung dapat mengingatkan diri saya sendiri serta warga Muslimah IIUM untuk sama2 meningkatkan Rasa ketaatan dan Ubudiyyah yang mutlak hanya kepada Hukum Allah ... ya, Hanya hukum ALLAH.

Ila Liqa'




Read More......

Genius Aulad on TV al-Hijrah



First time melihat bual bicara tv al hijrah ..... setelah berjaya membuat carian di youtube, dapatlah saya melihat sejauh mana tvalhijrah menjadi tv alternative kepada Umat Islam di Malaysia, Sekian lama menunggu2 tv channel yang 100% yang meletakkan asas ISLAM dan ajarannya sebagai maudu' siaran penyiarannya. Dengan tajuk Genius Aulad, slot ini menemubual Puan Zaliza Alias tentang isu pendidikan anak2 Pra sekolah " Genius Aulad' berteraskan Islamic education dan menggunakan english medium .


Penghujung Disember 2010, saya dikejutkan dengan 'call' dari seorang wartawan tvalhijrah mohon kerjasama untuk menjayakan temubual tentang " buah tamar' sebagai salah satu buah yang disebut keistimewaannya oleh Al Quran. Agak berat hati juga nak meenrima jemputan tersebut kerana masa yang agak suntuk bagi saya menyediakan bahan2 yang berkaitan dengan buah tamar. Lebih2 lagi Semester 2 dah pun bermula, dan Alhamdulilah dengan pertolongan 'Mr google' adalah beberapa artikel yang ditulis dalam beberapa blog. MasyaAllah ...... semoga ianya menjadi perkongsiaan untuk semua .
Syabas tvalHijrah ...... mulakan langkah yang berani demi untuk kebenaran dan kebaikan yang ada pada ISLAM.

Read More......

Sanah 2011 .... azamku




Januari, 2011 ... hampir ke penghujung bulan Januari , kesibukan2 yang pelbagai, membuatkan saya tak kesempatan membuka blog dan menulis sesuatu sebagai buah tangan tahun baru. Kesibukan mengurus anak2 dan menyediakan persiapan sekolah mereka membuatkan ramai ibubapa asyik teringatkan budget yang perlu diteliti, apa yang perlu didahulukan , baju sekolah tahun2 lepas masih ok ke tidak, dan macam2 hal lagi. Tambahan pula anak yang kedua pula akan ke asrama di Terengganu. Maka bertambahlah senarai kesibukan saya yang tak kunjung surut.




Hinggalah saya terpanggil untuk menulis sesuatu sebagai peringat buat diri sendiri .... "MASA ITU EMAS, JIKA KAMU TIDAK MEMOTONGNYA, IA AKAN MEMOTONGMU " itulah bunyi pepatah Arab yang popular tentang masa dan ke'emas'annya. Tiada manusia yang akan kata dia tidak sibuk, hatta masa berehat pun kadang2 menjadi juga sebab 'sibuk'nya manusia.





AZAM TAHUN BARU .....


Moga belum terlambat jika saya ingin mencatatkan sedikit AZAM ..... agar ianya menjadi pencetus semangat buat saya untuk terus mengatus langkah ke arah yang lebih baik samada ianya melibatkan urusan peribadi, keluarga, kerjaya dan amal2 kebaikan untuk Agama ini.


1- Untuk diri sendiri, umur semakin meningkat usia, nikmat " hayat " telah diizinkan Allah menghirup udaranya menjangkau 42 tahun ! Sehingga saya katakan pada anak perempuan saya: " Ohh! Umi dah tua dah", terkejut bila uban pun dah ada seurat dua terselit dalam celahan rambut hitam. Mulalah terasa betapa cepatnya masa berlalu ...usia meningkat, dan amal masih terasa kurang.




2- Untuk family, saya mengharapkan tahun ini anak2 sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, ceria selalu di samping aktiviti akademik dan kurikulum anak2. Alhamdulillah, kesemua 6 orang anak telah bersekolah di Sekolah Menengah dan rendah.... dua telah melangkah ke Sekolah Menengah.


Yang sulung di Tingkatan 3, di Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas dan akan menduduki PMR tahun ini. Semoga tahun ini dia akan berjaya menghabiskan hafazannya sebelum exam di bulan September. Yang ke 2 pula berada di Tingkatan 1, di Imtiyaz Kuala Berang, juga menggunkan pendekatan Tahfiz Sains. InsyAllah, Allah SWT telah mempermudahkan lorong2 untuk anak2 lelaki saya ke Sekolah tahfiz kerana sejak awal saya mengandungkan mereka, tersemat secebis harapan @ impian agar anak2 yang bakal saya lahirkan adalah Huffazul Quran. Alhamdulillah ...... sejuk hatin ini bila melihatkan anak2 membaca al Qur'an dan sentiasa menjadikan Al Qur'an sebagai bacaan harian mereka. Moga 4 lari yang masih di sekolah Rendah Islam akan mengikut jejak langkah 2 abang mereka.




3- Kerjaya - bila melihat keaktifan sahabat2 /rakan sekerja di bidang pendidikan Tinggi, ya ... gerun juga memikirkan kedudukan saya yang 'tercorot' dalam senarai presenters or anttending seminar2@ conferences etc .... tahun lepas just sempat hadir satu je International Conference under Department Fiqh, kemudian target tak kesampaian bila kesibukan dengan kelas dan aktiviti dakwah/ mengajar di masjid. Sesungguhnya .... tanggungjawab lebih banyak dari masa, namun pandai2 lah empunya diri membahagi2kannya. Nampaknya saya kenalah mencabar diri sendiri ..... tahun ini saya mestilah lebih aktif mencari peluang untuk writing 0r doing academic research. Begitu juga plan ke Middle East tak boleh bertangguh lagi. Moga Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menongkah arus dan menyahut cabaran mendatang.




4- Tugas2 dakwah - Azam saya , tugas2 dakwah dan kerja2 untuk mengajak ke arah Maaruf dan Mencegah Mungkar mesti di tingkatkan. Tugas para Ilmuan Islam tidak terhenti hanya di kelas2 pengajian dalam kampus shj, malahan permintaan untuk hadir dalam kelas2 pengajian dewasa, kaum Ibu dan juga program2 keagamaan amatlah menuntut kominten yang banyak. Jika difikir2kan tentang sulitnya mencelah masa di antara tanggunjawab sebagai isteri, ibu dan pendidik di Pusat Pengajian Tinggi .... kemudian nak di tambah pula dengan aktiviti2 di luar "office hours", amat2 meuntut kesabaran yang tinggi.


Apapun, moga tahun ini allah sentiasa merahmati saya dan keluarga serta kaum Muslimin dan Muslimat di mana jua mereka berada. Marilah kita meransang diri kita dan masyarakat kita ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat.


Wa ila Liqa'.








Read More......

INGAT ALLAH DI MANA JUA ..... NASYID, Never Forget_ Maher Zain ft. Mesut Kurtis.wmv



Zikirlah dengan Kalimah La Ilahaillah ....

Seringkali manusia lupa,terlupa atau dilupakan dek banyaknya dorongan2 yang membawa manusia jauh dari Zikir kepada Khaliqnya ..... Nasyid ini benar2 menyuntik rasa keinsafan buat diri ini bila merasakan betapa kita kekadang banyak lali dan lupa untuk mengerjakan perintah allah sesempurna mungkin. Seringkali kita merasakan 'comfort zone' kerana kita telah MUSLIM , aku dah Islam dll .


Lupakah kita betapa kehidupan ini amatlah singkat, belum tentu kita sempat merasai duit pencen atau menimang cucu!


Tidak rugi jika kita sentiasa basahkan lidah kita dengan zikir2 mathurat yang banyak diperturunkan oleh Para Sahabat Nabi SAW. Kitab Al Izkar oleh Imam Nawawi contohnya adalah pusaka Umat Islam yang amat bernilai kerana penuh dengan pedoman2 untuk kita Uamt Muhammad SAW ini beramal dan mengikut doa2 dan zikir yang dituturkan oleh Lidah mulia Rasulullah SAW yang tidak sesekali mengandungi pendustaan.






Ajarkan juga anak2 kita zikir yang mudah 2 ..... doa yang simple2 agar mereka merasai keterikatan perbuatan mereka dengan pencipta mereka, Rabbul A'lamiin.
"Ummi ..... Musyid takutlah nak tidur", beritahu se kecil saya. " kenapa?" , saya terus bertanya dapatkan kepastian. Pelik juga kerana dia tak pernah pula cakap sedemikian.
" oklah .... kalah Mursyid takut, sebelum tidur baca Al Fatihah, kita baca sama-sama" , saya bagi cadangan dengan harapan tidaklah dia mengigau dalam tidurnya.


Anak2 sebenarnya mudah menerima nasihat jika kita pandai approach mereka kenapa kita perlu baca doa masuk bila air sebagai contoh. Bagaimana mereka dijanjikan keselamatan dari gangguan jahat makhluk2 yang suka menyesatkan manusia, jadi kalau mereka difahamkan apa rasionalnya baca doa masuk dan keluar tandas, baca doa makan, keluar rumah dan macam2 lagi ...... kita boleh jelaskan untuk keselamatan kita dari sebarang mudarat yang zahir dan batin. Makhluk2 halus seperti bakteria, virus adalah telah dibuktikan kewujudan mereka oleh Para saintis sekian lama, dan sudah tidak dinafikan lagi adanya bakteria baik dan jahat. Maka amat2 logiklah kiranya kita jelaskan pada mereka tiada sesiapa mampu melindungi diri kita dari makhluk2 yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia kecuali PENCIPTA YANG MAHA AGUNG!

Fazakkir , fainna Zikra tanfau mu'minin.




Read More......

Maher Zain Live In UIAM

Read More......