Abu Khater: Zawjati (Dear my Wife)





Fenomena penceraian yang amat membimbangkan, seringkali menjadi tajuk hangat di dada2 akhbar tempatan. Banyak kajian dibuat, banyak seminar dan forum dianjurkan, apakah tiada di sana sebarang langkah2 berkesan untuk mengurangkan jumlah penceraian yang berlaku .... hampir sebagian besarnya rumahtangga yang telah terbina dengan ikatan kasih sayang di awal perkahwinan.

Beberapa hari sebelum Hariraya Aidil fitri yang lalu, saya telah menerima sms dari seorang kenalan baru ( seorang ibu muda) yang bertanyakan hukum jika suaminya memintanya pulang kerumah ibubapanya .... MasyaAllah, bercampur sedih ... dan terkejut, saya hanya mampu membalas sms itu dari sudut hukum, adakah suaminya berniat 'cerai' ataupun tidak? Itulah salah satu babak2 yang menunjukkan betapa mudahnya kalimah talak@cerai dilontarkan oleh kaum adam pd isterinya.

Kejahilan melanda ummah ini, hawa nafsu diperturutkan ..... memang puncanya pelbagai, namun kita lihat faktor besarnya ialah kurangnya penghayatan Agama di kalangan anggota masyarakat sehingga banyak perkara dipermudah2kan tanpa melihat penyelesaiannya yang bersifat 'Agamawi'.

Islam datang dengan package yang amat sempurna, malangnya kita Umat akhir zaman ini sering pula menjuzu'-juzu2kannya sehingga kita hanya kembali kepada panduan agama apabila tersepit dalam masalah semata. Pokok pangkalnya, keindahan Islam itu dihijab oleh sikap2 orang Islam sendiri yang kurang mengambil berat tentang agamanya sendiri.

_________________________________

Nasyid dari seorang suami kepada sang isteri yang dikasihinya amat menyentuh kalbu, ..... anti habibati zaujati ..... dengan kecintaan suami pada isterinya, dan bertautnya kasih sayang keduanya atas dasar kecintaan pada Khaliq ... Itulah keindahan cinta abadi ... cinta hamba kepada al KHALIQ.




Apabila jodoh dipertemukan, ikatan diaqadkan, maka termeterailah satu ikatan suci di atas nama ALLAH Azzawajalla, agar kedua2nya menjaga segala hukum dan ketentuan 'Syariat' di atas rasa pengabdiaan padaNYA.



Perkahwinan di sisi ISLAM adalah Ibadah yang dikira pahala yang disediakan Allah Taala dengan syarat.... niat yang dimulakan di awal perkahwinan hingga akhirnya sebagai tanda ketundukan dan ketaatan kepada Pencipta Adam dan Hawa. Juga untuk melaksanakan tuntutan2 Agama demi menjaga kemaslahatan UMMAH dan memanjangkan umat Muhammad SAW sehingga ke akhir zaman.



InsyaAllah, yaqinlah kita, andainya perkahwinan di bina di atas keikhlasan dan kejujuran, ikatan hati akan dipelihara oleh pemilik hati itu sendiri.

Read More......

MY LOVE - MAHER ZAIN

Kasih ....

Hanya sandaran duniawi

jika hanya cinta yang bersalut nafsu

Kasih bergabung sayang

menyemai rasa cinta pada Yang Maha ESA

Indahnya bayangan rasa

Sesegar rasa kehambaan

tika sujud di sajadah cinta

Siapapun kita

berpaut pada Kasih Tuhan

Pemilik Langit, bumi dan alam semesta

Tiada upaya diri mu wahai insan

berdiri tanpa secuit kudrat

titipan Zat Yang Maha KUASA

Read More......

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله







AURA Maher Zain -2010


Kesempatan yang datang, secara tiba2 kedengaran melalui beberapa orang students yang memberitahu bahawa Maher Zain akan menyampaikan beberapa buah lagunya dalam program penutup sempena Konvo UIA tahun ini. Sebelum itu, tak ada pula ura2 tersebut.


Sebagai ibu yang berdepan dengan anak2 yang sedang meningkat ke usia remaja, terasa amat berat untuk memantau pergerakan dan minat anak2 terhadap apa jua bentuk hiburan yang ada di media2 massa tanahair. Kadang2 saya akan mencuri2 dengar apa yang mereka dengar dan tonton , supaya tidaklah mereka berada dalam budaya 'lagha' yang semakin menjadi2 di seluruh pelusok dunia. Anak kedua, amat meminati nasyid Maher Zain sehingga saya sendiri tertanya2 .... istimewa sangatkah lagu munsyid muda ini? Hampir setiap hari dia akan pasang lagu MZ sehingga saya sendiri menjadi tertarik untuk mengetahui dan latar belakang MZ. Adik2nya pun mengikuti jejak si abang .... hampir setiap lagu MZ di dowload ke MP3nya, siap di burn dalam cd pula.





Jadi, nak tak nak, kenalah juga saya raikan minat mereka tu .... menghadiri majlis penutup Pesta Konvo UIA 2010 di CAC nanti. 6 tiket telah pun dibeli, akhirnya dapatlah mereka menyaksikan sendiri secara live MZ dengan 2 buah lagunya " Thank You ALLAH" dan "Barakallah"



Alhmadulillah, saya sebagai ibu juga teruja untuk melihat sendiri munsyid keturunan Lebonan yang menetap di Sweden ini. Raut wajah yang memancarkan cahaya Iman .... moga keikhlasan hati nya untuk membawa mesej dakwah dan keamanan dapat melembutkan hati2 manusia yang semakin jauh tersasar dari HidayahNYA.


Meskipun tak kesempatan untuk menghadiri konsert nya di MBSA, sekadar mendengar MZ menyampaikan 2 buah lagu popularnya pun dah cukup bagi saya dan anak2. Begitu juga persembahan dari Kumpulan Soutul Harakah dengan lagu2 jihadnya yang mengetarkan jiwa2 Muslim untuk bangkit berjuang dan bergabung tenaga membebaskan bumi Suci Baitul Maqdis.



Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat terutama students-committees yg kelihatan begitu komited sekali melancarkan perjalanan program dari awal hingga ke akhirnya. Semoga semua amal baik kita akan diganjari dgn pahala yang sebaik2nya oleh Allah Taala.

Read More......


CORET2 RAYA 2010 .....

Bersyukur, kerana Raya kali ni, kami sekeluarga dapatlah pulang ke kampung lebih awal, pagi hari Ahad yang cerah, lebih kurang 10.40 pagi ... selepas saja 3 anak bujangku - Dhia, Afdhal dan Naseh naik bas, kami pun bertolak. Terpaksa akur pada cadangan suami, anak2 semakin besar, Innova dah tak cukup besar untuk anak2 semua, maka nak tak nak, kenalah budget lebih beli 3 tiket bas untuk mereka. Harapnya mereka tidak tiba lebih awal dari kami.


Alhamdulillah, cuaca amat baik ... sepanjang perjalanan redup dan nyaman. Terasa lamanya kami tak balik kampung. Kami sekeluarga terpaksalah tunggu cuti panjang barulah berbaloi utk balik kampung dan bertemu sanak saudara. Kami berhenti di sebuah masjid utk Solat Jama' taqdim Zohor-Asar, kemudiaan teruskan perjalanan. Sampai di Kota Bharu hampir pukul 5.00pm, jalan "jam" ...... nak masuk jalan Pengkalan Chepa pun terpaksa bergerak perlahan sedangkan kami kena bergegas ke bazar Ramadan, kesian kalau2 menyusahkan mek pula utk menyediakan buka puasa kami.


Kemeriahan raya ...... sebenarnya bila dah berkeluarga, kemeriahan orang dewasa lebih pada melihat anak2 pula memeriahkannya. Kita seakan tumpang sekaki, kerana kemeriahan itu lebih pada meraihkan rasa Syukur kerana kemenangan kita menjalani ibadah sepanjang Ramadan. Pastinya anak2 pula asyik mengira hari bila nak balik kampung.


Sambutan sederhana, macam tahun2 lepas samada di dua belah pihak, mak dan mentua. Nampaknya mak mentua masih benar2 pulih selepas kena strok dua tahun lepas. Namun paling tidak, cucu2 yang berlari ke hulu ke hilir meriuhkan sedikit suasana.



anak2 yang sentiasa ceria .....



Abang zie sedang menyampaikan amantnya kepada adik2 semua ....




Keluarga Hajjah Fatimah Hassan .... kenangan bersama adik beradik dan ipar duai .....


Di rumah bonda Fatimah, kami adik beradik berkumpul sebagai satu tradisi menjalinkan Mahabbah adik beradik, ipar duai, anak2 saudara yang semakin ramai dan cepatnya mereka pula menjadi dewasa. Kali ni pun 'Kuzi Mek' , seakan menjadi keutamaan bagi kami anak2 perempuan untuk memasaknya. Mek semakin uzur, tapi masih bersemangat bila anak2 balik dan berkumpul ramai2. Saya lebih senang membantu untuk menggoreng ayam dan siapkan bahan2 tumisnya. Seperti tahun lepas, hampir asar, kuzi belum siap lagi. Akhirnya saya terpaksa kembali ke rumah mentua tanpa sempat membawanya sedikit sebagai santapan di pagi Raya.

Malam Raya ke2, majlis Tahlil diadakan di rumah Mek, di Pengkalan Chepa. Solat Maghrib, Isya' berjamaah dan disusuli dgn bacaan Yasin. Kemudiaan acara terakhir ialah mesyuarat Kelab Famili Mek, banyak juga isu2 terkini menjadi topik hangat memeiahkan suasana kekeluargaan. Alhamdulillah.... begitulah mahabbah bertaut di hati kami adik beradik, cucu cicit dan ipar duai, acara besar ini kami cuba jadikan tradisi yang mesti dipertahankan setiap tahun.




Read More......

SALAM RAYA AIDIL FITRI, SYAWAL 1431H






Ramadan telah berlalu pergi, muncullah fajar Syawal ..... alhamdulillah segala puji dan puja buat Pencipta sekelian Alam , yang menguasai seluruh isi alam dan segala yang ada padanya, segala puji kerana dengan Qudrat dan IradatMU hamba2Mu berjaya melepasi halangan hawa nafsu yang tidak sempadannya, dengan bersyahadahkan bahawa Engkaulah Ya RAbb Tuhan yang patut disembah oleh sekelian isi alam ini, kami merafa' sembah bahawa hanya dengan kekuasaanMUlah jua kami beriqrar untuk menjadi hamba2MU yang taat dan patuh kepada segala titah perintahMU ya Allah.
Moga Ramadan yang pergi telah meninggalkan impak maksima kepada hati2 kami, jiwa2 kami yang telah kami lakukan tazkiyyah selama sebulan dengan harapan ianya menjadi saksi bahawa hati2 ini telah kami sucikan semata2 untuk melakukan ketaatan kepadaMU jua.


-------------------------------------------------

Begitulah episod dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Apabila kita telah mengikhlaskan niat untuk melakukan ketaatan yang tidak bertunjangkan kepada kepura-puraan yang mungkin membawa kepada sifat2 munafiq, kita hendaklah benar2 merasakan segala amalan2 yang telah laksanakan selama sebulan yang pada siangnya kita berpuasa, manakala di malam harinya kita beribadah sunat spt tahajud dan membaca al Quran, mudah- mudahan jiwa kita telah dibersihkan sebersih2nya, bersih dari segala bentuk sifat2 mazmumah, bersih dari cintakan dunia, bersih dari tamak dan halabo dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, kerana kita semua telah tahu bahawa selama mana kita mampu hidup di muka bumi ini sekiranya jauh dari hidayah dan InayahNYA?
Ya ALLAH, bantulah kami mengharungi liku2 perjalanan hidup ini di atas landasan SyariatMU, jadikanlah kami di kalangan hamba2 MU yang sentiasa merasakan dirinya sentiasa berkurangan amalan2 untuk dijadikan bekalan kami di akhirat nanti.
Ya Allah, sesungguhnya Syurga dan neraka itu adalah benar, pembalasan baik dan buruk adalah benar, titian sirat itu adalah benar, segala apa yang Engkau maktubkan dalam KitabMU adalah semuanya benar, dan adalah janji2Mu yang pasti Engkau akan tunaikan nanti. Masukkanlah kami orang2 yang beriman ke dalam Syurga FirdausMu , Ya Rabbal A'lamiin.

Read More......

Tadabbur Qur'ani

HANYA ALLAH TEMPAT PENGABDIAN …..





Alhamdulillah, pada pagi Ahad, 4 Julai, 2010 yang lalu, saya teruskan kelas Tadabbur Al Qur’an di surau KIP Bt. 8. Meskipun kelam kabut juga untuk selesaikan hal ehwal rumahtangga sebelum keluar. Seawal 7.15 pagi, suami dah ke pasar pagi di Greenwood, untuk beli barang2 basah. Ianya dah jadi rutin mingguan kami, kalau saya tidak ada Kelas, barulah kami pergi sama2. Saya kuatkan semangat untuk terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu kepada para Muslimat di sana.

Pada kali ini, kami teruskan perbincangan pada ayat :
إياك نعبد وإياك نستعين

Pada setiap kelas, saya tidak terburu2 untuk habiskan sesi perbincangan, yang lebih penting kami sama2 mentadabburkam makna ayat ini dengan penuh khusyuk dan perhatian agar setiap Kalam Suci ini akan memberikan kami pengertian yang menyentuh kalbu.


Saya pecahkan perbincangan kepada dua bahagian ; إياك نعبد , kemudian وإياك نستعين , agar para Muslimat dapat melihat jalinan di antara keduanya.


Pertama, Kenapa pada ayat ini Allah mulakan dengan “إياك نعبد ” …. bukannya نعبد إياك ….. Apa hikmah dan apa rahsianya? Sesungguhnya tidak sepatah pun Kalam suci dan wahyu Allah ini tidak mempunyai makna yang tersirat. Di dahulukan إياك نعبد kerana membawa erti khususnya pengabdiaan itu, bukan kepada siapa2 , hanya milik ALLAH, Rabb sekelian alam. Selain DIA tidak memilik kelayakan untuk menerima penyembahan dan pengabdian manusia.


Maka Islam yang bertunjangkan Aqidah Tauhid amat menekankan aspek pengabdian mutlak tanpa syarat. Sekiranya seorang Muslim men'dua'kan atau men 'tiga'kan , atau dengan berapa digit sekalipun, maka tidak layak lagi dia memakai nama sebagai Muslim.


Ketundukan membawa erti kepatuhan terhadap segala hukum hakam, ketentuanNya samada syariatNya kepada Umat Muhammad SAW, sehingga ke hari kiamat. Maka “ Hanya kepadaMu kami menyembah " , juga membawa erti manusia mesti mengakui kuasaNya yang tidak berbelah bagi, tiada rakan kongsi, dan kuasanya itu mesti diperakui dengan mengikut segala titah perintahNYA.

Sesungguhnya Aqidah Islam ini amat benar dan suci, kerana manusia mesti mengembalikan penyembahan yang sebenar2nya kepada Pemilik alam ini, dan hakikatnya DIA adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta sifat2NYA yang Maha Mutlak ke atas hamba2NYA.

Itulah Islam dan Aqidahnya yang mesti dipertahankan. Aqidah yang murni dari sebarang unsur2 syirik, khurafat, bid'ah atau sebarang unsur2 asing dari syariat yang Allah turunkan kepada Muhammad SAW dan umatnya. Kesuciannya mesti dipertahankan agar Aqidah Tauhid inilah yang menjadi tanda aras ketulinannya yang diperakui oleh Allah. Jangan sekali2 orang2 Islam terperangkap dengan mainan syaitan dan sekutu2nya untuk menyelewengkan mereka dari Aqidah Islam ini. Berapa banyak lahirnya kumpulan2 atau ajaran2 sesat lagi karut marut yang merosakkan Aqidah Umat Islam dan sekaligus menyimpang dari ajaran Wahyu iaitu Al Qur’an dan al Hadis.


Jadi amat wajarlah kita semua kembali kepada kepada penghayatan Islam yang hakiki, jauhi sebarang syak wasangka yang boleh menjauhkan kita dari berpegang kepada Aqidah Islam, yang tidak boleh di jual beli. Marilah sama2 kita menigkatkan rasa pengabdian dan ketaatan kita kepada ALLAH dan RasulNya, yang menuntut kita menjadikan Agama Islam ini sebagai landasan hidup kita.


Read More......

SELAMAT DATANG ..... Semester 1, 2010/2011

AHLAN WASAHLAN ..... kalimah tayyibah menyambut anak2 muda ke IPTA/S.


Rata2 IPTA/S mula membuka tabir baru Sessi pengajian Semester 1, sesi 2010/2011, pastinya berduyun2lah para pelajar yg layak dan diterima masuk ke IPTA/S dan juga pelajar2 yg terpilih ke oversea, juga dikehendaki mendaftakan diri di pusat2 persediaan ke sana. Meriahnya suasana apabila melihatkan anak2 muda ini dengan wajah ceria dan berseri2 seakan2 menantikan saat2 bahagia mereka bergelar 'MAHA' siswa dan sisiwi. Ibubapa pula pastinya tidak putus2 memanjatkan rasa syukur kerana anak2 mereka tidak mensia2kan harapan mereka agar anak2 mereka berjaya ke menara gading. segala persiapan dibuat serapi mungkin agar anak2 mereka tidak menghadapi apap2 masalah semasa menjalani kehidupan baru di kampus2. Alhamdulillah, teringat saya ketika mengingati sekali sekali memori indah ketika menanti hari2 bergelar Pelajar U . Selamat tinggal Baju uniform sekolah, baju kurung warna putih dan kain warna purple! Pastinya yang berjaya ke IPT pilihan masing2, membuatkan masing2 tambah semangat dan semakin yakin masa depan yang membanggakan.


Ingatan saya semakin kuat apabila melihat pula anak2 muda yang bakal bergelar sisiwa/siswi yang semestinya telah bersiap sedia menghadapi apa jua rintangan dan cabaran. Persaingan dalam pelbagai konteks amat sengit samada di awal pengajian, di pertengahannya atau di penghujungnya. Kekadang ramai juga yang masih ber'dilema' menentukan kursus pilihan, pilihan diri sendiri atau pilihan ayah ibu! Tak kurang juga yang memilih sekadar ikut2 kawan baik, teman sekampung atau teman/kekasih hati. Macam2!


1- Niat, betulkan niat semata2 mencari ILMU, kerana ALLAH SWT, bukan sekadar memenuhi harapan ayah ibu, bahkan ingatlah, pencariaan ilmu di kampus adalah amanah dari ALLAH, kerana kedudukan manusia yang berILMU amat dekat dengan Penciptanya.


2- pilihan kursus: apa pun buatlah pilihan yang terbaik, berdasarkan kemampuan diri, cita2 dan semangat anda untuk belajar pelbagai ILMU2 yang baru dan terkini.


3- Bersedialah menghadapi apa jua rintangan ,setengah2 pelajar mencari2 subjek yang mudah, atau pun senang utk mereka " score " , sekiranya lecturer yang mengajar sesuatu subjek amat teliti @ kedekut markah ( ? ) pastinya ramai yang cuba mengelaknya sekali lecturer tersebut amat baik dalam pengajarannya. Untuk meraih kejayaan, tiada jalan pintas, mesti melangkah dengan penuh cermat dan berhati2 , sekiranya pelajar merasakan mereka perlu perbaiki apa2 bentuk kelemahan mereka, misalnya " language skill ' , communication skill dll, mulakan dari awal semester. Bagi pelajar2 baru, amat baik mereka cuba dapatkan maklumat2 berharga dari senior untuk memantapkan diri dalam apa jua bidang.


4- Jagalah " syariat' , sebagai lecturer, kadang2 amat sedih jika lihat students yang masih tak lulus lagi dalam bab " aurat" , walau di Universiti mana pun anda berada, dalam maupun luar negeri, jangan sekali2 lupa batas2 Syariat yang ALLAH tentukan. Kerap kali sya perhatikan semakin ramai pelajar2 foreigneirs di UIA yang melanggar "Dress Code" semasa mereka berada di kampus. Sakit mata bila melihatkan gelagat mereka tanpa segan silu dengan pakaian ketat dengan size badan xxl. Pihak Universiti sepatutnya lebih bertegas kerana mereka datang ke negara kita tapi tidak tahu menghormati Biah di UIAM.


Akhir sekali, dengan penuh harapan saya merakamkan agar pelajar2 sekelian memanfaatkan masa dan peluang keemasan utuk menimba ILMU dan apa jua kemahiran hidup secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya kita mengharapkan generasi2 muda ini tidak biarkan peluang ini tanpa merebutnya sebaik mungkin.






Read More......