Qul al Haq ....

KEMBALI KEPADA KEBENARAN ....


Sekadar muqaddimah apabila kita menghayati hadis Nabi SAW yang bermaksud: " Katakan kebenaran biarpun pahit" . Inilah di antara maksud sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan tentang kebenaran itu amatlah pahit dan menyampaikannya juga amatlah pahit dan susah. Biar apapun cabarannya dan sehebat manapun rintangannya, peringatan ini dari Junjungan Mulia al Rasul mesti menjadi panduan untuk kita semua yang mengaku beriman kepada Risalahnya dan kebenaran ajarannya yang bersumberkan Wahyu Ilahi.


Kebenaran, adalah benar dan sesekali kebenaran tidak akan bertukar dengan kepalsuan. Kebenaran tetap selamanya bersifat benar dan asli, dan Kebenaran akan terserlah sekalipun banyak usaha2 manusia untuk menutupi kebenaran itu sendiri samada menerusi tangan2 mereka, lidah2 mereka atau pelbagai cara halus dan penuh kreatif.


contoh poster yang disebarkan di kampus?

Hanya itu yang dapat saya ungkapkan di sini apabila terlihat catatan seorang ukthi@saudari Wardah, pastinya beliau adalah seorang pelajar UIAM, dan warga kampus yang sedang merasakan kehangatan election, pilihanraya kampus yang sedang berlangsung hari ini. Saya, meskipun juga warga UIA, lebih sekadar pemerhati, dan monitaring perjalanan pemilihan untuk SRC/ Majlis perwakilan pelajar UIA, yang pastinya juga agak sengit kali ini.


Apapun, saya amat berharap semua pelajar2 UIA di kampus mana juapun antum dan antunna, jangan sekali2 lupa kita masih ada adab2 dan akhlak Muslim. Gara2 cenderung pada aliran mana pun, jangan kita kaburkan kebenaran dengan kedustaan dan pembohongan. Hormatilah di antara satu sama lain, kita masih saudara seaqidah dan seagama, dan janganlah gunakan cara2 yang tidak bermaruah sehingga sanggup menghina orang lain atau golongan manapun dengan penghinaan yang tidak selayaknya kita sebagai Muslim tonjolkan. Jagalah nama " Islamic" yang tertera pada nama UIA agar kita tak dipandang hina orang musuh2 sebenar kita.


Akhirnya, ingatlah .... jawatan itu adalah AMANAH - tidak akan selamat sesiapa yang mengdambakan amanah@ jawatan yang tidak layak dipegangnya atau hanya sekadar ingin menjadikannya sebagai batu loncatan untuk bermegah ataupun ada lain2 tujuan. WaAllahu a'laam .

Read More......

MENDAULATKAN KALIMAH ALLAH



Gege dan gegar sekali bumi Malaysia menjelang 2010, bukan sahaja kerana sibuknya rakyat Mlaysia dengan pelbagai sambutan Tahun Baru, yang masih belum berubah bentuk sambutannya .... berhibur dan dihiburkan dengan pelbagai acara @ konsert ... semuanya memaparkan sejauh mana Umat Islam khususnya menjadi penunuj jalan kepada bangsa2 lain tentang cara hidup Islam.

Realiti di depan mata, jelas menampakkan kedangkalan Umat Islam terutamanya warga kota yang sanggup bersesak2 .... semata2 menyambut Tahun 2010 Masehi. Sungguh berjayanya agenda Jahiliyyah untuk mencorakkan pemikiran dan gaya hidup Umat Islam dan di mana jua mereka berada .... arus perdananya adalah gaya hidup ala barat, sambutan New Year pun mestilah cara barat. Benarlah Sabda Nabi Junjungan Mulia SAW, sesungguhnya kamu pada akhir zaman akan mengikuti mereka sejengkal demi sejengkal, sekiranya mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan turuti mereka! Lalu para sahabat bertanya , " siapakah mereka Ya Rasulullah? " , siapa lagi selain daripada Yahudi dan kristian.

Sedihnya bila melihat paparan di Tv .... anak2 muda terkinja2, anak2 kecil juga diusung sama demi memeriahkan acara tahunan ini. Mungkin kita boleh bertolak ansur kiranya orang bukan Islam yang menyambutnya sedemikian, namun bagaimana pula kita Umat Islam yang amat berbangga bahawa Tuhan mereka adalah ALLAH .... tidak segan silu menjadi juara dalam setiap acara ....

Sekadar peringatan buat diri dan sahabat2 seAkidah ..... kiranya kita leka, musuh2 akan mencelah dan mencari ruang untuk mendakyahkan agama mereka menimbulkan syak wasangka ke dalam hati juhala'. Kiranya kita masih sibuk dengan cara hidup bertunjangkan hawa nafsu, tunggulah tika dan saatnya hukuman dari ALLAH Rabb sekelian Alam. Kejahilan yang melingkari Umat Islam mestilah dicari jalan untuk menoktahkannya dengan ILMU dan makrifaat yang benar.
mencari jalan pulang ....
Ibrah dari kontroversi ....

Biarkan isu ini agak reda sedikit setelah KDN membuat rayuan di Mahkamah, untuk menangguhkan keputusan lalu. Apapun kita sebagai Umat Islam mesti kembali bermuhasabah, jangan sekadar rasa terpanggil untuk memutlakkan Kalimah ALLAH hanya untuk Umat Islam, tetapi dalam bab2 yang lain kita hanya pandang sebelah mata sahaja. Contohnya, berapa ramai Umat Islam yang peka untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup? Apa saja tindakan bertunjangkan kepada Suruhan dan Perintah ALLAH sebagai Tuhan kita? Amat malang sekali kalau kita dianggap juara dalam isu mutakhir ini, manakala dalam isu2 yang menyentuh Aqidah dan akhlak, hukum hakam dalam pelbagai aspek kita pandang sebelah mata saja.




Marilah kita jadikan ini satu peluang untuk kita semua Umat Muhammad SAW, yang menyatakan Tiada Tuhan selain ALLAH, dan menyaksikan bahawa Nabi Muhammad pesuruhNYa, untuk kembali menghayati ISLAM yang syumul tanpa memisah2kannya, atau hanya mengambilnya bila tersepit dan dirundung malang.




Ya, Maal Hijrah yang datang ... disusuli dengan Masehi 2010, mengajak kita kembali bertaut hati, mencari kebenaran dan mempertahankannya dengan penuh yakin dengan janji2 Rabbul A'lamin.

Read More......

JAULAH MASJID DI KOTA SINGA


JAULAH 2009 .... MENCARI MUTIARA HIKMAH

Alhamdulliah, sekian lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki di Kota Singa@ Temasik, sejak 14 tahun yang lalu. Pada tahunn 1995, iaitu tahun perkahwinan, saya amat berharap ada kesempatan melawat Singapura, kerana suami pada ketika itu masih mengajar di Sekolah Kampung Majidi Baru, JB. Kebetulan setelah berkahwin, sempat juga saya berada pergi ke Johor dua kali sebelum suami bertukar ke Sekolah Sultan Zainal Abidin, PJ. Selepas itu, seolah2 langsung tiada peluang yang datang. Kemudian melahirkan anak seorang demi seorang sehingga akhirnya tak timbul lagi hasrat saya ke singapura dalam jangka waktu terdekat.


Kesempatan datang tanpa dijangka .... my students dari IRKHSS'society akhirnya berjaya juga mengatur rancangan yang hampir tergendala untuk kembara ke Singapura. Manakala saya pula bersedia untuk bersama2 mereka, sebagai advisor society. Kebetulan Dr. Majdan pun bersedia sebagai wakil dari male lecturers.




1hb. Disember, 2009 - tarikh yang dipilih untuk berangkat ke Kota Singa .....

Ianya agak membuatkan saya kelam kabut kerana baru selesai Umat Islam menyambut Aidil Adha. Saya sekeluarga pulang ke Kelantan pada 24Disember, dalam keadaan fizikal dan mental saya yang amat penat kerana baru saja selesai tugas wajib ' markings papers of final exam'.

Sehingga 26hbNov, saya masih lagi menyelesaikan 'rechecking' all my students' results agar tidak ada kesilapan yang berlaku. Nasib baik ada 'broadband' ! Masih menghadapi situasi semester lepas, ada saja students yang tidak hantar assignments mereka, atau menyiapkan assignments mereka tidak mengikut arahan! Tanpa saya sedar ada tiga empat orang students yang submit 2 assignments mereka dalam satu 'binding', sehingga saya keliru. Manakala seorang student pula ... memang tidak hantar assignmentnya dengan alasan dah 'due date'. Buat penat je contact student tersebut dan minta emailkan segera, kalau tidak memanglah dia fail!. Oklah selesai juga tugas berat yang terpaksa dilakukan setiap lecturer.


Cuti raya, hanya 3 hari, di kampung .... melihat lembu dikorbankan seperti tahun2 lepas. Cuma kali ini raya di kampung agak meriah dengan kenduri kesyukuran Muzammil, anak lelaki kak Yah. Pada malamnya, 30November, saya berangkat ke KL seorang diri kerana suami dan anak2 masih menghabiskan cuti mereka sementara saya pula akan berada di Singapura.


PERJALANAN DI PERMUDAHKAN ....

Sebaik tiba di KL, terasa sekali kesunyian tanpa suami dan anak2 , kadangkala riuh rendah suara mereka adalah pengubat hati seorang ibu. Sehingga jam 2petang, my student call beritahu perubahan jadual perjalanan untuk ke LCCT. Pada asalnya kami semua akan bertolak dengan bas RapidKL dari kampus UIA, kemudiaan ke KL Sentral ambil bas terus ke LCCT . Jadi kenalah bertolak lepas asar supaya tidak berlaku sebarang kelewatan.


Akhirnya, muktamad ... mereka berjaya uruskan beberapa buah kereta untuk mengangkut kami semua ke LCCT tanpa mengikut jadual asal. Tindakan students amat saya hargai!

Kira2 jam 2 pagi, my students singgah mengambil saya di rumah, dan kami terus ke airpot. Mujurlah perjalanan kami dipermudahkan ..... kelihatan masih ramai wajah2 yang kepenatan kerana kami semua baru saja samapai dari kampung masing2.


Sebaik saja Solat Subuh di surau airport, kami bergegas menaiki AirAsia dalam tiga kumpulan. Kumpulan saya, diketuai Bro. Amin seramai 9 orang. Jam 6.45pagi, kami menempuh awan pagi, melihat suasana yang sungguh mengkagumkan .........

SUBHANALLAH , sekian lama tidak merasai perasaan yang begitu menyentuh kalbu, sesungguhnya di sebalik pemusafiran, terlindung seribu satu hikmah dan anugerah ILAHI merasai keagunganNYA . Di sebalik tingkap flight, saya meninjau suasana pagi sehinggalah kami semua melihat daratan yang di atasnyalah letaknya sebuah negara yang bernama SINGAPURA.


Alhamdulillah, kami tiba setelah menempuh perjalanan hampir 45 minit, tiba di Changi Airport, segala proses kemasukan kami sebagai pelancong tiada sebarang masalah besar.


KEMBARA PUN BERMULA ....


Syukur, kami disambut dengan penuh ceria lagi ramah oleh Encik Azman, selaku Pengerusi Masjid Al Huda, dan juga beberapa pelajar2 singaporean yang juga pelajar UIA. Terima kasih buat semua, Encik Azman dan isteri, encik Haris, Zahirah, Zahrah, dan juga adik2 dari AIMAN Youth Club.

Setelah menunggu hampir 30 minit bas yang akan membawa kami ke Masjid pertama yang akan kami ziarahi ... Masjid Al Huda. Program sulung kami dengan mengadakan majlis perasmiaan dan juga sesi taaruf dengan beberapa AJK Masjid. Terima kasih semua ... kami dihidangkan dengan sarapan yang cukup menyelerakan.


Jaulah kami seterusnya ke Masjid al Iman, yang merupakan di antara masjid yang berfungsi 'one stop centre' bagi masyarakat Islam sekitarnya. Ianya bangunan 5 tingkat, dilengkapi dengan kelas2 untuk sekolah agama, dan juga kelas2 untuk peringkat Preschool. Semuanya kelihatan begitu kemas dan teratur. Amat mengkagumkan! Solat Zohor ( Jama' & Qasar ) di sana, makan tengahari dengan hidangan nasi Ambeng! Memang sedappp! Kami semua makan dengan penuh berselera.

Selepas sessi taaruf dan briefing tentang masjid Al Iman oleh Ustaz Syakir Pasuni, kami dibawa meninjau setiap sudut dan ruang di bangunan yang menempatkan Masjid ini.

Akhirnya, kami dibawa ke Chalet yang disewa khas oleh Encik Azman. Terima kasih tak terhingga di atas jasa baik beliau. Kami akan menghuni chalet ini selama dua malam tiga hari .


Petangnya, sesi bersama Aiman Youth Club, beberapa orang dari ahli2 mereka sentiasa menemani kami sepanjang Jaulah kami. Ustaz Syakir sekali lagi meluangkan masa bersama ... membentangkan topik Youth Leadership. Begitu juga seorang lagi Ustaz muda.



HARI KE 2 ...



Program kami dengan anak2 yatim di Al Ma'wa, beberapa perubahan terpaksa dilakukan kerana anak2 Yatim penghuni MA'WA tidak semua dapat bersama kami. Jadi proram motivasi bersama mereka melibatkan anak2 remaja ( sekolah Menengah ) di anatara usia 12-15 tahun. alhamdullillah ... kelihatan mereka tidak kekok bersama dengan fasilitator dari UIA. Akhirnya kami teruskan jaulah ke Masjid Al Nahdoh, yang berdekatan lokasinya dari Darul MA'WA, ziarah, solat Jama' Qasar, serta makan tengahari selepasnya. Nampakya rezeki kami amat murah, kami dijamu pula dengan nasi Beriani Gham, berlaukkan kambing. Petangnya kami akan bershopping di MUstafa Centre, naik bas henti2 untuk pulang semula ke Chalet. Kelihatan semua ahli rombongan kepenatan kerana telah seharian dengan jadual padat kami. Apapun, kami amat teruja pada malamnya kami dijamu pula dengan BBQ ala Singapore taste.


Sambil makan2 .. kami bersembang sambil mencari luang berkenalan dan bertukar cerita, suasana amat harmoni , satu gambaran tautan hati dan ukhuwwah sesama Muslim. Syukur, segalanya dipermudahkan Allah.


HARI Ke 3..


Kami mulakan hari ini dengan bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya. Kami bertolak terus dari Chalet di tepi pantai dengan hati yang rindu untuk datang lagi. Perjalanan kami akan ke Muzium Islam yang terletak di Masjid al Nahdoh. Kemudiaanya kami dibawa pula ke MAIS dan Hub Halal , sebuah bangunan baru yang menempatkan beberapa jabatan penting bagi MAIS dan juga Sekolah al Irshad .


Pulang oh pulang !... kerinduan pada bumi Malaysia mula menjalar di hati kami. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri", sayup2 kedengarn di telinga saya suara Bro. Zawawi, dengan senyumannya yang tak lekang di bibir. Terima kasih pada my students, kerana mereka amat prihatin dan sentiasa tanya, " Ustzh ok ke?" . Mungkin mereka kasihan tika tengok saya termengah2 mengejar mereka semua (yang masih muda) terutama ketika kami bertukar bas dari satu stesen sehingga ke checkpoint.


Akhirnya, kami mengakhiri jaulah kami dengan meniggalakn stesen di Woodland menuju ke Larkin. Dari situ pula, sebuah bas sedia menanti kami untuk membawa kami pulang terus ke kampus UIA. Jam 3.30pagi ...





1- Komitment masyarakat setempat yang cukup mengkagumkan untuk memakmurkan masjid2 mereka, serta pengurusan masjid2 di Singapura memperlihatkan mereka benar2 ikhlas demi kebaikan Umat Islam .



2- Pengurusan yang cekap, dan profesional, serta pemantauan dari MAIS.



3- Program2 masjid berjaya menarik pelbagai kategori masyarakat Muslim, lelaki dan perempuan, muda dan tua ...



4- Kebersihan ' tandas' setiap masjid yang kami lawati, setengahnya boleh di bagi 5 bintang.


Moga Jaulah ini membuka minda kami semua, IRKHSS society ..... untuk terus istiqamah melaksanakan amal kebajikan samada di dalam kampus UIA atau di luar sana.










Read More......

TOKOH MAAL HIJRAH 1431


SHEIKH AL QARDAWI,

TOKOH MAAL HIJRAH , 1431 ….

Syukurlah, kalendar Hijrah kali ini bermula dengan acara tahunannya dengan satu program yang diangkat sebagai program nasional iaitu “ Hari Maal Hijrah”. Rasa2nya istilah ini hanya dipakai dan dikenali di Malaysia sahaja, bahkan ia dijadikan pula cuti umum untuk seluruh negara.

“ Maal Hijrah” …. Ianya seakan menyingkap kembali kisah sejarah yang tak akan dilupakan sampai bila2. Satu perjalanan HIJRAH ar Rasul SAW, sebagai satu perintah ALLAH swt, yang akan menjadi period keemasan Nabi Utusan Terakhirnya kepada Umat manusia sehingga hari kiamat sehinggalah Islam menjadi tunggak kehidupan berAgama tanpa kompromi.

Hijrah Ar Rasul dan para sahabat pastinya menjadi gambaran jelas betapa Agama Islam ini adalah Agama Samawi, berpaksikan kepada Wahyu yang benar lagi sahih. Perjalanan episod Hijrah bermula lebih awal dengan dua siri Hijrah ke bumi Habsyah. Para Muslimin dan Muslimat yang tertindas lantaran keimanan mereka yang tidak berganjak untuk kukuh memandu mereka menjadi insan2 mulia di sisi Tuhan Rabbal A’lamin, meninggalakan segala bentuk jahiliyyah. Mereka tetap tabah mengharungi segala bentuk ujian demi ujian sehingga Allah SWT mewahyukan kepada UtusanNya agar sahabat2 baginda yang mustadhafiin itu berhijrah buat kali pertama, sebagai satu jalan keluar dari penderitaan mereka yang panjang.

Setelah perintah Hijrah ke bumi Yathrib diwahyukan, ketaatan para Sahabat, Muslimin dan Muslimat terbukti dengan kesungguhan mereka untuk mengharungi segala bentuk halangan untuk berhijrah. Ya, Hijrah bukan kerana sesiapa, mencari nama atau pun kedudukan di sisi makhluk. Hijrah bukan sekali2 tanda orang pengecut, malah ianya satu langkah strategik mencari kekuatan dan mengumpul usaha yang lebih tersusun bagi menjayakan misi Dakwah dan penegakkan Agama dengan lebih berjaya.


Buku2 sirah pastinya akan memuatkan kisah Hijrah Ar Rasul dan Para sahabat sebagai satu bab dari bab2 yang cukup penting, satu ‘turning point’ untuk memulakan episod baru yang lebih tersusun. Itulah perancangan Allah kepada misi dakwah RasulNya. Ya, amat mudah sekali bagi Allah SWT sebagai pemilik Alam semesta ini untuk menegakkan agamaNya tanpa campurtangan usaha2 manusiawi. Namun, bukan itu sunnahNya di alam ini. Sekali pun KuasaNya adalah “Kun Fa yakun” , penegakkan AgamaNya di muka bumi ini mesti mengikut Sunnah Alam ciptaanNya.


Sesungguhya al Quran dalam sebahagian besar ayat2nya telah menceritakan perjalanan dakwah setiap Para Anbiya’ dan al Mursaliin sejak Nabi Adam sebagai ‘Abul Bashar’ dan Nuh a.s sebagai ‘Abul Anbiya’. Ujian dan halangan dari manusia2 kufur lagi engkar datang silih berganti, sehingga ke tahap melampau dan tidak masuk akal. Para utusan yang mulia pula, telah membuktikan kesungguhan mereka dan telah berusaha bersungguh2 sehingga dakwah mereka menemui jalan buntu dan terhalang oleh ancaman musuh2 . Maka pada saat itulah akan datangnya ‘Nasrun min ALLAH’ dan “ fathun qarib ”.

“ Umi, kenapa kita sambut Maal Hijrah?”, teringat satu soalan dari anak2. Kebetulan anak yang masih di EDUCARE sering bertanya bila cuti, kerana sepanjang Disember dia amat jelaous dengan abang2 dan kakaknya yang bercuti di rumah. Manakala dia pula kena ke EDUCARE. Sebaik saja saya menyatakan hari ni cuti sempena “ Maal Hijrah” jelas kegembiraan di wajahnya.


Kesempatan cuti, dapatlah melihat acara sambutan Maal Hijrah di tv1, channel lain langsung tak berminat nak menyiarkannya.

Sememangnya hati saya amat teruja untuk menontonnya kali ini, kerana telah mendapat tahu dari seorang student, Sheikh al Qardawi akan datang ke Malaysia dan hadir untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah” peringkat International. Rasa2nya, agak lama juga Sheikh kesayangan kita semua tak ziarah Malaysia, kali terakhir saya sempat mendengar syarahannya di UIA ( P.J kampus) semasa tahun akhir sekitar 1990an. Selepas berlakunya kes Anwar Ibrahim, seolah2 tidak ada lagi undangan rasmi dari pihak kerajaan untuknya hadir ataupun keadaan di Malaysia sendiri pada waktu2 itu tidak begitu selesa dengan kehadiran beliau.

Kedatangan Ulama ulung di abad ini, amat dinantikan oleh semua pihak .....

Pada Isnin lepas saya bertanya pada my students, ada tak Sheikh Qardawi datang ke UIA, paling tidak beliau menyampaikan Khutbah Jumaat. Kemudian saya terbaca dalam satu blog, Sheikh Qardawi telah menyampaikan ceramah Perdananya di suatu Majlis di Putrajaya, bertemu dengan PM Najib serta menghadiahkan bukunya yang terbaru " Fiqh al Jihad". Moga dimanfaati oleh PM!
Sheikh qardawi juga beliau telah menyampaikan tazkirah dan ceramahnya di Masjid Besar Shah Alam. Amat terkilan juga hati saya, kerana tak dapat pun berita tentang majlis tersebut dari sesiapa.

Namun, terubat juga hati bila menjenguk website beliau di
www.qardawi.net . Hebat sungguh para pendokong beliau, meskipun sibuk dengan acara padatnya di Malaysia, sepantas dunia global telah dimanafaatkan demi memaklumkan kepada seluruh Muslimin di mana jua mereka berada setiap perkembangan terkini al Sheikh.

Menerusi blog Zulkifli Nordin, saya dimaklumkan majlis tersebut mendapat restu dari Pihak Istana dan pekenan Sultan dan tak perlulah tauliah JAIS! . Ia berjaya juga diadakan di Masjid Shah Alam, kerana ura2 ada pihak tidak senang kiranya pihak pembangkang mengambil kesempatan berdampingan dengan Sheikh Qardawi. Alhamdulillah, khabarnya ianya dihadiri beberapa pimpinan tertinggi Kerajaan Selangor termasuk Dato’ Hassan Ali, DSAI dan MB Selangor, Tan Sri Khalid. Syukurlah, para negarawan kembali menadah ilmu dari tokoh Agama dan dakwah . Teringatlah kita kisah para Sahabat Nabi SAW, selepas kewafatan baginda, sering menjadi tumpuan para Muslimin untuk berguru dengan mereka. Misi para Sahabat menyebarkan ilmu2 agama amat berjaya dengan pengorbanan mereka meninggalkan Makkah dan Madinah bertebaran ke seluruh bumi Islam yang baru disimbahi Cahaya Iman.

Sejarah banyak mencatatkan kejayaan dan keutuhan Umat Islam dan tamadunnya bilamana Umara’ bergandingan dengan para Ulama’ dan menuruti nasihat2 mereka dengan penuh ikhlas lagi jujur demi untuk kebaikan Islam dan Umatnya.

Apapun, kita bersyukur, Malaysia telah mengiktiraf kegigihan Sheikh Qardawi dalam menyebarkan Ilmu2 Islam dan membina kembali kemurniaan Aqidah dan membenteras kejahilan Ummah, agar kita semua bersatu hati menjalankan amanah Agama ini tanpa sebarang keraguan, InsyaAllah sinar baru Hijrah 1431 ini akan lebih bermakna kiranya kesungguhan semua pihak untuk meletakkan Islam sebagai Agama yang menyatukan seluruh manusia pelbagai bangsa di atas satu Aqidah yang sahih lagi benar. Bukan hanya satu Malaysia!

Ya Allah, jadikanlah diri ini di kalangan hamba2Mu yang beriman kepada AgamaMu, berilmu dan menegakkan kebenarannya dengan ilmu, moga jalan dakwah yang sentiasa dipandu oleh para Ulama; tidak akan hilang pewarisnya ..... Semoga Allah panjang umur Sheikh Qardawi untuk menjadi penasihat kepada seluruh kaum Muslimin di abad ini.

Read More......

SALAM MAAL HIJRAH 1431



Fajar Hijrah 1431


Bismillahi Rahmani Rahiim.
Dengan namaNya yang Maha Agung, Maha Suci dari segala kekurangan, Dialah yang menunjuki jalan orang2 yang benar dan menyesatkan orang2 yang engkar lagi sombong.



Hijrah 1431

Masa pantas berlalu, dan kini fajar 1431H menampakkan cahayanya, menyinari alam,masih dibayangi bayang2 kebaikan dan kemungkaran bercampur2.




Mengenang Hijrah Ar Rasul Khatimul Anbiya' , dan ketaatan para Sahabat mengikuti segala titah perintah Allah SWT. Hijrah menuju ke bumi pilihan ILAHI, menggapai janjiNya dengan kemenangan dan kejayaan dar rain .




Hijrah ar Rasul dan Para sahabat bukan kerana takut ancaman pihak musuh@ Quraish semata2, malahan ia adalah satu perintah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Agung kekuasaannya. Bukan sekadar perpindahan biasa dari satu tempat ke satu tempat, malahan ianya perpindahan yang diiringi para Malaikat, di sambut lapang para pengikut Baginda SAW, ahli Madinah yang sentiasa siapa sedia menjunjung segala perintah dari TUHAN mereka.




Itulah ketaatan yang indah terukir di tinta sejarah, suatu penghijrahan seringkali di pandang dalam dua sisi, positif dan negatif. Kiranya perpindaan itu bersifat sementara, pastinya akan hadir bersama rintangan dan cubaan. Begitu juga, perpindahan kekal, para penghijrah perlu yakin dan positif moga langkah yang diambil bukan sia2.




HIJRAH- kah kita?

Bagaimana mengadaptasikan Hijrah Al Rasul di abad ini? Pada diri, keluarga dan masyarakat? Banyak perkara perlu dimuhasabah, agar perjalanan HIJRAH Ar Rasul bukan sekadar ingatan yang dijadikan acara tahunan atau sekadar cuti 'public holiday'.


Hijrah fardi ..... hijrahkah kita dari gaya hidup bertunjangkan nafsu dan syahwat, kepada kehidupan beragama yang tenang lagi lapang! . Hijrah sang diri dari hidup mengejar pelangi duniawi tanpa sedar usia semakin senja! Hijrahkah diri mencari ilmu agama setelah sekian lama tertaut hati mecari nikmat duniawi yang tiada kesudahan!




Hijrah keluarga .... alangkah manisnya jika hijrah kita bersama2 keluarga tersayang, kembali mendekati erti 'beragama' dalam kehidupan ini, kurangkan kelekaan yang bersifat duniawi, eratkan hati dengan rasa kehambaan yang hakiki. Alangkah bermaknanya hijrah kita sekeluarga mencari kebaikan bersama dan melaksanakannya secara jamaie, memperbaiki segala kekurangan yang lalu, mencari nilai tambah di sisi TUHAN Rabbil a'lamiin


Tokoh Maal Hijrah 1431 kebanggaan Ummah.


Hijrah Ummah .... alangkah hebatnya jika Umat Islam seluruh dunia benar2 meletakkan kepentingan Agama di tempatnya tanpa kompromi lagi, kembali merasa izzah di hadapan Umat2 yang lain, kerana itulah ibu kepada segala kekuatan Umat Islam yang telah lupus. Tiada guna jika sekadar bangga meletakkan tokoh Agamawan seperti Syeikh Al Qardawi sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431, kiranya segala nasihat dan mauizoh beliau langsung tidak dipeduli oleh Ulil Amri. Ya, kita amat memerlukan kepada satu Tajdid yang menyeluruh tanpa sebarang kosmetik yang menutupi kemunafikan, iaitu kembali menjadi Islam sebagai Al Diin yang memerintah bukan diperintah. Barulah hijrah fardi, keluarga dan Ummah menjadi selari dalam satu peruahan berskala besar. .

Read More......

Kembara ILMU ...

KEMBARA ILMU ... jangan lepaskan peluang itu!!!


Sekian lama saya menyepi dari menghadiri " International Conference" kerana gara2 budget Kulliyyah yang terpaksa dikurangkan, maka hanya lecturers yang present papers sahaja dibenarkan dan sekaligus layak attending any International Conference inside or outside Malaysia.

" Nak join tak International Conference under Dept. Fiqh?" , Kak J, selaku PA di Dept Quran and Sunnah ( QS) , menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan sebagai wakil dari Department QS.

" Ok, Kak J, Conference pasal apa ye? Final exam dah start, jadi saya sibuk sikitlah nak siapkan markings" . Saya sebenarnya berbelah bagi nak attend atau tidak, tapi terlintas pula peluang keemasan tak selalunya datang! Rugi pula kalau tak ambil peluang ini, rasanya 'registration fees' sebarang International Conference sekarang mencecah RM400-500, atau mungkin lebih.

" Ok, Kak J, masukkan nama saya dulu, nanti kalau ada sebarang masalah saya inform akak, ye, sebab hari tu saya kena invigilate my paper,tapi 3petang."


Begitulah tamatnya bicara saya dengan Kak J, terima kasih Kak J kerana sudi susah2kan diri call saya kat rumah kerana nak inform pasal Conference tu. Acap kali juga saya terlepas nak attend program2 penting kerana kesibukan kelas dan urusan family , dua tiga hari sebelum program bermula, barulah kelam kabut nak register.


" INTERNATIONAL CONFERENCE ON JURISPRUDENCE OF MINOROTIES IN THE LIGHT OF THE OBJECTIVES OF ISLAMIC LAW
( MAQASID AL SHARIAH )
الندوة العالمية حول فقه الأقليات في ضوء مقاصد الشريعة
تميز واندماج :
Cukup hebat tema conference kali ini, dan mengikut Dr Mek Wok, Head Dept. Fiqh and Usul Fiqh, IRKH - ianya sudah lama dirancang untuk dijadikan suatu Conference bersama@collaboration dengan International Institute of Islamic Thought and Civilization ( ISTAC ) dan juga Muslim World League.
Memandangkan isu2 yang diketengahkan menyentuh tentang situasi getir dan genting umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam minorities khususnya, tidak putus2 dihimpit pelbagai masalah dalaman mereka, yang pastikan memerlukan sokongan dan dokongan semua Negara2 Umat Islam.


Alhamdulillah, 'opening ceremony' diserikan dengan kehadiran Sultan Haji Ahmad Shah, selaku Constitutional Head bagi IIUM, juga kelihatan ramai VVIP Malaysia khususnya yang terlibat dalam urusan rasmi Kerajaan Malaysia, seperti Tun Abdullah ( Pak Lah ) selaku ketua IKIM, Datuk Hamid Othman, Datuk Ismail Ibrahim, Datuk Dasuki, Othman Muhammadi dan ramai lagi Agamawan@cendikiawan pro kerajaan!.

Dr. Abdullah Bin Abdullah Muhsin al Turki, yang memegang post Secretary General Muslim World League ( MWL ) juga hadir dengan jet pribadinya dari Arab Saudi!


SESI PETANG ( 9/11/2009 ) , 2-5 pm:

Agak terkilan kerana tidak berkesempatan untuk mendengar pembentangan dari 3 panelist@speakers kerana terpaksa pulang semula ke kampus IIUM, kerana invigilate paper RKQS 1046A pada petangnya.


Beberapa speakers yang dijemput sebagai pembentang kertas kerja dari pelbagai negara minorities :
1- Dr. Muddathir Abdel Rahim, " The Ethical and Metaphysical Foundations of Pluralism in Islam "

2- Dr. Mohammad Al Sammak, " Islam and Minoroties".


3- Dr. Mohammad Fadel, " Who Needs an Islamic State: The Implications of Muslims Livings in Liberal Democracies for Contemporary Islamic Constitutional Theory" .
Nampaknya tajuk2 yang diketengahkan amat tepat dengan sasaran peserta2 selaku ilmuan2 Islam ataupun penggerak Masyarakat Islam di negara masing2. Moga tidak rugi selama 3 hari berkampung di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Read More......

LAMBAIAN KAABAH ....2009



RINDUKU DALAM LAMBAIANMU ....

KAABAH ... rumah ALLAH, sejak Adam a.s diperintahkan membinanya, kemudiaan perintah Allah kepadan khalilNya Ibrahim a.s agar memperbaharuinya semula setelah zaman berlalu.

Kaabah, yang dimuliakan di atas dasar untuk menunjukkan rasa pengabdiaan manusia kepada DIA, Ar RABB ... tiada Tuhan selain DIA, dan di situlah Aqidah Islam terbina dan tertegak di dalam sanubari setiap Mukmin dan Mukminah.


Lambaian Kaabah, ibarat satu ayat yang melambangkan rasa ketaatan serta ketundukan sang hamba yang dhoif, mengharapkan cinta Khaliqnya. Lambaian itu sekian lama dirindui oleh hati2 yang merindui kecintaan Rabb mereka, hati2 yang sentiasa memanjatkan sekeping doa yang tidak putus2 .... moga diri mereka terpilih untuk menziarahi bumi suci al Haramain, dan sekaligus mereka berkesempatan beribadah fi zillil kaabah.


Jauh di sanubari, terasa kerdilnya diri ini kerana masih lagi menanam cita2 yang belum terlaksana, menziarahi al Haramain, bermunajat di Multazam dan Maqam Ibrahim a.s. dan paling bahagia jika dapat menunaikan kefadhuana HAJI sekalipun ianya bersyarat " MAMPU".


Pada suatu hari, pernah seorang teman, Kak M singgah di office saya, kami bersembang sambil bertanya khabar tentang siapa yang pergi Haji tahun ini. Maka terkeluarlah beberapa nama sahabat2 staff IIUM Gombak yang telah membuat persediaan kewangan untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Tiba2 teman saya berkata: " Apa yang kita nak taarifkan MAMPU dalam syarat mengerjakan haji? Betapa ramai orang yang mampu membeli itu dan ini lebih dari keperluan harian mereka, namun masih beralasan mereka belum mampu lagi ke Mekah untuk menunaikan Haji!".


Ya, sukar juga nak menjawabnya! Namun saya berpendapat perkataan MAMPU itu sendiri perlu dilihat dalam uruf dan zuruf semasa. Sekalipun ramai yang mampu mebeli rumah dan kereta, mereka masih lagi mengatakan mereka belum mampu lagi dengan mengemukan alasan mereka membeli rumah dan kereta dengan loan bank. Jadi dua perkara tadi adalah asas kehidupan hari ini, takkan nak menyewa sehingga menangguhkan pembelian rumah yang saban tahun meningkat naik, begitu juga dengan tuntutan semasa yang menghendaki seseorang yang telah bekerja dan cukup syarat untuk memiliki sebuah kereta untuk kegunaan harian ke tempat kerja.



Jadi, di manakah syarat MAMPU itu perlu diletakkan? Saya tidak ingin menuding sesiapa, paling baik kita muhasabah diri masing2, sampai bila kita ingin mengemukakan alasan itu dan ini, di antara yang paling popular ialah duit simpanan di Tabung Haji belum cukup, jadi tunggulah dulu sehingga benar2 cukup termasuk duit saku sekali, ataupun anak2 masih kecil dll.


Sebahagian yang lain pula akan mengatakan .... duit dah cukup tapi hanya untuk diri sendiri, manakala pasangan pula belum mampu@ tabungan tidak mencukupi untuk suami isteri. Rasa bersalah semakin menekan kalbu ini, target saya pada tahun lepas saya bercita2 menunaikan haji bersama suami, namun dia pula tak cukup dan sayalah yang perlu lebih berusaha membantunya @ dengan lain perkataan saya yang perlu menabung untuknya?


Tahun lepas, 2008 - Kak Yah, ( kakak sulung ) bersama suami menunaikan haji badal untuk seorang mak cik yang uzur dan amat berharap Kak Yah yang melakukannya untuk pihaknya, dan kedua ibubapanya. Begitu juga anak kak Yah, Norli dan suaminya Yus, serta Ira dan suaminya Zuhdi. selamat mengerjakan haji.

Allah Maha kaya mempermudahkan perjalanan hamba2Nya. Kekadang datang juga bisikan2 yang seakan mengheret saya berfikir, kenapalah agaknya rezeki saya belum sampai lagi untuk ke sana? Laluan saya terasa sukar, kerana suami acuh tak acuh saja apabila saya menyampaikan hasrat saya untuk menunaikan haji sebelum umur 40an. Maklumlah dia dah pun HAJI, semasa di menuntut di Mesir dulu. Jadi saya rasa begitu terkilan seolah2 saya keseorangan melayan perasaan bersalah yang muncul, ya ... kami dahpun mampu beli rumah dan dua buah kereta, namun saya masih lagi tidak berpeluang ....


InsyaALLAH, saya menanam azam ..... moga ALLAH permudahkan diri ini dan suami untuk ke sana pada tahun hadapan, 2010. Moga umur masih panjang dan tercapai impian untuk ke sana meskipun target asal saya perlu berusaha menunaikan haji sebelum umur mencapai 40tahun.


Ya Allah, penuhilah impianku ini .... bukan sekadar malu pada makhluk atau kerana rasa bersalah kerana tidak mendahulukan kehendakMU serta kewajipan yang mesti didahulukan, namun ianya adalah lahir dari sebuah kehambaan ingin menatap KaabahMu, rumah MU yang mulia. Rasa rindu ini semakin menebal .... kerinduan untuk merasai perasaan 'cinta padaMu' dengan mendatangi rumahMU, ya ALLAH.
Begitu juga rinduku untuk menatap Maqam NabiMu junjungan yang mulia, Nabi akhir zaman, meskipun hanya dari balik batuan yang melindungi maqam kekasihMu, Muhammad Rasululllah SAW.
Moga rinduku ini adalah lahir dari rasa kehambaan dan kerendahan yang tulus dan ikhlas.... hanya RidhaMu Ya Rabbi kupohon.

Read More......