Free Anwar 901 Rally



Tarikh 9hb Januari, 2012 ....

Sekali lagi tercipta sejarah dalam kanvas politik tanah airku, pastinya seluruh hamba rakyat ternanti2 keputusan para hakim tentang kes sodomi DSAI, ujian demi ujian dilalui beliau sekeluarga dengan cukup tabah. Cukup kagum apabila saya membaca beberapa interview yang pernah dipaparkan dalam majalah dan beberapa akhbar pembangkang tentang kecekalan hati isteri DSAI, iaitu Datin Seri Wan Azizah. Bukan calang2 'wanita' yang mampu berada di sisi suaminya sepanjang laluan berduri sejak tahun 1998 lagi. Ohh, saya sendiri sebagai seorang isteri dan ibu, tidak mampu membayangkan kepedihan dan kesedihan yang pastinya bersarang di hati beliau, kekuatan dalaman yang pastinya bukan sedikit untuk menjadikan beliau sehebat itu.

Seawal 8 pagi, saya menuju ke kampus UIA. Saya diselaputi debaran sepanjang berada di dewan Banquet, kerana menjalankan tugas sebagai 'invagilator' dalam final exam. Apa yang sedang berlaku di lokasi yang akan mengistiharkan suatu keputusan penting buat seluruh Umat Islam yang memahami apa ertinya 'kezaliman' yang berupa fitnah terhadap maruah seorang insan. Perasaan saya tak dapat saya share dengan sesiapa kerana tiada teman yang sesuai untuk sekadar bertukar2 pandangan. Tiga lecturers lelaki ( foreinners) bukanlah rakan bicara yang selesa buat saya, sekadar bertukar salam dan bertanya khabar.

Ketidaksabaran saya akhirnya terubat jua bila pulang ke rumah kira2 jam 5pm, barulah boleh buka internet dan membaca info2 yang memenuhi ruang siber. Hasbuna Allah wani'mal wakil. Sesungguhnya Allah tidak sekali2 menzalimi hamba2Nya yang ikhlas dan sabar dalam menempuh ujian dunia ini. Semoga ini titik permulaan yang baik bagi tahun 2012, menjelangnya PRU 13. Demi kebaikan untuk Islam, dan negara tercinta ini, limpahilah rahmatMU ya Allah kepada para pejuang kebenaran dan keadilan untuk menjalankan amanah dan tanggunjawab demi kebaikan sejagat.

Read More......

(HOT) DATO SERI Doktor Arkitek Di Soal Dalam Kubur - Ustaz Azhar Idrus

Read More......