Koleksi Ringkas Pidato Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453




28 Mei, 2011...... Alhamdulillah,berkesempatan saya menghadiri seminar ini sekali pun banyak hambatan2 komitmen yang pelbagai. Namun, kedaya mungkin saya berazam tidakm melepaskan kesempatan ini, lebih2 lagi ianya diadakan di UIAM, Gombak.

Seorang tokoh, Muhammad al Fateih, mestilah diidolakan semula sebagai tokoh yang dilahirkan di abad 15M, di saat2 ISLAM tidak putus2 mengharungi pelbagai cabaran zaman, serangan musuh dan makar al yahud wa nasara. Teruja untuk mengenali M. Al Fateih ini terutama setelah Pak Talip telah mengeluarkan buku Novel sejarahnya tentang Muhammmad Al fateih.

Ya, masih banyak rahsia2 kehebatan tokoh ini yang mesti diteladani oleh generasi muda hari ini, lihatlah kepada sejarah gemilang ummat Ilsam bukan untuk sekadar untuk dibangga2kan, malahan yang paling penting kita mestilah menyelidiki sisi2 kekuatan dan tarbiyyah yang telah dilengkapinya untuk mejadikan beliau tokoh yang menggegarkan kuasa konstantinopel. Mei 1453H, tarikh keramat yang sepatutnya dijadikan keraian Umat Islam sepanjang zaman.


Terima kasih ustaz Syaari dan teamnya yang bersungguh2 untuk mengenengahkan tokoh Uthmaniyyah ini .... moga jejaknya akan menjadi pendorong kepada generasi hari ini untuk tidak memandang kelemahan diri dan keangkuhan musuh.

0 comments: