SALAM AIDIL FITRI MINAL A'IDDIN WAL FAIZIIN .....TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM




Semoga Ramadhan yang berlalu tidak pergi begitu saja, ianya menjadi 'madrasah ruhaniyyah ' selama sebulan untuk kita menyucikan Hati nurani kita kembali kepada Aqidah Tauhid, membentuk minda yang lebih sejahtera @ 'salim' , iaitu dengan kita meletakkan matlamat abadi untuk mencapai mardhotillahi Taala ...


Sesungguhnya kesibukan2 dunia yang tidak pernah surut, seringkali menjadikan kita mudah 'lupa', malah mencipta pelbagai alasan untuk tidak meningkatkan amalan2 soleh kita sebagai bekalan di akhirat nanti. Moga dengan berjayanya kita melaksanakan ibadah Puasa di samping amalan2 sunat yang lain, kita telah memiliki sekeping HATI yang benar-benar merasakan kehadiran Allah dalam menjayakan segala amal2 kita untuk dijadikan sebagai tanda pengabdian kita sebagai hamba2NYA .




0 comments: