PENCERAHAN KE ARAH PEMBINAAN MUSLIMAH A'LIMAH SUFIYYAH HARAKIYYAH .







Beberapa perbincangan secara tidak formal di antara saya dengan beberapa orang sahabat untuk memberikan sumbangan yg tidak seberapa ini untuk menggerakkan para Muslimah khususnya agar mereka lebih maju ke hadapan bersama keindahan AGAMA ALLAH ini. Seringkali, apabila kaum hawa di momokkan dengan kemajuan, modern, stylish, ianya lebih merujuk kepada pendekatan barat dan budaya mereka yang sering meletakkan material sebagai asas dan acuan utama. kalau nak maju, modern dan penuh bertamadun, lihatlah kemajuan di barat sana, mereka lebih terbuka dalam banyak aspek!.


Ya, Cakap2 sedemikian amat beracun kerana kita lebih melihat barat maju setelah mereka meletakkan Agama di bawah tapak kaki mereka, Agama bukan lagi pegangan mereka bila memutuskan sesuatu perkara. Akhirnya segala gerak hati dan gaya hidup mereka bercampur aduk antara turutan nafsu haiwani dan aqal manusia yg terbatas sifatnya.




MUSLIMAH .... bukan sekadar indahnya sebutan itu, dinukilkan Allah SWT dalam kalam sucinya beberapa kali, dan juga kita temui ianya bergandingan dengan kalimah untuk kaum Adam iaitu Muslim@ Muslimin . Indahnya bahasa al AQuran yang tidak sekadar menjadikan ianya satu perkataan yang menggambarkan itulah maknawinya dengan merujuk kepada kaum Hawa yang patuh kepada Aqidah Islamiyyah dan akhlak yang mulia. Muslimah bukan sekadar nama yang senang disebut, malahan ianya hadir bersama sekalung penghormatan dari pencipta Adam & Hawa itu sendiri, tanpa adanya bias gender!. Renunglah ayat2 Al qur'an yang dengan nyata lagi jelas betapa Allah tidak membezakan amal dan usaha Muslimah sekalipun mereka mempunyai kudrat fizikal yang lebih lemah. namun lengkapnya Adam dengan kerjasama Hawa, hebatnya sang Adam dengan peranan Hawa di sebalik tabirnya. Sejarah Islam tidak kurang hebatnya dengan nama2 besar kaum Muslimah@ Hawa yang telah mengorbankan usaha2 mereka untuk pembangunan dan kemajuan Agama ini, dalam apa jua lapangan sekalipun, sumbangan Muslimah amat dihargai. Setiap tahun negara kita akan memilih seorang IBU MITHALI, samada peringkat negeri, maupun Kebangsaan. Jiwa Muslimah yang dekat dengan watak Murabbiyyah, pendidik dan pembentuk anak2 yang akan mewarisi Agama dan tanahair ini. Jika Muslimah gagal atau tidak lagi merasakan peri penting mereka untuk kekal hebat dalam membimbing anak2 generasi ini, kita amat bimbang kemungkinan2 yang tidak boleh dibayangkan sebagaimana hancurnya tamadun barat sedikit demi sedikit dengan hancurnya institusi kekeluargaan mereka. Melalui filem2 @ drama mereka, anak2 lebih selesa memanggil ibu ayah mereka dengan nama masing2, bukan lagi oh Mum, oh Dad, ditukar kepada oh Sally, oh John!!




Perbincangan ini sekadar intro menuju kepada pencerahan fikrah yang lebih details. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk meneruskan bicara tentang topik ini dengan lebih ilmiah@akademik.

Read More......


DILEMA IBU dan GURU ....


Sempena Hari Ibu dan juga Hari Guru ...memeriahkan bulan Mei setiap tahun. Sesungguhnya kedua2 hari itu untuk memberikan penghormatan kepada dua golongan yang sentiasa berganding bahu untuk memdidik anak2, generasi pelapis masa depan. Tugas Ibu dan guru ... ya, kedua2nya mencabar, dan begitu juga apabila sebahagian ibu2 yang juga menggalas kerjaya sebagai guru di pusat2 pendidikan rendah, menengah dan pusat2 Pengajian Tinggi. Kedua2nya bergabung untuk menyempurnakan proses pendidikan dan pembelajaran. Kadang2 seorang guru kepada ramai murid2nya di sekolah atau pusat2 pendidikan tidak cemerlang pula dalam mendidik anak2 sendiri di rumah.


Rasanya itulah dilema sebahagian GURU dan juga IBU.


Melihatkan kepada cabaran di abad ini yang bukan sedikit telah membuatkan guru2 dan juga ibu2 dilanda stress yang berpanjangan. Anak2 semakin mudah terpengaruh dengan persekitaran semasa, unsur2 negatif mudah saja diserap oleh minda anak2 .... hinggakan apa jua jenis kartun/filem/program yang ditontoni mereka mudah melekat di kotak minda mereka. Terasa diri ini kerdil untuk menjauhkan anak2 dari anasir2 negatif yang boleh merosakkan mereka dalam apa jua bentuk sekali pun.


Pernah satu hari anak ke tiga minta izin untuk search internet untuk mencari bahan yang diminta gurunya, iaitu kirik nasyed yang berunsur salawat. Saya benarkan hanya untuk menyiapkan tugasan tersebut. Lebih kurang 20 minit kemudian, saya menjenguk sepintas lalu untuk pastikan betul atau tidak apa yang dilayari oleh anak saya itu. Terperanjat juga hati seorang ibu bila terpandang sesuatu yang tidak sesuai dilihat oleh seorang anak yang masih di sekolah rendah. Dia telah berjaya mencari bahan yang dikehendaki, malangnya di sebelah sudut lain ada paparan karton dua orang sedang berdating! Oh ! memang menyakitkan hati, macamana paparan lirik nasyed boleh di 'attach' dengan gambar2 yang jelas bertentangan.



Itu hanyalah contoh2 kecil yang menunjukkan pendidikan ke arah pemantapan Aqidah dan akhlak sentiasa di asak dengan pelbagai jenis ancaman 'negatif' yang sebahagiannya dibenarkan oleh pihak berkuasa atas dasar liberalisasi pendidikan. Apakah dengan melompat, menari, melakonkan aksi2 artis tempatan dan luar negara, akal budi anak2 akan terpandu ke arah Agama dan adab sopan ? Kalau diikutkan peratusan program2 yang bercorak agama dan pendidikan rasa2 nya tak sampaipun 20%? Contoh ketara .... pada Ramadan yang lepas, sebelum ditayangkan program Jejak Rasul di Tv3 sebagai fovourite ramai kaum Muslimin di Malaysia, terlebih dahulu ditayang program Hiburan!



Anak2 ibarat kain putih .... semua pihak mestilah prihatin untuk sama2 membantu antara satu sama lain demi melahirkan generasi anak2 kita adalah anak2 soleh solehah. cemerlang dunia dan akhirat. Kecenderungan pihak2 media khususnya yang lebih memikirkan keuntungan material seringkali mengaibaikan peranan mereka untuk membantu Ibu2 dan guru2 di Malaysia mendidik dan mentarbiyyah generasi muda dengan ruh Agama dan adab.



Ya Allah ... berikanlah kekuatan kepada kami ibu2 dan guru2 yang mencintai agama MU ini agar sentiasa istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik dan membimbing anak2 kami dan anak2 kaum Muslimin menjadi mansia2 yang beriman dan bertaqwa, manusia yang berakhlak dan terpimpin dalam mengurus kehidupan mereka pada masa akan datang.










Read More......