Hanyalah seorang Insan yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta Hari Kiamat, seorang Muslimah,ibu kepada 5 putera dan seorang puteri,bekerjaya di bidang pendidikan Islam. Berusaha untuk mencari keredhaanNya dan menyebarkan kebaikan untuk semua.Matlamat Hidup ke arah melengkapkan diri sebagai Insan Solehah dan Muslehah. Moga hidupku dan keluargaku diberkati Allah di dunia dan akhirat.
Seringkali manusia lupa,terlupa atau dilupakan dek banyaknya dorongan2 yang membawa manusia jauh dari Zikir kepada Khaliqnya ..... Nasyid ini benar2 menyuntik rasa keinsafan buat diri ini bila merasakan betapa kita kekadang banyak lali dan lupa untuk mengerjakan perintah allah sesempurna mungkin. Seringkali kita merasakan 'comfort zone' kerana kita telah MUSLIM , aku dah Islam dll .
Lupakah kita betapa kehidupan ini amatlah singkat, belum tentu kita sempat merasai duit pencen atau menimang cucu!
Tidak rugi jika kita sentiasa basahkan lidah kita dengan zikir2 mathurat yang banyak diperturunkan oleh Para Sahabat Nabi SAW. Kitab Al Izkar oleh Imam Nawawi contohnya adalah pusaka Umat Islam yang amat bernilai kerana penuh dengan pedoman2 untuk kita Uamt Muhammad SAW ini beramal dan mengikut doa2 dan zikir yang dituturkan oleh Lidah mulia Rasulullah SAW yang tidak sesekali mengandungi pendustaan.
Ajarkan juga anak2 kita zikir yang mudah 2 ..... doa yang simple2 agar mereka merasai keterikatan perbuatan mereka dengan pencipta mereka, Rabbul A'lamiin.
"Ummi ..... Musyid takutlah nak tidur", beritahu se kecil saya. " kenapa?" , saya terus bertanya dapatkan kepastian. Pelik juga kerana dia tak pernah pula cakap sedemikian.
" oklah .... kalah Mursyid takut, sebelum tidur baca Al Fatihah, kita baca sama-sama" , saya bagi cadangan dengan harapan tidaklah dia mengigau dalam tidurnya.
Anak2 sebenarnya mudah menerima nasihat jika kita pandai approach mereka kenapa kita perlu baca doa masuk bila air sebagai contoh. Bagaimana mereka dijanjikan keselamatan dari gangguan jahat makhluk2 yang suka menyesatkan manusia, jadi kalau mereka difahamkan apa rasionalnya baca doa masuk dan keluar tandas, baca doa makan, keluar rumah dan macam2 lagi ...... kita boleh jelaskan untuk keselamatan kita dari sebarang mudarat yang zahir dan batin. Makhluk2 halus seperti bakteria, virus adalah telah dibuktikan kewujudan mereka oleh Para saintis sekian lama, dan sudah tidak dinafikan lagi adanya bakteria baik dan jahat. Maka amat2 logiklah kiranya kita jelaskan pada mereka tiada sesiapa mampu melindungi diri kita dari makhluk2 yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia kecuali PENCIPTA YANG MAHA AGUNG!