Tadabbur Qur'ani

HANYA ALLAH TEMPAT PENGABDIAN …..





Alhamdulillah, pada pagi Ahad, 4 Julai, 2010 yang lalu, saya teruskan kelas Tadabbur Al Qur’an di surau KIP Bt. 8. Meskipun kelam kabut juga untuk selesaikan hal ehwal rumahtangga sebelum keluar. Seawal 7.15 pagi, suami dah ke pasar pagi di Greenwood, untuk beli barang2 basah. Ianya dah jadi rutin mingguan kami, kalau saya tidak ada Kelas, barulah kami pergi sama2. Saya kuatkan semangat untuk terus istiqamah dalam menyampaikan ilmu kepada para Muslimat di sana.

Pada kali ini, kami teruskan perbincangan pada ayat :
إياك نعبد وإياك نستعين

Pada setiap kelas, saya tidak terburu2 untuk habiskan sesi perbincangan, yang lebih penting kami sama2 mentadabburkam makna ayat ini dengan penuh khusyuk dan perhatian agar setiap Kalam Suci ini akan memberikan kami pengertian yang menyentuh kalbu.


Saya pecahkan perbincangan kepada dua bahagian ; إياك نعبد , kemudian وإياك نستعين , agar para Muslimat dapat melihat jalinan di antara keduanya.


Pertama, Kenapa pada ayat ini Allah mulakan dengan “إياك نعبد ” …. bukannya نعبد إياك ….. Apa hikmah dan apa rahsianya? Sesungguhnya tidak sepatah pun Kalam suci dan wahyu Allah ini tidak mempunyai makna yang tersirat. Di dahulukan إياك نعبد kerana membawa erti khususnya pengabdiaan itu, bukan kepada siapa2 , hanya milik ALLAH, Rabb sekelian alam. Selain DIA tidak memilik kelayakan untuk menerima penyembahan dan pengabdian manusia.


Maka Islam yang bertunjangkan Aqidah Tauhid amat menekankan aspek pengabdian mutlak tanpa syarat. Sekiranya seorang Muslim men'dua'kan atau men 'tiga'kan , atau dengan berapa digit sekalipun, maka tidak layak lagi dia memakai nama sebagai Muslim.


Ketundukan membawa erti kepatuhan terhadap segala hukum hakam, ketentuanNya samada syariatNya kepada Umat Muhammad SAW, sehingga ke hari kiamat. Maka “ Hanya kepadaMu kami menyembah " , juga membawa erti manusia mesti mengakui kuasaNya yang tidak berbelah bagi, tiada rakan kongsi, dan kuasanya itu mesti diperakui dengan mengikut segala titah perintahNYA.

Sesungguhnya Aqidah Islam ini amat benar dan suci, kerana manusia mesti mengembalikan penyembahan yang sebenar2nya kepada Pemilik alam ini, dan hakikatnya DIA adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta sifat2NYA yang Maha Mutlak ke atas hamba2NYA.

Itulah Islam dan Aqidahnya yang mesti dipertahankan. Aqidah yang murni dari sebarang unsur2 syirik, khurafat, bid'ah atau sebarang unsur2 asing dari syariat yang Allah turunkan kepada Muhammad SAW dan umatnya. Kesuciannya mesti dipertahankan agar Aqidah Tauhid inilah yang menjadi tanda aras ketulinannya yang diperakui oleh Allah. Jangan sekali2 orang2 Islam terperangkap dengan mainan syaitan dan sekutu2nya untuk menyelewengkan mereka dari Aqidah Islam ini. Berapa banyak lahirnya kumpulan2 atau ajaran2 sesat lagi karut marut yang merosakkan Aqidah Umat Islam dan sekaligus menyimpang dari ajaran Wahyu iaitu Al Qur’an dan al Hadis.


Jadi amat wajarlah kita semua kembali kepada kepada penghayatan Islam yang hakiki, jauhi sebarang syak wasangka yang boleh menjauhkan kita dari berpegang kepada Aqidah Islam, yang tidak boleh di jual beli. Marilah sama2 kita menigkatkan rasa pengabdian dan ketaatan kita kepada ALLAH dan RasulNya, yang menuntut kita menjadikan Agama Islam ini sebagai landasan hidup kita.


0 comments: