BERKAMPUNG DI PANTAI BESERAH ...

EXTERNAL IEEP 2009 ...

Alhamdulillah, berlalu sudah program ( ISLAMIC ENHANCEMENT AND EVALUATIONS PROGRAMME 2009) atau singkatannya, IEEP pada tahun ini .... itu pada 24-25 Oktober yang lalu. Tahun lepas kami berkampung di Corus Paradise, PD, selama 3hari 2 malam. Bagusnya tahun ini kami ke Kuantan, di sebelah Pantai Timur.

Alhamdulillah, sekadar coretan kenangan saya dan family serta sahabat2 sekulliyyah, kami berkampung di Swiss Garden Resort and Spa, selama 2 hari 1 malam shj. Ramai juga yang mengambil kesempatan IEEP ini sebagai 'percutian keluarga'. Ramai juga yang datang bersama family masing2. Sebanyak 4 buah bas disediakan untuk membawa warga staff IRKHS ke Kuantan, dan mereka bertolak pada jam 10.00 pagi.

Bagus juga idea berkursus@bercuti ... Almaklumlah Kehidupan di bandar seringkali membuatkan dada kita rimas dan sesak, apa lagi anak2 yang bersekolah dari pagi sehingga petang hari. Mereka juga pun tension juga dengan rutin harian.

Anak2 saya mengadu tak 'puas' berada di sana, bagi mereka sekejap sangat ... bagi mereka tarikan utama ialah adanya swimming pool, tak makan pun tak apa. Begitulah, anak2 saya .... mereka jarang sebenarnya dibawa melancong kecuali apabila ada program2 yang saya dikehendaki hadir atau program wajib, dan begitu juga di pihak suami. Kami jarang sebenarnya membawa anak2 berjalan2 kerana beberapa keadaan yang tidak mengizinkan.

Saya pula suka anak2 ikut serta tetapi dengan syarat ... mereka jaga tingkah laku mereka, jangan buat hal. Memang sebelum bertolak masing2 dah angguk2 berulang kali tanda sam'an wa tam'an - akan ikut cakap umi dan abi! Sampai kat sana lain pula ceritanya.

Program kali ini memang santai, saya dan family tiba di sana pada lebih kurang jam 1.30tengahari, Dr Hanan dan family dah tiba awal sikit dari saya, dan mereka dahpun check in. Alhamdulillah di permudahkan segala urusan, pada mulanya saya dan suami ingatkan kami dah tersesat sebab seakan meraba2 mencari jalan menuju ke lokasi dengan berpandukan peta yang pihak committee bekalkan. Rasa perjalanan lambat sangat untuk tiba pada satu2 point yang dipetakan. Kami banyak bertawakkal ... janganlah sesat dan melambatkan perjalanan kami anak beranak. Ada yang dah merengek2 lapar.

Mujurlah ... lokasinya amat sesuai untuk berehat dan meronda2 bersama keluarga. Pertama kali saya dan family tiba di Pantai Beserah, dan terasa berada di kampung sendiri pula melihatkan kehalusan pasirnya, pantainya yang landai ... MasyaALLAH, indah sungguh ciptaan Allah, banyak sekali kehebatan2 di sebalik keindahan alam ini yang tidak kita hayati, sering pula kita melihat sepintas lalu tanpa terdetikpun perkataan 'SubhanaALLAH' .

Pada petang 5pm, kami berkumpul untuk senamrobic, dan games, ala2 sukaneka. Sekadar suka2 sambil beramah mesra. Saya pula tak sempat naik tukar baju sukan kerana turun lebih awal menemani anak2 mandi di Swimming pool, bimbang juga kalau tak ada yang mengawasi mereka.

Memang suasana meriah sekali apabila dapat berkumpul pada satu tempat saling bertanya khabar... kelihatan Dr. Abdul Razzak, Dr Ridwan, Laith Suud Jassem, Farid. Tengku Mohar, Afendi, Hanafi, Bari, Nur Uthmani,Yasir, Prof Rasheed Moten pun ada! . Manakala akhawaat@female pula, Dr. Saodah Wok, Saodah Abdul Rahman, Fatimah, Norbani, Sofiah, Adibah, Noraishah dll.

Di asingkan di antara male and female staffs, Kami berada dalam satu kumpulan besar, kemudian di berikan 3 buah bola ' poison ball ' - sesiapa yang dapat bola tersebut pada masa muzik dihentikan, maka dia terkeluar. Bagi female, akhir sekali tinggal 2 orang iaitu Dr. Noraihan dan kak Zai! . Slot akhir bagi pihak Male staffs kemudiannya mereka ber'tarik tali' ... hebat juga kudrat lecturers lelaki, walaupun dah berumur masing2 nak menang.

Hakikatnya, meskipun kami satu kulliyyah, sebenarnya susah sekali untuk bersua muka dengan semua staff yang bernaung di bawah satu bumbung. Kami dipisahkan oleh bangunan yang berasingan, di antara IRK dan Human Scinences. Jadi ramai juga muka2 lecturers yang tidak saya kenali mereka, terutamanya foreigners.

Selepas maghrib... kami ber'Tadarrus' al Quran. Amat bagus slot ini diadakan, dan saya rasa patut diadakan pada setiap IEEP. kami dari IRKHS, amat malang sekali kalau staffnya samada Admins atau Academicians jauh dari al Quran. Sedangkan inilah asas@masdar kepada disiplin ilmu2 Islam itu snediri. Begitu juga HS, proses Islamization of Knowledge hanya akan tinggal vision and mission sekiranya staff hanya memnadang sebelah mata saja untuk menerokai mutiara2 hikmah di dalamnya.

Hari kedua, pada 10.30am, talk disampaikan oleh Dr Badri sendiri dengan tajuknya...."TOWARD A REPUTABLE KULLIYYAH: WHAT THE KULLIYYAH NEEDS FROM ITS STAFF".


Dr Badri masih memperkatakan perkara2 dasar tentang tugas dan tanggungjawab para ilmuan Islam IIUM, teaching and research. Kami perlu berlumba2 merebut peluang untuk meningkatkan daya keintelektualan masing2 dan memantapkan niche masing2. Terasa diri ini semakin kerdil berbanding dengan orang lain yang hebat2 belaka. Satu cabaran yang perlu dihadapi jua.....

Selepas lunch pada 12 tghr, akhirnya, kami bersiap2 dan check out, sebelum bertolak balik ke KL hampir jam 2.00pm. Badan pun dah penat, anak2 pun terlentok tidur sepanjang perjalanan, dan esoknya saya nak kena ready ke kelas, dan anak2 ke sekolah.

Apapun, semoga IEEP ini mengeratkan ukhuwwah yang sedia terjalin sesama staff, walau apa jua pangkat dan status kita semua memikul amanah dan tanggungjawab untuk meninggikan Syiar Islam dan menegakkannya dalam kehidupan bermasyarakat. Jumpa lagi tahun depan.

0 comments: