IFTHAR CHARITY ... bersama anak-anak yatim 2009


Syukur dan santunilah mereka
Syukur, dan saya ungkapkan rasa syukur berulang2 kali, kerana kesempatan yang tiba kali ini, mengizinkan diri ini bersama dengan adik-adik@my students dari IRKHS'Society merasai nikmat berbuka puasa dan meraikan adik-adik kecil dari Darul Aitam dan sekolah Tahfiz.



IRKHS'S APRECIATION NIGHT & CHARITY IFTHAR 2009, diadakan untuk 2 agenda, pertamanya sempena meraikan committee Program i-FEST 2009 ( Islamic Festival ) , yang diadalah sebelum Ramadan yang lalu. Ianya berjaya juga dilaksanakan dengan baik meskipun ada beberapa kekurangan serta kelemahan dek kerana ancaman H1N1, peserta "Islamic Students Convention" berkurang dari target awal perancangan. Apapun 'syukur' kerana masih ramai yang sudi menerima jemputan IRHSS kali ini.


" CHARITY IFTHAR" pula adalah acara tahunan bagi IRKHSS untuk meraikan anak-anak yatim yang terpilih dan sudi menerima jemputan kami, meskipun tidak se'kelas' makanan di hotel 5 bintang. Setakat kemampuan bajet persatuan dan kesungguhan committee mencari sponsor dapatlah juga diadakan amal kebajikan ini. Alhamdulillah ala kulli hal.


Petang itu, lebih awal lagi saya telah maklumankan pada suami yang saya kenalah juga hadirkan diri, sebab Dr. Farid dan Dr. Badri Najib tak dapat hadir. Nampaknya saya kenalah juga jadi VIP pada kali ini. Alhamdulillah, saya berusaha masak lebih awal untuk buka puasa anak-anak dan suami, 'soup tulang special' moga mereka pun gembira juga dapat berbuka dengan menu yang special itu. Penat, memang badan saya terasa amat penat, kena pergi ke pasar pagi di Greenwood seawal 8.00pagi, kemudiaan berehat dan kemas rumah ala kadar, kalau masa masih ada, maka dapatlah saya membaca akhbar mingguan.

Jam 5.00 petang, selesai masak dan bersiap-siap untuk ke IIUM, rasanya masih ada masa nak fikirkan isi ucapan alu-aluan nanti. Buntu juga, kalau dalam keadaan badan@fizikal rasa letih ,otak pun tak ligat sangat untuk mencari idea bernas. Saya bertawakkal jelah, sambil belek-belek dua tiga buku pasal Ramadhan. Saya tak perlu bagi tazkirah sebab IRKHSS dah jemput Dr. Sabri dari Department Fiqh untuk slot itu dengan tajuk " Madrasah Ramadan". Yang penting saya hanya perlu mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan dan menyampaikan tanda penghargaan kepada mereka semua yang hadir.


6.00 petang, nasib baiklah saya dapat tiba tepat, tetamu dari Maahad Tahfiz dan Darul Aitam dahpun tiba, terus saya dialu-alukan agar bertemu dulu dengan isteri kepada pengetuanya, iaitu Puan Salina. Ramah orangnya. Sempatlah bertanya khabar dan memulakan salam perkenalan. Moga taaruf ringkas amat berharga demi mengerat jalinan ukhuwwah pada masa akan datang.


Tanpa saya sedar dari awal, rupa-rupanya tetamu istimewa kami adalah anak-anak yang kurang bernasib baik ( anak2 yatim) dari keturunan Rohingya yang dilahirkan di bumi bertuah Malaysia. Ayah dan ibu mereka telah melalui pelbagai detik sukar semata-mata menyelamatkan nyawa mereka dari kekejaman Junta Mynamar. Di awal tahun ini, mungkin kita masih ingat segerombolan pelarian Rohingya terpaksa mengharungi lautan ganas dan meredah ribut demi menyelamatkan nyawa mereka dan juga AQIDAH mereka kerana mereka adalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNYa.


Sempat juga saya bertanya kepada Puan Salina sedikit sebanyak tentang Darul Aitam ini dan halangan serta cabaran yang mereka lalui untuk menampung keperluaan anak2 ini. Dia nyatakan kepada saya 2 buah restoran yang pernah diusahakannya terpaksa dijual demi menampung keperluaan anak2 yang miskin ini, kerana hanya itulah sumbangan yang boleh mereka lakukan disamping sokongan beberapa tenaga pengajar yang lain. Suami Puan Salina iaitu Pengetua Darul Aitam juga berasal dari Myammar dan dia pula orang Kelantan. Mereka dikurniakan 2 orang zuriat ( lelaki ) juga belajar disitu. Anak-anak Rohingya, jelas Puan Salina tidak layak belajar diSekolah Kebangsaan ( kerajaan ) kerana tidak ada surat beranak dan mereka bukan warga negara. Hanya taraf pelarian di bawah perlindungan Badan Perlindungan Pelarian Dunia ( UNCR ) .

JAdi hanya cara inilah saja, cara untuk mendidik anak2 itu dari terbiar tanpa sebarang ilmu dunia maupun akhirat. Puan Salina juga turut membantu suaminya dan anak2 ini dengan mengajar mereka Bahasa Malaysia dan matematik sekadar ilmu yang dia ada.


Mulia sungguh hati pasangan ini. Saya benar2 terasa kerdil, mereka telah sanggup bersusah payah tanpa mementingkan kesenangan diri sendiri dan mengasaskan Darul Aitam agar anak2 miskin ada tempat untuk mencari ilmu Al Quran.


Alhamdulillah, menu yang terhidang tidak kurang hebatnya walaupun simple, nasi beriani, ayam goreng, daging goreng dan buah tembikai. Itupun dah dikira 'hebat'. Selepas Kami berbuka puasa ( ifthar sughra), kemudiaan solat Maghrib berjamaah, barulah Ifthar Kubra pula. Apapun, saya tak kisah, moga mereka juga dapat merasai nikmat makan dan minum seperti orang lain juga.


Seterusnya kami bersolat Isyak dan terawih berjamaah di lobi CAC. Seusainya barulah acara terakhir sedikit sumbangan buat anak2 Darul Aitam dan pengiring mereka .Tidak lupa juga acara cabutan nombor bertuah dan penghargaan kepada penggerak aktiviti kemuncak IRKHSS pada tenure ini iaitu I-FEST '09 dan Islamic Students Convention (IRIS 09).


Berakhir sudah acara pada malam ini, paling tidak anak2 juga berpeluang menjejakkan kaki mereka ke IIUM, Gombak dan bersama-sama abang2 dan kakak2 IRKHSS buat seketika. Moga mereka masih berpeluang menimba ilmu walau sehebat mana rintangan yang mesti mereka lalui. Buat my students, insaflah bahawa kalian amat bertuah ... pelbagai ilmu terhidang di depan mata untuk dimanafaatkan demi Islam dan kebangunannya di abad ini. Janganlah sia2kan peluang ini, lihatlah nasib adik2 dari Darul Aitam, meskipun mereka tidak layak ke Sekolah Kerajaan, mereka masih bersemangat untuk mengisi dada mereka dengan ilmu agama. Paling tidak Ilmu AGAMA jualah benteng ketahanan fardi muslim menghadapi apa jua kesusahan hidup ini.

Sekian....
sekadar catatan@ kenangan.

0 comments: