IEEP 2008 PORT DICKSON

2008, Kami warga kerja IRKHS IIUM, Gombak berkampung selama 3 hari, 2 malam di Corus Paradise.
Sebahagian dari kami datang bersama family masing-masing, dengan harapan ada kesempatan berkenalan dan beramah mesra, walaupun kami di satu kampus, satu kulliyyah, amat jarang dapat bersua muka, itupun di tengah jalan atau sekadar mengucap salam kala bertemu. Selebihnya kesibukan demi kesibukan membuatkan kami sentiasa di kejar dan mengejar masa.
Alhamdullillah, sebaik sahaja selesai marking exam papers, kepenatan dan kelesuan sukar dibayangkan, nak bagi markah kat students pun sakit kepala ... yalah, macam-macam gaya bahasa dan jawapan yang diberikan, di tanya lain dijawabnya lain.
Apapun IEEP kali ini banyak juga menghidangkan kami dengan pelbagai pandangan dan isu untuk dirungkaikan dan dibahaskan secara kolektif. Gandingan Akademic staffs and administrative staffs perlu ditingkatkan, saling hormat menghormati dan saling bekerjasama untuk kebaikan Islam dan IIUM .

Read More......

SEMESTER 2, 2008/09

As lecturer, tugasan yang tak pernah selesai amat menekan perasaan, exam papers banyak lagi tak correct, anyhow, kena buat juga jangan tak buat. Moga ini juga amal solehku.

Read More......

OBAMA ! OH OBAMA


MASIHKAH ADA SECALIT HARAPAN BUAT UMMAH INI?

2008 ... Dunia nampaknya sedang meraikan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat, termasuklah dunia Islam, hampir semua pihak dan seluruh dunia seolah -olah menanti suatu sinar yang lebih cerah dan positif dengan peralihan kuasa dari Bush "the Killer" dan Obama.
Hakikatnya manusia sejagat nampaknya mengharapkan polisi Obama yang lebih harmoni ... tidak lagi meneruskan kekejaman, kekerasan terhadap Umat Islam amnya, Apapun, kita Umat Islam perlu bersatu kerana situasi dunia tidak menentu , lebih-lebih lagi peperangan demi peperangan yang hanya mendatangkan penderitaan dan kekacauan yang tiada noktahnya!

Saya secara peribadi, tidak menaruh sebarang harapan kepada Mr Obama, kerana kita semua maklum siap saff-saff yang menjadi master mind di belakangnya.
Cuma, kita sebagai Umat Islam mesti yakin jatuh bangun kita, bergantung kepada sejauh mana kita sendiri kepada kepada solution AGAMA!!! Hanya itu jua kekuatan kita sebenarnya yang kita sendiri alpa, terus kita hanya pengikut kepada apa jua produk sama ada datang dalam idea, isme, makanan bahkan hampir segala-galanya.

Read More......